31 Jan 2012

ISU KEPALA BABI, GAN AKAN SETTLE

Perggghhh...TS salute kepada Kerajaan Pakatan Pembangkang di Selangor..khususnya MB Selangor.. Memang satu keputusan yang sangat bijak apabila ADUN Rawang, Gan Pei Nei dipertanggungjawabkan untuk menghadiri Mesyuarat AJK Masjid Nurul Iman, Batu 18 Rawang berikutan kes penemuan kepala babi di Masjid berkenaan. Agaknya dah tak ada pemimpin Muslim yang sesuai untuk menghadiri mesyuarat.. Pemimpin di kalangan PAS / PKR dan tak boleh pakai sangat ker untuk melaporkan segala perkara yang dibincangkan atau diputuskan dalam mesyuarat tersebut? Tak terasa ke pemimpim-pemimpin Muslim nie.. Ronnie Liu pulak tuh yang memberitahu bahawa Gan akan hadir mesyuarat tersebut.. mungkin atas arahan Menteri Besar sendiri yang pegang portfolio Agama..



Jangan kata, TS nak putarbelit pulak yea..sila lihat Blog Gan sendiri http://ganpeinei.wordpress.com/2012/01/31/pig-head-found-at-mosque-in-rawang/#more-1962

TS : psstttt.. dah mula kot.. hal-hal berkaitan Agama Islam.. 'Orang Lain' masuk campur..

16 Jan 2012

Hasan Ali ~ Roadshow seluruh Negara, Takkan Masuk UMNO

Sekarang nie memang sedang panas dengan cerita Datuk Dr. Hasan Ali yang kena pecat dari PAS.. kesian kan..tanpa diberi peluang untuk membela diri, terus dijatuhkan hukuman..Puak2 ni dok kutuk UMNO macam-macam, tapi 'seburuk-buruk' UMNO pun..ahli dan pemimpin UMNO diberikan peluang untuk membela diri, diberikan surat.. takder la main cantas jer.. Datuk Dr Hasan Ali ni juga bukan sekadar kena buang dari PAS tetapi TS Khalid Ibrahim yang telah mengadap Sultan Selangor mengatakan bahawa beliau juga akan dilucutkan jawatan EXCO Kerajaan Negeri Selangor.Agak-agaknya lah kan.. sapa yang paling sesuai menggantikan beliau?




Jika sebelum ini, Anwar Ibrahim sibuk buat roadshow sana sini menjelang keputusan perbicaraan kes liwatnya pada 09 Jan.. Maka kali ini, Datuk Dr. Hasan Ali juga akan memuat roadshow bagi tujuan memberikan penerangan kepada orang ramai mengenai pemecatan beliau dari PAS ke seluruh pelusuk Negara. WOW!! Adakah roadshow ini akan mendapat sambutan yang Luar Biasa berbanding Luar Biasanya Anwar Ibrahim??? Siapa yang akan menjadi audiens roadshow ini??Ahli-ahli UMNO??Ahli-ahli PAS?? Bekas-bekas Ahli PAS??Seluruh ahli parti Pembangkng??kita tengok jer la nanti..pasti ramai yang nak tahu siapakah parasit-parasit yang ada di dalam PAS yang menjahanamkan halatuju perjuangan PAS..dan yang paling HOT adalah beliau akan mendedahkan peranan PKR dan DAP di dalam PAS. Beliau juga secara TERANG-TERANGAN menyatakan bahawa beliau mengenali dan mengetahui tentang Anwar dan TIDAK PERNAH MENYOKONG Anwar.

Dan..setelah beliau disingkirkan dari PAS..maka tertanya-tanyalah pelbagai pihak..kemanakah hala tuju beliau selepas ini..Beliau dengan jelas menyatakan bahawa beliau TIDAK AKAN MASUK UMNO.

9 Jan 2012

ANWAR TIDAK BERSALAH


09012012 merupakan tarikh untuk mengetahui keputusan pendakwaan kes liwat Dato' Seri Anwar Ibrahim.. Lebih kurang 4000 orang penyokong Anwar berkumpul di hadapan mahkamah untuk memberikan sokongan kepada pemimpin mereka.


Dan Hakim telah memutuskan bahawa beliau tidak bersalah. Sebagai rakyat Malaysia yang menghormati undang-undang negara ini, semua pihak harus akur dengan keputusan tersebut. Itulah keadilan kepada Saiful Buhari dan Anwar Ibrahim setelah sekian lama kes ini tertanggung.

Pihak pendakwa didapati gagal mengemukakan bukti-bukti kukuh bahawa Anwar Ibrahim terlibat dengan kes tersebut..dan apa yang kita perolehi di sini adalah DNA SAHAJA TIDAK CUKUP UNTUK MEMBUKTIKAN KES LIWAT!!

Dan hikmah di sebalik keputusan ini adalah tidak berlaku kekecohan dan huru hara oleh pihak pembangkang..

P/S : Ada hikmah di sebaliknya..Hukum Dunia.. BN dan UMNO teruskan berkhidmat untuk rakyat..
Tersenyumlah Anwar dan Penyokongnya...

3 Jan 2012

Pembangkang Berdegil..Tetap Nak Berhimpun Pada 09/01/2012

TS dah agak dah.. puak2 pembangkang ni memang degil2 belaka.. takde nyer puak2 tuh nak dengar peringatan daripada pihak berkuasa Polis dan nak ambik berat tentang kepentingan rakyat keseluruhan.. Apa yang penting bagi mereka adalah memperjuangkan pemimpin agung mereka dalam Kempen Selamatkan DSAI..Inilah hala tuju sebenar perjuangan PKR khususnya.


Azmin Ali, Timbalan Presiden PKR dalam sidang media di Ibu Pejabat PKR telah mengumumkan bahawa mereka akan tetap meneruskan perhimpunan tersebut. Menurut beliau, seramai 100 ribu orang penyokong PKR,DAP dan PAS akan berhimpun di mahkamah untuk memberi sokongan kepada pemimpin agung mereka pada 09 Januari 2011.Azmin juga dengan confidentnya menyatakan bahawa PKR akan menentukan tindakan selanjutnya yang akan dilakukan sekiranya Anwar didapati bersalah.

Agak-agaknya apa tindakan yang akan pihak pembangkang lakukan sekiranya Anwar didapati bersalah dalam pertuduhan berkenaan dan dikenakan hukuman? Adakah mereka akan mencipta suasana tegang dengan menghasut rakyat dan mengadakan rusuhan seperti dahulu? Adakah kita rakyat Malaysia yang cintakan keamanan, kesejahteraan dan semangat perpaduan sanggup dan merelakan perkara seperti ini berlaku? Apakah kita harus memikirkan kepentingan seorang individu daripada memikirkan Sesuatu yang lebih luas?

Apabila berlakunya rusuhan, maka anggota keselamatan seperti Polis terpaksa bertugas bertungkus lumus untuk mengatasi dan meredakan ketegangan tersebut.Sekiranya perusuh enggan maka anggota keselamatan terpaksa mengambil tindakan seperti menggunakan bom asap dan pancutan air. Pihak yang ingin meraih kepentingan akan menggambarkan kekejaman pihak Polis dan Kerajaan dan seterusnya menghasut dan menyemai perasaan benci terhadap anggota keselamatan dan Kerajaan. Inilah yang kita lihat setiap kali kejadian perhimpunan haram, rusuhan, demonstrasi berlaku.

Suka pula sekiranya TS lontarkan persoalan ini pula. Bagaimana sekiranya Anwar Ibrahim didapati tidak bersalah dalam pertuduhan berkenaan?Peguamnya sendiri mengeluarkan kenyataan bahawa perlakuan tersebut adalah suka sama suka. Maka, secara tak langsung beliau sendiri mengakui bahawa 'pemimpin agung' itu memang melakukan perkara tersebut. Oleh itu, sanggupkah kita mengangkat 'pemimpin agung' tersebut sebagai Perdana Menteri kita sebagaimana yang dinyatakan oleh Azmin Ali bahawa Anwar adalah Perdana Menteri Malaysia yang Ke-7? Seorang Perdana Menteri yang mempunyai masalah moral?

2 Jan 2012

Kepala Babi Di Masjid, Suatu Provokasi??

Rakyat Johor yang beragama Islam sudah pasti berasa marah, terluka dan kecewa dengan insiden tergempar tentang penemuan 9 kepala babi yang ditemui di Masjid Al-Falah, Taman Desa Jaya.Kepala babi berkenaan ditemui pada 2 waktu yang berbeza.4 kepala babi ditemui pada jam 5 petang dan 5 lagi ditemui kira-kira jam 5 pagi.Persoalannya,SIAPAKAH YANG MELAKUKAN PERBUATAN TERSEBUT DAN APAKAH MOTIFNYA??


Kejadian seperti ini bukan pertama kali berlaku di negara kita.Rata-rata mengutuk perbuatan tersebut yang dilihat sebagai satu cara untuk membangkitkan kemarahan Umat Islam yang majoritinya bangsa Melayu. Sekiranya, kemarahan ini tidak dikawal maka akan timbul perasaan tidak puas hati dan berlakunya ketegangan dan perbalahan antara kaum dan agama. Seterusnya, tercetuslah huru-hara di negara yang kita cintai ini.TS melihat pihak yang melakukan perbuatan kurang ajar dan biadap ini memang sengaja bertujuan untuk menyinggung perasaan Umat Islam dan menyentuh sensitiviti agama.

Ingin TS lontarkan persoalan ini kepada pihak yang berkelakuan biadap ini. Cuba Anda fikirkan, apakah perasaan dan tindakan anda seandainya terdapat pihak yang mencemar, menghina, memperlekeh tempat ibadah yang anda hormati sebagai satu tempat suci? Sekiranya anda rasa terhina, tercabar,marah,tidak berpuas hati dan yang sewaktu dengannya..begitulah juga yang kami rasa bila mendengar, melihat perbuatan anda.

Hentikanlah perbuatan provokasi yang menyentuh sensitiviti agama dan menyinggung perasaan orang Islam kerana kami hormati anda sebagai bangsa dan menganut agama yang berbeza dari kami. Seandainya yang melakukan perkara ini segama dan sebangsa kami hanya kerana kepentingan politik atau kepentingan-kepentingan yang lain, kami menyelar dan mengutuk tindakan anda.

TS menyeru kepada seluruh rakyat Johor khususnya dan kepada seluruh rakyat Malaysia yang beragama Islam agar bertenang dan jangan mengikut emosi dan nafsu amarah. Berilah peluang kepada pihak Polis untuk menjalankan siasatan dan seharusnya Kementerian Dalam Negeri mengambil tindakan tegas agar kejadian penghinaan ke atas agama Islam tidak terus berlaku berulang kali.