17 Oct 2011

Apa Itu ANDROID?



Mungkin bagi yang tidak mahir tentang teknologi terbaru dunia peranti mudah alih beranggapan bahawa Android itu merupakan salah satu daripada telefon pintar yang dikeluarkan oleh sebuah syarikat pengeluar telefon pintar, setanding dengan iPhone dan Blackberry. 

Di Malaysia sahaja, masih tidak ramai pengguna yang menggunakan telefon pintar sebagai alat perhubungan dan berkomunikasi. Terbukti berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh Google dalam persidangan Think Mobile di Kuala Lumpur Julai lalu, menunjukkan hanya seramai sembilan peratus penduduk negara ini yang menggunakan telefon pintar daripada 11.3 juta penduduk. 

Oleh itu, masih tidak ramai yang mengetahui apa itu sistem operasi (OS) yang dipanggil Android. Android adalah sistem operasi yang dicipta untuk menjalankan atau mengerakkan perisian di dalam peranti mudah alih seperti telefon pintar dan tablet. 

Sehingga kini, Android mempunyai komuniti yang besar dalam pembangunan aplikasi dan kini terdapat kira-kira 250,000 aplikasi yang boleh didapati di dalam Android Market, sama ada percuma mahupun berbayar, menjadikan ia popular dalam kalangan pengguna peranti mudah alih. 

Antara peranti mudah alih yang menggunakan aplikasi Android ialah Sony Ericsson Xperia Play, Samsung Galaxy S II, Samsung Galaxy Tab 10.1, HTC Desire S HD, Motorola Xoom dan beberapa lagi tablet serta telefon pintar yang popular kini. 

Android bukanlah sistem operasi yang baru dicipta, namun ia sudah pun dibangunkan sejak lima tahun lalu yang bermula dengan Versi 1.0. 

Sejak dibangunkan pada 2007, Android sudah berkembang sehingga tujuh versi bermula dengan Android versi 1.0 yang digunakan oleh telefon pertama HTC Dream, Android versi 1.1, Android Cupcake 1.5, Android Donut 1.6, Android Froyo 2.2, Android Gingerbread 2.3, sehinggalah kepada Android terkini yang turut digunakan oleh tablet terbaru keluaran Samsung Galaxy Tab 10.1 dengan Android Honeycomb 3.1. 

Perkembangan Android telah diperluaskan untuk penambahbaikan perisian kepada sistem operasi yang lebih baik daripada aplikasi pencarian suara, pengiriman emel menerusi Gmail dan pemberitahuan emel pada 2009, kemudian ditambah baik dengan kemampuan merakam serta menonton video yang terus boleh dibuat naik ke dalam Youtube, manakala gambar ke dalam Picasa, animasi layar dan papan kekunci yang disesuaikan dengan sistem. 

Pada penghujung 2009, dalam versi Donut 1.6, Android dikemas kini dalam penampilan proses carian, penggunaan bateri lebih tahan lama dan galeri foto yang diintegrasikan serta resolusi VWGA sehinggalah kepada versi 3.0 yang mana telah dikemas kini dengan sokongan Flash 10.1, kemampuan WiFi Hotspot, rakaman video definisi tinggi (HD), Android Market, permainan video 3D dan kemampuan menyokong teknologi Near field Communication (NFC). 



Pengguna bebas memilih perantiKelebihan Android berbanding sistem operasi yang sedia ada ialah kerana ia lebih bersifat pelbagai tugas yang mampu menjalankan banyak aplikasi dalam satu masa. Selain itu, adanya kemudahan pemberitahuan membolehkan semua emel, mesej dan juga RSS yang masuk boleh diketahui pada skrin utama. Pengguna Android juga berpeluang menikmati akses mudah terhadap ribuan aplikasi Android menerusi Android Market seperti muat turun aplikasi mahupun permainan video daripada Angry Birds sehinggalah kepada Angry Birds Rio secara percuma mahupun berbayar. Bukan itu sahaja, Android turut dilengkapi dengan widget yang pelbagai untuk diorientasikan pada skrin utama telefon atau tablet, contohnya widget cuaca, jam loceng dan sebagainya mengikut kehendak pengguna. Memandangkan sistem operasi Android ini amat luas, pengguna berpeluang membuat banyak pilihan mengikut kehendak dan keperluan untuk membeli telefon pintar mahupun tablet berdasarkan jenama yang disukai dan harga yang memenuhi bajet serta kecanggihan peranti tersebut. Di sebalik kecanggihannya, pasti ada kelemahan. Sistem Operasi Android ini memerlukan sambungan secara terus pada penetapan WiFi sekiranya ingin mengakses pada internet secara terus menerus. Juga, banyak iklan yang sedikit mengganggu ketika menggunakan aplikasi tertentu.


Sumber ; http://www.sinarharian.com.my/SH/com/content/story9632864.asp

Pembangkang Gentar, KR1M Atasi Isu Kenaikan Harga Barang

Seronok betulnya rasanya bila TS tengok video nie. Seperti dalam posting sebelum ini, TS amat berharap agar Kedai Rakyat 1Malaysia berada di seluruh pelusuk pekan-pekan di setiap Parlimen. Sementelah, Kerajaan pun mengalu-alukan kepada mereka yang berminat untuk mengendalikan Kedai Rakyat 1Malaysia (klik sini).

Nampaknya, Gagasan 1Malaysia sekarang sibuk promosi Kempen Harga Barang Murah menerusi KR1M. Mati kutu la pembangkang, tak dapat nak racun rakyat. Sebelum ni sibuk jaja, BN = Barang Naik.

P/s HAPUSKAN MONOPOLI, KEKANG PENIAGA TAMAK, SELAMAT LAH RAKYAT.

13 Oct 2011

Kedai Rakyat 1Malaysia Penyelamat Rakyat

Kebanyakan rakyat sememangnya merasa sangat tertekan dengan peningkatan kos sara hidup dan kenaikan harga barang masa kini. Masing-masing mengharapkan agar Kerajaan mengambil langkah serius dalam membantu rakyat berhadapan dengan tekanan tersebut. Belanjawan 2012 yang telah diumumkan oleh YAB Perdana Menteri sekurang-kurangnya telah membuatkan rakyat menarik nafas lega kerana Kerajaan memahami dan merasai cabaran dan tekanan yang dihadapi oleh rakyatnya. 

Rakyat menyahut baik tindakan Kerajaan menerusi Belanjawan 2012 yang akan mewujudkan dan menambah bilangan Kedai Rakyat 1Malaysia yang akan menjual sebanyak 250 jenis produk berjenama 1Malaysia dengan harga 40% lebih rendah. Rakyat melihat ia sebagai satu kaedah penyelamat khususnya bagi golongan berpendapatan rendah dan sederhana untuk berhadapan dengan tekanan peningkatan kos sara hidup dan kenaikan harga barang. 


Pengwujudan lebih banyak Kedai Rakyat 1Malaysia akan melahirkan satu rangkaian perniagaan berbentuk Kedai Runcit Mini yang baru. Ianya juga akan dapat mengelakkan berlakunya monopoli daripada syarikat-syarikat multinasional yang kebiasaannya memberi tekanan dan sering menuntut untuk menaikkan harga produk masing-masing. Sehubungan itu, rakyat berharap agar Kerajaan dapat mewujudkan Kedai Rakyat 1Malaysia di setiap pekan, seluruh parlimen.  

p/s Siapa yang menjadi pengeluar, pembekal, pemborong, peniaga terbesar di Malaysia? Mereka lah yang mampu menentukan harga pasaran barangan. Mereka lah yang menekan pengguna. Semoga Kedai Rakyat 1Malaysia menjadi satu rangkaian perniagaan yang menjadi pusat tumpuan mendapatkan barangan keperluan harian rakyat. 

11 Oct 2011

Tak Perlu Buat Report Polis

Tan Sri Sidek Hassan, Ketua Setiausaha Negara (KSN) mengumumkan bahawa Orang Ramai tidak perlu lagi membuat LAPORAN POLIS untuk menggantikan kehilangan dan kerosakan Sijil Kelahiran, Pasport Malaysia, Sijil Kahwin, Sijil Akademik, Perakuan Pendaftaran Kenderaan dan Lesen Memandu serta Geran Tanah. 

Di dalam pekelilingnya menyatakan bahawa pemansuhan tersebut dilakukan kerana ia adalah amalan pentadbiran yang tidak terdapat dalam peruntukan di bawah mana-mana undang-undang.