8 Apr 2014

Tubuhkan Indeks Maqasid Syariah Antarabangsa Untuk Ukur Komitmen Negara Laksana Syariat Islam


KUALA LUMPUR, 8 April (Bernama) -- Datuk Seri Najib Tun Razak mahu Malaysia memainkan peranan ke arah penubuhan Indeks Maqasid Syariah Antarabangsa bagi mengukur komitmen sesebuah negara dalam melaksanakan syariat Islam.

Perdana Menteri berkata indeks itu boleh berperanan menangkis dakwaan pihak tertentu kononnya kesungguhan Malaysia melaksanakan dasar-dasar Islam tidak mengikut syariat Islam sebenarnya.

"Saya merasa begitu musykil kalau ada pihak masih menuduh kita sebagai tidak cukup Islam, ada juga yang mempertikaikan dasar-dasar kita tidak berlandaskan kepada Islam.

"Alangkah baik kalau ada Indeks Maqasid Syariah Antarabangsa, di mana para ulama peringkat antarabangsa boleh mengukur komitmen setiap negara terhadap pelaksanaan syariat Islam berdasarkan kepada matlamat Maqasid Syariah.

"...dan saya yakin kalau ini dilakukan indeks syariah Malaysia akan berada di tahap yang boleh kita banggakan," katanya ketika berucap merasmikan seminar antarabangsa 'Penghayatan Wasatiyyah Dalam Kerangka Maqasid Syariah' di sini hari ini.

Turut hadir Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad, Pengerusi Institut Wasatiyyah Malaysia (IWM) Tan Sri Dr Abdullah Md Zin dan Pengarah Besar Felda Datuk Faizoull Ghazali.


Najib berkata Malaysia yang ada pada hari ini dibina berdasarkan prinsip Wasatiyyah dengan ketinggian Islam tetap berada di tempat teristimewa malah diterima oleh semua golongan minoriti walaupun bilangan mereka besar.

Beliau berkata pendekatan Wasatiyyah yang telah diamalkan sejak awal akan terus dipertahankan berlandaskan lima prinsip Maqasid Syariah iaitu menjaga agama, nyawa, akal, maruah keturunan dan harta benda dan beliau yakin ia akan memastikan Malaysia terus berada di tahap yang boleh dijadikan ikutan oleh negara Islam lain.

"Mudah-mudahan seminar ini boleh memikirkan langkah ke hadapan bagaimana pengukuran berdasarkan komitmen lima prinsip Maqasid Syariah itu boleh dilakukan bagi membolehkan setiap pelaksanaan dapat diukur pencapaiannya," katanya.

Perdana Menteri berkata komitmen kerajaan melaksanakan Wasatiyyah juga berdepan pelbagai halangan, antaranya tuntutan daripada pelbagai pihak atas nama keterbukaan dan liberalisme.

Najib berkata negara menghadapi ancaman pihak tertentu yang kononnya atas nama keterbukaan, mereka boleh melakukan apa sahaja dan ia adalah satu hak asasi yang mesti diberikan secara total.

Beliau berkata kerajaan sama sekali tidak akan menerima kefahaman sedemikian kerana ia jelas bertentangan dengan syariat Islam yang semestinya perlu ditolak oleh semua.

"Oleh itu kalau ada pihak cuba mendefinisikan hak asasi dan mahu mengguna pakai untuk setiap negara, kita mesti ada pendirian tersendiri bahawa hak asasi mestilah berlandaskan kepada syariah Islam dan ini merupakan pendirian kita yang jelas," katanya.

Selain Malaysia, seminar dua hari anjuran IWM dengan kerjasama Felda itu menyaksikan 10 kertas kerja dalam pelbagai bidang akan dibentangkan melibatkan ilmuan dari Jordan, Kuwait, Arab Saudi dan Qatar.

-- BERNAMA

6 Apr 2014

Syabas PDRM.. Syed Saifullah Ditahan

Pemilik akaun media sosial Facebook yang didakwa menghina isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dengan memaparkan gambar cebisan daging mayat manusia yang berkecai dan terdapat wajah Datin Seri Rosmah Mansor telah ditahan polis untuk membantu siasatan.
  Sumber polis memberitahu, suspek yang berumur 25 tahun ditahan oleh sepasukan polis di kediaman suspek di Bandar Universiti, Seri Iskandar, Perak sekitar jam 12.10 pagi tadi.
Penahanan dibuat berdasarkan satu laporan polis yang dilakukan di Balai Polis Sentul berkenaan dengan penyebaran satu gambar cebisan daging mayat manusia yang dikatakan Datin Seri Rosmah Mansor.

Polis turut merampas beberapa barang milik suspek seperti telefon bimbit, komputer peribadi dan beberapa alatan yang lain yang disyaki digunakan dalam penyebaran gambar tersebut.


Suspek kini ditahan di Lokap Berpusat Jinjang dan kes diklasifikasi di bawah Seksyen 233 (1) CMA (Jenayah Siber) dan Seksyen 505 (B) Kanun Keseksaan.  


Pada Jumaat lalu, laman media sosial seperti Facebook dan Twitter telah dibanjiri dengan sebuah berita yang dimuatnaik dari sebuah akaun Facebook dari seorang lelaki 'Syed Saifullah' yang menyatakan bahawa "pesawat yang membawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor telah hilang dari radar dan dijumpai terhempas di Lautan Sumatera Selatan"


Bersama-sama kenyataan tersebut turut disertakan sekali gambar ngeri berupa cebisan daging mayat yang hancur berkecai dan dikatakan ianya milik Datin Seri Rosmah Mansor. 

Berikutan laporan polis terhadap pemilik akaun facebook yang menunjukkan gambar cebisan daging dan terdapat wajah datin seri rosmah mansor.

Pada 6 apr 2014 lebih kurang jam 0010 pihak Polis Ibu pejabat kontinjen perak dan Ibu Pejabat Kontinjen Perak Tengah, perak telah membuat serbuan dan tangkapan di alamat Bandar Universiti, Seri Iskandar, Perak.


Saspek ialah Syed Ahmad Saifullah bin Hashim yang beralamat di Seri Iskandar, Perak. Antara yang dirampas ialah :

1.sebuah h/phone jenama sony x peria
2.moniter komputer jenama acer warna hitam
3.cpu jenama power logic warna hitam
4.key board jenama power logic warna hitam
5.tetikus jenama power logic warna hitam
6. Broadband jenama p1 warna putih/hijau
7.thumb drive tp-link warna putih/hitam
8.broadnand jenama celcom
9.kamera komputer tanpa jenama warna ungu/jernih
10.set speker jenama vinnfier warna hitam
11.4 kabel komputer warna hitan
12.penyambung soket warna putih
13.multicard reader janama sbhc support warna            
     kuning/putih
14.thumb drive jenama kongston warna hitam
15.mesin cetak jenama canon warna hitam
16. Kabel internet warna putih,


Saspek ditangkap bersangkut sentul rpt  5181/14 diklasifikasi di bawah Seksyen 233 (1) CMA (Jenayah Siber) dan 505 (b) KK. Kes disiasat oleh ASP Hamka bin Mohammad.


                                        Photo: Kematian bukan alat permainan. Bagi yang mengubahsuai dan menyebarkan gambar ini, tolonglah hentikan segera kerana perbuatan anda tidak ubah seperti si kudung pergi berbelut 

                     

2 Apr 2014

KERAJAAN DAP PULAU PINANG NAIKKAN TARIF AIR? MACAM TAK PERCAYA... HAHA..

Kerajaan DAP Pulau Pinang hari ini bersetuju dengan cadangan untuk menaikkan kadar tarif air di Pulau Pinang.
Persetujuan itu diputuskan dalam Mesyuarat EXCO kerajaan negeri selepas mendapat permintaan Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) untuk berbuat demikian. 

Ketua Menteri, Lim Guan Eng, berkata ia adalah langkah terakhir bagi menangani masalah penggunaan air di negeri ini yang mencatatkan kadar tertinggi di Malaysia.

Beliau berkata, langkah pendidikan dan surcaj penjimatan air yang dikenakan sebagai hukuman ke atas pengguna sebelum ini gagal membendung sikap pembaziran air di negeri ini.

1 Apr 2014

Ketua Pembangkang Bertanding Jawatan Presiden ; Tipu Ahli Pkr, Tutup Peluang Azmin dan Permudah Gerakan Reformasi 2.0

 Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hanya menipu ahli-ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) apabila beliau menafikan niatnya bertanding jawatan Presiden adalah bagi menutup peluang Azmin Ali merebut jawatan itu.

Bekas Exco Angkatan Muda Keadilan (AMK), Zamil Ibrahim berkata, Anwar pernah melakukan tindakan serupa semasa pemilihan PKR pada 2007.

Menurut beliau, ketika itu, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail berdepan tentangan sengit mempertahankan jawatan Presiden daripada bekas timbalannya, Abdul Rahman Othman.

"Saya terlibat secara langsung sebagai pengurus kempen Abdul Rahman dalam pemilihan yang turut menyaksikan Anwar dicalonkan bagi jawatan nombor satu PKR tersebut.

"Walaupun Anwar menarik diri, Kongres PKR di Seremban pada 2007 telah menyaksikan beliau tiba-tiba memotong giliran perwakilan Perlis dan menggunakan masa hampir sejam berkempen untuk isterinya," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Dalam ceramah di Kompleks Pas Pokok Sena, Kedah malam tadi, Anwar menafikan beliau bertanding Presiden PKR semata-mata untuk menghalang Azmin yang juga Timbalan Presiden parti itu daripada menyertai pertandingan merebut jawatan tertinggi parti.

Zamil menambah, Abdul Rahman akhirnya menarik diri daripada pertandingan merebut jawatan Presiden PKR apabila melihat situasi berat sebelah yang lebih memihak kepada Wan Azizah.

"Amat jelas Anwar telah memijak demokrasi di dalam PKR dan bagi saya, perbuatan itu satu kerja yang sangat gila semata-mata memastikan PKR tetap dimiliki keluarganya," ujarnya.

Beliau memberitahu, Anwar kini mengulangi taktik serupa dalam pemilihan PKR tahun ini bagi menghalang Azmin mencabar Wan Azizah.

"Jika penyokong Azmin mengemukakan borang pencalonan jawatan Presiden, ahli-ahli PKR akan melihat beliau sebagai seorang pemimpin yang 'lawan tauke'.

"Ramai ahli PKR melihat Anwar sebagai 'maksum' dan mana-mana pemimpin parti yang tidak mengikut arahan beliau akan dilabel sebagai pengkhianat serta penderhaka," jelasnya.

Zamil juga hairan dengan sikap Azmin yang seolah-olah reda dengan perbuatan Anwar itu sehingga terpaksa mengorbankan impiannya untuk bergelar Presiden PKR.

Sehubungan itu, beliau meminta ahli-ahli PKR membuka mata dan berfikir secara tenang agar mereka dapat melihat betapa liciknya Anwar menipu mereka.

Keputusan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding sebagai presiden parti itu dalam pemilihan pucuk pimpinan kali ini juga dilihat sebagai satu strategi untuk memudahkan rancangan Reformasi II dilaksanakan.

Presiden Pertubuhan Muda dan Sosial Prihatin (PMSP), Ramesh Rao Krishna Naidu berkata, strategi itu sudah dapat dibaca dari awal lagi ekoran segala perancangan Anwar digagalkan oleh kerajaan.

Katanya Anwar kali ini dilihat sengaja menentang arus meskipun mengikut Seksyen 9A (1) (b) Akta Pertubuhan 1966, seseorang tidak boleh menjadi atau kekal memegang jawatan dalam pertubuhan yang berdaftar jika telah disabitkan atas apa-apa kesalahan dan didenda tidak kurang daripada RM2,000 atau hukuman penjara selama tempoh tidak kurang daripada satu tahun



Walau BN Kalah Di Kelantan, Janji Tetap Ditepati

Pelaksanaan projek lebuh raya Kota Bharu- Kuala Krai hari ini adalah bukti benarnya slogan “janji ditepati" oleh Kerajaan Persekutuan, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Pembinaan lebuh raya itu, katanya adalah antara tujuh janji diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk rakyat Kelantan dalam lawatannya ke negeri itu pada 20 Jan tahun lepas.

"Ini bukti jelas apa yang disebut oleh Perdana Menteri dalam lawatan ke Kelantan sebelum pilihan raya (umum ke-13) dulu kita laksanakan, walaupun ia dibuat secara berperingkat-peringkat, pastinya kita tidak akan buat setakat itu sahaja, kita akan buat hingga selesai lebuh raya ini," katanya kepada pemberita di sini.

Beliau sebelum itu merasmikan Majlis Pecah Tanah Projek Lebuh Raya Kota Bharu-Kuala Krai bagi pakej 1B: Pasir Hor ke Kadok di sini, hari ini.

Projek lebuh raya Kota Bharu-Kuala Krai sepanjang 73.5 km dengan anggaran kos RM1.8 bilion. Pakej 1B dari Pasir Hor ke Kadok di sini, sepanjang tujuh kilometer melibatkan kos RM168.5 juta, merupakan fasa pertama daripada tiga fasa pembinaan.

Pembinaan pakej 1B dijangka disiapkan dalam tempoh tiga tahun iaitu pada April 2017.-BERNAMA

Sejarah

Pembinaan Lebuhraya Kota Bharu–Kuala Krai mula dirancang seawal Rancangan Malaysia Kelima pada penghujung 1980s.[3] Lebuh raya tersebut dirancang untuk dibina sebagai alternatif kepada Laluan Persekutuan 8 yang sesak teruk di jajaran Kota Bharu-Kuala Krai, yang menjadi lebih parah setiap kali musim perayaan. Namun demikian, projek lebuh raya itu digugurkan, berikutan kekalahan kerajaan Barisan Nasional negeri Kelantan kepada gabungan PAS-Semangat 46 semasa Pilihan Raya Umum 1990. Projek tersebut kemudian dihidupkan semula oleh Perdana Menteri kelima, Tun Abdullah Ahmad Badawi sebagai salah satu projek di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan,[3] tetapi kemudiannya digugurkan terus setelah Datuk Seri Najib Razak menjadi Perdana Menteri keenam.[4] Akibatnya, kerajaan negeri Kelantan pimpinan PAS mengambil keputusan untuk membina sendiri lebuh raya itu.[3] Majlis pecah tanah pembinaan lebuh raya tersebut dirasmikan oleh Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat pada 28 Mei 2012.[1][2]

Pembinaan lebuh raya tersebut oleh kerajaan negeri Kelantan pimpinan PAS sering dikecam hebat oleh kerajaan persekutuan pimpinan Barisan Nasional, dengan mendakwa bahawa projek lebuh raya berkenaan hanyalah sekadar gimik politik oleh kerajaan negeri.[5] Tambahan pula, kerajaan persekutuan pimpinan Barisan Nasional turut mengkritik penggunaan kaedah wakaf bagi mendapatkan dana pembinaan lebuh raya. Sementara itu pula, kerajaan negeri pula mengkritik kerajaan persekutuan kerana tidak memberi kerjasama serta sering berdolak-dalih mengenai pembinaan lebuh raya tersebut, sekaligus mempertikaikan integriti kerajaan persekutuan.[4]

Pada 20 Januari 2012 semasa program Jelajah Janji Ditepati tajaan BN di Kota Bharu, Datuk Seri Najib Razak menyertakan projek lebuh raya tersebut sebagai salah satu daripada tujuh projek mega persekutuan yang dijanjikan kepada Kelantan sekiranya BN menawan kembali Kelantan daripada PAS semasa pilihan raya umum ke-13.[6] Walau bagaimanapun, janji tersebut dikecam hebat oleh kerajaan negeri sedia ada pimpinan PAS kerana janji tersebut merupakan manifesto bersyarat, di samping dakwaan menciplak rancangan kerajaan negeri sendiri. Datuk Husam Musa, pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kabajikan Kelantan, berkata bahawa kerajaan persekutuan sepatutnya sudah lama melaksanakan projek lebuh raya tersebut dan bukannya sekadar menabur janji, memandangkan projek tersebut sebenarnya sudah pun diluluskan semasa Rancangan Malaysia Kelima dan sekali lagi semasa Rancangan Malaysia Kesembilan.[7]

Sumber ; Utusan Malaysia
                  Wikipedia

Mengapa Nik Aziz Menangis?

SECARA relatifnya seseorang yang tinggi tahap keimanannya dia senantiasa merasakan dirinya berdosa dengan ALLAH.

Dia akan menginsafi akan kelemahan dirinya, maka dia terus beristighfar kepada ALLAH sebanyak mungkin agar ALLAH memaafi dosa-dosanya baik kecil atau besar, sedar atau tidak. Itulah tahap seorang bertaraf waliyullah.

Tok Guru menundukkan muka sambil menahan sebak semasa memberi tazkirah ringkas selepas Subuh Sabtu lalu.


              Mengapa Tok Guru Nik Aziz menangis?

Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat menangis sambil meminta rakyat Kelantan memaafkan segala kesalahannya semasa menjadi MB Kelantan selama 22 tahun.

Tangisan Tok Guru seperti juga kata-katanya mempunyai mantik paling dalam hanya jauhari memahami manikam maksud dan natijahnya.


Sekiranya kita semua gagal menghentikan sendu dan aliran air mata Tok Guru, khasnya penggantinya dan barisan pemimpin dalam kerajaan dan parti kini, maka semua orang berdosa apa lagi sekiranya tangisan Tok Guru itu disebabkan kelemahan kepimpinan kerajaan dan partinya.


Maka pemegang amanat hari ini adalah penanggungjawabnya kepada setiap titis air mata Tok Guru yang gugur ke lantai masjid.

Fahamilah tangisan Tok Guru dan jangan ianya dianggap sebagai air mata seorang insan yang sudah berada di hujung senja yang merindui kematian.

Hati Tok Guru tidak tersentuh sekiranya tiada apa-apa yang menyentuh hatinya.

Hentilah tangisan Tok Guru dengan semua pihak bermuhasabah diri masing-masing. Keriangan kepada Tok Guru ialah dengan berpadunya pimpinan Pas dan kerajaan di Kelantan akan utuh selama-lamanya.

Sumber ; Sinar Harian

SKMM Diminta Siasat dan Ambil Tindakan Tegas Terhadap RBA

Kerajaan diminta menyiasat secara terperinci aktiviti tentera siber propembangkang, Red Bean Army (RBA) yang didakwa sering memfitnah serta memburukkan pemimpin negara sehingga menimbulkan curiga mereka mungkin tali barut media asing.

Datuk Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) berkata, RBA dilihat begitu kebal dan gemar menghebahkan berita berunsur fitnah, namun tiada sebarang tindakan dilihat diambil oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) terhadap dalangnya. 

“Saya persoalkan kenapa SKMM tidak ambil tindakan, bukan susah untuk kenal pasti identiti mereka. Apa kerja SKMM sebenarnya? Jangan sampai gerakan siber ini mengeruhkan lagi keadaan dalam negara,” katanya.

SKMM perlu serius menangani perkara itu kerana ia bukan lagi satu permainan, sebaliknya RBA ada agenda tersendiri dalam usaha mencemarkan imej negara.  
Singapura, contohnya, mewujudkan sedikit kawalan terhadap internet, malah Amerika Syarikat yang kononnya mengamalkan kebebasan bersuara, turut mengekang sepenuhnya aktiviti yang boleh menjejaskan keharmonian dan keselamatan negara mereka.

Sementara itu, Datuk Shamsul Anuar Nasarah (BN-Lenggong) berkata kerajaan wajar mengkaji semula Akta Komunikasi dan Multimedia yang mungkin menyebabkan pihak berkuasa terikat sehingga undang-undang dilihat lebih penting daripada keselamatan negara.