29 Sept 2011

LGE Goyang?

Lim Guan Eng, Setiausaha DAPig & Ketua Menteri Pulau Pinang menafikan pula tindakan beliau menghina negeri Johor. Memang bapak putar belit belaka pemimpin-pemimpin Pakatan Rapuh (PR) nie.. tau nak menyalahkan orang lain jer.. konon tak larat nak ikut rentak tarian media yang dikatakan dikuasai oleh Barisan Nasional. Orang Johor tak sudi nak 'beli' kelentong lu la LGE.. Nak muntah hijau dengar putar belit anak Melaka yang dapat kuasa di Penang nie..dah terang-terang memang lu menghina Johor.. Lu dah GOYANG ke LGE bila bukti dah tersebar? 


Rakaman tersebut bukan semasa wawancara bersama Radio ABC di Australia sebaliknya semasa perbincangan makan tengahari semasa mesyuarat bersama Pertubuhan Wakil Asing, FCA di Singapura pada 12 Ogos 2011. Sila lihat video di bawah


Selain menghina Johor tidak selamat, beliau turut menyatakan bahawa warga Singapura mengetahui bahawa peluang untuk mereka diculik sekiranya mengunjungi Johor adalah tinggi. TS hairan betul.. bukan kah saban minggu, ramai warga Singapura menyeberangi Tambak Johor untuk mengunjungi Johor dengan pelbagai agenda seperti membeli belah & melancong? Inikah bukti bahawa Johor tidak selamat? Berapa ramai warga Singapura yang diculik ketika berada di Johor?

Sebagai anak jati Johor, TS merasa sangat terhina dan tercabar dengan tindakan LGE. TS merasakan tindakan beliau bukan sekadar untuk memburuk-burukkan Johor, bagi tujuan mengalihkan perhatian pelabur asing daripada melabur di Johor dan beralih arah ke Pulau Pinang semata. Sebaliknya, adalah salah satu cara halus untuk menghancurkan UMNO yang mana UMNO Johor merupakan denyut nadi utama kekuatan UMNO. Untuk menghancurkan UMNO yang menjadi tunjang Barisan Nasional, maka ia perlu dilakukan di tempat di mana ia bertapak kukuh. 

Pemimpin-pemimpin tertinggi UMNO dan menteri-menteri ramai berada di negeri Johor, termasuklah YAB Timbalan Perdana Menteri. Kenyataan LGE akan mencalarkan imej Johor dan seterusnya akan mengurangkan / menghilangkan kepercayaan pelabur-pelabur asing untuk melabur di negeri Johor. Kehilangan pelabur asing pula seterusnya akan melemahkan ekonomi Johor dan menyebabkan rakyat memberontak dan tidak mempercayai UMNO lagi. Dengan terhakisnya kepercayaan rakyat kepada UMNO dan BN, maka akan lumpuhlah 'jantung' dan terhentilah denyut nadi..Matinya UMNO Johor,maka terkuburlah UMNO. Adakah rakyat Johor akan membiarkan Pakatan Rapuh (PR) menjadi pemerintah kerajaan negeri?

27 Sept 2011

LGE Buat Rakyat Johor Marah

Sekali lagi pemimpin Pakatan Rapu (PR), Lim Guan Eng, Setiausaha DAP yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang merapu dan membuat tuduhan semasa sesi temuramah di sebuah stesyen radio di Australia. Beliau menuduh kononnya Johor bukanlah negeri yang selamat kerana penuh dengan jenayah dan peluang untuk diculik sangat mudah berbanding Pulau Pinang. Pada pandangan TS, ini merupakan satu lawak jenaka yang 'sangat bijak' dilakukan oleh seorang pemimpin PR sehingga menimbulkan KEMARAHAN RAKYAT NEGERI JOHOR. 

Apakah tujuan beliau membuat kenyataan sedemikian rupa di negara orang? Ia bukan hanya memalukan & memberi kesan kepada negeri Johor tetapi juga kepada negara termasuklah Pulau Pinang. Banyak lagi kaedah lain sekiranya beliau mahu  menarik pelabur asing khususnya Australia untuk melabur di Pulau Pinang bukan dengan cara mensabotaj Johor yanng ternyata mampu menarik pelabur asing berbanding Pulau Pinang.  Namun, TS tidak hairan dengan pemimpin-pemimpin PR yang terkenal dan sememangnya gemar bermain politik dengan cara kotor. Tindakan beliau ini hanya menunjukkan beliau adalah seorang yang dangkal dan bercakap tidak berlandaskan fakta yang tepat.

Rakyat Johor menuntut agar beliau menarik balik kenyataan tersebut dan memohon maaf di atas keceluparan beliau.

TS berpendapat bahawa adalah lebib baik Ketua Menteri Pulau Pinang yang telah memerintah selama 3 tahun untuk memajukan Pulau Pinang, menarik lebih ramai pelabur dan memberi keadilan kepada semua kaum sebagaimana yang PR laung-laungkan. Kemajuan Pulau Pinang sebelum ini adalah dibangunkan oleh Kerajaan Barisan Nasional. Rakyat mahu melihat apakah sumbangan DAP kepada Pulau Pinang selama mereka memerintah.

LGE sepatutnya lebih memberi fokus untuk mendepani dan menyelesaikan pelbagai isu di Pulau Pinang. Selesaikan dan buktikan isu berkaitan pembinaan rumah kos rendah dan sederhana yang beliau dakwa telah dibina sebanyak 11, 596 buah. Perbetulkan kepincangan kepimpinan sendiri sebelum sibuk dengan hal orang lain. Kuman di seberang tampak, gajah (bertengger) di pelupuk mata tiada tampak.

Sila klik di sini untuk mendengar sendiri tindakan beliau memburuk-burukkan Johor

p/s Mana-mana pemimpin di dalam Pakatan Rapu jangan berani-berani turun Johor sebab LGE kata Johor tak selamat dan mudah kena colek.. tak perlu la sibuk-sibuk nak rebut kerusi DUN / Parlimen kat Johor yea.. tak payah sibuk-sibuk nak buat pelbagai program nak 'racun' rakyat Johor.. Bahaya kat Johor nie..

22 Sept 2011

Mayat Mat Indera Tidak Pernah Dituntut


Masih lagi mengatakan Mat Indera adalah seorang pejuang kemerdekaan yang sebenar? Beliau telah dijatuhkan hukuman gantung sehingga mati. Sebelum pelaksanaan hukuman tersebut, beliau telah dipenjara selama hampir 7 tahun dan pada tahun 1957, hukuman tersebut dilaksanakan. Jika benarlah beliau seorang pejuang, mengapa jenazahnya tidak dituntut oleh mana-mana ahli keluarga dan parti politik.. sehingga kini? Jenazahnya telah ditanam di Kebun Jambu, belakang Masjid Taiping. 

Ikuti pendedahan oleh Pak Latif Hussin (71 tahun), Bekas Pengarah Penjara Malaysia.

20 Sept 2011

Gempar.. Saksi Bukan Pakar DNA...

Alahai...kesiannya bang Nuwar nie.. kenapa la ambik saksi macam nie untuk perbicaraan kes Liwat nya.. Dr. Donald tuh rupa-rupanya bukan Pakar DNA.. habis tuh.. siapa dia nie? hehehhe.. sila lah baca posting di sini oleh http://mediapermatangpauh.blogspot.com/


KANTOIII !!! Saksi pembelaan Anwar BUKAN PAKAR DNA...


Perbicaraan kes Liwat Anwar Ibrahim bersambung semula di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dengan saksi pembela, Dr Brian McDonald akan diperiksa balas oleh pihak pendakwa.

Semalam, menurut pakar yang diupah oleh Anwar dari Australia itu mengatakan tiada bukti yang menunjukkan bahawa profil-profil DNA yang diperoleh daripada “Lelaki Y” 

Dr Brian McDonald, mencabar penemuan analisis yang dikendalikan oleh ahli kimia kerajaan Dr Seah Lay Hong dan Dr Nor Aidora Saedon.

Berikut ialah rentetan perbicaraan kes Liwat pada pagi ini.

9.00 pagi: Kelihatan hadir di mahkamah pihak saksi pembela Dr Brian McDonald, peguambela Anwar Sankara Nair dan CV Prabhakaran

9:07pagi: Kelihatan Pihak pendakwa diketuai oleh Mohd Yusof Zainal Abiden. Turut kelihatan hadir di mahkamah ialah Ahli Parlimen Sungai Petani, Johari Abdul atau lebih dikenali dengan nama Joe bendul turut memberi sokongan moral pada Bosnya Anwar Ibrahim.

9:20 pagi: Mahkamah bermula perbicaraan dengah hakim Mohamad Zabidin Mohd Diah memulakan prosiding. Peguam Ram Karpal Singh bangun memberitahu mahkamah bahawa beliau mempunyai satu soalan untuk ditanya kepada McDonald tentang satu kes di Australia.

9.27 pagi: Pihak pendakwa memulakan soalbalas didahului dengan peguam cara negara II, Mohd Yusof Zainal Abiden. Yusof menyentuh kes pada tahun 2007 yang belaku di Australia iaitu mahkamah rayuan telah menolak rayuan dalam satu kes melibatkan McDonald.sebagai pakar dan Mahkamah menolak Mc Donald sebagai pakar DNA dan Yusof berkata beliau akan menunjukkan McDonald bukan pakar.

9.30 pagi: Yusof berkata dunia DNA telah maju kehadapan. Beliau mendakwa beberapa kelayakan McDonald sudah tidak boleh dipakai lagi dan sudah terlalu usang.

9.34 pagi: Peguamcara II Yusof bertanya lagi samada pada 2002, Adakah McDOnald menghadiri mana-mana program-program peperiksaan bagi memperbaharui kepakarannya itu?. McDonald menjawab tiada

9.37 pagi: McDonald berkata kelayakan beliau diperakui penilai NATA makmal forensik untuk pensijilan ISO 17025.

9.40 pagi: Yusof terus mengasak lagi, adakah kelayakan McDonald seperti terkandung dalam biodatanya?

9.42 pagi: McDonald berkata beliau tidak pernah menghadiri sebarang kursus forensik DNA.

9.43 pagi: Yusof bertanya lagi Adakah anda dilatih secara rasmi? Untuk mentafsir, analisis?

9.44 pagi: McDonald menjawab Saya dilatih secara rasmi sebagai saintis sahaja.

9.45 Yusof bertanya lagi, Adakah kamu melatih orang lain?

9.46 McDonald menjawab Ya, di semua lapangan kecuali tafsiran DNA.

9.48 pagi: Yusof meminta penjelasan bagaimana McDonald telah memperoleh kepakaran beliau. Mc Donald berkata pada 2004. “Saya seorang senior saintis dengan kerja-kerja itu dilakukan junior saya dan robot.

9.50 pagi: Yusof berkata lagi dalam ISO 17025, mereka akan melawat dan kenali ahli-ahli sains dan sama ada mereka mempunyai syarat-syarat perlu.

“Saintis, sebagai sebahagian daripada akreditasi, saintis Seah Lay Hong (betul) dan Nor Aidora, mesti dengan konsisten diuji,” kata Yusof.

McDonald dengan teragak-agak menolak pendapat Yusof. beliau berkata hanya ahli-ahli saintis kanan dibenarkan untuk mentafsirkan keputusan-keputusan.

10.10 pagi: McDonald berkata dia tidak menahu bahawa samada akreditasi makmal dijalankan setiap dua tahun.

10: 38 pagi: McDonald sekali lagi tergamam bila Yusof mengatakan bahawa dalam satu kes di Brunei, mahkamah telah menolak McDonald sebagai saksi kerana kepakaran beliau tidak diikhtiraf.

Penghinaan Ke Atas Jalur Gemilang

Orang Lama selalu berpesan, 'cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar'..tapi sekarang nie ramai yang dah tak nak ikut pesan Orang Lama khususnya puak-puak Pakatan Roboh (PR). Tak habis-habis nak melalak yang bukan-bukan. Rasanya bukan TS je yang meluat, tetapi ramai lagi orang kat luar tuh yang meluat tengok gelagat puak-puak nie.

Bingit rasanya, berasap kepala bila pemimpin dalam PR ni suka buat kenyataan 'tak sayang mulut'. Terbaru M.Manoharan, Wakil Rakyat DAP iaitu ADUN Kota Alam Shah mahu menukar Jalur Gemilang sekiranya memperoleh kuasa. Beliau menghina Jalur Gemilang yang dikatakan ditiru daripada Amerika Syarikat. Rabun agaknya beliau nie, tak dapat membezakan Jalur Gemilang dan bendera Amerika Syarikat. Selain itu, buta sejarah agaknya beliau ni kerana tidak mengetahui asal usul bendera Jalur Gemilang.

TS juga merasakan bahawa ini merupakan salah satu langkah DAP untuk menghapuskan identiti kebangsaan dan menidakkan perjuangan orang terdahulu yang berjuang memerdekakan Negara. Mana ada tercatat, puak-puak PR ini di dalam sejarah Negara. Sekurang-kurangnya apabila mereka mempunyai kuasa, mereka mampu untuk melakarkan sejarah Negara baru dan memadam sejarah terdahulu.

Walaupun, Manoharam telah memohon maaf di atas kelancangan beliau dan menyatakan bahawa beliau seorang yang patriotik, bagi TS tidak semudah itu untuk memaafkan beliau. Bukankah kata-kata beliau itu telah menunjukkan apa yang sebenarnya diinginkan oleh puak-puak Pakatan Roboh khususnya DAP? Relakah kita membiarkan puak-puak seperti beliau ini menjadi peneraju Negara? 



p/s Kepada mereka yang rasa tidak sesuai berada di negara ini, sila cari mana-mana negara yang dirasakan sesuai dan kembalikan sahaja taraf kerakyatan sebagai warganegara Malaysia.

15 Sept 2011

ISA Dimansuhkan? Hadiah Sempena Sambutan Hari Malaysia

Tanggal 15 September 2011 memberikan kejutan dan melakarkan sejarah apabila YAB Perdana Menteri membuat beberapa pengumuman penting yang pastinya memberikan impak kepada negara. Apa yang pasti, perkara yang diumumkan tersebut adalah antaranya agenda perjuangan yang sibuk dilaung-laungkan oleh juak-juak pembangkang, kononnya berkaitan dengan HAK-HAK ASASI MANUSIA dan DEMOKRASI.

Nah! bukankah terbukti Kerajaan mendengar suara rakyat? Mereka yang memperjuangkan agar ISA dimansuhkan sepatutnya gembira apabila YAB PM mengumumkan akta tersebut dimansuhkan. Mereka sepatutnya mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan, bahawasanya mereka 'tidak akan tertindas' di negara mereka sendiri.

Manakala mereka yang berjuang mempertahankan ISA pula boleh menarik nafas lega apabila 2 undang-undang baru akan digubal untuk mencegah perbuatan subversif, keganasan terancang dan perbuatan jenayah. TS mengharapkan agar undang-undang baru tersebut akan benar-benar dapat mempertahankan rakyat dan negara dari ancaman-ancaman tersebut.

Selain itu, tidak akan berlaku penahanan individu semata-mata ideologi politik dan Akta Buang Negeri 1959 turut dimansuhkan.

Kajian semula secara komprehensif pula akan dilakukan bagi Akta Kediaman Terhad 1933. Manakala prinsip pembaharuan tahunan dihapuskan dan digantikan dengan pengeluaran lesen sehingga dibatalkan bagi Akta Mesin Cetak & Penerbitan 1984.

Kajian semula turut dilakukan bagi Seksyen 27 Akta Polis 1967 dengan mengambil kira peruntukan Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan tentang kebebasan berhimpun dengan prinnsip menentang sekeras-kerasnya demonstrasi jalanan.

p/s Terfikir pula TS, adakah dengan pemansuhan ISA (khususnya) akan menghentikan pihak-pihak tertentu daripada menuduh KERAJAAN ZALIM & MENINDAS RAKYAT? Atau pihak-pihak tersebut terus memerah otak sehingga pecah kepala untuk memastikan TUMBANGNYA KERAJAAN BN. Kita tunggu respon mereka.
BERIKUT adalah perutusan khas sempena sambutan Hari Malaysia esok 16 September 2011 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak yang disiarkan secara langsung oleh stesen-stesen televisyen pada jam 8.45 malam Khamis:
Rakyat Malaysia yang dikasihi sekalian.
...

1. Alhamdulillah dengan limpah izin dan kurnia-Nya jua, kita dapat menyambut ulangtahun penubuhan Malaysia bagi kali ke-48 sebagai warga sebuah negara yang merdeka, berdaulat, demokratik, aman dan makmur.

2. Sesungguhnya kisah perjalanan Malaysia penuh warna-warni. Bermula daripada sebuah negara pertanian berpendapatan rendah semasa penubuhannya, hari ini, hasil mahsul perancangan penuh sistematik dan pelaksanaan begitu mapan, kita telah berjaya muncul sebagai negara perindustrian moden yang berpendapatan sederhana tinggi. Bertolak dari situ, sekalipun kejayaan yang telah dicapai bersifat monumental dan amat signifikan, ia bukanlah alasan yang membenarkan kita untuk berhenti berusaha, berasa puas hati, berasa selesa, apatah lagi mengambil sikap bersimpuh sambil berpeluk tubuh.

3. Apa yang sewajarnya dilakukan demi survival serta kesejahteraan rakyat terus meningkat lagi terjamin dalam dunia yang amat kompetitif dewasa ini, marilah melipatgandakan usaha bagi menambahbaik daya saing nasional melalui penggunaaan kreativiti, inovasi dan menjulat usaha penciptaan kekayaan baru berasaskan sifat keusahawanan mandiri. Semua matlamat ini tidak mungkin akan tercapai tanpa wujudnya perpaduan nasional, keamanan, kestabilan dan keharmonian. Rakyat Malaysia yang dikasihi sekalian,

4. Membelek helaian-helaian tawarikh, apabila negara mencapai kemerdekaan 54 tahun lalu sehingga Malaysia dibentuk enam tahun kemudiannya, bersama-sama Sabah dan Sarawak, banyak pihak ketika itu, sama ada pemerhati asing, mahupun warga tempatan berasa ragu-ragu serta waham (was-was) mempersoalkan tentang, sebuah negara baru yang negeri-negerinya terpisah dek Laut Cina Selatan, sedang diancam pula pemberontakan komunis, dengan separuh penduduknya hidup di bawah paras kemiskinan, ditambah oleh faktor kemajmukan demografik yang luar biasa kompleksitinya, mungkinkah mampu untuk kekal utuh sebagai sebuah negara bangsa apatah lagi untuk berjaya?

5. Ternyata, pencapaian Malaysia selama ini, bertatih dan berjalan jatuh untuk mengecap nikmat kejayaan diiringi sebuah takdir yang penuh cabaran. Jika disisir sejarahnya, semacam satu keajaiban diawal usia setahun jagung meraih kemerdekaan, hakikat yang tersebut tadi ditambah berat pula dengan penerimaan sistem dan falsafah pentadbiran negara berasaskan Demokrasi Berparlimen, Raja Berperlembagaan serta Persekutuan, telah diterima amal secara tuntas oleh kita begitu awal ketika mana proses pembudayaan masih lagi tidak matang.

6. Jelas sekali, sebelum merdeka, warga tiga belas buah negeri yang bersatu membentuk Malaysia tidak pernah berpeluang untuk memilih kerajaan yang akan memerintah sekalipun corak pentadbirannya. Kewujudan mereka hanyalah sebagai rakyat negeri-negeri naungan atau tanah jajahan yang diberi keistimewaan politik terhad mengikut budi bicara kuasa pemerintah. Pastinya, ini, bukanlah hak politik tulen yang terbit daripada kewarganegaraan sebuah negara merdeka serta berdaulat.

7. Menyingkap fakta, sebelum merdeka, pemilihan politik pertama yang berlangsung di mana rakyat telah diberi peluang secara terhad untuk memilih wakil mereka adalah semasa pemilihan beberapa Majlis Perbandaran pada tahun 1952 dan seterusnya pemilihan sebahagian Anggota Majlis Perundangan Persekutuan pada tahun 1955. Sebaliknya, hanya tahun-tahun selepas merdeka bermula 1959, rakyat mula diberi hak dan tanggungjawab sepenuhnya untuk memilih semua ahli Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri sebagai hak budi bicara mutlak dalam menentukan parti manakah bagi membentuk kerajaan.

Rakyat Malaysia yang dikasihi sekalian,

8. Sememangnya kita perlu bersyukur kerana dari masa hingga masa, walau apapun rintangan menjelma, sama ada bersifat dalaman mahupun luaran yang telah mengancam demokrasi dan kebebasan individu seperti pemberontakan komunis, konfrontasi menentang penubuhan Malaysia, rusuhan kaum, kemelesetan ekonomi, ekstrimisme agama mahupun cauvinisme perkauman, Alhamdulillah, setiap satunya telah berjaya ditangani dan dihadapi menggunakan kerangka tindakan berhemah, demokratik berasaskan prinsip keluhuran perlembagaan serta kedaulatan undang-undang.

9. Barang harus diingat jua, sepanjang tempoh tersebut tidak pernah terlintas di benak pihak kerajaan walau sedetikpun untuk menukar sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan sedia ada dengan sebarang sistem anti-demokratik, waima betapa getir cabaran yang dihadapi. Seperti terakam pada susur galur negara, disebabkan tragedi 13 Mei, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong bertindak atas nasihat YAB Perdana Menteri ketika itu menurut peruntukan Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan, telah mengisytiharkan darurat.

10. Salah satu kesan pengisytiharan darurat 1969 tersebut adalah proses pilihanraya yang belum selesai di Sabah dan Sarawak telah digantung. Peristiwa selanjutnya yang berlaku adalah pemilihan Dewan Rakyat telah disempurnakan dalam tempoh lebih kurang dua puluh bulan kemudian dan sistem Demokrasi Berparlimen dipulih kembali apabila keamanan negara telah stabil seperti sediakala.

11. Kendatipun begitu, Allahyarham Tun Abdul Razak selaku Timbalan Perdana Menteri pada masa tersebut merangkap Menteri Pertahanan yang telah diamanahkan mengetuai Majlis Gerakan Negara atau MAGERAN, dengan memiliki kuasa mutlak eksekutif dan perundangan, tidak pernah menyimpan hasrat untuk mengekalkan kuasa-kuasa tersebut lebih lama daripada apa yang perlu.

12. Sudah terang lagi bersuluh, Allahyarham Tun bersama rakan-rakan ketika itu amat menyedari bahawa kuasa luar biasa tanpa sempadan yang tergenggam di tangan mereka tersebut tidak boleh sekali-kali dijadikan suatu kelaziman demi masa depan negara tercinta. Sebaliknya, mereka faham kuasa total itu sekadar suatu amanah untuk mengekang dan mengawal tragedi serta kegoncangan yang berlaku.

Rakyat Malaysia yang dikasihi sekalian,

13. Sebetulnya lagi, sebagai sebuah negara demokrasi berparlimen, kuasa untuk menentukan parti politik mana yang akan membentuk kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan mahupun di peringkat negeri terletak secara mutlak tanpa kekecualian di tangan rakyat. Setelah lebih lima dekad kemerdekaan negara dan hampir lima dasawarsa pembentukan Malaysia, kita dapati bahawa, pengalaman, kematangan serta kebijaksanaan rakyat negara ini dalam memilih kerajaan demi menentukan halatuju masa depan yang mereka dambakan tidak boleh dinafikan oleh sesiapapun jua.

14. Bahkan, saya sering mengutarakan bahawa era kerajaan mengetahui segala-galanya dan memiliki monopoli terhadap kebijaksanaan sudah melewati tempohnya. Revolusi dalam bidang teknologi maklumat, kemajuan komunikasi dan kecanggihan pengangkutan telah membuka persaingan serta perbandingan secara meluas lagi dinamik dalam pasaran idea.

15. Kontemporari ini, taraf serta akses rakyat kepada semua peringkat pendidikan semakin meluas seiring dengan korpus pengetahuan yang dimiliki. Disamping itu, pertumbuhan ekonomi yang mapan, pengurangan kadar kemiskinan dan inisiatif kejuruteraan sosial serta keberkesanannya, telah berjaya meningkatkan taraf hidup serta mewujudkan kelas menengah yang besar. Mutakhir pula, keutamaan kehendak dan keperluan rakyat Malaysia telah mengalami perubahan yang besar berbanding empat atau lima dekad yang lalu.

16. Melangkah lebih jauh, mentadbir negara yang terzahir dari saat kemerdekaan dikudratkan oleh kehendak rakyat, kerajaan kini akan terus komited menjunjung sistem Demokrasi Berparlimen, Raja Berperlembagaan, kedaulatan undang-undang, falsafah persekutuan serta prinsip imbang dan periksa di antara ketiga-tiga cabang kerajaan.

Rakyat Malaysia yang dikasihi sekalian,

17. Sebagai yang ramai maklum bahawa, kecuali darurat akibat konfrontasi tahun 1964, yang telah dibatalkan secara tersirat, kesemua proklamasi darurat lain yang telah diisytiharkan sebelum ini, masih dianggap berkuatkuasa sehingga hari ini. Justeru, menginsafi bahawa realiti negara Malaysia telah berubah, merasai denyut nadi, resah gelisah dan aspirasi rakyat yang mahukan Malaysia menjadi lebih terbuka lagi dinamik demokrasinya, di mana, pendapat, idea dan kebimbangan massa lebih diberi perhatian, agar dapatlah kita berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan sistem demokrasi lain di dunia yang berasaskan falsafah universal dari rakyat, oleh rakyat dan untuk rakyat, maka, kerajaan kini, di bawah Fasal 3 Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan, akan membentangkan kepada kedua-dua Majlis Parlimen dengan usul agar ketiga-tiga proklamasi darurat yang telah diisytihar dulu, supaya ditamatkan kuatkuasanya.Pada hemahnya, sudah tiba waktu rakyat Malaysia menuju masa depan dengan paradigma seterusnya yang berasaskan harapan baru dan bukannya terbelenggu oleh nostalgia kekangan sejarah lampau.

Rakyat Malaysia yang dikasihi sekalian,

18. Dalam menyusun atur peradaban bernegara bagi menghadapi keadaan luarbiasa yang mengancam keselamatan tanahair dan kesejahteraan rakyat, tidak dapat tidak, menuntut kepada langkah-langkah khas yang kadangkala, bersifat di luar norma demokratik. Umpamanya, tindakan tahanan pencegahan. Sesungguhnya, kebijaksanaan menangani keganasan memerlukan kita mencegah perlakuan itu, sebelum kehilangan nyawa mereka yang tidak berdosa, harta benda atau menatijahkan apa-apa kecederaan. Ini merupakan satu kebenaran yang bersifat global dan diterima ramai.

19. Dari perspektif undang-undang Islam pula, ia terangkum jelas dalam Maqasid Syariah yang berobjektif melindungi lima perkara utama yakni; pertama: agama, kedua: nyawa, ketiga: akal, keempat: keturunan dan maruah serta kelima: harta benda. Bahkan prinsip Usul Fiqah banyak membicarakan tentang perlunya disekat lebih awal sesuatu kemungkaran itu, sebelum ia berlaku. Manakala satu prinsip menyatakan bahawa, keputusan pemerintah adalah satu amanah yang perlu dibuat bagi pihak yang diperintah atas kepentingan maslahah ramai.

20. Ini bukanlah ehwal yang pelik, tidak lazim atau asing. Terbukti, negara-negara demokrasi yang maju seperti Amerika Syarikat dan United Kingdom juga telah menggubal rangka perundangan khas bagi menangani ancaman pengganas pasca tragedi 11 September.

21. Pucuk pangkalnya, perseimbangan serta perimbangan yang harus ada bagi sebuah demokrasi moden adalah, diantara keselamatan nasional dan kebebasan individu. Itulah tugas dan tanggungjawab sebuah kerajaan yang matlamat tertingginya, menjunjung kebajikan serta kesejahteraan rakyat untuk mencari keseimbangan yang betul ini.

22. Misalnya, kebebasan bersuara yang dijamin dalam Perlembagaan Persekutuan tidak sesekali bermaksud sebagai kewenangan hak kepada mana-mana pihak untuk membuat fitnah dan menghasut api kebencian. Sebagai contoh mudah yang lain, kerajaan turut bertanggungjawab untuk menghalang jeritan palsu tentang bom dalam sebuah stadium yang penuh sesak. Ini kerana, kebebasan luar kawal sebegitu, akan hanya menimbulkan panik yang boleh membawa kepada kecederaan dan kehilangan nyawa.

Rakyat Malaysia yang dikasihi sekalian,

23. Sepertimana yang saya janjikan dalam ucapan sulung saya semasa mula-mula mengambil alih jawatan Perdana Menteri pada 3 April 2009, bahawa Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (yakni ISA) akan dikaji secara komprehensif. Sehubungan dengan itu, suka saya mengumumkan pada malam yang bersejarah ini, bahawa Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (yakni ISA) akan dimansuhkan terus.

24. Untuk mencegah perbuatan subversif, keganasan terancang dan perbuatan jenayah bagi memelihara ketenteraman dan keselamatan awam, dua undang-undang baru yang sesuai akan digubal di bawah semangat serta payung Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan. Pokoknya, akta-akta ini nanti bermatlamat untuk memelihara keamanan, kesejahteraan, kesentosaan serta kerukunan hidup rakyat dan negara.

25. Di atas segalanya, Kerajaan akan tetap memastikan hak asasi mereka yang terbabit terpelihara. Apa-apa undang-undang yang diperbuat akan mengambil kira hak dan kebebasan asasi berlandaskan Perlembagaan Persekutuan. Undang-undang baru ini akan memperuntukkan tempoh tahanan oleh polis yang secara substansialnya lebih pendek daripada apa yang ada sekarang dan apa-apa tahanan lanjut hanya boleh dibuat dengan perintah mahkamah kecuali undang-undang berkaitan keganasan, masih dikekalkan bawah kuasa Menteri.

26. Di sudut lain, kerajaan juga memberi komitmen bahawa mana-mana individu tidak akan ditahan semata-mata hanya kerana ideologi politik. Umumnya pula, kuasa untuk melanjutkan penahanan akan beralih daripada badan eksekutif kepada badan kehakiman kecualilah undang-undang berkaitan keganasan itu tadi.

27. Dalam konteks ini juga, selain memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960, Kerajaan juga akan memansuhkan Akta Buang Negeri 1959 di samping mengkaji semula beberapa undang-undang lain bagi memastikan ia memenuhi kehendak semasa. Sehubungan dengan itu lagi, kita tidak akan teragak-agak untuk meminda atau memansuhkan undang-undang yang tidak lagi relevan.

28. Kajian semula komprehensif ini akan melibatkan Akta Kediaman Terhad 1933 dan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 di mana prinsip pembaharuan tahunan akan dihapuskan dan digantikan dengan pengeluaran lesen sehingga dibatalkan. Kerajaan juga akan mengkaji semula seksyen 27 Akta Polis 1967 dengan mengambil kira peruntukan Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan tentang kebebasan berhimpun dengan prinsip menentang sekeras-kerasnya demonstrasi jalanan. Namun, kebenaran berhimpun diberi selaras dengan kaedah-kaedah yang akan ditetapkan kelak disamping mengambilkira norma-norma di peringkat antarabangsa.

Rakyat Malaysia yang dikasihi sekalian,

29. Sebagai sebuah negara, Malaysia dan seluruh warganya kini berada di persimpangan jalan. Pilihan yang kita putuskan hari ini akan menentukan nasib serta mencorakkan rupabentuk Malaysia pada masa hadapan, tanah air yang akan kita wariskan kepada anak-anak kita dan generasi mendatang. Persoalannya, mampukah kita melampaui dan mencabar wasangka lazim bahawa rakyat Malaysia daripada latarbelakang yang majmuk, status sosioekonomi berbeza dan fahaman politik pelbagai, secara iradat manusiawinya, tiba kepada konsensus untuk tidak tunduk menyerah kepada sekam kebencian dan kecurigaan yang pastinya mengheret kita ke lembah kehinaan. Sebaliknya, ayuhlah kita bersama mendaya sebuah masa depan yang sarat dengan harapan dan kemuliaan.

30. Yakinlah bahawa, ia satu kekuatan bukan satu kelemahan untuk kita meletakkan kepercayaan kepada kebijaksanaan rakyat Malaysia membuat pilihan dalam mencorakkan hala tuju masa depan mereka sendiri. Jika kita menganggap ia satu kesilapan maka, apakah maknanya pencapaian kita hari ini, apakah gunanya kita merancang pembangunan negara degan begitu tersusun semenjak merdeka, apakah gunanya kita membelanjakan sebahagian besar khazanah negara setiap tahun untuk memberikan akses pendidikan berkualiti kepada semua rakyat, membebaskan warga daripada cengkaman kemiskinan, membina infrastruktur fizikal serta teknologi komunikasi maklumat yang berkelas dunia?

31. Jawapannya sangat jelas yakni, langkah-langkah yang saya umumkan sebentar tadi tidak lain tidak bukan adalah inisiatif awal transformasi politik secara tertib lagi berhemah. Ia berdiri sebagai pelengkap amat penting serta perlu kepada inisiatif-inisiatif transformasi bidang ekonomi dan penyampaian awam yang pihak kerajaan telah rangka dan laksanakan semenjak lebih dua tahun kebelakangan dalam usaha menuju sebuah negara moden dan progresif.

32. Pastinya, masa bukan terlalu awal mahupun terlalu lewat, akan tetapi inilah kala paling sesuai serta waktu paling tepat untuk perhitungan-perhitungan besar sedemikian diambil dan dilancarkan. Kita maklum, walaupun bagi pendapat sesetengah pihak ia penuh berisiko, kita akan melakukannya demi survival, setelah lebih lima puluh tahun negara merdeka, dan hampir lima dekad Malaysia terbentuk. Lantaran kita di ambang pedati yang sedang berpacu deras untuk sampai ke destinasi sebagai sebuah negara maju sepenuhnya.

Rakyat Malaysia yang dikasihi sekalian,

33. Akhir kalam, saya ingin tegaskan bahawa tanpa syak dan tanpa ragu-ragu lagi, Malaysia yang kita impikan bersama dan sedang kita cipta ini adalah Malaysia yang mengamalkan demokrasi berfungsi dan inklusif di mana keamanan dan ketenteraman awam dipelihara selaras dengan roh ketertinggian Perlembagaan, kedaulatan undang-undang, penghormatan kepada hak asasi manusia dan hak-hak individu.

Demi Malaysia, bertawakallah semua dan kepada Tuhan kita berserah.

Wabillahitaufik Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Terima kasih.

13 Sept 2011

Nak Buat Filem Sejarah, Kena Buat Research.. Ada Faham?

Saya telah diminta oleh Tun Haniff Omar, ketika itu dia Ketua Polis Negara yang mencadangkan kepada saya untuk membuat filem Bukit Kepong, kerana sebelum itu, dia juga bekerjasama dengan beberapa agensi kerajaan lain tetapi kos untuk membuat filem ini terlalu mahal.

"Saya telah membuat penyelidikan rapi termasuk menemubual bekas anggota komunis yang terbabit dalam serangan itu, waris mangsa serta ahli keluarga terdekat Muhammad Indera, lelaki tempatan yang bersekongkol dengan pengganas komunis," katanya secara eksklusif dengan UMNO-Online di sini.


Filem Bukit Kepong yang mengisahkan serangan komunis terhadap Balai Polis Bukit Kepog dibuat berdasarkan sejarah sebenar tragedi berdarah pada 23 Februari 1950 itu, bukannya mengikut perspektif UMNO seperti dituduh Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.

"Saya menafikan sekeras-kerasnya tuduhan Mat Sabu bahawa Filem ini dihasilkan berdasarkan perspektif dan arahan UMNO. Filem ini digarap berdasarkan fakta sejarah yang sebenar dan saya sendiri menetap di Pagoh, Johor selama setahun.

"Saya sendiri membuat penyelidikan dan hasi penyelidikan tersebut, faktanya langsung tidak bercanggah dengan apa yang diberikan oleh pihak polis," tambahnya lagi.

Ujarnya, filem Bukit Kepong ini merupakan filem berkisarkan pada sejarah negara serta penyelidikan bukan secara suka-suka hati.

Mengulas lanjut mengenai penyelidikannya, Jins berkata, berdasarkan keterangan daripada bekas anggota komunis, mereka mengesahkan bahawa operasi itu diketuai Mat Indera dan bekas guru agama tersebut yang bertanggungjawab mengarahkan serangan melalui tiupan trompet.

Tambahnya, operasi berkenaan juga dirancang dengan begitu rapi dan pengganas komunis sudah mula mengambil posisi dari atas Bukit Kepong sejak petang sebelum serangan bermula lagi.

"Saya sedih dan kesal dengan kenyataan Mat Sabu yang menganggap 200 anggota Pasukan Kompeni Keempat, Parti Komunis Malaya (PKM) yang menyerang dan membunuh 25 anggota keselamatan serta ahli keluarga mereka dalam tragedi itu, ialah hero sebenar.

"Sebaliknya pengorbanan 25 anggota polis yang terbunuh dalam serangan berdarah inilah yang kita boleh ibaratkan sebagai hero sebenar. Saya juga ingin berpesan kepada generasi muda agar jangan lupa sejarah perjuangan menuntut kemerdekaan negara, jasa pejuang-pejuang terdahulu yang hari ini, kita nampak hasilnya dengan hidup aman damai, persefahaman dan perpaduan di kalangan rakyat Malaysia," ujarnya lagi. 

Sumber daripada : MediaUMNO

Klik Di Sini untuk mengikuti temubual secara eksklusif bersama Tan Sri Jins Shamsuddin.

Nak SPIN Apa Lagi Mat Sabu?


Duhai Mat Sabu.. Apa yang nak diputarbelitkan lagi mengenai sejarah negara? Kali ini, Tan Sri Jins Shamsuddin telah menafikan tuduhan Timbalan Presiden PAS tersebut. Filem Bukit Kepong adalah berdasarkan sejarah sebenar tragedi berdarah pada 23 Februari 1950 yag mana Komunis telah melakukan serangan ke atas Balai Polis Bukit Kepong. Beliau sendiri telah melakukan penyelidikan dengan menemubual bekas anggota Komunis, waris mangsa yang terbabit dalam serangan tersebut. Malahan, ahli keluarga Muhammad Indera sendiri datang bertemu dan berbincang mengenai filem tersebut. 

Maka, Filem Bukit Kepong bukannya mengikut persepektif UMNO sebagaimana yang dituduh oleh Mat Sabu. Beliau turut menafikan bahawa serangan yang diketuai oleh Muhammad Indera adalah operasi untuk 'MENGAJAR' anggota keselamatan yang mabuk. 

Seterusnya, klik di sini.

12 Sept 2011

Tangguh Cukai Perkhidmatan 6%?

Ramai yang memberi pelbagai respon apabila syarikat telekomunikasi mengumumkan bahawa cukai perkhidmatan sebanyak enam peratus (6%)  akan dikenakan untuk pembelian tambah nilai prepaid & simpack prepaid. Kebanyakan masyarakat yang ditemui khususnya golongan muda membantah dan tidak berpuas hati sekiranya cadangan tersebut dilaksanakan pada 15 September 2011. Mereka menyalahkan pihak Kerajaan yang dikatakan tidak peka dengan keadaan rakyat yang terpaksa menanggung pelbagai beban, merampas duit rakyat dengan pelbagai cukai tetapi kononnya rakyat tidak merasa hasil pembayaran cukai tesebut. Apa yang berlaku sebenarnya, keputusan tersebut dibuat oleh syarikat-syarikat telekomunikasi tersebut yang tidak mahu memikul beban cukai perkhidmatan dan sebaliknya dikenakan ke atas pengundi. Oleh itu, bagi mereka yang kurang faham, pasti akan melenting dan terus menyalahkan pihak Kerajaan.


Kebanyakkan pengguna produk syarikat-syarikat telekomunikasi mengharapkan agar perbelanjaan yang dikeluarkan setimpal dengan perkhidmatan yang diberikan. Masalah gangguan liputan rangkaian dan liputan rangkaian tidak menyeluruh khususnya di kawasan luar bandar menimbulkan ketidakpuasan hati di kalangan pengguna. Oleh itu, seharusnya syarikat-syarikat telekomunikasi sentiasa melakukan usaha-usaha untuk meningkatkan perkhidmatan yang diberi dan bukan hanya mengejar keuntungan semata-mata. Pengguna yakin bahawa syarikat-syarikat telekomunikasi saban tahun meraih keuntungan yang besar hasil kesetiaan para pengguna. Peniaga yang ditemui turut merungut kerana  ia hanya akan menyusahkan mereka kerana mereka terpaksa menyediakan syiling dan tidak memberikan keuntungan kepada mereka.


Rakyat khususnya pengguna talian telefon prabayar sudah pasti menarik nafas lega apabila semua syarikat telekomunikasi bersetuju untuk MENANGGUHKAN kutipan cukai 6% tersebut sehingga perbincangan semula dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) diadakan. Walau bagaimanapun, respon yang diterima daripada rakyat adalah mereka mahukan agar kutipan cukai sebanyak 6% tersebut DIBATALKAN sahaja agar tidak membebankan rakyat. Mereka mahukan agar Kerajaan khususnya SKMM bertegas terhadap syarikat-syarikat telekomunikasi tersebut.

p/s Guna botol kaca jer la... bila nak pakai ketuk..ting ting ting... :D

8 Sept 2011

Penyerahan Loji Air, Rahmat Kepada Rakyat Johor

Tanggal 31 Ogos memberikan seribu makna kepada rakyat Johor dengan penyerahan kemudahan loji rawatan dan rumah pam secara rasmi oleh Lembaga Kemudahan Awam (PUB) Singapura dengan tamatnya Perjanjian Pembekalan Air yang telah ditandatangi pada tahun 1961, selain daripada menyambut Hari Kemerdekaan Yang Ke-54 tahun dan bakal menyambut Hari Raya Aidilfitri. Lebih manis lagi, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan untuk menghadiri majlis penyerahan tersebut. 

PUB telah menyerahkan Loji Air Gunung Pulai, Loji Air Sungai Skudai, Rumah Pam Tebrau dan Rumah Pam Pontian. Ini bermakna bekalan air bersih Johor akan bertambah sebanyak 681 juta liter yang dikendalikan oleh Syarikat Air Johor (SAJ). 

Rakyat Johor sudah pasti amat berterima kasih kepada YAB Perdana Menteri Malaysia yang sangat prihatin dan telah berjaya mengadakan pertemuan serta perbincangan antara Malaysia dan Singapura sehingga tercapainya kata sepakat membolehkan kemudahan tersebut diserahkan secara percuma kepada Johor. Ia menunjukkan sememangnya wujud hubungan yang istimewa antara 2 buah negara. Selama 50 tahun, Johor telah membantu Singapura dalam menyalurkan bekalan air bersih kepada rakyatnya. 


Sehubungan itu, rakyat negeri Johor amat mengharapkan agar Syarikat Air Johor (SAJ) dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik, khususnya kepada penduduk di kawasan Skudai dan Pontian.

Kenyataan Mat Sabu Mengguris Waris



Ini adalah bukti luahan rasa waris yang benar-benar terluka dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Mat Sabu.. Ini adalah luahan sebenar dan bukan didorong / dipaksa oleh UMNO.

Tolak Kenyataan Mat Sabu

Kenyataan Mat Sabu yang mengangkat Komunis dalam peristiwa Bukit Kepong sebagai pejuang sebenar kemerdekaan telah mencetuskan pelbagai respon dari masyarakat. Maka, penyokong2 pembangkang turut berkokok mempertahankan kenyataan Mat Sabu yang sebenarnya melukakan hati banyak pihak khususnya kepada ahli keluarga yang merasai dan mengetahui kezaliman Komunis. 

Kebenaran kenyataan Mat Sabu kononnya disokong dengan bahan bukti hasil penulisan di dalam buku Pengukir Nama Johor. Namun, sebenarnya artikel hasil kajian dan tulisan Sahgihon Dirhan berjudul Bajuri Haji Siraj mendedahkan bahawa pemimpin Komunis Melayu telah melakukan kekejaman terhadap bangsanya sendiri. 

Kepada pihak pembangkang, hentikanlah segala cubaan untuk mengubah sejarah yang tercatat. Mat Sabu seharusnya menarik balik kenyataan tersebut dan memohon maaf secara terbuka kerana masyarakat khususnya waris mangsa keganasan Komunis tidak dapat menerima kenyataan beliau sehingga secara terang-terangan tidak ingin berjumpa beliau dan IANYA BUKAN DIHALANG OLEH UMNO atau mana-mana pihak.


Raja Drama

Tak semua orang dikurniakan anugerah untuk pandai berlakon.. silap-silap baru nak berlakon..dah terkantoi..Macam-macam cara dan gaya untuk mempengaruhi orang lain untuk mempercayai apa yang dilakonkan.. lihat sajalah telatah para pemimpin pembangkang yang sememangnya bijak berlakon, walaupun sebenarnya dah terkantoi berulang kali..tapi tak serik-serik nak teruskan lakonan.. ada penonton yang mula naik menyampah, nak termuntah hijau..ada yang seronok melihat telatah mereka.. tak kurang juga yang mempercayai apa yang dilakonkan..Amat menyedihkan..

Terkini, ada seorang pemimpin pembangkang yang memohon agar Utusan memohon maaf dan menarik semula artikel yang mendakwa beliau menyokong Komunis dalam tempoh 24 jam. Kalau Utusan tidak berbuat demikian, maka beliau akan menyaman Utusan. Tak cukup dengan itu, beliau masih terus mempunyai keinginan yang meluap-luap, nak ajak TPM berdebat mengenai isu tersebut. Ishhhhhhhh.. tak perlu la dilayan keinginan merapu dia tuh.. buang masa jer...Terima je la tawaran debat Ketua Pemuda UMNO Malaysia tuh jer... MENYAMPAH!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!



Ce Pilih

Yang Manakah Satu PILIHAN Anda?


7 Sept 2011

Ke Mana Perjuangan Pas Sebenarnya?

Kenyataan biadab Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu yang mengagungkan pengganas komunis berbanding anggota keselamatan dalam tragedi Bukit Kepong adalah bukti jelas bahawa perjuangan parti itu sudah jauh terpesong.
Jika dahulu fatwa agama menjadi bahan dagangan politik oleh pemimpin Pas tetapi kini, sejarah kemerdekaan negara pula mahu ‘diwarnakan’ mengikut acuan sekutu rapatnya DAP.
Semenjak Pas bekerjasama dengan Dap, parti itu sudah tiada pendirian sehingga sanggup mengkhianati amanat pemimpin Pas terdahulu. apatah lagi menghina pejuang-pejuang yang terdahulu melawan komunis.
 
 Kenyataan biadap serta buta sejarah daripada Mat Sabu kerana ulama pimpinan Pas juga sering ubah fatwa demi kepentingan politik. Dalam konteks politik hari ini, Pas sanggup gadai apa sahaja demi undi bukan Melayu.
Dulu jalin hubungan politik dengan orang kafir jadi kafir dan masuk neraka. Sekarang boleh pula dan negara Islam pun sudah bertukar kepada negara kebajikan. Dakwa pula negara Islam tiada dalam al-Quran sedangkan, sebelum ini pejuang-pejuang Pas sanggup mati demi negara Islam.
Kalimah Allah juga sanggup digadai Pas. Jadi bagi Mat Sabu kalau sekadar ubah sejarah untuk raih sokongan Cina dan bodek DAP mungkin padanya tidak salah. Kalau ulama dalam Pas boleh kencing berdiri, Mat Sabu pula kencing berlari.