BACA BOLEH... PERCAYA JANGAN....TAK HABIS2 NAK MEMFITNAH JER KERJA SI PAKAR STRATEGI PKR NIE... SPIN.. WENG SANA... WENG SINI... CUBA TELITI DETAIL KAT BAWAH NIE.. SAMA KER????? JANGAN ADA YANG KATA SPR MENIPU LAK.. CEPAT2 TUKAR DATA...


Rafizi RamliSHAH ALAM - Di sebalik kemelut pendedahan kes gambar dan video intim seorang lelaki mirip ketua pembangkang, Papa Gomo hari ini berdepan dakwaan dia adalah pengundi hantu.

 
Papa Gomo atau nama sebenarnya Wan Muhammad Azri Wan Deris dikatakan mempunyai dua daftar pemilih iaitu sebagai pengundi pos dan pengundi biasa di kawasan Parlimen Wangsa Maju.

"Papa Gomo yang telah pun tidak lagi berkhidmat dengan Polis Diraja Malaysia kerana kesalahan rasuah masih lagi tersenarai sebagai pengundi pos di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang.

"Bukti paparan skrin bahawa Papa Gomo masih disenaraikan sebagai pengundi pos di IPD Ampang," dedah Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli.

Papa Gomo pada minggu lalu memuatkan entri di blognya aksi mesra seorang lelaki mirip Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan seorang lelaki lain.

Anwar kemudian menggesa Papa Gomo menarik balik tuduhannya dan memohon maaf.

Meskipun begitu, Papa Gomo enggan memenuhi kehendak Anwar itu di samping menegaskan beliau akan mendedahkan lebih banyak tembelang Anwar.

Akibatnya, Anwar memfailkan saman RM100 juta dan Papa Gomo pula bertindak memut naik sebahagian daripada video terbaru dalam simpanannya yang didakwa adalah Anwar. Beliau mendakwa akan mendedahkan bahagian berikutnya video berkenaan yang memuatkan aksi seks pemimpin itu.  

Namun, ketika kisah itu semakin hangat diperkatakan, PKR hari ini tampil dengan penemuan terbaru, rupanya Papa Gomo adalah pengundi hantu apabila beliau dibenarkan mengundi dua kali.

"Kehadiran pengundi-pengundi hantu seperti Papa Gomo ini perlu dijawab sepenuhnya oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kerana rakyat mahu tahu berapa ramai lagi petugas Umno seperti Papa Gomo yang mempunyai pendaftaran berganda di dalam daftar pemilih?" soal Rafizi.

"Saya juga menyeru rakyat Malaysia supaya menolak individu yang bankrap moral dan akhlak seperti Papa Gomo yang bukan sahaja seorang penerima rasuah, tetapi menjadi penyebar fitnah utama di dalam masyarakat kita," tambah beliau.