29 Sept 2014

Peraturan Baru Penggunaan Cermin Gelap (70 : 50 : 30) 1 November

 
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan menguatkuasakan peraturan baharu berkaitan penggunaan cermin gelap bermula 1 November ini.

Peraturan baharu ini menyaksikan ketelusan cahaya yang dibenarkan pada cermin hadapan sebanyak 70 peratus; sisi pemandu (50 peratus) dan masing-masing 30 peratus untuk sisi penumpang belakang dan bahagian belakang.

Berbanding peraturan sedia ada, ketelusan cahaya yang dibenarkan di cermin hadapan adalah sebanyak 70 peratus dan 50 peratus untuk cermin di sebelah pemandu, sebelah penumpang belakang dan bahagian belakang.

Ketua Pengarah JPJ, Datuk Seri Ismail Ahmad berkata, pemindaan peraturan itu adalah mengikut standard antarabangsa.

Katanya, peraturan baharu itu tertakluk kepada semua rakyat Malaysia dengan pengecualian diberikan kepada beberapa pihak atau disebabkan atas alasan kukuh.

"Pengecualian diberikan kepada Yang diPertuan Agong, Perdana Menteri dan Timbalannya, Ketua Menteri, Menteri Besar, Ketua Hakim dan Menteri.

"Begitu juga dengan jabatan berisiko tinggi seperti Polis DiRaja Malaysia dan Kastam DiRaja Malaysia yang melakukan operasi berbahaya," katanya selepas mengadakan pertemuan dengan anggota penguat kuasa JPJ bahagian zon selatan di Seri Negeri, Melaka.

Kisah Air Johor

                      

Johor tidak pernah mendapat geran kerajaan, berbeza dgn negeri-negeri lain. Johor membangunkan sumber air masa dulu dengan membuat pinjaman, dan bukannya dari bantuan kerajaan. Oleh itu, kerajaan negeri usahakan agar pinjaman sedia ada dapat ditukar menjadi geran.

Kos rawatan air kini meningkat sebanyak dua kali ganda berikutan kenaikan tarif elektrik dan juga masalah pencemaran air. Johor memastikan agar bekalan air bersih dan berkualiti diterima oleh untuk rakyat. Kali terakhir tarif air dinaikkan adalah pada tahun 2010 .

Bekalan air yang cukup dan berkualiti sudah hampir meliputi 100 peratus kawasan di serata negeri Johor. Hampir semua rakyat sudah menikmati bekalan melalui Syarikat Air Johor tanpa membebankan kerajaan dalam soal kewangan.

Struktur tarif air adalah berbeza di setiap negeri kerana ia bergantung kepada faktor amaun subsidi kerajaan, perkhidmatan kepada pelanggan, liputan perkhidmatan, kepadatan penduduk, bentuk muka bumi, kualiti air mentah dan lain-lain. Infrastruktur dan keluasan liputan penyediaan air bersih di Johor adalah jauh lebih besar berbanding  Pulau Pinang.

Golongan miskin di Johor menerima rebat percuma air sebanyak  20 000 liter dan kini ditingkatkan menjadi 25,000 liter dan telah diperluaskan. Program ini juga adalah salah satu dari inisiatif Kerajaan Negeri Johor untuk memberi bantuan kepada golongan yang layak menerima. Pelaksanaan di Johor jauh lebih bijak dan menepati golongan sasar.

Air merupakan sumber yang semakin terhad, tercemar dan sukar dirawat. Rakyat perlu menilai air pada tempat sewajarnya. Penjimatan air akan menjadi tidak penting kepada golongan berkemampuan kerana ia diberi secara percuma. Kadar penggunaan air setiap tahun semakin meningkat  dan ia memerlukan penjimatan serta kawalan.

Memang benar air adalah anugerah Allah yang bersifat percuma. Ia merupakan air yang tidak dirawat dan tidak memerlukan sebarang proses rawatan dan operasi perbekalan ke dalam kediaman masing-masing. Sebaliknya, perkhidmatan merawat dan membekalkan air memerlukan kos.

Krisis air yang kronik tidak berlaku di Johor tetapi berlaku di Selangor. Jadi, tidak perlulah diberi rebat air jika airnya pun dicatu hingga kulit kering jadi kematu. Apa guna ada air percuma tetapi percuma sahaja diserang penyakit akibat air lombong yang entah selamat entahkan tidak.
 
Menjadi keutamaan kepada Kerajaan Johor untuk menyediakan bekalan air yang berterusan dan berkualiti kepada rakyat Johor bukan sahaja untuk generasi kini tetapi juga generasi akan datang. Subsidi Rumah Mampu milik Johor juga lebih besar yang hampir sehingga RM 60 000 jika anda membeli rumah berharga RM 90 000 berbanding pada harga asalnya 150 000.

Untuk Rakyat, Demi Rakyat

28 Sept 2014

YAB MB Johor Nafi Kenaikan Tarif Air

YAB Menteri Besar Johor menafikan kenaikan tarif air. Sebalikmya, Kerajaan Negeri cadang pinjaman 1.3 billion ditukar kepada geran seperti negeri lain.Khabar angin yang mengatakan kerajaan negeri akan menaikkan tarif air dari 10 hingga 12 peratus adalah tidak benar, begitu juga desas-desus pengambilalihan SAJH.

Kerajaan negeri juga telah mengemukakan cadangan kepada Kerajaan Pusat supaya pinjaman berjumlah RM1.3 bilion yang diberikan bagi melengkapkan infrastruktur air di negeri ini ditukar kepada bentuk geran.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, cadangan tersebut ada asasnya memandangkan ia turut digunakan bagi menyediakan projek air luar bandar dan berbeza dengan projek air luar bandar di negeri-negeri lain yang menggunakan sepenuhnya geran Kerajaan Persekutuan.

"Perubahan status daripada Syarikat Air Johor (SAJ) kepada Syarikat Air Johor Holding (SAJH) membuatkan bayaran pajakan tinggi berdasarkan pinjaman yang ada. Pertukaran pinjaman kepada geran dapat mengurangkan sewa pajakan yang dikenakan Perbadanan Aset Air Johor Berhad (PAAJB) kepada SAJH.

"Ia juga menjadi faktor penentu kepada sebarang cadangan menaikkan tarif air di Johor kerana mengambil kira kos operasi yang ditanggung SAJH ketika ini. Sebarang cadangan menaikkan tarif air perlu melalui beberapa proses perundangan dengan kelulusan Parlimen dan pendengaran awam terlebih dahulu," katanya.

Mohamed Khaled berkata demikian ketika berucap merasmikan mesyuarat agung tahunan ketujuh Kesatuan Pekerja-Pekerja SAJ (KPPSAJ) di Kukup Golf Resort, di sini semalam.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah negeri, Datuk Ir. Hasni Mohammad.

Sementara itu, beliau turut meminta pihak KPPSAJ agar terus memberi sokongan kepada pihak pengurusan dalam menjayakan segala program pembangunan di negeri ini kerana pekerja adalah faktor utama SAJH menerima anugerah operator pengurusan air terbaik negara.

24 Sept 2014

Mursyidul AM PAS Doa UMNO Dipotong Lidah dan Butakan Mata

Tumpat – Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat malam tadi mengetuai bacaan doa bersama ribuan pengundi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor memohon kepada Allah agar memotong lidah dan membutakan mata Umno jika parti itu enggan berubah daripada cara tidak Islamiknya.

Mursyidul Am PAS itu memberitahu orang ramai yang hadir pada ceramah mega di Kampung Geting, Pengkalan Kubor, Umno dan PAS tidak dapat bertentang mata kerana parti yang berasaskan Melayu itu hanya mementingkan mengumpul kekayaan.

“Kepada orang ni, kita doa Tuhan buka hati dia, kesal buat benda-benda begini, sokong kedaulatan Islam,” kata bekas menteri besar Kelantan itu di akhir ucapannya.

“Atau Tuhan lipat balik (hatinya), biar Tuhan kerat lidah supaya tak leh kecek perkara tak sebenar, butakan mata dia supaya tak nampak apa-apa kecuali nampak bulan je Insya-Allah.”
Nik Aziz mengulangi perkataan itu dalam bahasa Arab secara perlahan-lahan dan diaminkan oleh para hadirin.

Beliau sebelum itu dalam ucapannya berkata, PAS melawan Umno kerana parti Islam itu mengambil berat akan hal-hal kerohanian seperti ganjaran daripada Allah dan memasuki syurga.

“Inilah sebabnya mengapa kita menentang Umno. Umno hanya mengambil berat tentang perkara lain.Semuanya mengenai wang. Ada perkara lain bagi mereka?” kata Nik Aziz.

“Apabila Umno tolak Islam, maka konsep kehidupan selepas kematian tidak masuk kepala mereka. Dan apabila itu berlaku, mereka tidak mengambil berat tentang melakukan dosa kerana mereka fikir semua akan tamat apabila mati kelak.”

Konsep Islam seperti hidup sesudah mati dan halal dan haram adalah tema biasa di kalangan penceramah dalam ceramah mega malam tadi, yang dihadiri pemimpin PAS sahaja.

Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar‎ Ibrahim dan Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang gagal muncul, walaupun poster ceramah menunjukkan mereka akan menjadi antara penceramah utama ‎bersama Nik Aziz dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Slot dua pemimpin Pakatan Rakyat (PR) itu digantikan dengan Ketua Penerangan PAS Kelantan Datuk Mohd Nasruddin Daud, Ketua Penerangan PAS Datuk Mahfuz Omar, Ketua Muslimat PAS Siti Zailah Mohd Yusof, dan Naib Presiden PAS Datuk ‎Tuan Ibrahim Tuan Man.

Ketika ditemui pemberita selepas ceramah bagi mendapatkan kepastikan akan ketidakhadiran sekutu mereka, Mahfuz enggan mengulas manakala Hadi mengelak daripada bertemu wartawan.

Sebelum itu, Nasruddin, Tuan Ibrahim dan Hadi mengingatkan orang ramai Allah dan para malaikat akan mengawasi mereka pada hari mengundi, 25 September ini.

“Dengan Melayu, apabila kita katakan amanah (kepercayaan) mereka fikir tentang mengumpul wang, kekayaan, harta. Itu sahaja,” kata Hadi dalam ucapannya.

“Mereka tidak sedar amanah yang paling besar adalah untuk menjadi pemimpin dan memilih pemimpin.”

Nasruddin memberitahu orang ramai mereka perlu “ingat mati, jangan lupa mengundi parti Islam”.
“Kita tidak boleh mengundi kerana parti yang menjadikannya halal (membenarkan)untuk berjudi … jika kita undi dacing, kita akan berdosa walaupun kita tidak berjudi,” katanya, merujuk kepada logo pada bendera Barisan Nasional (BN).

Sementara itu, calon PAS Wan Rosdi Wan Ibrahim hanya bercakap sebentar semasa ‎slotnya walaupun PRK Pengkalan Kubor hanya dua hari lagi.

Dalam ucapan beliau, yang tidak sampai lima minit, Wan Rosdi langsung tidakmenyentuh rancangannya untuk Pengkalan Kubor, kawasan yang bakal diwakilinya.

Sebaliknya, beliau hanya meminta orang ramai membantu mengundi PAS pada ‎Khamis ini, dan memujuk saudara-maramereka pulang dan membuang undi untuk “bulan”.

“Insya-Allah, jika kita semua menandakan bulan, kami akan mencapai kemenangan,” katanya.

Beliau juga mengingatkan pengundi tidak berkongsi kad pengenalan mereka dengan sesiapa sahaja kerana ini boleh membawa kepada penipuan pilihan raya.

Cadangan SPAN Menaikkan Tarif Air Johor Hingga 22% Bebankan Rakyat

                          
 Kerajaan Negeri Johor tidak mahu rakyat dibebankan dengan tarif air yang tinggi seperti yang dicadangkan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara.

Cdangan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) telah mencadangan kenaikan tarif air dinegeri Johor sebanyak 22 peratus namun ia dianggap agak tinggi.

Kenaikan melebihi 20 peratus dianggap tinggi namun pada masa sama kita faham masalah dihadapi Syarikat Air Johor Holding Berhad (SAJH). Kita melihat kadar kenaikan antara 10 hingga12 peratus mungkin lebih sesuai supaya rakyat tidak terbeban.

Cadangan kenaikan tarif itu adalah kerana meningkatnya kos rawatan air sebanyak dua kali ganda berikutan kenaikan tarif elektrik dan juga masalah pencemaran air bagi memastikan bekalan air bersih dan berkualiti untuk rakyat Johor. Kali terakhir tarif air dinaikkan pada 2010 . 

Menurut Hasni, Exco Infrastruktur dan Kerjaraya Johor, kenaikan tarif elektrik sebanyak dua kali sebelum ini manakala kebanyakan daripada sumber air di negeri ini juga berhadapan dengan masalah pencemaran seperti di Empangan Machap dan Sembrong akibat aktiviti pertanian moden di Kluang.
Hal tersebut, katanya, memaksa SAJH menanggung kos yang besar untuk merawat air bagi memastikan pengguna benar-benar mendapat bekalan air yang berkualiti namun kerajaan negeri sedang berusaha mencari jalan mengatasi pencemaran tersebut.

"Kita akan mengadakan koordinasi bersama Badan Kawal Selia Air Johor (BAKAJ), Jabatan Pengairan dan Saliran, Jabatan Hutan dan Pejabat Tanah yang berperanan menjadi penasihat dan bertanggungjawab terhadap sungai-sungai dan punca sumber air.

"Langkah seterusnya ialah apabila Pindaan Enakmen Air 2014 diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri (DUN) nanti, kerajaan perlulah meningkatkan keberkesanan agensi penguatkuasaan agensi pengurusan sumber air," katanya lagi.

Pindaan tersebut, ujarnya, memberi kuasa kepada BAKAJ untuk mengambil tindakan terhadap pihak yang mencemar bekalan air termasuklah mengenakan kompaun selain menurunkan kuasa kepada penjawat awam yang difikirkan dapat membantu mengatasi masalah tersebut.