4 Sep 2012

Penipuan Anwar & Pembangkang : Sang Saka Malaya

Pakar Sejarah telah menyanggah dakwaan dan tindakan gang kibar bendera Sang Saka Malaya dalam Himpunan Janji Bersih di Dataran Merdeka semasa malam kemerdekaan yang lalu. Ia merupakan satu tindakan untuk menggantikan Jalur Gemilang dan mendakwa kononnya ia adalah bendera asal Tanah Melayu. Pakar Sejarah turut menggelar mereka sebagai golongan PELUPA dan JAHIL Sejarah Tanah Air.

Menurut Prof Datuk Dr Ramlah Adam, Dekan Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi Universiti Teknologi Mara (UiTM), Tanah Melayu tidak pernah menggunakan bendera tersebut sebagai bendera rasmi walaupun ketika dijajah. Bendera yang berwarna merah putih dan dinamakan Sang Saka itu adalah bendera yang digunakan kumpulan yang menyokong pembentukan Indonesia Raya dan sentimennya dibawa pertama kali ke Tanah Melayu oleh Kesatuan Melayu Muda (KMM) pada 1938 pimpinan Ibrahim Yaakob.
“Perkara yang diperjuangkan oleh kumpulan KMM ini adalah untuk memerdekakan Tanah Melayu, tetapi dengan cara bergabung dengan Republik Indonesia Raya atau Melayu Raya.
“Walau bagaimanapun majoriti orang Melayu di Tanah Melayu ketika itu tidak bersetuju dengan perjuangan mereka kerana  orang Melayu mendukung institusi Raja-Raja Melayu dan Islam, kerana itulah majoriti memilih perjuangan Umno,” katanya lagi.
Selepas KMM diharamkan, ideologi itu dibawa pula Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang dipimpin oleh Mokhtaruddin Lasso, Dr Burhanuddin Helmi dan Ahmad Boestamam.
“Mereka menggunakan bendera Sang Saka ini dalam ceramah mereka, namun majoriti rakyat Tanah Melayu menolak perjuangan mereka, tetapi saki baki pendukung ideologi itu hari ini cuba menghidupkannya semula,” katanya.

Menurut Prof Datuk Dr Zainal Kling , Ketua Kluster Sejarah, Warisan dan Sosio-Budaya Majlis Profesor Negara (MPN) pula, bendera Sang Saka itu memang sering digunakan oleh negeri-negeri Nusantara sejak dahulu lagi. Walaupun begitu ia bukanlah bendera asal Tanah Melayu.

Katanya, dakwaan yang mengatakan bahawa bendera itu sebagai bendera asal Tanah Melayu adalah sesuatu yang amat bodoh dan cubaan mempersoalkan kedaulatan negara.
“Parti yang mendukung pembentukan Indonesia Raya telah diharamkan, tetapi penyokongnya masih ada. Jadi mereka inilah yang cuba membuat pembohongan besar dengan cuba menukar  sejarah kononnya itu adalah bendera asal Tanah Melayu,” katanya.



 bendera yang dikibarkan pada malam kemerdekaan yang dikatakan sebagai bendera Sang Saka Malaya untuk menggantikan Jalur Gemilang.
Inilah Bendera Tanah Persekutuan Melayu yang digunakan sejak 1896 hingga 1950
Selain daripada menyatakan kemarahan, meluahkan perasaan tidak puas hati, seharusnya kita melakukan sesuatu untuk membendung kejadian seperti ini daripada terus berlarutan. Kejadian seperti ini telah membuka mata TS. TS berpendapat bahawa kita harus mengambil langkah lebih serius untuk mempertahankan Jalur Gemilang. Suatu undang-undang berkaitan perlu digubal untuk memelihara dan mempertahankannya agar tidak ada mana-mana pihak mencemar, menghina, merosak, menyalahguna dan sebagainya.

ADUN BENTAYAN VS MP BAKRI

Menurut sumber yang boleh dipercayai...dua pemimpin DAP iaitu Ahli Parlimen Bakri Er Teck Hwa dan ADUN Bentayan Gwee Thong Hiang telah bertumbuk dalam majlis makan malam di SKT Banquet Hall Sungai Abong Pada 3 September 2012. Pergaduhan yang turut disaksikan sendiri oleh seramai lebih kurang 1000 orang penyokong DAP dan pemimpin utama mereka Lim Guan Eng...nampaknya malam tu LGE jadi pengadil wrestling lah ....


Pergaduhan ni adalah kemuncak konflik dalaman DAP yang berebut kuasa dan nak menunjukkan siapa yang lebih berpengaruh.

Haiii DAP nie.. belum dapat memerintah dah bergaduh sesama sendiri... tuh belum lagi bila berdepan rakan-rakan lain dalam Pakatan, PKR dan PAS.. bayangkan lah kalau dorang nie dapat memerintah Negara.. TS berdoa mereka tak menang dalam PRU 13...jika tidak mau jadi sarkis Parlimen dok bergaduh bila berselisih pendapat... mau huru hara negara ....

31 Jul 2012

Rafizi Ditahan Di Bawah BAFIA

Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohd Rafizi Ramli ditahan polis pada pagi Rabu atas dakwaan mendedahkan butiran perbankan yang berkaitan dengan skandal National Fidlot Corporation (NFCorp) di bawah Akta Bank & Institusi Kewangan (BAFIA) 1989.
"Saya telah ditahan di bawah  BAFIA, kini dalam perjalanan ke balai polis. Akan discharge (didakwa) di mahkamah Shah Alam," kata Rafizi menerusi twitter milik beliau.
"Saya akan terus dibawa dan didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam, jadi akan didakwa jam 9 pagi," katanya lagi.
Pertuduhan telah dibacakan dan beliau mengaku tidak bersalah.Beliau juga telah diikat jamin oleh Nik Nazmi sebanyak RM 15,000.00. Beliau akan dibicarakan pada 10 September 2012. Sekiranya sabit kesalahan, hukuman maksimum 3 tahun penjara / denda RM 3 juta / kedua-duanya sekali. 
Kerajaan Negeri Selangor juga dikatakan bermurah hati untuk menyediakan dana khas bagi membiayai segala kos guaman. 
P/S TS pasti pihak pembangkang akan terus meroyan dan spin isu ini.. tak caya? gi jenguk twitter dan media lain.. hehehe 
sila klik di sini apa itu BAFIA

11 Jul 2012

Sokong LGBT??

Setujukah anda dengan tulisan Ng Shu Tung dalam Malaysiakini bertarikh 6 Julai 2012 berajuk ' If Najib doesn't welcome LGBT, let's vote him out'. Relakah kita menerima golongan ini dan membiarkan aktiviti LGBT berleluasa di Malaysia? Benarkah kita tidak kisah memilih dan menerima Perdana Menteri di kalangan kaum ini sebagaimana yang beliau coretkan? Ikuti penulisan beliau dan nilaikan sendiri..

  • If Najib doesn't welcome LGBT, let's vote him out
  • Ng Shu Tsung | 2:40PM Jul 6, 2012
  • Najib’s hurtful statements against the lesbians, gays, bisexual and transsexual ('LGBT') community by stating there is no place in Malaysia for LGBTs is like a knife stabbing right through our hearts.

    Najib flimsily backs up his argument by mentioning religion. There has also been references to a narrow interpretation of the meaning of gender in the federal constitution and so he concludes that LGBTs do not deserve any protection, thus have no human rights. So much for the 1Malaysia which remains just a slogan.

    I am also so sick and tired of hearing people dressed in religious attire proclaiming to be most religious to the extent to be implying of being messengers of god, and in the name of god condemn LGBT community as sinners worthy of fire and brimstone.

    It makes me think that these messengers of god playing politics in the pretence of being such holy beings are really just lunatics who hear imaginary voices in their head.

    It is time the LGBT community strikes back hard to teach those homophobic people where it hurts them most.

    One way is to organise a demonstration and march down the streets demanding equal rights for LGBTs, in which the end result would be facing police brutality.

    Or I could take the initiative and proclaim myself to be the second Jesus Christ to make silly statements that I hear messages from the god or gods stating this and that, including that god is in the image of LGBT.

    Since I can write, maybe I could author a completely new religious book. This would no doubt get me a permanent residency in a mental institution with the keys thrown away for good.

    But maybe there is another workable way. I would call this the 1LGBT way.

    You see, the popular statistics state that approximately 10 percent of every society consists of LGBTs. Now assuming that another 10 percent non-LGBT people are sympathisers of the LGBT community, imagine if, working together, members of both 10 percent groups reach out and educate just one other person each to fight for our cause.

    This gives just 40 percent of voting power to vote for LGBTs or their sympathisers as members of parliament.

    And what better time to do it as the 13th general election is round the corner.

    Pushing it a little further, it is not a far-fetched idea if we LGBTs overthrow the current government and any government that has little regard to the LGBT community. The new government then forms parliament consisting of the members of parliament who are LGBTs and LGBT sympathisers. Certainly this would be most colourful.

    Although 40 percent voting power when translated to 40 percent of the total members of parliament will be a weak government, it would be a strong message to deliver to those thick skulls who still think that condemning the LGBT community is the holy war that must be waged.

    Not forgetting that the 40 percent if achievable will be a credible third force to check rampant discrimination against LGBT society.

    Once upon a time, this was just a dream. Now it can be a reality. So in the coming 13th general election, let us, LGBT and LGBT sympathisers, work together to educate and campaign for just one more person to be on our side to form a big third force to force out the current government or any government who does not recognise the LGBT society.

    It would also be nice to elect a capable non-corrupt individual as prime minister who is either lesbian, gay, bisexual or transsexual regardless of race. Now that is what I would call 1Malaysia.

    He/she would repeal some discriminatory and outdated laws, like doing away with Section 377A on oral sex and 377B of the Penal Code on male anal sex, without any replacement of similar oppressive laws. Then introduce additional laws that make it a crime to discriminate, ridicule and condemn any LGBT.

    My oh my, the list of reforms can go on and on with a LGBT prime minister with a LGBT cabinet, but I think the message is clear.

14 Jun 2012

Royanan Nizar, Sultan Johor Murka

Pssttt.. sekali lagi Nizar, Menteri Kerajaan Pokok meroyan .. Kali nie dok pertikai bidaan nombor pendaftaran kenderaan WWW 1 oleh Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar. Ianya mengundang murka Sultan. Baginda bertitah mengingatkan kepada wakil-wakil rakyat dan pemimpin masyarakat semasa merasmikan Pembukaan Penggal Persidangan Kelima Dewan Negeri Johor Ke-12 di Kota Iskandar supaya menjaga adab dan tingkah laku serta berhati-hati apabila membuat sesuatu kenyataan bak kata pepatah “cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar.”

Rakyat Johor tak kisah pun tentang bidaan tersebut.. nie orang luar pulak yang menyibuk.. Kalau tak tahu apa-apa tentang Johor jangan nak sibuk mengata yang bukan-bukan.. Dalam Himpunan Kasih dan Taat Setia Duli Yang Maha Mulia Baginda Sultan Johor, seramai 30 000 orang rakyat Johor telah berhimpun. Nah! inilah bukti bahawa rakyat Johor sangat kasih dan setia kepada baginda. Sultan Johor adalah seorang Sultan yang berjiwa rakyat. Saban tahun, turun berjumpa dengan rakyat Johor melalui program Kembara Mahkota.. seluruh keluarga baginda turut serta mendekati rakyat.Baginda juga turut memberi bantuan kepada rakyat yang memerlukan..banyak juga masalah dapat diselesaikan.Baginda turut bermurah hati, memberikan kenderaan kepada Polis Johor bernilai RM 5.5 juta untuk kemudahan memastikan keselamatan negeri dan rakyatnya. Kepada Nizar, apa yang anda telah lakukan untuk rakyat semasa anda menjadi Menteri Besar Perak?

Sebagai seorang pemimpin, sekiranya hendak menegur..ada cara yang lebih sopan dan teratur..ada saluran yang sesuai boleh digunakan..bukan melalui medium seperti twitter..Yang ditegur pula seorang Sultan.Bukannya melalak sebegitu.

Baginda bertitah,"Baru-baru ini, ada pemimpin politik yang secara terang-terang mengkritik tindakan saya membida nombor pendaftaran di Jabatan Pengakutan Jalan (JPJ). Adakah dia lupa tentang adab Melayu? Atau sememangnya dia seorang yang jahil dan cetek dan akalnya?

“Janganlah cuba berlagak pandai jika tidak berilmu dan janganlah mengeluarkan kenyataan sesuka hati jika tidak tahu perkara yang sebenar. Bukankah berdiam itu lebih baik daripada berkata yang tidak baik.

“Kepada pemimpin seperti ini, nasihat saya 'janganlah sibuk mencari kudis di kaki orang lain sedangkan tokak di kaki sendiri tidak mampu diubati,”

Sultan Ibrahim bertitah, setiap tindakan yang baginda buat adalah mengikut cara dan jalan yang betul dan setiap kebajikan yang dilakukan tidak perlu diperbesarkan.“Tindakan pemimpin ini bukan sahaja mendatangkan kemurkaan kepada saya, tetapi juga satu penghinaan kepada rakyat dan kedaulatan negeri Johor. Saya harap dia sedar siapa diri dia dan kesilapan yang telah dibuat.“Jika hendak minta maaf, mintalah maaf kepada semua rakyat Johor, bukan kepada saya seorang sahaja.
"Pepatah Melayu sering mengingatkan terlajar perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.

TS juga bersetuju dengan titah baginda bahawa perpaduan merupakan asas wujudnya negara ini dan kemajuan yang kita peroleh adalah hasil daripada perpaduan yang wujud sejak dulu lagi. Ts juga berharap agar rakyat Johor menunaikan harapan dan kepercayaan baginda bahawa  rakyat Johor bukanlah masyarakat yang mudah terpedaya dengan tipu helah "musang yang berbulu ayam".

P/S : sapa la musang yang berbulu ayam tuh kan... hehheheh.. tau kan jawapannya..





7 May 2012

DURIAN RUNTUH BUAT WARGA FELDA

Kira-kira 50,000 warga peneroka daripada seluruh negara mendengar pengumuman 'Durian Runtuh' YAB Perdana Menteri di FELDA Jengka 8, Jerantut, Pahang dalam Majlis Peneroka Bersama Perdana Menteri. Dua juta warga FELDA iaitu keluarga peneroka dan pekerja FELDA sudah pasti sangat gembira kerana mereka akan menerima durian runtuh. Sebanyak RM 1.689 billion ringgit akan diberi kepada peneroka dengan 3 kali bayaran.

Pemberian wang tunai akan diberikan sebanyak RM 5,000.00 kepada suami, RM 5,000.00 kepada isteri peneroka dan RM 5,000.00 ribu kepada anak peneroka bagi setiap 112, 635 keluarga peneroka. Wow..... ini bermaksud setiap keluarga peneroka akan menerima RM 15,000.00.

Selain itu, keuntungan dalam Tabung Amanah akan diberi kepada peneroka setiap tahun. Peneroka akan diberi  PINK FORM agar membolehkan mereka membeli saham FGVH. FELDA juga menghargai jasa petugas-petugasnya. Mereka akan menikmati 2 setengah bulan bonus tambahan. Sebagai memenuhi tanggungjawab sosial, rumah-rumah di kampung tradisi akan dibaikpulih menerusi dana yang akan disalurkan kepada Yayasas FELDA. Semua dana diperoleh daripada sumber dalaman FELDA dan juga daripada sebahagian keuntungan penyenaraian kelak.

P/S TS.. Alhamdulillah..rezeki kepada warga peneroka..kepada warga peneroka, teruslah memberi sokongan kepada Kerajaan Barisan Nasional yang sentiasa peka dan berkhidmat untuk rakyat dan negara. Bukan seperti puak yang satu lagi tuh.. bukan berusaha untuk membangunkan negara, tetapi lebih untuk kepentingan peribadi dan menjahanamkan negara. Moga warga peneroka tidak termakan hasutan dan dakyah pembangkang.

6 May 2012

Saifuddin KANTOI MENIPU.. WAN AHMAD sebenar muncul..

Lor... ini ker rupa sebenar Datuk Wan Ahmad Wan Omar, Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang dikatakan ahli UMNO Cawangan Kubang Bunggor, Pasir Mas, Kelantan seperti yang didakwa oleh Datuk Saifuddin Nasution Ismail, Setiausaha Agung PKR tuh?? Sebenarnya.. beliau bukanlah Datuk Wan Ahmad, sebaliknya Wan Ahmad yang lain.. inilah empunya diri yang sebenar.. bernombor kad pengenalan 490101-03-5179, nombor kad pengenalan lama 2756290 dan nombor keahlian UMNO 2374564

Wan Ahmad bersimpati dengan Datuk Wan Ahmad di atas tuduhan yang dilemparkan ke atas beliau sehingga Saifuddin memaksa beliau untuk meletakkan jawatan. Apa punya sengal lah Saifuddin nie.. kebetulan nama mereka sama.. ko dah meroyan cakap yang bukan-bukan..BUKTI APA YANG DAH KO KEMUKAKAN NIE? MANA LA KO NAK LETAK MUKA.. DASAR PEMBANGKANG..MEMANG TAK BOLEH PERCAYA!! Kah..Kah..Kah..Ko yang sepatutnya mintak maaf kat kedua2 insan bernama WAN AHMAD nie..
Nama WAN AHMAD BIN WAN OMAR
No KP                             :   490101035179
No KP Lama                     :  2756290
No Keahlian UMNO            : 2374564
Kod Cawangan 02213049   :  KUBANG BUNGGOR
Kod DUN 02213                :  CHETOK
Kod Bahagian 022             :  PASIR MAS Negeri KELANTAN
Nak Dengar PUDDIN nie merapu? tengok la video nie


video

5 May 2012

ANWAR IBRAHIM DARAH DAGING AZMIN ALI? lain bapak lain mak..

'Hancurnya hati saya', begitulah luahan seorang ibu, Che Tom Yahaya berusia 78 tahun ibu kepada Azmin Ali, Ahli Parlimen Gombak / Timbalan Presiden PKR. Jika kita yang melihat dan mendengar rintihan si ibu boleh merasa tersentuh, apakah Azmin tidak berasa begitu? Ibu inilah satu-satunya yang mengandung, melahir dan membesarkannya..tiada insan yang lain.. seharusnya, si anak membalas segala jasa dan pengorbanan ibu sementara masih ada lagi di dunia ini. TS sangat terperanjat, inikah sikap seorang pemimpin yang boleh dijadikan contoh? Jarak antara pejabat PKR dan kediaman ibunya hanya mengambil masa selama 10 minit..namun kali terakhir beliau mengunjungi ibunya pada hari pertama Syawal tahun lepas? Seluruh negara, beliau boleh 'round' tapi nak luang masa untuk jenguk ibu pun tak sempat. Bukan itu saja, nafkah untuk ibu pun tak pernah dia beri..ibunya terlantar sakit di hospital pun tak jenguk. Hairan betul! Apa jenis anak nie? Menurut Che Tom,

"Pada pagi hari raya itu kebetulan Ummi Hafilda juga ada di rumah saya..melihat kehadiran Ummi Hafilda, dia terus memaki hamun dan mengeluarkan kata-kata kesat. Malah di pagi yang mulia itu juga, dia memberitahu anak-anaknya supaya jangan duduk di atas kerusi di rumah saya kerana kononnya ia belum 'disamak'. Azmin juga tak bagi anaknya menjamah makanan yang dihidangkan kerana menuduhnya 'benda haram'. Bila saya tegur kenapa dia sanggup berkata begitu terutama kepada adik perempuannya itu sedangkan Ummi Hafilda juga adalah darah dagingnya sendiri, jawab Azmin, darah dagingnya hanyalah Anwar Ibrahim.".

DARAH DAGING AZMIN adalah ANWAR IBRAHIM?? Bila masa pulak ibunya mengandung dan melahirkan Anwar nie? Sanggup buang darah daging sendiri dan anggap orang luar sebagai adik beradik? Apa yang Anwar dah buat..apa yang Anwar dah beri sehingga begitu istimewa beliau kepada Azmin?

TERKINI : Azmin Ali ketika ditemui selepas Majlis di AU3 Keramat hari ini mengulas tentang rintihan ibunya, beliau menyatakan bahawa INI SEMUA KERANA PRU 13 DAN DEKAT dan INI SAJA CARA UMNO BOLEH MENANG DENGAN CARA FITNAH - AGENDANEWS.

TS merasa sangat hairan, si ibu pula dikatakan memfitnahnya..dan UMNO juga yang dipersalahkan. Siapa yang melupakan seorang ibu.. UMNO kah? Siapa yang menyakiti hati si ibu.. UMNO kah? Siapa yang tidak mengenang jasa dan pengorbanan ibunya.. UMNO kah? Siapa yang membuang darah daging sendiri.. UMNO kah? 

Azmin..Azmin.. bertaubat lah.. mohon ampun kepada ibu mu.. orang yang melahirkan mu ke dunia ini.. Apalah sangat jasa ANWAR, PKR terhadap diri mu jika nak dibandingkan dengan JASA seorang Ibu..Hargailah dia, sayangilah dia, balas lah jasanya..sementara dia masih ada di dunia ini. Jangan menyesal di kemudian hari. Fahamilah suara hati ibu mu ini, jangan jadi anak derhaka :

"Saya yang mengandungkannya betapa susah, saya yang melahirkannya betapa punya sakit, mendidik dia dari tapak tangan dua jari hingga dewasa. Tetapi kalau nak balik pertama pulanglah ke pangkal jalan, bertaubat dan berhentilah dari kumpulan itu. Kalau tidak, saya mati pun janganlah tengok, saya hidup pun tak nak tengok, nak mati baru nak tengok..tak payahlah,".

Azmin, apakah syurgamu terletak di bawah tapak kaki ANWAR??

Berikut adalah video luahan hati Che Tom Yahaya terhadap Azmin. Anda nilailah sendiri..

video







26 Apr 2012

NAIB PENGERUSI DAP BANTAH BERSIH 3.0

Penganjur dan penyokong BERSIH 3.0 mesti bengang dengan kenyataan gempar Senator Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim, Ahli Dewan Negara / Naib Pengerusi DAP yang TIDAK BERSETUJU dan MENOLAK penganjuran perhimpunan tersebut. Menurut beliau, "Pada prinsipnya demonstrasi jalanan saya dah biasa tengok, bukan sahaja di negara kita tetapi saya biasa bekerja dan tinggal di banyak negara, semua demonstrasi kononnya mula dengan aman tetapi kebanyakan di mana-mana pun kita tengok terjadi perang."

“Saya secara rekodnya, saya bantah, tak sokong bersih," katanya.

“Sekiranya sesuatu berlaku, siapa yang akan bertanggungjawab? Penganjur dan individu terlibat tidak akan berada di sana. Siapa yang akan menjaga mereka yang terkorban dan mengalami kecederaan?

Lebih memeranjatkan lagi, beliau menyatakan bahawa matlamat utama perhimpunan tersebut hanyalah untuk menyalahkan pihak berkuasa dan ianya adalah TIDAK ADIL!. Beliau turut tidak bersetuju dengan penglibatan Ahli Parlimen yang melibatkan diri dalam perhimpunan tersebut kerana ianya menggalakkan rakyat untuk melanggar undang-undang sedangkan mereka bertanggungjawab sebagai penggubal undang-undang. 

TS sangat bersetuju dengan kenyataan beliau bahawa “Jika ada undang-undang yang tidak baik, kita ada saluran lain seperti Parlimen. Jangan langgar undang-undang. Kita hanya menggalakkan orang melanggar undang-undang sedangkan kita sepatutnya menjadi pembuat undang-undang". “Ini jelas bertentangan sama sekali," tambahnya

P/S TS tidak rela perhimpunan / demonstrasi menjadi amalam rakyat di Negara ini. Tak puas hati..sikit2 nak berhimpun..nak berdemo sedangkan kita ada saluran yang lebih baik untuk menyatakan ketidakpuasan hati kita terhadap sesuatu perkara. 

18 Apr 2012

Kuasa Menteri Gugur : Pindaan Akta Mesin Cetak & Penerbitan 1984

Kerajaan Barisan Nasional, sekali lagi telah mengotakan janji dengan menghapuskan keperluan pembaharuan tahunan lesen penerbitan menerusi penggubalan rang undang-undang baru BAGI MENGGANTIKAN Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 seperti yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri sebelum ini.

Datuk Wira Abu Seman Yusop dalam sidang Parlimen pada 18 April 2012 menyatakan bahawa kuasa menteri bagi meluluskan sesuatu permohonan lesen penerbitan akan digugurkan dalam PINDAAN  terhadap AKTA MESIN CETAK dan PENERBITAN 1984. Beliau berkata dalam Fasal 2 Rang Undang-Undang ia bertujuan memansuhkan kuasa Menteri bagi menetapkan sah sesuatu lesen.

Menerusi Pindaan Seksyen 3, Menteri mempunyai kuasa untuk menolak mana-mana permohonan untuk mendapatkat lesen.Ini bermakna menteri berkuasa untuk membatalkan atau menggantung pada bila-bila masa sesuatu lesen yang diluluskan bagi tempoh masa yang difikirkan wajar.

Melalui Fasal 5 bagi meminda Subseksyen 13A(1) akan membenarkan permohonon untuk mencabar keputusan menteri menerusi semakan kehakiman.Malah pemohon juga boleh mendengar keputusan menteri sebelum tindakan membatalkan dan menggantungkan lesen melalui pindaan Seksyen 13B.

video

17 Apr 2012

FAKTA MENGENAI PTPTN

Tak payah nak banyak cakap, teliti dan fahami fakta di bawah dan sebarkan. 
Klik untuk besarkan imej.


16 Apr 2012

Teks Ucapan YAB PM : PEMANSUHAN ISA


"Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan Rang Undang-Undang bernama Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 dibacakan kali yang kedua sekarang.”

Tuan Yang  di-Pertua,

Ahli-ahli Yang Berhormat,
 
1.   Di ambang hari Malaysia 16 September 2011 yang lalu, saya telah mengumumkan inisiatif Program Transformasi Politik Negara atau PTP yang melibatkan pembatalan 3 Proklamasi Darurat, pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri, Akta Kediaman Terhad dan Akta Buang Negeri, Penggubalan Akta Perhimpunan Aman termasuklah pemindaan Akta  Mesin Cetak dan Penerbitan.

2.   Serentak dengan itu, setelah tujuh bulan berlalu, bukan sekadar semua komitmen ini sedang dilunaskan, kita juga meminda Akta Universiti dan Kolej Universiti sebagai mengiktiraf kematangan juga hak perlembagaan mahasiswa mahupun mahasiswi terlibat dalam politik berparti.

Tuan Yang di-Pertua,

3.   Menghalusi komponen-komponen Dasar Transformasi Nasional, Program Transformasi Kerajaan atau GTP melalui Program Transformasi Luar Bandar atau RTP lebih responsif kepada keutamaan massa bagi memastikan masyarakat luar bandar memiliki kemudahan prasarana asas yang moden dan mencukupi. Program Transformasi Ekonomi atau ETPbersesekali dengan Model Baru Ekonomi atau NEM pula bertujuan mencapai matlamat nasional menjadi sebuah negara maju dan berpendapatan tinggi.

4.   Sehubungan itu, sering kita sebutkan, seandai terkedepan dari segi infrastruktur fizikal atau material semata-mata tanpa kematangan institusi serta wacana politik nasional, mana mungkin mencerminkan kemajuan sebenarnya.

5.   Dalam kata lain, kita ingin merealisasikan potensi Malaysia, bukan setakat menjadi negara demokratik, tetapi lebih daripada itu, untuk melonjakkan tempatnya pada kedudukan disegani di kalangan komuniti negara-negara yang menghormati hak asasi manusia. Lantaran itulah, inisiatif PTP ini bermatlamat bagi memastikan proses pembaharuan dan perubahan nasional dilaksanakan dengan tuntas.

6.   Sememangnya ini adalah satu proses berterusan dan menuntut komitmen semua rakyat Malaysia. Ia bukan misi singkat yang mengambil masa sehari, seminggu, sebulan mahupun setahun, sebaliknya ia memerlukan iltizam bersifat generasi ke generasi.

Tuan Yang di-Pertua,

7.   Jelas sekali, perubahan dan pembaharuan lanskap politik yang sedang kita lakukan kini melalui PTP adalah bagi menangani kejayaan membangunkan negara selama lebih separuh kurun semenjak merdeka. Ia hasil usaha tidak kunjung jemu oleh kerajaan bagi meningkatkan taraf hidup dan sosioekonomi, menyediakan prasarana fizikal moden, membuka akses kepada prasarana teknologi maklumat serta komunikasi yang menyeluruh sekaligus pelaburan besar dalam bidang pendidikan.

8.   Melalui pindaan, pemansuhan dan penggubalan undang-undang yang sedang berjalan, kerajaan mahu memastikan ruang demokratik mencukupi disediakan untuk perbezaan pendapat serta persaingan idea. Pucuk pangkalnya, kita mahu mencipta sebuah Malaysia di mana prinsip hak asasi manusia dijunjung, kebebasan individu untuk berhimpun secara aman dan untuk menyatakan pendapat secara terbuka diraikan, seraya kepentingan individu dan  komuniti diimbangi.

9.   Berdiri di muka gerbang semua ini, segalanya kita mampu gemblengkan kerana kita yakin dengan kematangan semua, kerana kita yakin dengan kesediaan rakyat Malaysia, dan mustahaknya kita yakin bahawa ini adalah perkara yang betul dan wajar untuk dilakukan. Apa yang penting, setiap hak mahupun kebebasan mestilah bersulam dengan tanggungjawab, dengan izin, “freedom with responsibility”.

Tuan Yang di-Pertua,

10. Jika ditinjau, senario antarabangsa sekalipun, peristiwa dan waktu menunjukkan untuk mencapai tahap demokrasi yang ada seperti hari ini, Amerika Syarikat dan United Kingdom mengambil tempoh berabad lamanya melalui proses perlembagaan, perang saudara, perundangan malah usaha tanpa henti oleh masyarakat sivilnya.

11. Lain halnya, kita bersyukur kepada Tuhan bahawa usaha evolusi demokrasi negara ini tidak melibatkan pertumpahan darah bahkan ia berkait rapat dengan evolusi sosioekonomi. Seperti diimbas lebih lima dekad  yang lalu, Timbalan Perdana Menteri Malaya pada ketika itu, Allahyarham Tun Abdul Razak, dalam dewan yang mulia ini juga telah membentangkan rang undang-undang Keselamatan Dalam Negeri 1960 bagi menyediakan negara  dengan perkakasan perundangan yang perlu  bagi mempertahankan sistem Raja Berperlembagaan,  Demokrasi Berparlimen, keluhuran Perlembagaan serta kedaulatan undang-undang pasca tamatnya era darurat.

12. Jadinya, hari ini amat bersejarah dalam menyisir  susur galur  demokrasi Malaysia. Pentadbiran kini yang sentiasa prihatin merasai denyut nadi rakyat, yang sentiasa mendengar keluh kesah mereka, dan sentiasa mendakap aspirasi massa telah mengambil keputusan untuk memansuhkan ISA. Kita hakikatnya telah memasuki era demokrasi yang lebih matang di mana peranan kerajaan berubah daripada menjadi penentu dan pengukur tahap kematangan rakyat kepada pelindung agar mereka dapat menikmati hak-hak asasi  yang sepatutnya.

Tuan Yang di-Pertua,

13. Tidak ada sesiapa pun mampu menafikan bahawa selama lebih setengah abad kewujudannya, ISA berperanan bagi melindungi  cara hidup demokratik di negara tercinta ini. Ironisnya, undang-undang yang dianggap “draconian” ini telah memastikan demokrasi, hak asasi manusia dan “humandignity” dilindungi di Malaysia berbanding alternatif lain jika negara ditadbir oleh sistem kediktatoran komunis. 

14. Namun, masa telah beralih dan peranan ISA telah tiba ke penghujungnya.  Kerajaan menyedari hakikat ini dan komited bagi memacu Malaysia ke arah masa depan yang lebih progresif.     

15. Hari ini sudah lebih dua dekad pemberontakan bersenjata Parti Komunis Malaya  dan Parti Komunis Kalimantan Utara berakhir. Ideologi komunisme sudah tidak lagi mendapat tempat sebagai asas pemerintahan negara-negara di dunia. Namun, berakhirnya ancaman ideologi ini tidaklah membawa era keamanan global yang diharapkan sebaliknya ia menyaksikan ancaman komunisme diganti oleh ancaman keganasan  antarabangsa yang berteraskan ideologi ekstrimisme.

16. Kedua-dua ideologi ini walaupun berbeza, namun mempunyai titik persamaan matlamat, iaitu kedua-duanya mahu  merubah corak pemerintahan negara yang berteraskan Demokrasi Berparlimen  dengan menggunakan keganasan  dan cara-cara tidak berperlembagaan. Soalnya, matlamat ini sama sekali tidak dapat diterima oleh rakyat Malaysia yang cintakan keamanan dan kemajmukan.

17. Oleh yang demikian, menangani cabaran anti demokratik pasca komunisme yang lebih kompleks dan canggih, negara bukan sahaja memerlukan perisai iaitu kematangan politik rakyat tetapi juga pedang di dalam bentuk Rang Undang-Undang Kesalahan Keselamatan 2012. Rang undang-undang ini mewujudkan  langkah-langkah khas diperlukan untuk menangani kes-kes keselamatan seperti yang terkandung dalam Bab Enam Kanun Keseksaan.

18. Rang Undang-Undang Kesalahan Keselamatan 2012 digubal di bawah lembayung  Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan. Keluwesan diberi kepada kerajaan untuk menggubal  perundangan yang tidak selaras dengan Perkara-Perkara  5 dalam hal kebebasan diri, Perkara 9 berkaitan larangan buang negeri dan kebebasan bergerak, Perkara 10 berhubung kebebasan bercakap, berhimpun dan berpersatuan serta  Perkara 13 tentang Hak terhadap harta.

19. Hendaklah diketahui bahawa, meskipun Rang Undang-Undang ini akan memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960, Rang Undang-Undang ini tidak akan menjejaskan penahanan orang yang sedang ditahan kecuali perintah itu dibatalkan oleh Menteri Dalam Negeri.

20. Di bawah pindaan undang-undang ini, aktiviti “menjejaskan demokrasi berparlimen” ditafsir sebagai suatu aktiviti yang dilakukan oleh seorang atau kumpulan orang dengan tujuan untuk menggulingkan atau melemahkan demokrasi berparlimen dengan cara yang ganas dan tidak berlandaskan Perlembagaan.

21. Secara mudahnya jika ada mana-mana rakyat Malaysia sama ada individu, kumpulan atau parti politik berhajat merubah teras asas pemerintahan negara iaitu Demokrasi Berparlimen kepada misalnya pemerintahan yang bersifat teokratik, mereka haruslah menggunakan cara-cara yang diabsahkan oleh Perlembagaan Persekutuan yakni melalui peti undi untuk mendapat sokongan majoriti rakyat. Ini bersesuaian dengan prinsip bahawa rupa bentuk Kerajaan hanya boleh ditentukan oleh rakyat itu sendiri.

Tuan Yang di-Pertua,

22. Menyedari bahawa rang undang-undang ini digubal di bawah Perkara 149 dan ia membenarkan penahanan individu oleh pihak polis untuk tujuan siasatan yang  luar dari norma kebiasaan tatacara jenayah dan undang-undang keterangan yang lazim, maka, kerajaan telah mengambil keputusan mengadakan beberapa lindung jamin atau “safeguards” seperti berikut;

23. Pertama  melalui peruntukan Seksyen 4 Sub-Seksyen 3, “tiada seorang pun boleh ditangkap dan ditahan di bawah seksyen ini semata-mata atas kepercayaan politiknya atau aktiviti politiknya”. Ini membawa maksud perlindungan kepada penglibatan dalam aktiviti yang sah di sisi undang-undang melalui :-

(a)      pernyataan pendapat atau   pengambilan tindakan yang dibuat menurut rukun suatu parti politik yang pada masa yang berkaitan itu berdaftar di bawah Akta Pertubuhan 1966 [Akta 335] yang terbukti melalui-

(i)          keanggotaan atau  sumbangan kepada parti itu; atau

(ii)        penyertaan terbuka dan aktif dalam hal ehwal parti itu;

            (b)       pernyataan pendapat yang ditujukan terhadap mana-mana Kerajaan di dalam Persekutuan; atau

             (c)      pengambilan tindakan yang ditujukan terhadap mana-mana Kerajaan di dalam Persekutuan.

24. Kedua, pemansuhan kuasa Menteri Dalam Negeri  untuk menahan tanpa perbicaraan mana-mana individu. Fasal 4 rang undang-undang baru ini menyentuh tentang kuasa penangkapan dan penahanan. Di bawah fasal ini, polis mempunyai kuasa khas untuk menangkap dan menahan mana-mana orang yang polis mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa orang itu terlibat dengan kesalahan keselamatan.

25. Perlu ditekankan disini bahawa, kuasa penangkapan dan penahanan ini adalah untuk tujuan penyiasatan semata-mata. Orang yang ditangkap dan ditahan di bawah fasal ini boleh ditahan untuk tempoh 24 jam bagi maksud penyiasatan. Walau bagaimanapun, polis boleh melanjutkan tempoh tahanan tidak lebih daripada 28 hari bagi maksud penyiasatan.

26. Selanjutnya, jika polis berpandangan bahawa, penahanan lanjut tidak diperlukan selepas 24 jam atau pada bila-bila masa selepas itu, maka, orang itu boleh dilepaskan tetapi boleh dipasang dengan peranti pengawasan bagi maksud penyiasatan bagi suatu tempoh masa yang  tidak melebihi baki tempoh tahanan yang dibenarkan.

27. Mereka yang ditangkap bebas untuk membuat permohonan habeas corpus di mahkamah dan boleh mencabar alasan tahanan dan tatacara tahanan. Ringkasnya, kuasa semakan kehakiman dikembalikan sepenuhnya kepada Mahkamah bukan seperti peruntukan dalam ISA yang menghalang kuasa semakan kehakiman kecuali dalam tatacara tahanan. Berkaitan itu, ingin ditegaskan bahawa kerajaan dan pihak berkuasa akan menghormati apapun keputusan yang dibuat oleh mahkamah. Dalam erti kata lain, seseorang yang telah dilepaskan, tidak akan ditahan semula, atas siasatan kesalahan yang sama.

28. Ketiga, ialah “sunsetclause” bagi tempoh tahanan 28 hari hendaklah disemak tiap-tiap lima tahun dan hendaklah terhenti berkuat kuasa melainkan, jika, apabila semakan dibuat, suatu ketetapan diluluskan oleh kedua-dua Majlis Parlimen untuk melanjutkan tempoh kuat kuasa peruntukan itu.

Tuan Yang di-Pertua,

29. Lindung jamin keempat ialah Fasal 5 memperuntukkan bahawa apabila seseorang ditangkap dan ditahan di bawah fasal 4, polis yang menjalankan penyiasatan hendaklah memberitahu waris kadim atau “next-of-kin” orang yang ditangkap dan ditahan itu  sesegera mungkin mengenai penangkapan dan penahanannya. Pihak polis juga hendaklah memenuhi hak mengguami atau, dengan izin, “right to attorney”, si ditahan tidak lewat daripada 48 jam.

30. Lindung jamin kelima, dalam jangka masa yang tidak lebih daripada tamatnya tempoh tahanan, pegawai polis yang menjalankan siasatan itu perlu menghantar Kertas Siasatan kepada pendakwaraya di mana beliau hendaklah membuat keputusan sama ada mendakwa tertuduh di mahkamah atau membebaskannya. Ini bererti, tidak akan ada tahanan selepas tempoh 28 hari.

31. Lindung jamin keenam ialah apabila Akta ini berkuat kuasa, Kerajaan juga akan menubuhkan suatu Jawatankuasa secara pentadbiran untuk menyemak keseluruhan Akta ini dari masa ke semasa dan Jawatankuasa ini akan juga bertanggungjawab untuk meneliti pelaksanaan Akta tersebut dan mengemukakan syor untuk penambahbaikan. Jawatankuasa ini akan dianggotai bukan sahaja oleh agensi yang berkenaan tetapi juga Presiden Majlis Peguam dan SUHAKAM.

32. Lindung jamin terakhir dan terbesar adalah kuasa dan kehendak rakyat. Kita harus maklum bahawa, di tangan rakyatlah kuasa setiap lima tahun untuk mengamanahkan parti atau gabungan parti mana yang hendak diberi kuasa sebagai kerajaan. Itulah teras asas sistem demokrasi berparlimen.


Tuan Yang di-Pertua,

33. Bahagian V rang undang-undang ini pula memperkatakan  perbicaraan kes kesalahan keselamatan. Di bawah Bahagian ini terdapat 2 fasal iaitu fasal 12 yang memperuntukkan bahawa kes yang melibatkan kesalahan keselamatan akan dibicarakan oleh Mahkamah Tinggi. Dengan mengambil kira keseriusan kesalahan keselamatan, adalah dicadangkan supaya mahkamah khas diwujudkan secara pentadbiran untuk mendengar kes-kes keselamatan di bawah Rang Undang-Undang ini. Para Hakim yang berpengalaman akan diberi pendedahan kepada semua bentuk kesalahan keselamatan dan peruntukan undang-undang yang akan digunakan.

Tuan Yang di-Pertua,

34. Pembentangan rang–rang undang kesalahan keselamatan 2012 ini, tidak bermakna berakhirnya usaha yang telah dimulakan tujuh bulan lalu. Pastinya, kerajaan akan meneruskan usaha perubahan dan pembaharuan politik yang mulia ini. Untuk itu, suka saya mengumumkan bahawa kerajaan akan mengkaji semula secara komprehensif Akta Hasutan tanpa mengenepikan apa-apa opsyen.

35. Paling utama, tiga prinsip perlu kekal dalam sebarang evolusi kerangka perundangan baru ini adalah untuk menangani perbuatan dan perlakuan berikut yang :-

i) mendatangkan kebencian atau penghinaan atau bagi membangkitkan perasaan tidak setia terhadap Yang di-PertuanAgong atau mana-mana Raja;

ii) mengembangkan perasaan niat jahat dan permusuhan antara kaum atau golongan penduduk yang berlainan di Malaysia; atau

iii) mempersoalkan apa-apa perkara, hak, taraf, kedudukan, keistimewaan, kedaulatan atau prerogatif yang ditetapkan atau dilindungi oleh peruntukan Bahagian III Perlembagaan Persekutuan atau Perkara 151, 153 dan 181 Perlembagaan Persekutuan.

Tuan Yang di-Pertua,

36. Kerajaan juga akan menggubal rang undang-undang baru bagi menggantikan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984. Rang undang-undang baru ini akan mengekalkan janji kerajaan untuk menghapuskan keperluan pembaharuan tahunan lesen penerbitan serta menubuhkan Majlis Media yang akan melaksanakan kawal-selia kendiri industri, atau denganizin, “self regulatory”.

37. Sememangnya lagi, kita tidak takut dan gentar bagi bersaing dalam gelanggang demokrasi, kita tidak takut berbanding  idea serta dasar dengan sesiapa pun. Kerajaan bersikap terbuka kerana kita percaya era kerajaan mengetahui segala-galanya telah berakhir, dan kita akur bahawa era kerajaan memiliki monopoli terhadap kebijaksanaan telah melabuhkan tirainya.

38. Dari yang demikian, kita percaya kita telah melakukan yang terbaik demi rakyat Malaysia. Kita akan terus melaksanakan yang terulung untuk rakyat Malaysia. Memang ternyata, kerja kita masih belum selesai. Kita perlu berikhtiar dengan lebih keras bagi memastikan anak-anak Malaysia hidup dalam sebuah negara yang aman sejahtera, makmur lagi bebas daripada ketakutan, kegundahan dan kebimbangan.

39. Pokoknya, kita sedang mencipta sebuah negara di mana keluhuran perlembagaan dan kedaulatan undang-undang menjadi payung kepada setiap individu, agar bebas menyuarakan pendapat, mengkritik, menyokong, berbeza pandangan, bersiasah, mahu pun menganggotai apa-apa pertubuhan. Pendek kata, tidak ada sesiapa akan dihukum hanya-sanya kerana menjalankan hak-hak yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan serta undang-undang negara.

40. Akhir kalam, kita idam-idamkan sebuah Malaysia yang terbaik untuk warganya sebagai tanah tumpah darah mereka. Demi itu, Kerajaan Barisan Nasional akan tetap berdiriteguh, sesekali tidak akan berundur, bahkan berkobar-kobar meneruskan proses tajdid dan islah nasional, menyongsong nahdhoh keemasan demokrasi Malaysia. InsyaAllah.

Tuan Yang  di-Pertua, saya mohon mencadang. Sekian, terima kasih.

15 Apr 2012

HUTANG.. WAJIB BAYAR!

Kami tidak rasa ia satu dosa kerana ia adalah simbolik, bukan niat mengkafirkan mereka. Ia satu simbolik kerana apa yang berlaku dan mereka lakukan lebih teruk dari itu, kata Pengerusi Malaysia Bangkit, Mohd Syahid Mohd Zaini. Beliau mengulas mengenai tindakan­ mengalungkan bunga dan meletakkan replika batu nisan pada gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Menteri Pengajian Tinggi, Mohamed Khaled Nordin ketika demonstrasi menuntut pendidikan percuma dan pemansuhan skim Pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), kelmarin.



Itulah kenyataan yang sangat 'CANTIK' dari salah seorang pemimpin demo PTPTN. Rasa nak tempeleng jer muka dia nie.. Siapa yang ajar mereka untuk lakukan perkara macam ni pun tak tau lah. Macam mana perasaan ko kalau orang gi wat upacara macam nie kat bapak ko? Bapak ko masih hidup, tapi orang jerit2 kata Almarhum sipolan bin sipolan.. atau ko memang tak kisah..sebab ko takde perasaan.. ko tak kisah.. 

Cerita bab PTPTN nie.. korang semua bukan tak tau..tapi buat2 tak tau kan.. masa nak pinjam, bukan main lagi tersengih-sengih..selamba sign aggreement.. dah pinjam tuh kena lah bayo.. korang pun tau, dalam HUKUM, HUTANG WAJIB BAYAR. PTPTN pun tak paksa habis belajar jer, terus kena bayar. Dah kerja, baru bayar..itupun ikut kemampuan.. Pembayaran dalam tempoh 10 tahun. Takde la sampai mati korang nak menanggung hutang (bukan TS yang kata, tapi comment2 dari peminjam PTPTN).Jumlah keseluruhan bayaran pinjaman pun, ikut pencapaian CGPA. Kalau cemerlang, dapat lah korang pengecualian daripada bayaran.. ditukar menjadi biasiswa! Itu yang seramai lebih 8,000 orang pelajar Cina dapat!

Tak payah la korang sibuk2 asyik nak berdemo.. siap pasang khemah, berkampung kat Dataran Merdeka tuh.. wat semak mata memandang.. memalukan jer! Lebih baik balik, fokus pada pelajaran..lagi bagus. Dah habis belajar, dapat keputusan cemerlang.. lepas tu kalau nak berpolitik tunggang langgang pun lantak korang lah. Korang percaya sangat la ngan Salahuddin Ayub tuh.. konon nak bawak dalam Parlimen sebab khemah, kain rentang, sepanduk kena rampas ngan DBKL. Korang tak tau ker, PAS juga bersetuju dengan Rang Undang-Undang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional 1997.. Zaman nie merupakan zaman brader yang korang sanjung sangat, Anwar Ibrahim sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan..Apa Celop????




P/S TS tak faham apa sebenarnya perjuangangan yang mereka bawa nie..






14 Apr 2012

Pendemo PTPTN : Pelajar Tidak Beradab, Kurang Ajar!

TS tak tau la nak cakap apa..melihatkan gelagat 300 orang pelajar yang terlibat dalam Perhimpunan Pemansuhan PTPTN di Dataran Merdeka.. Tindakan mereka jelas membuktikan bahawa mereka tidak menggunakan akal fikiran dengan waras.. nama je Pelajar Pusat Pengajian Tinggi.. tapi tak mencerminkan adab, akhlak, kematangan sebagai seorang yang berpelajaran tinggi. Dan melihatkan keterlibatan dan kehadiran pemimpin pakatan pembangkang seperti Nurul Izzah dan Tian Chua, membuktikan bahawa mereka sememangnya dipergunakan, diperalat oleh pihak pembangkang.

Apa yang lebih menyedihkan adalah majoriti terdiri daripada orang Melayu dan beragama Islam. Mereka telah meletakkan kalungan bunga kepada 'Allahyarham' Perdana Menteri dan Menteri Pengajian Tinggi..Adakah tindakan mereka ini wajar? sedangkan YAB Perdana Menteri dan Menteri Pengajian Tinggi masih hidup dan sihat walafiat? Ini merupakan satu penghinaan besar kepada kedua-dua pemimpin tersebut. Apakah hasil pendidikan di IPT melahirkan golongan kurang ajar seperti ini? Lihatlah gelagat mereka ini..



Terlintas di fikiran, apakah perasaan keluarga mereka di rumah melihatkan gelagat kurang terpelajar anak-anak mereka yang belum pun tamat pengajian ini? Tidak sedarkah mereka bahawa mereka adalah antara yang beruntung dapat melanjutkan pelajaran berbanding dengan rakan-rakan mereka yang lain? Tidak terfikirkah mereka, generasi terlebih dahulu dari mereka terpaksa mengikat perut, berhempas pulas, bersusah payah untuk melanjutkan pelajaran ke tahap seperti mereka? Tidak ada bantuan dan pinjaman seperti PTPTN.

Menurut Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN),  pengecualian pembayaran balik pinjaman kepada 11,764 peminjam yang mendapat ijazah kelas pertama sehingga Disember 2011 membabitkan jumlah bayaran lebih RM339 juta. Seramai 8,818 pelajar berketurunan Cina, 2,347 (Melayu), 456 (India); 50 (Bumiputera Sabah); 34 (Bumiputera Sarawak) dan 59 (lain-lain), mendapat faedah daripada pengecualian bayaran berkenaan.

Jika dilihat kepada statistik berkenaan, nampaknya ramai pelajar berketurunan Cina mendapat pengecualian kerana mereka cemerlang, jika dibandingkan dengan pelajar berketurunan Melayu. Ini pun majoriti pelajar yang berdemo yang majoritinya Melayu tidak sedar? Pelajar kaum lain sibuk mengejar kecemerlangan, sebaliknya kamu semua sibuk hendak berpolitik..dan malangnya menjadi BALACI kepada pembangkang. Kasihan!!

'Perjuangan' mereka pada hari ini bukanlah semata-mata untuk menghapuskan IPTA, sebaliknya ingin membantu Pakatan Pembangkang meraih sokongan generasi muda, mewujudkan perasaan benci terhadap Kerajaan Barisan Nasional.

Adakah BENAR tindakan 300 orang pelajar ini mewakili semua pelajar di semua IPT?????

THE SECRET

    • Serangan pembangkang semakin menjadi-jadi sejak bahang PRU 13 dirasai. Dari isu kronisme yang tak pernah luput, isu rasuah yang tak pernah habis, isu kapal selam, isu NFC, isu Lynas dan terbaru isu PTPTN semua isu dibangkitkan bagi menimbulkan keraguan dihati rakyat terhadap kewibawaan kerajaan BN. 

      Strategi serangan seolah-olah diatur cantik dan tersusun oleh mereka. Setiap kali diserang setiap kali itu jentera BN melatah, menyahut serangan berperang mengikut acuan pembangkang. Sama ada sedar atau tidak itulah yang mereka mahukan. Mereka mahu kita menyahut serangan mereka dan sentiasa berada dalam lingkaran isu yang mereka mainkan agar masyarakat akan lebih fokus pada isu yang mereka ketengahkan sehingga terlupa dengan kehebatan dan kebaikan kerajaan BN. Selagi kita melayan isu yang mereka lemparkan selagi itulah kita tak akan menang kerana sekadar bertahan dan tidak menyerang.

      Terdetik di hati perkara ini semua semasa saya membaca buku ‘The Secret’ – Law of Attraction. Intipati buku membuat hati saya berkata inilah yang digunakan pembangkang untuk meraih undi pada PRU 13 nanti. Buku tersebut menerangkan tentang Hukum Tarikan . Apa sahaja yang kita fikirkan dan rasakan pastikan akan berlaku satu hari nanti. Jadi setiap kali pembangkang lemparkan isu berkaitan kerajaan BN maka semua rakyat akan memberi fokus pada isu tersebut dan akhirnya perkara yang pada awalnya adalah FITNAH akan KELIHATAN SEOLAH-OLAH BENAR. Inilah 'KEBIJAKAN' yang mereka gunakan iaitu MANIPULASI yang mewujudkan PERSEPSI negatif  dan menyebabkan PENOLAKAN terhadap Kerajaan Barisan Nasional.

      TS mengajak para pembaca untuk melihat HAKIKAT SEBENAR dan inilah yang harus kita sama-sama FAHAMI dan SEBARKAN :-
      1. Janji ditepati oleh kerajaan BN – BR1M, KR1M, Klinik 1 Malaysia, Bantuan     RM100 pada pelajar,Baucer Buku kepada pelajar IPT / Tingkatan 6, SARA 1M, pemberian subsidi secara berterusan dan lain-lain lagi.
      2. Masalah moral pemimpin pembangkang : liwat, zina, khalwat, penyalahgunaan kuasa
      3. Masalah dalaman parti menyebabkan puluhan pemimpin kanan mereka keluar parti
      4. Fahaman pluralisme pemimpin mereka yang boleh menghancurkan umat Islam dan Negara
      5. Kronisme
      6. Sikap Diktator (Pemimpin mereka sesuka memecat ahli yang tidak mengikut arahan dan perintah)
      7. Bersekongkol dengan Yahudi dan Komunis dan banyak lagi.
        
      P/S ELAKKAN DARI MENJADI MANGSA PENIPUAN PEMBANGKANG. BUATLAH PILIHAN YANG TEPAT UNTUK MASA HADAPAN GENERASI AKAN DATANG

12 Apr 2012

JANJI DITEPATI, Itulah Kerajaan BN

7 April 2012 yang lalu mencatatkan sejarah di Stadium Batu Pahat dengan kehadiran YAB Perdana Menteri Malaysia.. sejak awal pagi, berbondong-bondong rakyat jelata dari seluruh pelusuk Johor khususnya rakyat di daerah Batu Pahat hadir ke Stadium Batu Pahat untuk bertemu dengan pemimpin kesayangan mereka. Jalan menjadi sangat sesak dan sukar untuk mendapatkan tempat meletakkan kenderaan. Kali ini, tiada jalan yang ditutup dan lalulintas dikawal oleh anggota keselamatan. Seramai lebih daripada 50,000 orang yang hadir dalam program Pelancaran Jelajah Janji Ditepati. Walaupun panas terik, rakyat tetap tidak berganjak. Inilah semangat dan bukti sayangnya rakyat Johor terhadap YAB Perdana Menteri.. Batu Pahat adalah tempat di mana lahirnya kebangkitan orang Melayu / UMNO.. Melihat kepada wajah YAB Perdana Menteri, TS berasa sangat terharu. Walaupun keletihan,beliau masih lagi sanggup melayan rakyat yang berebut-rebut untuk bersua muka dan bersalaman dalam keadaan terik mentari membakar kulit.

Melihatkan kepada sambutan dahsyat orang Batu Pahat, adakah mungkin angan-angan pihak pembangkang untuk menawan Batu Pahat tercapai?





TS berharap agar orang Batu Pahat tidak lupa kepada jasa Barisan Nasional yang sememangnya membela rakyat dan segala apa yang dijanjikan oleh Kerajaan Barisan Nasional ditepati.

Lihatlah sahaja semua usaha dan langkah Kerajaan Barisan Nasional  samada pelan jangka pendek, sederhana mahupun jangka panjang untuk membantu rakyat menghadapi tekanan kos sara hidup. Antaranya : -

  1. Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebanyak RM 500 merupakan langkah jangka pendek (one off) telah diberikan kepada hampir 4 juta isi rumah yang berpendapatan di bawah RM 3,000.00
  2. Bantuan persekolahan RM 100 untuk pelajar sekolah rendah dan menengah yang telah diberikan kepada 5.3 juta orang pelajar seluruh negara. Manakala baucer buku bernilai RM200 diberikan kepada 1.3 juta pelajar IPT dan Tingkatan 6. Jumlah keseluruhan peruntukan adalah sebanyak RM 3 billion.
  3. 1.4 juta kakitangan sektor awam memperoleh kenaikan gaji 7 hingga 13 peratus yang memanfaatkan hampir 4 juta orang rakyat
  4. Kedai Rakyat 1Malaysia yang menjual 250 jenis barangan yang dipek semula dengan jenama 1Malaysia dan dijual dengan harga yang lebih rendah berbanding di kedai runcit lain.
  5. Sebanyak 50 buah Klinik 1Malaysia telah dibina di seluruh negara untuk memberi rawatan perubatan ringan kepada penduduk setempat dengan bayaran hanya RM1.
  6. Menu Rakyat 1Malaysia yang menawarkan harga Sarapan Pagi RM2 dan Makan Tengahari RM4.
  7. Pembekuan kenaikan untuk tempoh 5 tahun harga tol di Lebuh Raya Utara-Selatan dan Lebuh Raya Pantai Timur.
  8. Penghapusan Tol di beberapa laluan seperti di Lebuh Raya Cheras-Kajang dan Lebuh Raya Connaught.
Banyak lagi jasa, khidmat dan bakti Kerajaan Barisan Nasional kepada rakyat. Nah! Bukankah telah terbukti bahawa Kerajaan Barisan Nasional sememangnya sebuah Kerajaan yang prihatin dan bertanggungjawab terhadap rakyatnya serta telah lama melaksanakan dasar berkebajikan. 

Tidak dapat dinafikan bahawa BN : JANJI DITEPATI

Puak Pembangkang ada????