31 Mar 2014

Skim MyHome Tawar Insentif RM30,000 Seunit Kepada Pembeli dan Pemaju Swasta

Skim MyHome menawarkan insentif sehingga RM30,000 seunit kepada pembeli-pembeli rumah dan pemaju-pemaju swasta, untuk meningkatkan pemilikan dan pembangunan rumah mampu milik di negara ini. MyHome akan dilaksanakan mulai 1 April 2014. 

                 

 Ciri-ciri MyHome adalah seperti berikut:

(i) MyHome1 menawarkan harga jualan rumah antara RM80,000 – RM120,000. Golongan sasaran adalah isi rumah yang berpendapatan RM3,000 – RM4,000;

(ii) MyHome 1 Sabah dan Sarawak menawarkan harga jualan rumah antara RM90,000 – RM120,000. Golongan sasaran adalah isi rumah yang berpendapatan RM3,000 – RM4,000;

(iii) MyHome2 menawarkan harga jualan rumah antara RM120,001 – RM200,000. Golongan sasaran adalah isi rumah yang berpendapatan RM4,001 – RM6,000; dan

(iv) MyHome 2 Sabah dan Sarawak menawarkan harga jualan rumah antara RM120,001 – RM250,000. Golongan sasaran adalah isi rumah yang berpendapatan RM4,001 – RM6,000.

Bagi Sabah dan Sarawak, harga rumah MyHome adalah sedikit berbeza memandangkan kos pembinaan yang lebih tinggi di kedua-dua negeri itu. Keluasan minimum rumah MyHome1 adalah 800 kaki persegi dan MyHome2 pula adalah 850 kaki persegi.

Rumah-rumah yang dibina di bawah MyHome juga perlu dilengkapi dengan 3 bilik tidur dan 2 bilik air serta perlu disediakan dengan kemudahan-kemudahan asas seperti tempat letak kenderaan, dewan, surau dan taman permainan. Ini bagi memastikan pembeli rumah MyHome ini menduduki rumah yang selesa serta lengkap dengan kemudahan-kemudahan sosial.

Pemilihan pemaju tersebut akan dilaksanakan melalui Jawatankuasa Pemilihan Projek MyHome di KPKT. Setiap permohonan pemaju akan dipertimbangkan, berdasarkan syarat-syarat kelayakan seperti berikut :

(i) Syarikat pemaju mestilah syarikat yang sah ditubuhkan dan diperbadankan di bawah undang-undang Malaysia.

(ii) Setiap pemaju dihadkan untuk menerima insentif tidak melebihi 1,000 unit dalam satu pemajuan projek.

(iii) Projek diluluskan pada tahun 2014 atau sebelumnya layak memohon di bawah MyHome ini.

(iv) Keutamaan diberikan kepada pemaju perumahan swasta.

(v) Projek-projek MyHome hendaklah dilaksanakan di atas tanah milik swasta dan bukannya di atas tanah milik Kerajaan.

(vi) Pemaju perumahan yang ingin menyertai skim ini mestilah berlesen serta telah mendapat kelulusan Kebenaran Merancang dan Pelan Bangunan daripada Pihak Berkuasa Negeri (PBN) dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Seperti yang kita sedia maklum, tujuan skim ini dilancarkan adalah untuk menggalakkan pembinaan rumah mampu milik oleh pemaju-pemaju swasta. Justeru, bagi membantu pemaju perumahan swasta terutamanya aliran tunai mereka dalam pelaksanaan projek MyHome ini, pembayaran MyHome akan dilaksanakan kepada pemaju dengan cara berikut:

(i) Bayaran insentif RM30,000 daripada harga rumah akan dibayar kepada pemaju secara upfront melalui MyHome ini dan baki harga rumah akan dibiayai sendiri oleh pembeli.

(ii) Pembayaran RM30,000 ini adalah termasuk bayaran deposit sebanyak 10% kepada pembeli apabila Surat Perjanjian Jual Beli ditandatangani. Ini bertujuan untuk membantu pembeli dalam menyediakan deposit pembelian rumah.

(iii) Pemaju perlu memastikan pembeli mendapatkan pembiayaan pada baki harga rumah sahaja selepas ditolak dengan insentif RM30,000.

MyHome ini merupakan manifestasi Kerajaan dan visi YAB Perdana Menteri Najib Razak dalam membantu pembeli untuk memiliki kediaman sendiri, melalui pembelian rumah mampu milik. Oleh itu, KPKT menetapkan beberapa syarat-syarat kepada bakal pembeli rumah MyHome, bagi memastikan hanya mereka yang benar-benar layak sahaja akan mendapat faedah daripada skim ini.

Antara syarat-syarat-syarat yang ditetapkan oleh KPKT kepada pembeli adalah seperti berikut:

(i) Pembeli mestilah warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas.

(ii) Pembelian adalah untuk rumah pertama dan permohonan dihadkan satu (1) unit rumah kepada setiap isi rumah.

(iii) Pemohon mestilah mempunyai pendapatan isi rumah antara RM3,000 - RM 4,000 bagi MyHome1 dan pendapatan isi rumah antara RM4,001 - RM6,000 bagi MyHome 2.

Bagi memastikan pemilikan rumah di bawah skim ini mencapai golongan sasaran, maka perlulah ditetapkan syarat tempoh moratorium kepada pembeli selama 10 tahun. Tempoh moratorium ini dikira mulai Surat Perjanjian Jual Beli ditandatangani.

Ini bermakna, pembeli tidak boleh menjual rumah ini dalam tempoh tersebut. Bagi memastikan perkara ini dapat dilaksanakan, syarat moratorium tersebut akan dimasukkan ke dalam surat tawaran kepada pembeli, Surat Perjanjian Jual Beli dan dokumen hakmilik tanah di bawah sekatan kepentingan.

Borang permohonan boleh diperolehi menerusi laman web Jabatan Perumahan Negara di https://ehome.kpkt.gov.my/ atau dengan mendapatkannnya di pejabat Setiausaha Kerajaan negeri yang berkenaan.

Pada tahun ini sahaja, Kerajaan menyediakan peruntukan sebanyak RM300 juta bagi pembinaan 10,000 unit rumah mampu milik di seluruh negara. Jika skim ini menerima sambutan, saya tidak menolak kemungkinan peruntukan ini ditambah untuk tahun akan datang.

30 Mar 2014

Insentif Baru Untuk Warga Asnaf dan Fakir Miskin Di Johor

Kerajaan Negeri menerusi kerjasama dengan Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) mengumumkan inisiatif baru bagi memastikan penyaluran zakat dapat diberikan kepada golongan sasaran dan lebih meluas.

Fokus dalam memperkasa agihan zakat tahun ini terbahagi kepada tiga bahagian iaitu, meningkatkan kadar bantuan kewangan, memperhebat Program Jejak Asnaf dan melaksanakan Skim Bantuan Rumah untuk golongan fakir & miskin.

Antaranya ialah ; 1. Rumah transit itu bertujuan untuk memberikan penempatan kepada golongan fakir dan miskin yang tidak mempunyai tanah. Sekiranya mereka telah keluar dari kelompok kemiskinan, rumah itu boleh digantikan dengan orang lain pula

2. Menaikkan jumlah dermasiswa pelajar melanjutkan pelajaran ke luar negara daripada RM4,000 kepada RM6,000.

3. Bagi pelajar ke Jordan pula bantuan dinaikkan kepada RM8,000 berbanding RM4,000 sebelum ini. Kenaikan tersebut melibatkan tambahan perbelanjaan daripada RM1.5 juta kepada RM3 juta setahun.

4. Bantuan sara hidup bulanan juga akan dinaikkan dengan kadar minimum RM300 sehingga had maksimum RM750, tanpa mengambil kira penerima telah mendapat bantuan daripada kerajaan pusat ataupun tidak. Pertambahan ini akan membabitkan pertambahan perbelanjaan kepada RM6 juta setahun.

5. Bantuan hari raya juga meningkat daripada Rm 5.474 juta kepada RM8.91 juta setahun.

6. RM10 juta untuk membina 250 rumah baru berharga RM40,000 seunit yang membabitkan pertambahan peruntukan RM6.2 juta.7. Bantuan yuran persekolahan sebanyak RM100 kepada 31,500 pelajar di negeri ini yang memerlukan

28 Mar 2014

Malaysia Sebagai Fasilitator, Akhirnya Konflik Berdarah 40 Tahun Bangsamoro Berakhir

Bangsamoro hari ini melakar sejarah memeterai perjanjian damai dengan Kerajaan Filipina, sekali gus menamatkan konflik berdarah hampir 40 tahun di selatan negara ini bagi membawa sinar harapan kepada Bangsamoro yang majoritinya beragama Islam.

Perjanjian Komprehensif Mengenai Bangsamoro itu (CAB) itu ditandatangani dengan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) dan kerajaan Filipina setelah 17 tahun mengadakan rundingan, dengan Malaysia bertindak sebagai fasilitator.


Upacara bersejarah itu diadakan di Istana Malacanang di sini disaksikan oleh Presiden Filipina, Benigno S. Aquino III; Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak; Penasihat Presiden mengenai Perdamaian, Teresita Quintos Deles dan Pengerusi MILF, Murad Ebrahim.

Lebih 1,500 orang hadir menyaksikan upacara itu termasuk 500 pemimpin, perwakilan dan penyokong MILF, para diplomat asing dan pemimpin-pemimpin tempatan.

Perjanjian Komprehensif itu turut mengesahkan persefahaman dan komitmen antara kerajaan Filipina dan MILF, bukan sahaja untuk menamatkan konflik berdarah di selatan negara ini yang telah meragut lebih 150,000 nyawa tetapi juga mengiktiraf hak, kedaulatan dan aspirasi Bangsamoro serta masa depan politik mereka bagi membentuk kerajaan sendiri yang akan melindungi identiti mereka.

Kedua-dua pihak juga mengiktiraf tanggungjawab bersama untuk mendokong prinsip-prinsip keadilan.
Dokumen perjanjian itu antara lain turut menyebut tentang komitmen kedua-dua pihak untuk membantu mengurangkan ketidakadilan sosial, ekonomi dan politik serta membetulkan semula ketidakadilan sejarah terhadap Bangsamoro.

Kedua-dua pihak juga bersetuju untuk menangani masalah pembahagian sama rata kekayaan dan kuasa politik bagi kepentingan kedua-dua pihak.
Proses rundingan damai itu telah pun bermula sejak 1997 dan ia kemudian disambung semula pada 2001 dengan Malaysia bertindak sebagai fasilitator sehingga membawa kepada upacara menandatangani Rangka Kerja Perjanjian mengenai Bangsamoro pada Oktober 2012.

Dokumen lengkap dan semua dokumen berkaitan tentang perjanjian itu siap sepenuhnya pada Januari 2014 diikuti dengan menandatangani Perjanjian Komprehensif mengenai Bangsamoro pada hari ini di Istana Malacanang.  

27 Mar 2014

Gagal Kesan Objek Dari MH370, Cuaca Buruk & Jarak Penglihatan Merosot

PERTH: Operasi mencari pesawat MH370 menerusi pesawat dan kapal gagal menemui sebarang objek terutama 122 objek yang dikesan satelit yang mungkin dari pesawat hilang berkenaan hari ini.

Malah, operasi berjejas apabila hujan lebat, awan rendah memaksa pesawat kembali semula ke pangkalan udara di Perth selepas terbang beberapa jam sejak pagi tadi.Pihak berkuasa Keselamatan Maritim Australia (AMSA0) berkata, semua 11 pesawat yang menghala ke kawasan pencarian di selatan Lautan Hindi awal hari ini diarah kembali semula ke Perth.

Kawasan pencarian kira-kira 2,500 kilometer di barat daya Perth hari ini dilanda cuaca buruk dengan jarak penglihatan merosot.Bagaimanapun, AMSA berkata, lima kapal di zon pencarian kekal buat masa ini untuk meneruskan operasi mencari. - AP

500,000 Permohonan, 80,000 Unit Rumah PR1MA Diluluskan..80,000 Unit Lagi Untuk Fasa 2

Persidangan Dewan Rakyat hari ini diberitahu sebanyak 500,000 permohonan untuk memiliki rumah di bawah projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) diterima sejak pendaftaran dibuka tahun lalu.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, kesemua permohonan berkenaan diterima secara dalam talian membabitkan 80,000 unit rumah PR1MA.
"Sebanyak 80,000 unit yang diluluskan peringkat awal kini berada pada pelbagai peringkat termasuk analisa dan perancangan untuk tujuan pembinaan.
"Sekarang ini kita teruskan pelaksanaannya dan masih membuka permohonan secara 'online'. Apabila siap, kita akan menyerahkannya mengikut ketetapan," katanya menjawab soalan Datuk Wee Jeck Seng (BN-Tanjong Piai) di sini.
Shahidan berkata kerajaan juga akan mengadakan mesyuarat bersama Perbadanan PR1MA Malaysia bagi membincangkan projek fasa kedua yang membabitkan 80,000 unit rumah lagi tahun ini.
"PR1MA bukan sahaja sebagai pelaksana tetapi juga menguruskan permohonan rumah PR1MA. Sekiranya mereka yang layak membeli rumah itu tetapi melanggar peraturan, rundingan semula akan diadakan," katanya.
Kediaman PR1MA ditawarkan kepada rakyat Malaysia dengan pendapatan bulanan isi rumah antara RM2,500 dan RM7,500. - BERNAMA

MBJB Sedia Khidmat Bas Percuma 'JB Dihatiku' Bermula 1 Mei

Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) akan memperkenalkan perkhidmatan bas secara percuma bermula 1 Mei ini, bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas di bandaraya ini.Langkah itu sekali gus membantu mengurangkan beban perbelanjaan harian pengguna perkhidmatan berkenaan.

Datuk Bandar MBJB, Ismail Karim berkata, perkhidmatan bas yang diberi nama JB Dihatiku itu akan beroperasi dari jam 6 petang hingga 11 malam dengan melibatkan laluan sejauh 21.4 kilometer dari pusat bandar ke Terminal Larkin.

Menurutnya, sebagai permulaan, sebanyak enam bas akan digunakan dengan kekerapan 10 minit bagi setiap pusingan.

“Hasil kajian teknikal dijalankan Bahagian Pengangkutan Bandar MBJB mendapati banyak isu berbangkit membabitkan perkhidmatan bas di pusat bandar.

“Antara masalah itu termasuk penumpang terpaksa menunggu lama dalam bas, kekurangan parkir dan kesesakan di Jalan Wong Ah Fook berikutan projek pembukaan Sungai Segget.

“Diharap agar perkhidmatan ini membantu orang ramai dalam mengurangkan beban perbelanjaan harian berikutan faktor ekonomi, selain mengurangkan kesesakan lalu lintas di kawasan pusat bandar,” katanya pada Mesyuarat Penuh Kali Ketiga MBJB, semalam.

Sementara itu, Ismail menzahirkan rasa sedih berhubung kehilangan anak kapal, kru serta penumpang yang menaiki pesawat MH370 yang berakhir di selatan Lautan Hindi.

“Iktibar yang dapat diambil daripada insiden ini adalah sentiasa bersedia menghadapi segala kemungkinan.

Dalam konteks ini, MBJB juga hendaklah sentiasa siap menghadapi kejadian luar jangka,” katanya.

Menteri Dalam Negeri Beri Amaran Terutamanya Kepada Media Cetak Berbahasa Cina

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meminta semua media terutama media cetak berbahasa Cina agar berhenti melaporkan berita yang memainkan sentimen membangkitkan kemarahan keluarga mangsa pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH370.
  
Ahmad Zahid berkata, laporan sedemikian akan mempengaruhi perasaan keluarga penumpang pesawat itu terutama dari negara China sehingga menimbulkan rasa tidak puas hati mereka kepada kerajaan negara ini.
  
Beliau berkata, demikian ketika menggulung perbahasan usul menjunjung kasih titah Diraja di Dewan Rakyat di sini hari.

             Ahmad Zahid Hamidi   
Ahmad Zahid berkata pengamal media perlu menyedari bahawa tragedi MH370 adalah satu kemalangan yang tidak dijangka, malah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak serta pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein telah melakukan segala usaha untuk menyelesaikan masalah ini.
  
"Malangnya akhbar-akhbar berkenaan telah memanipulasikan dan memainkan sentimen melibatkan mangsa-mangsa dan keluarga mangsa-mangsa itu kelak menjadi marah terutama mereka yang berada di Beijing,"
katanya.

Beliau juga memberi amaran kepada media termasuk media sosial supaya tidak memanipulasi sebarang maklumat atau fakta berkaitan keselamatan negara.
  
"Jangan ada sesiapa atau mana-mana media atau media online memanipulasi segala maklumat yang boleh menjejaskan keselamatan negara.     Jangan marah pada saya jika tindakan diambil dengan segera, saya cakap ini secara serius, maka ia harus dipandang serius," katanya.

AMSA Gantung Semua Operasi SAR Akibat Cuaca Buruk

PERTH: Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia (AMSA) menggantung semua operasi mencari dan menyelamat MH370 di selatan Lautan Hindi sebentar tadi akibat cuaca buruk.

Sehubungan itu AMSA dalam satu kenyataan berkata, semua pesawat dikerah balik ke pangkalan udara di Perth manakala kapal diarah meninggalkan zon pencarian. 

Gempa bumi sederhana berukuran 5.5 pada skala Richter melanda utara Lautan Hindi pada jam 12 tengah hari tadi. Jabatan Meteorologi Malaysia dalam kenyataan berkata pusat gempa itu terletak 809 kilometer ke barat daya Great Nicobar, India dan 1,453 kilometer ke barat daya Langkawi, Kedah.

26 Mar 2014

Dr. Kassim Ahmad Hadap 2 Pertuduhan di Mahkamah Tinggi Syariah

 


Bekas aktivis politik dan sosial, Dr. Kassim Ahmad dihadapkan ke Mahkamah Tinggi Syariah di sini hari ini atas dua tuduhan iaitu menghina agama Islam dan mengingkari pihak berkuasa agama pada 15 dan 16 Februari lalu. 
 
Kassim, 81, bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas tuduhan itu yang didakwa dilakukan dalam sebuah seminar dianjurkan di Yayasan Kepimpinan Perdana, Presint 8 di sini. 

Kedua-dua pertuduhan itu dibacakan mengikut Seksyen 7(B) dan 9 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah Persekutuan) 1997 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan. 

Hakim Syarie Umamuddin Yunus membenarkan Kassim diikat jamin sebanyak RM3,000 dengan seorang penjamin bagi setiap pertuduhan dan menetapkan 7 April ini untuk sebutan semula kes.

Ketabahan Seorang Isteri dan Ibu Menghadapi Kehilangan Yang Tersayang

                       

"Papa pergi work, tapi kapal terbang papa rosak,papa tak balik,papa di syurga,kalau nak papa kena baca doa selalu...''

Bait-bait ayat Intan Maizura Othman, isteri kepada pramugara Hazrin Mohamed Hasnan kepada anaknya, Iman ketika di tangga rumahnya benar-benar meruntun jiwa.

Iman yang berusia dalam lingkungan tiga tahun mengangguk-angguk seakan benar-benar faham keperitan ditanggung ibunya sejak hari pertama pesawat MH370 hilang 8 Mac lalu.

Sebelum itu anak kecil ini dilihat hanya berdiri di tangga dan tidak berkelip matanya memandang ramainya tetamu di rumahnya sepanjang semua membaca surah Yassin dan menunaikan solat hajat.

Kuatnya hati, jiwa dan semangat Intan yang mengandung anak ketiga yang bakal melihat dunia dalam masa kurang dua bulan lagi tidak dapat dizahirkan dengan apa-apa perkataan juga di dunia ini.

Semua yang menghadiri majlis bacaan Yassin dan solat hajat di kediamannya di Kota Kemuning kagum dengan ketabahan ditunjukkan Intan juga rakan-rakan Hazrin yang lebih senang dipanggil Rain.

Sepanjang majlis, Intan tidak lepas didakap rakan-rakan yang memberi semangat serta kata-kata menuntut ketabahan wanita ini berterusan.

Utuhnya kepercayaan wanita ini kepada realiti serta qada dan qadar yang ditentukan Allah.
 
               "Tidak ada sesuatu kesusahan (atau bala bencana) yang ditimpakan di bumi dan tidak juga yang menimpa diri kamu, melainkan telah sedia ada di dalam Kitab (pengetahuan Kami) sebelum Kami menjadikannya; sesungguhnya mengadakan yang demikian itu adalah mudah bagi Allah.

            "(Kamu diberitahu tentang itu) supaya kamu tidak bersedih hati akan apa yang telah luput daripada kamu dan tidak pula bergembira (secara sombong dan bangga) dengan apa yang diberikan kepada kamu dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri.'' - Al-Hadid 22-23.

Esakan perlahan Intan yang duduk di bahagian belakang pada saat bacaan Yassin bergema di rumahnya masih dapat didengari. Allah maha mendengar permintaan hamba-Nya yang meminta dan seluruh negara memohon serta mengharapkan pengakhiran yang baik pada tragedi MH370 ini.

"Saya akan move on, saya redha apa yang terjadi, saya akan besarkan anak-anak dan jika benar dia (Hazrin) bersemadi di Lautan Hindi, tenanglah dia di sana.''

Duka Intan sama sedihnya dengan semua keluarga penumpang MH370 lain. Pilu Intan tidak ada bezanya dengan mereka yang terlibat dalam tragedi ini.

Menceritakan saat-saat akhir Intan menghantar Hazrin ke tempat kerja pada hari kejadian, katanya tidak ada sebarang kelainan yang ditunjukkan.

Seperti biasa bersalaman dan ungkapan "I love you'' menjadi tiga perkataan terakhir sebelum berpisah seolah-olah masih terngiang-ngiang di telinganya.

Intan mengakui sejak malam sidang media khas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan penerbangan MH370 berhenti di Lautan Hindi, fasa baru hidupnya bermula.

Melalui detik paling pedih dalam hidup, kehilangan suami yang juga `buddy' (kawan baik) menjadikan Intan menjadi lebih tabah dalam membesarkan anak selain jauh di dalam hati, masih ada sekelumit harapan menanti kepulangan Hazrin.
 
Rentetan meluahkan sejujur-jujurnya apa yang dirasa di dalam media sosial termasuk impian menjadi ketua bidadari di syurga, itu sudah cukup meruntun hati jutaan rakyat negara ini yang tidak berhenti berdoa masih menyimpan ada harapan untuk sesuatu perkara positif di akhir kisah tragedi ini.
               "Tidakkah diakui dan tidakkah dipercayai bahawa Tuhan yang telah menciptakan langit dan bumi (yang demikian besarnya) - berkuasa menciptakan semula manusia sebagaimana Ia menciptakan mereka dahulu? Ya! Diakui dan dipercayai berkuasa! Dan Dia lah Pencipta yang tidak ada bandinganNya, lagi Yang Maha Mengetahui.

               "Sesungguhnya keadaan kekuasaanNya apabila Ia menghendaki adanya sesuatu, hanyalah Ia berfirman kepada (hakikat) benda itu: " Jadilah engkau! ". Maka ia terus menjadi..'' - Yaasin 81-82.

Hanya kira-kira lima soalan yang dilontar pemberita pada malam solat hajat di kediaman Intan pada malam Khamis ini.

Soalan yang diaju lebih berkisar menuntut jawapan peribadi dan tabahnya Intan menjawab satu demi satu pertanyaan dengan cukup menyakinkan, wanita ini benar-benar sudah bersedia mengharung fasa demi fasa masa dan apa juga yang akan berlaku di hadapannya.

Cuma pada soalan keempat yang bertanya apa penjelasan diberi kepada anaknya terhadap kehilangan papa, tiba-tiba Iman datang dan duduk di pangkuan, pada saat dikatakan `aeroplane' papa rosak dan papa tidak akan balik rumah, mata Intan mula berkaca kembali dengan jernih air mata kasih seorang mama.
 

MRSA Beri Petunjuk Baru

Gambar satelit Airbus Defence and Space bertarikh 23 Mac lalu yang diteliti Agensi Remote Sensing Malaysia (MRSA) menemui 122 objek berpotensi serpihan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 di selatan Lautan Hindi.
 
Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, objek-objek yang bertebaran di kawasan seluas 400 kilometer persegi itu terletak 2,557 kilometer dari Perth, Australia.

         

Jelas beliau, objek-objek yang dikesan itu bersinar, berbentuk keras dan objek paling panjang berukuran 23 meter. Katanya, imej satelit dari syarikat berpangkalan di Perancis itu diterima MRSA semalam.

"Kita menyalurkan maklumat satelit ini kepada pusat koordinasi operasi di Perth, Australia semalam dan ini merupakan petunjuk terbaharu.

"Dengan ini, kita sudah mempunyai empat petunjuk imej satelit termasuk daripada Australia, China dan Perancis untuk mengesan serpihan pesawat.

''Perlu ditekankan bahawa kami tidak boleh memaklumkan sama ada objek yang berpotensi itu adalah dari MH370. Bagaimanapun, ini merupakan satu lagi petunjuk yang dapat membantu memberi arah kepada operasi mencari," katanya dalam sidang akhbar di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Australia kekal mengetuai operasi pencarian di selatan Lautan Hindi dan Malaysia berperanan sebagai koordinator operasi. Operasi mencari di kawasan itu dipecahkan kepada dua sektor iaitu timur dan barat dengan melibatkan penyertaan pelbagai aset udara dan marin.

"Pencarian melalui udara di sektor timur akan melibatkan satu pesawat P3 Orion Australia, tiga pesawat sivil Australia, satu pesawat Ilyushin IL-76 China dan satu pesawat P3 Orion Australia.

Pencarian di sektor barat pula melibatkan satu pesawat Amerika Syarikat (AS) P8 Poseidon, satu pesawat Korea Selatan P3 Orion, satu pesawat Jepun P3 Orion, dua pesawat Australia P3 Orion dan satu pesawat sivil Australia," katanya.
Menurutnya, kapal Australia HMAS Success telah dihantar ke sektor barat manakala kapal China, Xue Long dihantar ke sektor Timur.

Hishammuddin turut memaklumkan sebuah kumpulan kerja antarabangsa telah ditubuhkan untuk mengkaji lebih lanjut data daripada satelit Inmarsat dan menentukan lokasi terakhir pesawat MH370.

Kumpulan kerja itu terdiri daripada Inmarsat, Cawangan Siasatan Kemalangan Udara United Kingdom (AAIB), Jabatan Penerbangan Awam China (CAAC), agensi AAID dari China, National Transport Safety Board (NTSB) AS, Federal Aviation Administration (FAA) AS, Boeing, Rolls Royce dan agensi- agensi Malaysia berkaitan.

Satelit Airbus UK Kesan 122 Objek Bersinar

Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, satelit Airbus UK mengesan 122 objek berukuran antara semeter hingga 23 meter panjang dan kelihatan bersinar, kemungkinan ia bahan keras di kedudukan 2,557 kilometer dari Perth.

"Perancis, China dan Australia sudah keluarkan data imej satelit yang berkemungkinan ada kaitan dengan pesawat MH370.
"Semalam 25 Mac, Agensi Remote Sensing Malaysia (MRSA) terima data imej terbaru dari satelit Pertahanan dan Angkasa Airbus UK yang berpangkalan di Perancis di mana imej berkenaan dikesan pada 23 Mac.
"MRSA sudah analisis objek berkenaan... di satu kawasan di Lautan Hindi seluas 400 kilometer persegi yang mana 122 objek dikesan di kawasan berkenaan.
"Sebahagian objek berukuran semeter panjang dan ada yang berukuran 23 meter panjang. Ia kelihatan bersinar, kemungkinan bahan keras," katanya pada sidang media harian MH370 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, sebentar tadi.
Hishammuddin berkata, MRSA dengan segera menghantar laporan berkenaan kepada Pusat Koordinasi Kecemasan Australia di Perth semalam, namun tidak dapat disahkan objek berkenaan ada kaitan dengan MH370.
"Bagaimanapun, ia adalah petunjuk baharu dalam misi mencari bangkai pesawat MH370," katanya.

                                    Tragedi MH370: Objek 1 hingga 23 meter

Dr. Kassim Ahmad DITAHAN

Bekas aktivis politik dan sosial, Dr. Kassim Ahmad yang mencetuskan kontroversi berhubung kenyataannya berunsur anti-hadis baru-baru ini, ditahan penguatkuasa Jabatan Kemajuan Islam (Jakim) di rumahnya, di Taman Kulim Perdana, Kelab Golf Kulim, di sini hari ini.
 
Kassim, yang baharu keluar dari hospital lebih seminggu lalu ditahan oleh sepasukan pegawai Jakim dengan bantuan polis serta penguatkuasa Pejabat Agama Islam Daerah Kulim kira-kira pukul 12.30 tengah hari

Penahanan itu dibuat selepas Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) mengeluarkan waran tangkap terhadapnya atas kesalahan mengikut Seksyen 9 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah Persekutuan) 1997 iaitu menghina atau mengingkari pihak berkuasa agama.

Kadi Daerah Kulim, Sheikh Yusof Abdul Majid ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut. - UTUSAN ONLINE

Sebelum itu..... 
BERIKUT kenyataan penuh Ketua Pengarah Jakim, Datuk Othman Mustapha mengenai Seminar Pemikiran Kassim Ahmad: Suatu Penilaian.

Jakim memandang serius dalam isu yang dibangkitkan dalam Seminar Pemikiran Kassim Ahmad: Suatu Penilaian pada 15 dan 16 Februari 2014 anjuran Ahli Jawatankuasa Sahabat Pena Pak Kassim di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya.


Kenyataan-kenyataan daripada para pembentang kertas kerja seminar khususnya berkaitan isu-isu agama adalah seperti yang berikut:


- Mempertikaikan dua kalimah syahadah dengan menganggap syahadah yang kedua sebagai mendewa-dewakan Nabi Muhammad SAW.


- Mempertikaikan rambut sebagai aurat wanita dan memperlekeh wanita yang berhijab.


- Mempertikaikan kredibiliti ulama dan menyamakan ulama sebagai kasta paderi.


- Mempertikaikan hadith sebagai sumber hukum dan menuduh Imam Shafi’e yang memulakan doktrin baru dengan menyatakan hadith sebagai satu sumber hukum sama seperti al-Quran


- Mentafsirkan semula al-Quran berdasarkan logik semata-mata dan menolak tafsiran ulama terdahulu


- Mengiktiraf Kod 19 oleh Rashad Khalifa sebagai pentafsir al-Quran bagi menggantikan hadith


- Cadangan membuat surat untuk memohon pihak KDN menarik semula pengharaman buku-buku tulisan Kassim Ahmad


Jakim juga ingin menjelaskan bahawa pemikiran dan pandangan yang dikemukakan adalah bercanggah dengan prinsip dan juga sumber hukum dalam ajaran Islam berdasarkan Ahli Sunnah Wal Jamaah yang menjadi asas pegangan masyarakat Islam di Malaysia.
Ini adalah berdasarkan kepada sebab-sebab yang berikut:


i) Mengucap Dua kalimah Syahadah merupakan rukun Islam yang pertama bagi setiap Muslim yang mengaku dirinya sebagai orang Islam. Mempertikaikan syahadah boleh menyebabkan seseorang itu terkeluar daripada agama Islam. Justeru, orang yang berbuat demikian wajiblah segera bertaubat.


ii) Ulama telah bersepakat bahawa aurat wanita adalah keseluruhan badannya kecuali muka dan kedua tapak tangannya. Mempertikaikan hukum yang telah disepakati boleh membawa kepada kesesatan.


iii) Ulama adalah pewaris Nabi yang berperanan menyampaikan ajaran Islam dari satu generasi ke satu generasi. Mempertikaikan kredibiliti Ulama muktabar dalam mazhab Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah suatu yang bercanggah dengan disiplin ilmu yang diwarisi daripada Sahabat dan Salafus Salih.


iv) Hadith adalah sumber kedua perundangan Islam dan sebagai pentafsir kepada al-Qur’an berdasarkan ijma’ ulama.


v) Penafsiran semula al-Qur’an berdasarkan logik akal tidak boleh diterima kerana pentafsiran al-Quran memerlukan disiplin ilmu agama yang telah ditetapkan dalam ajaran Islam.


vi) Teori “Kod 19” oleh Rashad Khalifa yang dipegang oleh Kassim Ahmad mengandungi pelbagai penyelewengan akidah dan tidak wajar digunakan untuk mentafsirkan al-Quran


vii) Tindakan untuk menarik semula pengharaman buku-buku tulisan Kassim Ahmad ini adalah tidak wajar kerana ia telah jelas menyeleweng daripada ajaran Islam yang sebenar seperti yang telah difatwakan oleh negeri-negeri.


Saya telah meminta pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) untuk mengambil tindakan dengan pendekatan yang bersesuaian dalam perkara ini. Di samping itu, saya juga memohon kerjasama dari pihak Jabatan Agama Islam Negeri-negeri dapat memantau dan memberi perhatian terhadap isu ini secara berkesan dan wajar dan mengambil tindakan berdasarkan undang-undang sedia ada sekiranya bersesuaian. 


Suka saya maklumkan bahawa pihak berkuasa agama negeri telah mengambil tindakan penguatkuasaan dan pewartaan fatwa terhadap bahan-bahan penerbitan yang mengandungi dan menyebarkan fahaman anti hadith yang jelas menyeleweng dari ajaran Islam.
Apa-apa jua bentuk penerbitan dan atau publisiti yang bertujuan untuk mengembangkan pemikiran atau fahaman anti hadith adalah dilarang dan perlu disekat kerana ia menyalahi fatwa dan undang-undang lain yang berkaitan.


Pihak Jakim dan Jawi juga berhasrat untuk menjemput Dr Kassim Ahmad dan pihak penganjur sebagai satu usaha pihak kami memberikan penjelasan terbaik terhadap dakwaan-dakwaan beliau yang dianggap boleh menjejaskan aqidah umat Islam.


Justeru itu, memandangkan pemikiran Dr Kassim Ahmad ini boleh dikatakan sebagai pemikiran yang salah dan bertentangan dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah, maka adalah wajar umat Islam di Malaysia menjauhi aliran pemikiran dan doktrin-doktrin palsu yang seumpama ini. 


Ini adalah kerana perkara ini boleh memberi implikasi besar kepada akidah umat Islam dan menggugat ketenteraman serta menimbulkan keresahan awam. Islam menyeru kepada umatnya agar bersatu padu dan mencegah daripada berpecah belah kerana perpecahan dalam kalangan masyarakat Islam boleh merugikan masyarakat Islam itu sendiri. Ini juga adalah demi untuk membangunkan modal insan yang bertamadun tinggi.

Anwar n The Gang Dilarang Masuk Ke Sarawak

Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem menyelar tindakan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berterusan mempertikaikan keputusan kerajaan negeri menguatkuasakan larangan masuk ke atas beberapa individu dari Semenanjung, termasuk pemimpin pembangkang ke Sarawak.
Malah, beliau mencabar Anwar untuk mengambil tindakan undang-undang, termasuk menyamannya dan kerajaan negeri sekiranya tidak berpuas hati dengan perintah itu. 

"Siapa Anwar (Ibrahim).... kita tidak pernah gentar dengan individu bernama Anwar (Ibrahim). Beliau cukup bernasib baik kerana kita masih membenarkannya masuk ke negeri ini," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menghadiri Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Balai Raya Kampung Teh, di sini, sebentar tadi.

Beliau yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sarawak, berkata negeri ini sudah cukup aman, malah rakyatnya hidup bersatu dalam suasana penuh harmoni walaupun berbeza kepercayaan agama dan etnik budaya.

"Sarawak tidak memerlukan campur tangan orang luar untuk menentukan hala tuju dan masa depannya. Tidak perlu ada orang luar datang sini untuk menimbulkan kekacauan di sini," katanya. 

                 

25 Mar 2014

Hati-Hati Permainan Akhbar Cina

Semua akhbar Cina tempatan, 26 MAC 2014, menyiarkan laporan penuh di muka depan masing-masing berhubung tindakan keluarga penumpang rakyat China dlm pesawat MH370, telah berhimpun di luar bangunan kedutaan Malaysia di Beijing untuk mengadakan bantahan menuntut kebenaran dan penjelasan dari Kerajaan Malaysia.

Mereka juga menuduh Kerajaan Malaysia berbohong dlm keseluruhan episod misteri kehilangan pesawat MH470.

Kumpulan ahli keluarga penumpang itu melaungkan Kerajaan Malaysia berbohong pada kami dan desak Malaysia kembalikan ahli keluarga mereka.

Mereka juga mempamirkan kain rentang yg antara lain menyebut " MAS hutang kami satu penjelasan, " " MH370 Jangan biarkan kami menanti terlalu lama" " 1.3 bilion rakyat menunggu sambut pesawat itu" " Salah seorang anggota keluarga penumpang membacakan kenyataan mengutuk Kerajaan Malaysia, pasukan tentera dan MAS kerana terus menerus melengah-lengahkan dan menyembunyikan kebenaran.

Berdasarkan bantahan yg dibuat dan reaksi oleh kumpulan keluarga penumpang pesawat MH370, dipercayai mereka ini telah dihasut dan disebarkan maklumat palsu oleh golongan tidak bertanggungjawab dari Malaysia.

Golongan tidak bertanggungjawab ini dipercayai merupakan orang Cina tempatan yg benci kepada Kerajaan/ penyokong-penyokong Pakatan Rakyat telah menghasut dan merancuni fikiran mereka dgn berita-berita yg direka dan maklumat palsu yg sengaja di ada-adakan.

Tujuan mereka adalah untuk melihat Kerajaan yg memerintah kini ditumbangkan melalui permainan kotor mereka dalam memanipulasikan misteri kehilangan MH370.

Golongan tersebut juga sedang rancak memainkan peranan memburuk-burukkan Kerajaan Malaysia serta merancuni pemikiran keluarga penumpang Cina untuk mencapai agenda mereka iaitu untuk melihat Kerajaan BN jatuh.

Nampaknya, akhbar-akhbar Cina juga seiringan dgn permainan halus oleh pihak yg tidak bertanggungjawab ini dgn melaporkan secara meluas berita bantahan di kedutaan Malaysia.

Berita yg dilaporkan seolah-olah menunjukkan pihak akhbar Cina juga setuju dgn dakwaan-dakwaan palsu yg sengaja diperbesar-besarkan oleh keluarga penumpang di Beijing.

Najib Razak - Cari Serpihan, Rangka & Objek Berkaitan Pesawat MH370 Sebagai Pengesahan Ia Hilang


PhotoSeri Najib Tun Razak berkata, kerajaan akan tetap memberi keutamaan terhadap usaha mencari serpihan, rangka serta objek-objek berkaitan dengan pesawat MH370 yang disahkan berakhir di Lautan Hindi.Menurut Perdana Menteri, ini bagi membolehkan kerajaan mengesahkan tanpa ragu-ragu bahawa pesawat itu telah hilang di kawasan tersebut.

Katanya, kerajaan juga komited untuk meneruskan operasi mengesan kotak hitam pesawat berkenaan bagi merungkai segala persoalan berhubung tragedi itu.

"Yang akan menjawab segala persoalannya ialah apabila kotak hitam yang mengandungi Flight Data Recorder dan Voice Control Recorder dijumpai. Oleh itu, apa jua teori ketika ini, tidak boleh kita sahkan sehingga kotak hitam ditemui," katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan usul di bawah Peraturan Mesyuarat 27(3) bagi menzahirkan rasa sedih, dukacita dan pilu terhadap tragedi malang yang menimpa pesawat MH370 di Dewan Rakyat hari ini.

Jelas Najib, sejak tragedi itu berlaku, kerajaan telah mengambil langkah-langkah yang terselaras dengan semua agensi yang terlibat di samping berpegang kepada prinsip apa sahaja kenyataan yang dibuat, mesti disahkan terlebih dahulu.

"Kita tiada niat untuk halang atau menutup sebarang maklumat daripada disampaikan kepada keluarga mangsa ataupun kepada pengetahuan umum. Berkali-kali kita telah menyatakan bahawa insiden atau pun kes ini ialah ‘unprecedented’ (tidak pernah berlaku) dalam sejarah penerbangan.

"Kita juga telah mendapatkan kerjasama yang luar biasa daripada 26 buah negara. Saya sendiri telah menghubungi ramai pemimpin negara luar dan mereka menyatakan kesanggupan untuk memberi kerjasama dari segi maklumat radar, satelit dan aset-aset," ujarnya.






Datuk Seri Hishammudin Sindir Wartawan China




He was asked by a Chinese journalist why it took so long to use the Inmarsat data which came through on March 12.
He responded by saying: “Can I also remind you that we received satellite data from China involving sightings in the South China Sea, which made us detract ourselves from the search and rescue to search areas we already searched, and it was found to be negative.”


Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammudin Tun Hussien On, yang bosan dengan sikap media China yang mempertikaikan kemampuan gerakan mencari MH370 hari ini menyindir wartawan China.

Menurut Hishammudin, Malaysia memberi respon kepada semua maklumat yang diberikan bagi mencari MH370. Ini termasuklah maklumat tidak tepat dari negara China sendiri yang menyebabkan pasukan mencari terpaksa mencari semula di Laut China Selatan walaupun telah sahkan tiada tanda sebelum ini.

Photo
Wartawan dari negara China sama ada tidak mengikuti dengan terperinci siasatan ini atau sekadar mahu menjadikan kerajaan Malaysia sebagai kambing hitam.

Sebenarnya, pasukan mencari telah dikerah ke Lautan Hindi sebaik menerima maklumat daripada Inmarsat. 

Amerika Syarikat telah menggerakkan pencarian di Lautan Hindi sejak 14 Mac 2014 lagi. Justeru dakwaan pasukan mencari tidak mencari lebih awal di Lautan Hindi sangat tidak tepat. Sebaik maklumat diperolehi, Perdana Menteri mengumumkan pencarian dikecilkan kepada dua kawasan yang turut membabitkan Lautan Hindi.
Berikut ialah kenyataan Perdana Menteri pada 15 Mac 2014
Kami menjalankan operasi mencari di darat, di Laut China Selatan, Selat Melaka, Laut Andaman dan Lautan Hindi. Pada setiap peringkat, kami bertindak berdasarkan maklumat yang disahkan dan kami memberi tumpuan terhadap setiap petunjuk yang boleh dipercayai.
Memang wujud pelbagai spekulasi. Kami faham keperluan mendesak untuk mendapatkan maklumat bagi pihak keluarga terbabit dan mereka yang memerhati di seluruh dunia. Namun demikian, tanggungjawab kami kepada penyiasatan dan keluarga terbabit adalah untuk hanya mengeluarkan maklumat yang sudah disahkan. Dan perkara yang memberi motivasi kepada kami ialah untuk mencari pesawat berkenaan.
Dalam fasa pertama operasi mencari, kami melakukan pencarian berhampiran posisi terakhir MH370 yang diketahui iaitu di Laut China Selatan. Pada waktu yang sama, kami dimaklumkan oleh Tentera Udara Diraja Malaysia bahawa menurut radar utama mereka, sebuah pesawat udara – yang identitinya tidak dapat disahkan – telah berpatah balik. Data radar utama ini menunjukkan bahawa pesawat udara berkenaan menggunakan laluan penerbangan yang membawanya ke satu kawasan di utara Selat Melaka.
Berdasarkan data yang boleh dipercayai ini, yang kemudiannya disahkan dengan pihak berkuasa antarabangsa berkaitan, kami meluaskan kawasan mencari hingga meliputi Selat Melaka dan kemudiannya Laut Andaman.
Kerajaan Malaysia bukan sahaja mengkoordinasi pencari di Lautan Hindi tetapi juga di Selat Melaka, Laut China Selatan dan Laut Andaman. Boleh dikatakan pasukan mencari menumpukan setiap kawasan yang mampu sampai oleh MH370 sebelum mengecilkan skop ke Lautan Hindi berdasarkan pelbagai maklumat yang munasabah yang diteriam kemudiannya.

Mengesan pergerakan kapal terbang oleh satelit bukan semudah menonton televisyen. Terdapat puluhan pesawat terbang setiap masa, dan pelbagai pihak yang mempunyai kemampuan satelit pengesan perlu melakukan analisis bagi menentukan yang mana satu MH370.
Syarikat telekomunikasi satelit Britain, Inmarsat akhirnya membantu merungkai misteri kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 selama 17 hari, selepas data-data yang disalurkan oleh satelit itu mengesahkan kapal terbang itu berakhir di selatan Lautan Hindi.
Data-data yang disalurkan oleh Inmarsat memberi petunjuk kedudukan terakhir pesawat itu adalah di tengah-tengah Lautan Hindi di barat Perth.
Dengan menggunakan analisis yang tidak pernah digunakan sebelum ini dalam mana-mana siasatan melibatkan kehilangan dan kemalangan pesawat, satelit Inmarsat dan Badan Penyiasatan Kemalangan Penerbangan (AAIB) United Kingdom mengesahkan pesawat MH370 terbang sepanjang laluan ke koridor selatan dan mengesahkan kedudukan terakhir pesawat itu adalah di tengah-tengah Lautan Hindi.
Berdasarkan maklumat data satelit Inmarsat dan AAIB United Kingdom itu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dengan perasaan penuh sedih dan terharu malam ini mengumumkan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini bahawa pesawat MH370 telah berakhir di selatan Lautan Hindi di barat Perth, Australia.
Satelit Inmarsat telah memainkan peranan penting bagi membantu mengesan kehilangan pesawat MH370 sejak berita kehilangan MH370 dilaporkan pada 8 Mac lalu.
Tujuh hari selepas pesawat MAS itu hilang, satelit Inmarsat dilapor menerima isyarat ‘ping’ daripada pesawat MH370 lima jam selepas kapal terbang itu hilang dari radar.
Sebuah satelit Inmarsat turut mengesan isyarat ‘jabat tangan’ (handshake) daripada MH370 selama beberapa jam, sebelum syarikat itu mengeluarkan satu kiraan berdasarkan datanya, menunjukkan pesawat tersebut kemungkinan terbang menuju koridor utara sehingga ke Turkmenistan dan koridor selatan menjangkau Lautan Hindi.
Data itu turut mengalih tumpuan operasi mencari dan menyelamat dari Laut China Selatan ke Lautan Hindi dan bahagian daratan sehingga ke Turkmenistan dalam satu operasi mencari yang dilancarkan secara besar-besaran melibatkan 26 buah negara.
Inmarsat ditubuhkan pada 1979 oleh Pertubuhan Maritim Antarabangsa (IMO) yang juga merupakan sebuah agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Pada masa ini, Inmarsat memiliki 10 buah satelit terletak pada ketinggian 35,786 kilometer dari paras bumi termasuk satelit Inmarsat-5, Alphasat, I-3, I-4 dan Inmarsat-2. – UTUSAN