14 Dec 2011

BR1M .. Ada Pihak Buat Kecoh!

Nampaknya terdapat pihak yang semakin terdesak kerana Kerajaan Barisan Nasional telah melaksanakan pelbagai langkah untuk membantu rakyat yang terpaksa berdepan dengan tekanan kos sara hidup dan peningkatan harga barang. Kerajaan telah melaksanakan Program Klinik 1Malaysia, Kedai Rakyat 1Malaysia, Pemberian wang sebanyak RM 100 kepada para pelajar, Pemberian baucer kepada Pelajar IPTA / IPTS, dan sekarang pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia. 

Terdapat pihak yang tidak bertanggungjawab telah memalsukan borang BR1M dengan mewujudkan ruangan maklumat akaun pemohon sedangkan pada borang asli tidak terdapat maklumat berkenaan. Berikut adalah borang sebenar yang dikeluarkan oleh Kerajaan yang boleh dimuat turun dari laman sesawang LHDN (klik di sini) Rakyat jangan tertipu sekiranya ada pihak yang cuba mengambil kesempatan untuk mengaut keuntungan kerana terdapat kes penjualan borang berkenaan kepada orang ramai sedangkan borang tersebut diberikan secara percuma. 

Syarat Asas Permohonan adalah pemohon mestilah warganegara Malaysia dan pendapatan kasar isi rumah adalah kurang daripada RM 3,000 ke bawah. Dokumen Wajib yang perlu disertakan hanyalah Borang Pendaftaran BR1M yang telah lengkap diisi, Salinan MyKad/Kad Polis/Kad Tentera dan Salinan Gaji (jika berkaitan). 

Ketua Isi Rumah bermaksud Seorang lelaki / Perempuan yang menjadi ketua keluarga merangkumi individu yang :-

* Berkahwin ;
* Ibu / bapa tunggal yg mempunyai tanggungan;
* Bujang yang mempunyai tanggungan ;
* Warga emas sebatang kara

Setiap anak yang telah berkahwin dikira sebagai satu isi rumah yang berlainan (yang mempunyai pendapatan RM3,000 ke bawah) walaupun tinggal serumah dengan ibu bapa juga layak untuk memohon. 

Selain itu, ketua keluarga bujang / ibu dan bapa tunggal yang mempunyai tanggungan tinggal serumah serta warga emas sebatang kara yang berpendapatan RM 3,000 ke bawah juga layak untuk memohon.

p/s TS suka berpesan kepada mereka yang tidak berminat dan dok perlekeh BR1M nie, tak yah la sibuk2 nak mohon bantuan nie yea.. jangan cakap je berdegar2 dok belasah.. tapi kaum korang yang paling sibuk nak isi borang nie. Kerajaan tak paksa pun korang mohon kan....

10 Nov 2011

Tony Pua Kelentong Pasal KR1M

TS sakit hati betul dengan DAP nie. Tak habis-habis nak create isu, putar belit benda. Kali nie, Tony Pua, Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara pulak merapu tentang produk yang dijual di Kedai Rakyat 1Malaysia. Dia bimbang agaknya dengan kewujudakan KR1M yang ternyata banyak membantu rakyat untuk berdepan dengan masalah kenaikan kos hidup. Oleh itu dia putar belit untuk mempengaruhi pemikiran rakyat agar mewujudkan perasaan tidak puas hati dan menggugat keyakinan rakyat terhadap segala usaha Kerajaan Barisan Nasional membantu rakyat.

Berikut adalah penjelasan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan mengenai pembohongan Tony Pua.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan menafikan dakwaan Anggota Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua yang mendakwa harga produk 1Malaysia di kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) lebih mahal berbanding harga di pasar raya tempatan. 

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata dakwaan pembangkang itu merupakan sesuatu yang tidak berasas kerana mereka (pembangkang) tidak membandingkan harga produk KR1M dengan harga barangan produk berjenama sedia ada.

“Sebaliknya pihak pembangkang membandingkan harga produk KR1M dengan jenama persendirian dari pasar raya Carrefour Big Savers yang sememangnya berbeza sama sekali.

“Sebarang perbandingan harga mestilah dibuat mengikut kaedah ‘apple to apple’ atau pun barangan yang benar-benar sama sahaja baik dari segi berat, pembungkusan, dan yang paling utama adalah kualilti,” katanya.

Beliau mengulas kenyataan Tony Pua pada Rabu yang mendakwa tinjauan harga yang dibuat di KR1M dan pasar raya Carrefour menunjukkan perbezaan harga yang kecil malah ada sesetengah produk di Carrefour lebih murah berbanding di KR1M.

Ismail Sabri turut menegaskan sejak dari awal lagi kementeriannya telah menetapkan harga produk KR1M 30 hingga 50 peratus lebih murah berbanding harga produk berjenama bukannya produk persendirian mana-mana pasar raya yang ada. 

Beliau berkata pembangkang juga cuba mengelirukan pengguna dengan membandingkan produk KR1M dengan produk yang berlainan jenisnya, berbeza dari segi isi kandungan (berat dan isipadu), maklumat khasiat, serta promosi yang dilakukan.

“Saya ambil contoh yang paling mudah, durian Musang King perlulah dibandingkan dengan durian Musang King bukannya dengan durian kampung atau jenis durian lain yang ada.

“Di sini jelas menunjukkan bagaimana pembangkang cuba memutar-belitkan sesuatu perkara dengan membuat perbandingan palsu antara produk KR1M dengan produk yang tidak sepatutnya kerana sudah tentu harganya berbeza,” katanya.

Sementara itu, mengulas mengenai kenaikan harga beberapa barangan keperluan harian akibat banjir besar yang melanda Thailand, Ismail Sabri menegaskan pihak kementerian sentiasa membuat pemantauan bagi menjamin hak dan kepentingan pengguna.

“Setakat ini, kementerian perlu menunggu maklum balas mengenai harga import barangan seperti sayur, beberapa jenis ikan dan beberapa lagi barangan keperluan harian lain dari pihak Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani kerana urusan itu di bawah bidang kuasa mereka,” katanya.

3 Nov 2011

Ambiga, SUARAM dan Homoseksual

Biar apa pun alasan yang diberikan, ianya tidak menghalalkan perkara yang sememangnya dilarang oleh Agama untuk diamalkan. Oleh itu, sewajarnya usaha 'murni' yang kononnya memperjuangkan hak asasi manusia oleh Majlis Peguam dan Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) WAJIB dihalang. Jika suatu waktu yang lalu, Ambiga menganjurkan Perhimpunan BERSIH dan BERSIH 2.0 yang kononnya menuntut pilihanraya yang lebih adil dan bersih, kini beliau dan kuncu-kuncunya membela pula amalan Homoseksual di Negara ini.  Apakah kita sebagai rakyat Malaysia pelbagai bangsa dan agama rela membiarkan amalan songsang ini diamalkan dan diterima secara terbuka di Malaysia? Berapa ramaikah penyokong-penyokong dan pengamal Homoseksual sehingga Ambiga dan SUARAM merasa sangat perlu untuk menganjurkan Program Seksualiti Merdeka 2011? TS sangat pasti bahawa majoriti rakyat di negara ini menolak amalan songsang yang sangat menjijikkan ini.

Apakah pendirian parti pembangkang terhadap tindakan Ambiga yang suatu ketika pembangkang berada bersama-samanya. Adakah mereka sanggup berdiam diri dan hanya berpeluk tubuh melihat tindakan Ambiga yang ternyata bigau? TS tidak terperanjat apabila DSAI menyokong amalan LGBT (Lesbian, Gay, Bi-sexual dan Transexsual). Lihat komen beliau di bawah :- 


TS mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak Polis yang telah mengharamkan sebarang aktiviti dalam Program Seksualiti Merdeka 2011. TS turut mengharapkan agar tindakan tegas dikenakan kepada pihak penganjur dan peserta sekiranya mereka berdegil dengan larangan tersebut. Kegiatan ini wajib dibanteras. TS tidak rela Malaysia sebagai sebuah negara Islam membiarkan dan menghalalkan amalan LGBT. Sudah cukup lah pelbagai gejala dan penyakit sosial yang melanda negara ini yang belum lagi mampu untuk ditangani dan diatasi. 

17 Oct 2011

Apa Itu ANDROID?



Mungkin bagi yang tidak mahir tentang teknologi terbaru dunia peranti mudah alih beranggapan bahawa Android itu merupakan salah satu daripada telefon pintar yang dikeluarkan oleh sebuah syarikat pengeluar telefon pintar, setanding dengan iPhone dan Blackberry. 

Di Malaysia sahaja, masih tidak ramai pengguna yang menggunakan telefon pintar sebagai alat perhubungan dan berkomunikasi. Terbukti berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh Google dalam persidangan Think Mobile di Kuala Lumpur Julai lalu, menunjukkan hanya seramai sembilan peratus penduduk negara ini yang menggunakan telefon pintar daripada 11.3 juta penduduk. 

Oleh itu, masih tidak ramai yang mengetahui apa itu sistem operasi (OS) yang dipanggil Android. Android adalah sistem operasi yang dicipta untuk menjalankan atau mengerakkan perisian di dalam peranti mudah alih seperti telefon pintar dan tablet. 

Sehingga kini, Android mempunyai komuniti yang besar dalam pembangunan aplikasi dan kini terdapat kira-kira 250,000 aplikasi yang boleh didapati di dalam Android Market, sama ada percuma mahupun berbayar, menjadikan ia popular dalam kalangan pengguna peranti mudah alih. 

Antara peranti mudah alih yang menggunakan aplikasi Android ialah Sony Ericsson Xperia Play, Samsung Galaxy S II, Samsung Galaxy Tab 10.1, HTC Desire S HD, Motorola Xoom dan beberapa lagi tablet serta telefon pintar yang popular kini. 

Android bukanlah sistem operasi yang baru dicipta, namun ia sudah pun dibangunkan sejak lima tahun lalu yang bermula dengan Versi 1.0. 

Sejak dibangunkan pada 2007, Android sudah berkembang sehingga tujuh versi bermula dengan Android versi 1.0 yang digunakan oleh telefon pertama HTC Dream, Android versi 1.1, Android Cupcake 1.5, Android Donut 1.6, Android Froyo 2.2, Android Gingerbread 2.3, sehinggalah kepada Android terkini yang turut digunakan oleh tablet terbaru keluaran Samsung Galaxy Tab 10.1 dengan Android Honeycomb 3.1. 

Perkembangan Android telah diperluaskan untuk penambahbaikan perisian kepada sistem operasi yang lebih baik daripada aplikasi pencarian suara, pengiriman emel menerusi Gmail dan pemberitahuan emel pada 2009, kemudian ditambah baik dengan kemampuan merakam serta menonton video yang terus boleh dibuat naik ke dalam Youtube, manakala gambar ke dalam Picasa, animasi layar dan papan kekunci yang disesuaikan dengan sistem. 

Pada penghujung 2009, dalam versi Donut 1.6, Android dikemas kini dalam penampilan proses carian, penggunaan bateri lebih tahan lama dan galeri foto yang diintegrasikan serta resolusi VWGA sehinggalah kepada versi 3.0 yang mana telah dikemas kini dengan sokongan Flash 10.1, kemampuan WiFi Hotspot, rakaman video definisi tinggi (HD), Android Market, permainan video 3D dan kemampuan menyokong teknologi Near field Communication (NFC). 



Pengguna bebas memilih perantiKelebihan Android berbanding sistem operasi yang sedia ada ialah kerana ia lebih bersifat pelbagai tugas yang mampu menjalankan banyak aplikasi dalam satu masa. Selain itu, adanya kemudahan pemberitahuan membolehkan semua emel, mesej dan juga RSS yang masuk boleh diketahui pada skrin utama. Pengguna Android juga berpeluang menikmati akses mudah terhadap ribuan aplikasi Android menerusi Android Market seperti muat turun aplikasi mahupun permainan video daripada Angry Birds sehinggalah kepada Angry Birds Rio secara percuma mahupun berbayar. Bukan itu sahaja, Android turut dilengkapi dengan widget yang pelbagai untuk diorientasikan pada skrin utama telefon atau tablet, contohnya widget cuaca, jam loceng dan sebagainya mengikut kehendak pengguna. Memandangkan sistem operasi Android ini amat luas, pengguna berpeluang membuat banyak pilihan mengikut kehendak dan keperluan untuk membeli telefon pintar mahupun tablet berdasarkan jenama yang disukai dan harga yang memenuhi bajet serta kecanggihan peranti tersebut. Di sebalik kecanggihannya, pasti ada kelemahan. Sistem Operasi Android ini memerlukan sambungan secara terus pada penetapan WiFi sekiranya ingin mengakses pada internet secara terus menerus. Juga, banyak iklan yang sedikit mengganggu ketika menggunakan aplikasi tertentu.


Sumber ; http://www.sinarharian.com.my/SH/com/content/story9632864.asp

Pembangkang Gentar, KR1M Atasi Isu Kenaikan Harga Barang

Seronok betulnya rasanya bila TS tengok video nie. Seperti dalam posting sebelum ini, TS amat berharap agar Kedai Rakyat 1Malaysia berada di seluruh pelusuk pekan-pekan di setiap Parlimen. Sementelah, Kerajaan pun mengalu-alukan kepada mereka yang berminat untuk mengendalikan Kedai Rakyat 1Malaysia (klik sini).

Nampaknya, Gagasan 1Malaysia sekarang sibuk promosi Kempen Harga Barang Murah menerusi KR1M. Mati kutu la pembangkang, tak dapat nak racun rakyat. Sebelum ni sibuk jaja, BN = Barang Naik.

P/s HAPUSKAN MONOPOLI, KEKANG PENIAGA TAMAK, SELAMAT LAH RAKYAT.

13 Oct 2011

Kedai Rakyat 1Malaysia Penyelamat Rakyat

Kebanyakan rakyat sememangnya merasa sangat tertekan dengan peningkatan kos sara hidup dan kenaikan harga barang masa kini. Masing-masing mengharapkan agar Kerajaan mengambil langkah serius dalam membantu rakyat berhadapan dengan tekanan tersebut. Belanjawan 2012 yang telah diumumkan oleh YAB Perdana Menteri sekurang-kurangnya telah membuatkan rakyat menarik nafas lega kerana Kerajaan memahami dan merasai cabaran dan tekanan yang dihadapi oleh rakyatnya. 

Rakyat menyahut baik tindakan Kerajaan menerusi Belanjawan 2012 yang akan mewujudkan dan menambah bilangan Kedai Rakyat 1Malaysia yang akan menjual sebanyak 250 jenis produk berjenama 1Malaysia dengan harga 40% lebih rendah. Rakyat melihat ia sebagai satu kaedah penyelamat khususnya bagi golongan berpendapatan rendah dan sederhana untuk berhadapan dengan tekanan peningkatan kos sara hidup dan kenaikan harga barang. 


Pengwujudan lebih banyak Kedai Rakyat 1Malaysia akan melahirkan satu rangkaian perniagaan berbentuk Kedai Runcit Mini yang baru. Ianya juga akan dapat mengelakkan berlakunya monopoli daripada syarikat-syarikat multinasional yang kebiasaannya memberi tekanan dan sering menuntut untuk menaikkan harga produk masing-masing. Sehubungan itu, rakyat berharap agar Kerajaan dapat mewujudkan Kedai Rakyat 1Malaysia di setiap pekan, seluruh parlimen.  

p/s Siapa yang menjadi pengeluar, pembekal, pemborong, peniaga terbesar di Malaysia? Mereka lah yang mampu menentukan harga pasaran barangan. Mereka lah yang menekan pengguna. Semoga Kedai Rakyat 1Malaysia menjadi satu rangkaian perniagaan yang menjadi pusat tumpuan mendapatkan barangan keperluan harian rakyat. 

11 Oct 2011

Tak Perlu Buat Report Polis

Tan Sri Sidek Hassan, Ketua Setiausaha Negara (KSN) mengumumkan bahawa Orang Ramai tidak perlu lagi membuat LAPORAN POLIS untuk menggantikan kehilangan dan kerosakan Sijil Kelahiran, Pasport Malaysia, Sijil Kahwin, Sijil Akademik, Perakuan Pendaftaran Kenderaan dan Lesen Memandu serta Geran Tanah. 

Di dalam pekelilingnya menyatakan bahawa pemansuhan tersebut dilakukan kerana ia adalah amalan pentadbiran yang tidak terdapat dalam peruntukan di bawah mana-mana undang-undang.