21 Dec 2011

Demo Menghilangkan Dakwat Kekal

Lor... rupa2nya dakwat kekal yang sibuk pembangkang nak pakai masa PRU Ke-13 tuh tak kekal pun..Patut lah puak2 nie sibuk sangat, terjerit-jerit nak sangat guna dakwat tuh..Boleh dihilangkan dalam masa 5 minit jer.. Kan lebih elok kalau guna Sistem Biometrik..dah tentu takde sapa yang bleh ambil kesempatan.. Kata nakkan sistem pilihanraya yang lebih telus, adil..Tuduh UMNO, BN ada pengundi hantu.. Kalau guna dakwat kekal yang sebenarnya tak kekal ni pun tak selesaikan isu tuh kan..Pengundi boleh hilangkan dakwat tuh, pastu gi buang undi lagi..dan lagi..dan lagiiii..

Saksikan demo yang dilakukan oleh Blogger PAPA GOMO, bagaimana DAKWAT KEKAL tuh sebenarnya TAK KEKAL.


Nga KOmeng.. Lu Gertak..Blogger Tak Gerun..


TS salut dengan keberanian sahabat TS, Blogger dari Perak yang telah menyahut cabaran NGa KoMeng berikutan pendedahan sahabat TS tersebut mengenai Tender Long Suit semasa Pakatan Rapuh menjadi pemerintah Kerajaan Negeri Perak. Nga KoMeng telah mencabar sahabat TS agar membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengenai dakwaan terbabit.

Sahabat TS memang ANAK JANTAN, BERANI KERANA BENAR.. dan pendedahan yang dilakukan di dalam blog http://sekupangduas.blogspot.com/ bukanlah satu fitnah, tetapi berdasarkan bukti-bukti sah.. COme On lah..NGa KoMeng..jangan samakan kami macam kamu semua yang hanya pandai spin, tuduh, dan fitnah semata.
Kami Bersama-sama Anda, Sekupang Dua..

Sila layari http://sekupangduas.blogspot.com/2011/12/nga-kor-meng-cabor-teman-lapor-jugak-ke.html untuk melihat pendedahan dan bukti-bukti isu ini.

P/S Lu Gertak, Kami Tatak Goyang!!

16 Dec 2011

Dasar Penyamun Tarbus!!

Pergghhhh.. TS memang salut la kat pemimpin Pakatan Rapuh nie yang memang sangat pandai mengambil peluang sementara punya kuasa di tangan..Nga KoMeng memang seorang pemimpin yang boleh dijadikan mentor bab nie..Puak2 ni kalau bab bedal pemimpin UMNO dan BN..bukan main lagi.. rupa2nya.. hamPAS.. lenkali bila bangun pagi tuh.. gi belek diri tuh kat depan cermin dulu..

Baru lah TS tahu..kalau dah ada kuasa.. nak pilih pembekal waima untuk kerja-kerja pembekalan yang tak sampai RM 20,000 tuh kena cari ‘quaotation’ dari pembekal yang menawarkan harga paling tinggi.. Pastu, kena beri keutamaan kepada kaum kerabat..lebih-lebih lagi kepada orang tersayang yang baru start bukak kompeni.. Orang kata ye lah kalau dah sayang..bini pulak tuh.. kena lah bagi sokongan, bantuan dan dorongan.. ye tak yeop!
Tak kira la..dalam mesyuarat dah putuskan kompeni lain yang dapat kerja tuh.. tapi tak kisah..bleh tuka maaaaaa.. bagi jer arahan..kan ada kuasa kat tangan kan.. APA PUN BOLEH!!..

Jom kite jengok untuk melihat pendedahan yang dibuat oleh sahabat TS di http://sekupangduas.blogspot.com/

14 Dec 2011

BR1M .. Ada Pihak Buat Kecoh!

Nampaknya terdapat pihak yang semakin terdesak kerana Kerajaan Barisan Nasional telah melaksanakan pelbagai langkah untuk membantu rakyat yang terpaksa berdepan dengan tekanan kos sara hidup dan peningkatan harga barang. Kerajaan telah melaksanakan Program Klinik 1Malaysia, Kedai Rakyat 1Malaysia, Pemberian wang sebanyak RM 100 kepada para pelajar, Pemberian baucer kepada Pelajar IPTA / IPTS, dan sekarang pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia. 

Terdapat pihak yang tidak bertanggungjawab telah memalsukan borang BR1M dengan mewujudkan ruangan maklumat akaun pemohon sedangkan pada borang asli tidak terdapat maklumat berkenaan. Berikut adalah borang sebenar yang dikeluarkan oleh Kerajaan yang boleh dimuat turun dari laman sesawang LHDN (klik di sini) Rakyat jangan tertipu sekiranya ada pihak yang cuba mengambil kesempatan untuk mengaut keuntungan kerana terdapat kes penjualan borang berkenaan kepada orang ramai sedangkan borang tersebut diberikan secara percuma. 

Syarat Asas Permohonan adalah pemohon mestilah warganegara Malaysia dan pendapatan kasar isi rumah adalah kurang daripada RM 3,000 ke bawah. Dokumen Wajib yang perlu disertakan hanyalah Borang Pendaftaran BR1M yang telah lengkap diisi, Salinan MyKad/Kad Polis/Kad Tentera dan Salinan Gaji (jika berkaitan). 

Ketua Isi Rumah bermaksud Seorang lelaki / Perempuan yang menjadi ketua keluarga merangkumi individu yang :-

* Berkahwin ;
* Ibu / bapa tunggal yg mempunyai tanggungan;
* Bujang yang mempunyai tanggungan ;
* Warga emas sebatang kara

Setiap anak yang telah berkahwin dikira sebagai satu isi rumah yang berlainan (yang mempunyai pendapatan RM3,000 ke bawah) walaupun tinggal serumah dengan ibu bapa juga layak untuk memohon. 

Selain itu, ketua keluarga bujang / ibu dan bapa tunggal yang mempunyai tanggungan tinggal serumah serta warga emas sebatang kara yang berpendapatan RM 3,000 ke bawah juga layak untuk memohon.

p/s TS suka berpesan kepada mereka yang tidak berminat dan dok perlekeh BR1M nie, tak yah la sibuk2 nak mohon bantuan nie yea.. jangan cakap je berdegar2 dok belasah.. tapi kaum korang yang paling sibuk nak isi borang nie. Kerajaan tak paksa pun korang mohon kan....