15 Feb 2015

Johor Henti Sementara Eksport 5 Jenis Ikan, Udang Besar Dan Ayam

Bagi memastikan bekalan ikan, udang dan ayam mencukupi sepanjang sambutan Tahun Baharu Cina kali ini, kerajaan Johor mengambil langkah menghentikan sementara pengeksportan lima jenis ikan, udang besar dan ayam ke Singapura.
    
Pengerusi Jawatankuasa dan Industri Asas Tani Negeri, Ismail Mohamed berkata, langkah itu berkuat kuasa mulai 1 Januari lepas hingga 28 Februari depan.
    
"Ikan dilarang eksport ialah jenis yang biasa mendapat permintaan tinggi seperti kembong, cencaru, selayang, bawal putih dan tenggiri.
    
"Kita juga mempunyai sebanyak 300 peratus bekalan ayam sejuk beku selain 302 tan metrik daging bagi memastikan semuanya mencukupi sepanjang perayaan ini," katanya kepada pemberita selepas Program Pengimarahan Masjid dan Surau Parlimen Pagoh di Bangunan Seri Pekembar di sini, hari ini.
       
Menurut Ismail, bekalan sayuran juga mencukupi dan bekalan cili merah akan diimport dari India atau Thailand jika ia berkurangan.
    
Sementara itu, beliau meminta Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia bekerjasama memantau dakwaan segelintir nelayan yang menjual ikan kepada pihak lain di tengah laut yang dikhuatiri menjejaskan bekalan ikan ketika musim perayaan.
    
"Perkara ini tidak sepatutnya berlaku kerana kerajaan sudah memberi subsidi dan insentif untuk nelayan," katanya. - Bernama
 
        

10 Feb 2015

Kenyataan Pendakwa Raya Berhubung Keputusan Kes Liwat Anwar Ibrahim

1. Penghakiman ini membawa kepada suatu pengakhiran bagi tujuh tahun masa mahkamah di mana sembilan Hakim, dan pasukan Pembelaan (Anwar sendiri telah melantik 14 orang peguambela di Mahkamah Persekutuan, namun secara keseluruhannya seramai lebih kurang 20 orang peguambela telah dilantik pada kesemua peringkat kes) mengambil masa beribu-ribu jam, telah mempertimbangkan setiap keterangan didalam kes ini dengan terperinci dari awal sehingga akhir. Kesemua sembilan Hakim tersebut adalah tidak termasuk Hakim-Hakim yang mendengar rayuan interlokutori.

2. Saya tahu bahawa keadilan akhirnya ditegakkan, jadi saya secara profesional berpuas hati dengan keputusan pada hari ini. Tetapi ianya tidak memberikan saya kegembiraan - kehidupan seorang pemuda telah dimusnahkan, berubah selama-lamanya. Lebih buruk lagi, tanpa berselindung, mangsa telah berhadapan dengan sesi Pemeriksaan Balas selama tujuh hari dan kesemua pasukan peguambela Dato' Seri Anwar Ibrahim boleh menyoal balas beliau. Jadi, proses keadilan juga telah memburukkan lagi penderitaan beliau.

3. Namun Anwar Ibrahim dengan sendirinya telah memilih untuk tidak memberikan lebih daripada secebis kenyataan dari kandang tertuduh. Tidak seperti mangsa, beliau enggan berhadapan dengan pemeriksaan balas. Ianya adalah hak beliau dibawah undang-undang, namun hak yang beliau telah gunakan untuk menyerang pihak Pendakwaan, Yang Arif-Yang Arif Hakim, serta bekas rakan-rakannya dalam kerajaan. Beliau telah menjejaskan reputasi negara beliau sendiri.

4. Saya telah dilantik pada peringkat Mahkamah Rayuan sehingga peringkat akhir bagi rayuan kes ini di Mahkamah Persekutuan, bagi mempertahankan keputusan Mahkamah Rayuan terhadap rayuan akhir di Mahkamah Persekutuan, mahkamah tertinggi di negara ini. Ianya merupakan suatu tugas yang sangat sukar, kerana apa yang menjadi kebiasaan bagi suatu kes biasa serangan seksual oleh majikan terhadap pekerjanya telah digunakan sebagai medan untuk menyerang reputasi badan kehakiman. Jadi saya menyeru kepada semua yang berfikiran adil di Malaysia dan di luar negara untuk mempertimbangkan dengan teliti sebelum membuat sebarang pendapat, dan untuk meneliti semula keterangan sebenar didalam kes ini.

5. Yang paling penting, sila baca penghakiman pada hari ini dan yang sebelumnya pada setiap patah perkataan. Ianya memberikan fakta-fakta - sebagaimana buruk pun – bagi kes ini.

6. Sebagai contoh, bagi keterangan DNA, Malaysia mempunyai dua ciri utama dalam aspek penyiasatan DNA. Pertama, kita memerlukan 16 bacaan daripada 16 bacaan yang sepadan. Tiada negara yang menuntut keperluan yang lebih tinggi – yang tertinggi, seperti United Kingdom dan Amerika Syarikat, membenarkan keperluan bacaan yang lebih rendah. Kesemua bacaan DNA yang menyokong kes ini adalah berpadanan dengan bacaan 16 daripada 16 - dalam erti kata lain, padanan sempurna ('full flush'). Dan kesemua DNA adalah didapati daripada semen, yang mana lebih dipercayai berbanding DNA yang didapati daripada peluh. Anda tidak boleh sesekali mencuri, memalsukan atau mencemarinya.

7. Kedua, di Malaysia tidak ada undang-undang yang mewajibkan seseorang untuk memberikan sampel DNA. Apabila Anwar Ibrahim mencabar sampel pihak Pendakwaan di mahkamah, beliau mempunyai peluang untuk menawarkan sampel beliau sendiri, sebagai suatu keterangan baru. Jika benar beliau tidak bersalah, beliau boleh berbuat demikian dan menutup kes ini serta-merta. Namun beliau telah memilih untuk tidak berbuat demikian.

8. Berkenaan dengan Notis Alibi Anwar Ibrahim, beliau pada mulanya telah mengemukakan suatu Notis Alibi yang menyeluruh. Namun beliau telah mengabaikan sepenuhnya apabila ianya telah dibuktikan palsu melalui rakaman CCTV yang ditayangkan kepada mahkamah. Kesemua ini telah dibuktikan lama dahulu.

9. Anwar Ibrahim juga enggan bersumpah dengan nama Al-Quran mengenai kejadian tersebut. Sebaliknya mangsa telah bersumpah dengan nama Al-Quran mengenai butir-butir kejadian tersebut, di Malaysia dan juga di Mekah yang merupakan tanah suci Islam.

10. Kes seperti ini, di mahkamah tertinggi di Malaysia, adalah terlalu teknikal: dalam semua proses undang-undang yang sedia ada, dan dalam semua aspek keterangan, terdapatkah kemungkinan di mana proses sewajarnya tidak diikuti? Terdapatkah sebarang teknikaliti? Pada hari ini, jawapan daripada Hakim- hakim adalah tidak. Pada hari ini, mereka memutuskan pada keputusan yang telah dibuat, serta keterangan yang telah lama diuji dan dibentangkan.

11. Tuduhan besar yang sering diulangi oleh Anwar Ibrahim bahawa kes ini mempunyai motif politik. Berdasarkan keputusan hari ini, tuduhan tersebut adalah palsu.

12. Kebebasan badan kehakiman Malaysia termaktub di dalam perlembagaan. Kes ini telah di bawa oleh seorang individu, iaitu pekerja Anwar Ibrahim, yang telah membuat satu aduan polis yang mana beliau telah menuduh Anwar Ibrahim memberi tekanan yang tidak wajar sebagai majikannya untuk memaksa beliau melakukan hubungan seks dengannya.

13. Tiada sesiapapun yang boleh menetapkan, mengolah dan memutar belit suatu proses perundangan yang mantap dan menyeluruh, termasuklah keputusan-keputusan yang memihak kepada Anwar Ibrahim. Untuk mendakwa sedemikian, adalah keterlaluan terhadap Yang Arif-Yang Arif Hakim, dan ianya adalah tidak mapan kepada mereka yang membaca apa yang telah diputuskan oleh Yang Arif-Yang Arif Hakim pada hari ini dan mengapa.

14. Tindakan bermotifkan politik di sini hanyalah melihat kepada Anwar Ibrahim dan penyokongnya yang menuntut agar kes ini digugurkan.

15. Harus dipertimbangkan bagaimana perkara ini mulanya berbangkit. Sebagaimana kita imbas kembali Hansard (tarikh 22 Oktober dan 18 Disember 1997) , buat pertama kali seorang MP berdiri memegang akuan bersumpah yang menuduh Anwar Ibrahim terlibat dalam kegiatan seksual – homoseksual – assault, Anwar Ibrahim pada ketika itu merupakan Timbalan Perdana Menteri dan pihak yang menuduh beliau bukanlah daripada kalangan ahli kerajaan tetapi sebaliknya MP pembangkang daripada parti DAP. Dan siapa pula penuduh beliau yang sebenarnya? Arwah Karpal Singh, peguam yang hebat. Mana-mana pengakuan penglibatan jenayah Anwar Ibrahim dan kejatuhan politik beliau perlu dilihat kepada siapa yang memulakannya.

16. Tetapi bagi mangsa dan juga Malaysia, perkara ini telah menjadi sesuatu yang mengerikan dan berpanjangan. Di pengakhiran kes ini, saya minta pihak media yang ada untuk melihat kepada fakta kes ini dengan adil, menganalisis penghakiman dengan teliti serta menjalankan perkara-perkara ini dengan sebaik yang mungkin demi masyarakat.

17. Saya risau dengan segelintir pihak media yang menganggap mahkamah-mahkamah di Malaysia bertindak dengan adil hanya apabila keputusan mahkamah memihak kepada Anwar Ibrahim dan mendakwa sistem kehakiman kita telah dikompromi apabila mahkamah memberikan keputusan yang sebaliknya.

18. Kita semua mempunyai tanggungjawab kepada mangsa, lelaki muda yang merupakan pembantu peribadi Anwar Ibrahim, yang mendapat perhatian negara dan antarabangsa disebabkan kesilapan yang bukan dilakukannya olehnya. Sepertimana kesemua mangsa-mangsa jenayah berat, beliau mempunyai hak untuk melihat aduannya disiasat dengan teratur oleh pihak polis dan mahkamah.

19. Jadi, ini bukannya cerita tentang politik, ini sebenarnya adalah cerita tentang manusia - dan dari perspektif badan kehakiman, ia adalah peranan sistem keadilan negara kita bagi membolehkan kedua-dua belah cerita untuk didengar di mahkamah.




Ketulusan Dan Kebebasan Sistem Kehakiman Di Malaysia

       
Dakwaan pembangkang bahawa kerajaan terbabit dalam keputusan mahkamah dianggap tidak masuk akal kerana banyak juga kes memihak kepada mereka.

Ini termasuk kes yang dihadapi oleh ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila mahkamah membenarkan banyak penangguhan dan beberapa proses lain sebelum diputuskan untuk menjalani hukuman atau tidak.

Berikut admin senaraikan keputusan mahkamah yang berpihak kepada pembangkang atau tidak berpihak kepada kerajaan dari tahun 2009 hingga 2014.
Tahun 2009
  1. 7 Sept 2009 – Polis dan Kerajaan Malaysia kalah kepada Mustafa Ali, SU PAS :
  • Polis dan kerajaan Malaysia mengaku bersalah kerana menahan Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali di bangunan Parlimen.
  • Kerajaan bersetuju membayar gantirugi kepada beliau sebanyak RM50,000.
Tahun 2010
  1. 19 Januari 2010- FELDA kalah kepada peneroka Kemahang :
  • Mahkamah Persekutuan menafikan permohonan Felda untuk mengenepikan rayuan ke atas keputusan supaya lembaga berkenaan membayar RM11 juta kerana menipu 354 orang peneroka.
  • Felda diarah membayar RM11 juta kepada sekumpulan peneroka Felda Kemahang 3, Kelantan.
  1. 14 Disember 2011 : Lim Guan Eng menang lawan Utusan Malaysia :
Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menang dalam dua saman fitnahnya terhadap Utusan Malaysia menerima ganti rugi berjumlah RM450,000.
Tahun 2012
  1. 24 Mei 2012: Khalid Samad menang lawan Utusan Malaysia :
  • Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, memutuskan Utusan Malaysia telah memfitnah ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad berkaitan berita di muka hadapan akhbar itu bertarikh 11 Oktober 2009 yang bertajuk ‘ Zulkifli bidas Pak Janggut’.
  • Berita itu melaporkan ‘Ahli Parlimen Kulim Bandar Baru, Zulkifli Nordin membidas individu yang digelarnya Pak Janggut yang sanggup memutar belit ayat-ayat Al Quran untuk mempertahankan pembinaan kuil Hindu di Seksyen 23 Shah Alam.
  1. 19 Jun 2012 : DS Anwar menang lawan Nalla :
Anwar Ibrahim menang kes saman fitnah ke atas bekas rakan sukan tenisnya, Nallakaruppan a/l Solaimalai berhubung kenyataan kononnya menerima wang sebanyak RM60 juta.
  1. 22 Jun 2012- Lim Guan Eng menang lawan Utusan :
Ketua Menteri Pulau Pinang , Lim Guan Eng menang saman fitnah ke atas Utusan berhubung satu laporan mengenai dakwaan beliau mahu menghapuskan Dasar Ekonomi Baru
  1. 24 Julai 2012: BERSIH 3.0 menang lawan Kerajaan :
  • Mahkamah Rayuan memutuskan BERSIH 3.0 tidak haram.
  • Mahkamah Rayuan memutuskan arahan yang dikeluarkan Majistret Kuala Lumpur Zaki Asyraf mengharamkan perhimpunan BERSIH 3.0 pada 2012, bawah Seksyen 98 Kanun Acara Jenayah (KAJ) cacat kerana tidak menepati perlembagaan dan undang-undang sedia ada.
  1. 31 Julai 2012 : Zunar menang lawan Kerajaan :
SM Anwar atau Zunar, menang kes saman ke atas kerajaan dan empat yang lain berhubung tindakan pihak berkuasa merampas 66 buku dan satu lukisannya pada tahun 2010.
  1. 30 Ogos 2012 : Nizar Jamaluddin menang lawan Utusan :
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memerintahkan Utusan membayar ganti rugi kepada bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Muhammad Nizar Jamaluddin
2013
  1. 16 Jan 2013 : Anwar menang lawan Khairy :
  • Datuk Seri Anwar Ibrahim menang kes saman terhadap Khairy Jamaluddin Abu Bakar berikutan Ketua Pemuda Umno itu menarik semula kenyataan fitnah beliau ke atas Ketua Umum KEADILAN dan kes selesai.
  • Khairy sebelum ini berpendirian bahawa beliau ada menuturkan kata-kata terhadap plaintif (Anwar) adalah pengkhianat Melayu dan boneka kepada Amerika Syarikat dan Yahudi.
  1. 18 Januari 2013 : Khalid menang lawan Utusan :
Mahkamah Persekutuan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi memerintahkan Utusan membayar RM60,000 sebagai ganti rugi kepada Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad
  1. 21 Jan. 2013 : Anwar menang lawan Utusan Malaysia :
Anwar menang dalam kes saman fitnah RM50 juta ke atas Utusan Melayu (Malaysia) Bhd dan ketua pengarangnya berhubung artikel berkaitan temu bualnya yang disiarkan oleh BBC tahun 2012.
  1. 4 Februari 2013 : Lim Guan Eng menang lawam Utusan Malaysia :
Mahkamah Rayuan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi memerintahkan Utusan membayar RM200,000 sebagai ganti rugi kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berhubung satu artikel fitnah
  1. 18 Februari 2013 : Azan Ismail menang lawan Utusan :
Mahkamah perintah Utusan membayar ganti rugi kepada Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail kerana menerbitkan artikel fitnah.
15 .21 Mac 2013 : Pemimpin PAS menang lawan RTM :
  • Mahkamah Tinggi Alor Star memutuskan RTM bersalah memfitnah YB Nasir Mustafa dari PAS kononnnya kerajaan negeri Kedah tidak memperdulikan kerosakan jalan di Kampung Hilir Telok Talipon, Kubang Rotan.
  • Mahkamah arahkan RTM dan 2 ahli UMNO membayar sebanyak 120 ribu dan kos sebanyak 30 ribu.
  1. 4 Julai 2013 : Nizar menang lawan Utusan :
Bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin menang saman apabila Mahkamah Tinggi memerintahkan akhbar Utusan Melayu (M) Berhad membayar ganti rugi RM250,000 kepada beliau berhubung isu nombor pendaftaran kenderaan WWW1 yang berjaya dibida oleh Sultan Johor dengan harga RM520,000.
  1. 10 JUlai 2013 : Peguam menang lawan Kerajaan :
  • Lima peguam hak asasi manusia dan seorang aktivis menang saman terhadap polis dan kerajaan berhubung penangkapan, penahanan dan pendakwaan dengan niat jahat ke atas mereka semasa perarakan sempena Hari Hak Asasi Manusia Dunia pada 9 Dis, 2007.
  • Mahkamah memberikan ganti rugi RM10,000 setiap seorang kepada R. Sivarasa, N. Surendran, Latheefa Beebi Koya, Eric Paulsen, Amer Hamzah Arshad dan aktivis Johny Andu @ Abu Bakar Adnan dan memerintahkan para defendan membayar sejumlah RM60,000 sebagai kos kepada plaintif.
  1. 23 Oktober 2013 : ANAK menang lawan Kerajaan dan PDRM :
  • Presiden Persatuan Anak-Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman menang kes saman terhadap polis dan kerajaan Malaysia oleh Mahkamah Tinggi Temerloh.
  • Hakim mengarahkan Kerajaan Malaysia selaku defendan membayar ganti rugi akibat polis tersalah tahan sebanyak RM300,000, ganti rugi tauladan RM50,000, kos mahkamah RM20,000 dan faedah 8% dari tarikh saman.
2014
  1. 17 FEB 2014: Husam menang lawan NST :
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memerintahkan akhbar New Straits Times (NST) agar membayar RM350,000 kepada Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa kerana didakwa memfitnahnya.
  1. 28 Februari 2014 : Anwar menang lawan Papa Gomo :
Datuk Seri Anwar Ibrahim menang dalam kes samannya terhadap blogger, Papa Gomo (ganti rugi sebanyak RM800.000)
  1. 29 april 2014 : Majlis Peguam menang lawan DBKL :
Mahkamah Rayuan Putrajaya mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang memerintah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) membayar ganti rugi RM12,320 kepada Majlis Peguam kerana menceroboh dan menurunkan tiga sepanduk yang dipasang di premisnya bagi menyambut Hari Hak Asasi Manusia pada 2007.
  1. 4 sep 2014: Pemimpin PKR menang lawan FELDA :
Felda kalah dalam saman RM200 juta terhadap anggota parlimen Wangsa Maju Tan Kee Kwong selepas Mahkamah Persekutuan menolak rayuan.
       sumber ; http://klxpress.com.my/?p=21626

#LIWATII : Anwar Dipenjara 5 Tahun

KUALA LUMPUR, 10 Feb (Bernama) -- Mahkamah Persekutuan menyambung semula prosiding berhubung kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1.08 tengah hari ini.

Prosiding itu disambung semula dengan peguam Anwar, Datuk Seri Gopal Sri Ram, yang mengetuai sepasukan 15 peguam, membuat penghujahan berikutan keputusan bersalah yang diumumkan mahkamah sebelum itu.

Anwar, 67, gagal dalam rayuan terakhirnya terhadap sabitannya meliwat bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Keputusan itu disampaikan oleh Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria yang mengetuai lima anggota panel hakim.

Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman penjara lima tahun ke atas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dijatuhi Mahkamah Rayuan berikutan sabitan kesalahan meliwat pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan. 

Berikutan keputusan itu, Anwar hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh mengikut Perkara 48(1)(e) Perlembagaan Persekutuan bahawa seseorang Ahli Parlimen akan hilang kelayakan sekiranya beliau dikenakan hukuman penjara lebih setahun atau didenda lebih RM2,000.

Kerajaan Malaysia menggesa semua pihak terlibat supaya menghormati proses undang-undang dan keputusan penghakiman hari ini yang mensabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap tuduhan meliwat bekas pembantunya oleh Mahkamah Persekutuan di Putrajaya pada Selasa.

Seorang jurucakap kerajaan Malaysia berkata: "Hakim-hakim berkenaan membuat keputusan mereka hanya setelah menimbang semua bukti secara berimbang dan objektif."

"Dalam kes ini, semua proses dilaksanakan dengan lengkap dan komprehensif yang memakan masa beberapa tahun. Proses itu kini selesai dan kami menyeru semua pihak terbabit supaya menghormati proses undang-undang dan keputusan penghakiman," kata jurucakap itu menerusi kenyataan tiga perenggan di sini, Selasa.

Kenyataan itu sebagai mengulas tentang rayuan akhir Anwar yang diketepikan Mahkamah Persekutuan di Putrajaya, apabila Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria, yang menganggotai panel lima hakim, menyampaikan penghakiman Selasa.

Anwar didapati bersalah meliwat Mohd Saiful Bukhari Azlan di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih di Bukit Damansara, di sini pada 26 Jun, 2008. Jurucakap kerajaan itu turut menyatakan bahawa Malaysia mempunyai badan kehakiman yang bebas, dan sebelum ini terdapat banyak keputusan yang membawa hukuman terhadap tokoh kanan kerajaan.

Laporan polis terhadap Anwar pula dibuat seorang individu secara peribadi iaitu oleh pekerja dan pembantu peribadi Anwar, bukan oleh kerajaan, kata jurucakap itu.

"Sebagai mangsa serangan seksual yang serius, dia berhak membawa kesnya ke mahkamah," kata jurucakap itu.


9 Feb 2015

Mahkamah Persekutuan Tangguh Sementara Prosiding Kes Anwar Untuk Hujahan Sabitan

PUTRAJAYA, 10 Feb (Bernama) -- Mahkamah Persekutuan di sini menangguhkan sementara prosiding bagi membolehkan hujahan dikemas kini untuk rayuan balas berhubung hukuman bagi sabitan kes Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang didapati bersalah meliwat bekas pembantu peribadinya.


Keputusan itu dibuat Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria yang mengetuai lima anggota panel hakim, selepas membuat penghakiman menolak rayuan terakhir Anwar dalam kes itu.

Hakim-hakim lain ialah Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Md Raus Sharif dan Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Abdull Hamid Embong, Tan Sri Suriyadi Halim Omar dan Datuk Ramly Ali.

Pada 9 Jan 2012, Mahkamah Tinggi membebaskan dan melepaskan Anwar daripada tuduhan meliwat Mohd Saiful Bukhari Azlan dengan alasan ia tidak 100 peratus pasti tentang integriti sampel yang diambil bagi ujian DNA daripada Mohd Saiful.

Bagaimanapun, Mahkamah Rayuan mengubah keputusan Mahkamah Tinggi itu dan mendapati Anwar bersalah meliwat Mohd Saiful serta memberi alasan hakim perbicaraan terkhilaf dalam keputusan beliau tentang sampel berkenaan, yang dibuat berdasarkan keterangan dua saksi pakar yang dipanggil pihak pembelaan.

-- BERNAMA

Anwar Gagal Dalam Rayuan Kes Liwat Keduanya


Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika tiba bagi mendengar penghakiman kesnya di Mahkamah Persekutuan, Istana Kehakiman, Putrajaya
                         
PUTRAJAYA, 10 Feb (Bernama) -- Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini gagal dalam rayuan terakhirnya di Mahkamah Persekutuan terhadap sabitannya meliwat bekas pembantu peribadinya.

Penghakiman itu diberikan oleh Ketua Hakim Negara Tun Arifin zakaria yang mengetuai lima anggota panel hakim.

Hakim-hakim lain ialah Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Md Raus Sharif dan Hakim Mahkamah Persekutuan, Hakim Tan Sri Abdull Hamid Embong, Tan Sri Suriyadi Halim Omar dan Datuk Ramly Ali.

Dengan keputusan ini, Anwar, 67, boleh hilang kelayakan sebagai Anggota Parlimen (MP) Permatang Pauh mengikut Perkara 48(1)(e) Perlembagaan Persekutuan, yang menyatakan bahawa seorang anggota Parlimen akan hilang kelayakan jika dia dihukum penjara lebih daripada satu tahun, atau didenda lebih daripada RM2,000.

Anwar diwakili sepasukan 15 orang peguam yang diketuai Datuk Seri Gopal Sri Ram, yang juga bekas hakim Mahkamah Persekutuan.

Empat belas peguam yang lain ialah Ramkarpal Singh Deo, Gobind Singh Deo, Sangeet Kaur Deo, N.Surendran, R. Sivarasa, J.Leela, Latheefa Koya, Lim Khim Choon, Eric Paulsen, Michelle Yesudas, Shahid Adli Kamaruddin, Zaleha Al-Hayat, Jeremy Vinesh Anthony dan Mohamed Aliff Bolkin.

Peguam kanan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah mengetuai pasukan pendakwaan dalam rayuan itu.

Beliau dibantu Timbalan Pendakwa Raya Datuk Mohamad Hanafiah Zakaria.

Pada 7 Nov tahun lepas, Arifin menangguhkan keputusan itu selepas mendengar hujahan kedua-dua pihak.

Mahkamah telah memutuskan bahawa sampel mungkin terjejas sebelum ia tiba di Jabatan Kimia untuk dianalisis.

Bagaimanapun, pada 7 Mac tahun lepas, Mahkamah Rayuan membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi dan mendapati Anwar bersalah meliwat Mohd Saiful, dan menjatuhkan hukuman penjara lima tahun.

Mahkamah Rayuan memutuskan bahawa hakim perbicaraan telah terkhilaf dalam memutuskan tentang sampel DNA.

Ini merupakan kes liwat kedua terhadap Anwar.

Dalam kes pertama, dia didapati bersalah meliwat pemandu keluarganya, Azizan Abu Bakar, di Tivoli Villa, Kuala Lumpur pada tahun 1994, dan dijatuhi hukuman penjara sembilan tahun oleh Mahkamah Tinggi pada 8 Ogos 2000.

Mahkamah mengarahkan beliau menjalani hukuman itu selepas selesai hukuman penjara enam tahun kerana rasuah, setelah didapati bersalah atas empat tuduhan rasuah pada 4 April, 1999.

Namun selepas menghabiskan hampir enam tahun di penjara kerana rasuah, beliau dibebaskan pada 2 Sept, 2004, selepas Mahkamah Persekutuan yang diketuai Hakim Tun Abdul Hamid Mohamad, yang kemudian menjadi Ketua Hakim Negara, mengubah sabitan dan mengetepikan hukuman penjara ke atas beliau atas tuduhan liwat, dengan keputusan majoriti 2-1.

Abdul Hamid, yang menulis penghakiman majoriti, berkata hakim mendapati Anwar dan tertuduh bersama Sukma Darmawan Sasmitaat Madja "terlibat dalam kegiatan homoseksual" dan hakim-hakim lebih cenderung untuk mempercayai bahawa liwat yang didakwa itu memang berlaku.

-- BERNAMA

Personaliti Perbicaraan KES LIWAT II Anwar Ibrahim

PUTRAJAYA, 10 Feb (Bernama) — Mahkamah Persekutuan hari ini menyampaikan keputusan yang ditunggu-tunggu berhubung rayuan terakhir Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap sabitan dan hukuman penjara lima tahun kerana meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Berikut personaliti-personaliti penting dalam perbicaraan itu:

PANEL HAKIM LIMA ANGGOTA

1. Tun Arifin Zakaria
Ketua Hakim Negara, Mahkamah Persekutuan.
Dilantik sebagai Ketua Hakim Negara pada 12 Sept, 2011. Arifin mengikuti pengajian undang-undang di University of Sheffield di United Kingdom. Sebaik menamatkan pengajian beliau menyertai Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan Malaysia pada September 1974. Pada 1979 beliau melanjutkan pengajian Sarjana Undang-undang di University College, London dan Kursus Akhir Peguam di Council of Legal Education.

2. Tan Sri Md Raus Sharif
Presiden Mahkamah Rayuan.
Dilantik Presiden Mahkamah Rayuan pada 12 Sept, 2011. Md Raus menerima Sarjana Muda Undang-undang dari Universiti Malaya pada 1976 dan Sarjana Undang-undang dari London School of Economic pada 1987. Kerjaya beliau bermula dalam Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan pada 1 Julai 1976.

3. Tan Sri Abdull Hamid Embong
Hakim Mahkamah Persekutuan.
Beliau diterima menjadi Barrister-at-Law di Society of Lincoln’s Inn, London pada 1976 selepas menamatkan pelajaran sekolah menengah di Kolej Melayu Kuala Kangsar. Pada 14 Okt, 2009, Abdull Hamid dilantik sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan, Malaysia. Kerjaya beliau dalam Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan bermula pada 18 Okt, 1976 apabila beliau dilantik sebagai Pegawai Undang-undang sementara di Jabatan Peguam Negara.

4. Tan Sri Suriyadi Halim Omar
Hakim Mahkamah Persekutuan.
Beliau memperoleh Sarjana Muda Undang-undang di Warwick University dan Barrister at Law di Lincoln’s Inn, London. Beliau memulakan kerjaya dalam bidang Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan sebagai Pegawai Undang-Undang di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Pada tahun 2006, beliau dilantik sebagai Hakim Mahkamah Rayuan Malaysia.

5. Datuk Ramly Ali
Hakim Mahkamah Persekutuan
Berkelulusan Akademik LL.B (Hons) Universiti Malaya pada 1978. Pada 1978 hingga 1982, beliau berkhidmat sebagai Majistret di Perak. Pada 2001 hingga April 2009, Ramly berkhidmat sebagai Hakim Mahkamah Tinggi sebelum dilantik secara rasmi pada 15 April 2009 sebagai Hakim Mahkamah Rayuan Malaysia.

PASUKAN PEMBELA

1. Datuk Seri Gopal Sri Ram, menjadi Hakim Mahkamah Persekutuan dari 2009 hingga 16 Feb, 2010. Beliau mempunyai keistimewaan sebagai peguam pertama dalam kalangan peguam swasta dilantik terus ke Mahkamah Rayuan ketika ia ditubuhkan pada 1994, tanpa pernah berkhidmat sebagai pesuruhjaya kehakiman atau hakim Mahkamah Tinggi.

2. Gobind Singh Deo, seorang peguam terkenal Malaysia dan ahli politik dan juga Anggota Parlimen Puchong, Selangor. Beliau anak kedua kepada peguam dan ahli politik DAP mendiang Karpal Singh. Gobind diterim menjadi Peguam Malaysia pada 1996, setahun selepas pulang dari Lincoln’s Inn.

3. Ram Karpal Singh Deo, seorang ahli politik dan peguam Malaysia. Beliau anak kepada mendiang Karpal Singh dan adik Gobind Singh Deo. Beliau diterima menjadi peguam Malaysia pada 2000. Buat masa ini, beliau mengetuai firma guaman bapanya di Pudu Lama, Kuala Lumpur.

4. N. Surendran, 48, berkhidmat sebagai peguam selama 20 tahun sejak 1994. Beliau juga merupakan Anggota Parlimen Padang Serai, Kedah dari Parti Keadilan Rakyat (PKR).

5. R. Sivarasa, merupakan seorang peguam dan juga anggota Parlimen Subang, Selangor dari PKR yang kerap kali mewakili Anwar dalam kes saman sivil. Beliau merupakan pengasas bersama Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) dan juga aktivis Hak Asasi Manusia.

6. Sangeet Deo Kaur
7. J Leela
8. Latheefa Koya
9. Lim Choon Kim
10. Eric Paulsen.
11. Michelle Yesudas.
12. Sahid Adli Kamaruddin
13. Zaleha Al-Hayat
14. Jeremy Vinesh Anthony
15. Mohamed Aliff Bolkin

PASUKAN PENDAKWA

1. Tan Sri Muhammad Shafee Muhamad Abdullah merupakan seorang peguam terkemuka di Malaysia. Beliau berkelulusan undang-undang dari Universiti Malaya pada tahun 1977. Shafee juga pernah menyambung pelajaran di London School Of Economics dan memperoleh ijazah Sarjana Undang-undang pada tahun 1984. Pada Julai 2013, beliau dilantik oleh Peguam Negara sebagai Pendakwa untuk mengetuai pasukan pendakwa dalam rayuan terhadap pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada pertuduhan liwat.

2. Datuk Mohamad Hanafiah Zakaria, memperoleh Sarjana Muda Undang-undang (LLB) dari Universiti Malaya dan adalah Timbalan Ketua Bahagian Pendakwaan (Operasi) Bahagian Pendakwaan Jabatan Peguam Negara. Beliau memulakan perkhidmatan sebagai majistret pada 1985 dan mempunyai pengalaman lebih 20 tahun sebagai Timbalan Pendakwa Raya.

— BERNAMA

FINALE LIWAT II

Update dari http://www.bharian.com.my

Selasa, 10 Februari 2015 @ 7:29 AM 

PUTRJAYA: Peguam Muhd Saiful Bukhari Azlan, Zamri Idrus tiba di perkarangan Istana Kehakiman kira-kira jam 6.30 pagi. Beliau kelihatan tenang, selain sempat menunaikan solat subuh di surau bangunan Istana Kehakiman, di sini, sebentar tadi.

Dianggarkan hampir 100 orang terdiri daripada pihak polis, media dan penyokong Anwar sudah berada di perkarangan Istana Kehakiman, Putrajaya pagi ini. - Foto NSTP

Selasa, 10 Februari 2015 - 7:36AM
PUTRAJAYA: Hampir 100 orang terdiri daripada anggota polis, media dan penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah berada di perkarangan Istana Kehakiman, Putrajaya pagi ini bagi mengikuti keputusan rayuan kes liwat ketua pembangkang itu.

Selasa, 10 Februari 2015 @ 8:05 AM  

PUTRAJAYA: Kira-kira 200 penyokong ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mula berhimpun di luar perkarangan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di sini untuk berarak menuju Istana kehakiman kira-kira jam 8.30 pagi nanti. Mereka mula berkumpul di masjid berkenaan seawal jam 6 pagi tadi.

Selasa, 10 Februari 2015 @ 8:20 AM 
 
PUTRAJAYA: Dianggarkan lebih 400 penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah berhimpun di sekitar pekarangan Istana Kehakiman di sini, bagi menanti keputusan rayuan sabitan kes liwat ketua pembangkang itu oleh Mahkamah Persekutuan, pagi ini.
 
Selasa, 10 Februari 2015 @ 8:28 AM

        

PUTRAJAYA: Peguam pemerhati yang mewakili Muhd Saiful Bukhari Azlan, Zamri Idrus mengesahkan anak guamnya, tidak akan menghadiri prosiding pagi ini.Hari ini Mahkamah Persekutuan akan membuat keputusan menentukan nasib Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kes Liwat II.
 
Selasa, 10 Februari 2015 @ 9:12 AM
KETUA pembangkang, Datuk Seri Anwar tiba dengan memasuki laluan belakang Istana Kehakiman, Putrajaya jam 9 pagi ini. - Foto NSTP
 
PUTRAJAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Istana Kehakiman sebentar tadi untuk mendengar keputusan Mahkamah Persekutuan berhubung rayuan akhir beliau untuk mengenepikan hukuman penjara lima tahun yang dikenakan terhadap beliau kerana meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan. 

Anwar, 67, yang juga Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu tiba jam 9 pagi diiringi ahli keluarganya termasuk isteri yang juga Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan anaknya, Nurul Izzah Anwar.

Anwar bagaimanapun tidak meluangkan masanya untuk berada di pekarangan Istana Kehakiman bertemu penyokongnya yang sudah mula berhimpun seawal jam 7 pagi lagi.

Turut hadir, beberapa pemimpin Pakatan Rakyat iaitu Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali; Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli serta Tian Chua dan Ketua Angkatan Muda Keadilan, Nik Nazmi Nik Ahmad.Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng serta Ketua Penerangan PAS, Datuk Mahfuz Omar, turut sama. 

Terdahulu, Peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang bertindak sebagai pendakwa raya, tiba di Istana Kehakiman dan memasuki kamar perbicaraan jam 8.56 pagi tadi.

KETUA pembangkang, Datuk Seri Anwar tiba dengan memasuki laluan belakang Istana Kehakiman, Putrajaya jam 9 pagi ini. - Foto NSTP


 
 
Selasa, 10 Februari 2015 @ 9:32 AM
Ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Istana Kehakiman, Putrajaya sebentar tadi untuk mendengar keputusan Mahkamah Persekutuan berhubung rayuan akhir beliau untuk mengenepikan hukuman penjara lima tahun yang dikenakan terhadap beliau kerana meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan. - Foto Effendy Rashid
PUTRAJAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau hanya mampu bertawakal dan berdoa menanti keputusan Mahkamah Persekutuan berhubung rayuan akhir beliau untuk mengenepikan hukuman penjara lima tahun yang dikenakan terhadap beliau kerana meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

"Saya hanya bertawakal dan berdoa. Saya sudah melaluinya banyak kali," katanya ketika berbual dengan wartawan sejurus tiba di dalam kamar perbicaraan di Istana Kehakiman.

Anwar, 67, yang juga Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu tiba jam 9 pagi diiringi ahli keluarganya termasuk isteri yang juga Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan anaknya, Nurul Izzah Anwar.

Ditanya mengenai khabar beliau, Ketua Pembangkang itu sekadar berkata:
"Que sera sera (Apa yang akan terjadi, akan terjadi). Perasaan saya sama macam anda semua, hanya menunggu."

Selasa, 10 Februari 2015 @ 10:20 AM
 
PUTRAJAYA: Panel lima hakim Mahkamah Persekutuan yang mendengar rayuan akhir Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengenepikan hukuman penjara lima tahun yang dikenakan Mahkamah Rayuan terhadap beliau kerana meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, mula bersidang jam 10 pagi tadi.

Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria yang mengetuai panel itu mula membacakan penghakiman.

Anggota lain panel itu ialah Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Md Raus Shariff serta hakim-hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Abdull Hamid Embong, Tan Sri Suriyadi Halim Omar dan Datuk Ramly Ali.

 
 

The Day : Justice For Saiful Bukhari


 

Dianggarkan lebih 400 penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah berhimpun di sekitar pekarangan Istana Kehakiman di sini, bagi menanti keputusan rayuan sabitan kes liwat ketua pembangkang itu oleh Mahkamah Persekutuan, pagi ini.
 
Seawal jam 6.30 pagi lagi, penyokong Anwar yang juga Ketua Umum PKR itu sudah berkumpul di beberapa lokasi termasuk Masjid Sultan Mizan Zainal Abidin.

Bagaimanapun belum kelihatan penyokong Mohd Saiful Bukhari Azlan berhimpun di sekitar pekarangan kawasan terbabit bagi menyatakan soladariti kepada Saiful.

Bagi memastikan keselamatan di sekitar pekarangan mahkamah berkenaan, kira-kira 500 anggota polis termasuk Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) ditugaskan mengawal keadaan.

Ehem.. nanti jangan lupa ambik elaun yea...

 

Sempat lagi tuh selit ayat ' DSAI yang difitnah oleh UMNO'.. tapi FAKTANYA begini :




 
 
 
 
 
 
 

Berhimpun tuh elok2 yea.. jangan nak buat onar

 


8 Feb 2015

Peraturan Islam Di MRSM Membimbangkan? Jangan Percaya, DAP BOHONG


Apakah tujuan kenyataan Pengerusi DAP Serian, Edward Andrew Luwak bahawa peraturan Islam di MRSM membimbangkan? Pelajar dari kalangan penganut Kristian dikatakan dilarang menyimpan Bible dan Salib dan ianya telah menimbulkan kebimbangan di kalangan ibu bapa. Di dalam Perlembagaan Negara jelas tidak melarang rakyat untuk mengamalkan ajaran dan kepercayaan masing-masing.  
 
Ia satu gerakan subversif halus untuk merosakkan hubungan dan perpaduan antara kaum dan penganut agama. Bangsa Melayu telah dipecahkan melalui politik kepartian manakala kini hubungan antara Melayu dan Bumiputera pula hendak dipecahkan melalui isu-isu agama. Nampaknya DAP sangat konsisten dalam usaha untuk merubah struktur kenegaraan Malaysia dan ingin mengukuhkan kuasa mereka dalam politik. Melayu dan Bumiputera, Hati-Hati Dengan DAP!! 

2 Gambar di bawah dan petikan kenyataan Pengetua MRSM Betong membuktikan dakwaan DAP adalah TIDAK BENAR dan BERNIAT JAHAT!





Pengetua Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Betong, Zabidin Bedut berkata, beliau kecewa dengan ketidaksahihan maklumat yang menjadi perbualan hangat masyarakat, sedikit sebanyak menjejaskan nama baik MRSM Betong di kalangan ibu bapa.

Katanya, antara isu dimainkan ialah pihaknya dikatakan melarang pelajar membawa Alkitab ke sekolah berasrama penuh, pelajar lelaki terpaksa memakai songkok dan pelajar dipujuk masuk Islam.

“Saya hari ini berhadapan dengan ibu bapa pelajar menafikan sekeras-kerasnya hal itu dan menyangkal tuduhan-tuduhan disiarkan melalui akhbar tentang MRSM Betong,” katanya pada Majlis Anugerah dan Graduasi Kelima MRSM Betong di Dewan Gemilang, di sini.

Kenapa Sibuk Sangat Mahukan Pilihanraya PBT?

Nak kata mereka ni bijak ke arah kebaikan jauh sekali...nak kata mereka ni bangang mungkin tepat. Kononnya pilihanraya Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) ini suburkan amalan demokrasi.

Demokrasi apa kejadahnya jika ia merupakan satu taktik untuk mendapatkan kuasa autonomi seterusnya memisahkan diri dari pentadbiran kerajaan Persekutuan di masa akan datang?

Mungkin ia adalah maksud tersirat sepertimana tersiratnya gerakan Sabah Sarawak Keluar Malaysia (SSKM) juga dipelopori oleh para penganut DAP.
Jika selama ini 148 PBT menerima peruntukan kira-kira RM250 juta - RM300 juta setahun dari kerajaan Pusat. Namun jika pilihanraya PBT ini dijalankan bermakna peruntukkan itu tidak diperlukan lagi kerana PBT boleh mencari sumber kewangan mereka sendiri.

Persoalan yang mungkin para pencacai melihat ia boleh menjimatkan wang negara namun adakah cukup sumber kewangan PBT hanya melalui cukai taksiran, cukai pintu dan tanah yang dikutip setiap bulan atau tahun?
Sudah pasti tak cukup. Bila tak cukup Ahli-Ahli Majlis yang dipilih mempunyai kuasa untuk menaikkan kadar cukai tahunan mengikut status bandar masing-masing. 
 
Bila ini berlaku maka rakyat yang akan jadi mangsa kerakusan ahli-ahli Majlis.

Dengan kuasa autonomi pemerintahan dan autonomi kewangan sendiri di bandar-bandar maka ia juga akan mewujudkan ketidakselarasan dasar antara kerajaan negeri dengan PBT-PBT tersebut. 

Akan timbulnya konflik dalam pentadbiran kerajaan. Mungkin ini yang difikirkan oleh penganut-penganut DAP untuk memusnahkan sistem sedia ada ke arah mewujudkan sebuah sistem baru Republik Malaysia...Ubah segala-galanya. 

Kononnya pentadbiran di bawah orang-orang Melayu yang menjadi Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) serta pegawai-pegawai pentadbir negeri, D.O, Penghulu, Penggawa, Ketua Kampung hingga ke peringkat JKKK semuanya tak pandai mentadbir. 
Nampak sangat apa yang difikirkan oleh Tony Pua dan kuncu-kuncu DAP untuk membuang para penjawat awam Melayu sebenarnya tersirat dalam rancangan licik mereka mengadakan pilihanraya PBT itu.
Kini penganut-penganut DAP Pulau Pinang pun dah mula mencabar Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk menarik balik larangan mengharamkan Pasukan Peronda Sukarela (PPS) itu. 
Semuanya taktik dan strategi licik komunis-komunis bandar itu untuk mewujudkan sebuah pemerintahan autonomi yang menolak apa jua berkaitan kerajaan Pusat yang dikuasai BN. 

Alangkah baiknya dari menyibuk nak buat pilihanraya PBT, DAP dan PKR membetulkan sistem pemilihan parti masing-masing yang selalu kecoh, tidak telus, penuh penipuan serta rasuah itu.
Hakikatnya puak-puak DAP dan PKR sudah nampak banyak peluang buat duit yang akan masyuk ke dalam poket-poket mereka jika dapat menguasai sesebuah PBT. Tentu Betty Chew akan bertambah kaya nanti. Secara tak langsung bukan saja jawatan ADUN dan Ahli Parlimen mereka pegang tetapi hingga jawatan Ahli-Ahli Majlis akan dikawal mereka. Lepas tu boleh lantik anak bini pegang macam-macam jawatan dalam PBT.

Bukankah ia akan membentuk satu sistem pemerintahan dinasti yang dapat mengawal semuanya hinggakan nanti kerajaan Persekutuan terpaksa menyembah Ahli-Ahli Majlis yang banyak wang dan pengaruh untuk meminta mereka menjalankan sesuatu dasar?

Akhirnya kesibukan berpolitik di kalangan Ahli-Ahli Majlis PBT, memudahkan mereka melobi dan menguasai sesuatu projek, mengatur tender-tender untuk kroni dan menggalakkan lagi rasuah dan sogokan serta salah guna kuasa.

Mungkin bagi penganut-penganut DAP wang adalah segala-galanya selagi hidup mereka perlu mencari wang tak kira ia halal atau haram. Patut pun dahulunya UMNO dan BN larang pilihanraya PBT ini. Kini tahniah pula kepada PAS kerana telah menyedari strategi licik DAP tersebut.  

7 Feb 2015

Pengikut Minta Kepimpinan PAS Pecat Pensabotaj



Agak-agaknya, siapakah DALANG KOMPLOT JAHAT yang dimaksudkan oleh DPP Kuantan nie? 
         ......................................................................................

Dewan Pemuda PAS Kuantan, Pahang mendakwa terdapat komplot terancang didalangi beberapa pemimpin tertinggi parti itu bagi menjatuhkan Datuk Seri Abdul Hadi Awang selaku Presiden PAS dan kepemimpinan ulama. 

Berikutan itu lebih 300 ahli Dewan Pemuda PAS Kuantan berkumpul di hadapan Pejabat Agung PAS Pusat di Jalan Raja Laut di sini pagi tadi bagi mendesak PAS memecat mereka yang terbabit dengan komplot itu. 

Ketua Dewan Pemuda PAS Kuantan, Fadhli Ibrahim, berkata pihaknya mempunyai banyak bukti kukuh termasuk akuan berkanun daripada individu terbabit dengan komplot menjatuhkan Abdul Hadi selaku Presiden PAS.

"Kebelakangan ini terdapat satu komplot jahat dilihat secara konsisten menyusun dan merancang strategi untuk menguasai PAS Pusat dan menjatuhkan Presiden serta kepemimpinan ulama melalui kerja-kerja khianat di luar batasan Islam.

"Mereka juga memfitnah pemimpin dilihat bersama Tuan Guru Presiden PAS seperti Setiausaha Agung dan ahli keluarga Presiden," katanya pada sidang media di sini.

Fadhli turut mendakwa kumpulan itu mensabotaj setiap keputusan dibuat Presiden dan Majlis Syura Ulama kerana tidak selari dengan kehendak pihak tertentu dalam pakatan pembangkang.

"Oleh itu DPP PAS Kuantan merasakan ahli parti perlu disedarkan mengenai kewujudan komplot jahat untuk menjatuhkan Presiden dan kepemimpinan ulama.

"Kami juga mendesak mereka yang terbabit dengan komplot jahat itu supaya meletak jawatan," katanya.