19 Nov 2013

JOHOR : Penerima Pelaburan Industri Tertinggi Negara ( RM 8.8 Billion Hingga Ogos 2013)


TAHNIAH JOHOR.. MOGA TERUS MAJU DAN MAKMUR

    
Berikut adalah kenyataan YAB Menteri Besar Johor dalam akaun facebooknya https://www.facebook.com/MohamedKhaledNordin

Buat pertama kalinya nilai pelaburan Johor sehingga Ogos 2013 mencatatkan penerimaan pelaburan industri tertinggi negara iaitu RM8.8 bilion. Jumlah ini sebenarnya jauh meninggalkan jumlah pelaburan negeri seperti Sarawak, Selangor dan Pulau Pinang yang masing-masing mencatatkan sejumlah RM5.6 bilion, RM3.49 bilion dan RM1 bilion. Penunjuk ekonomi yang telah dikeluarkan oleh MIDA ini, jelas memaparkan bahawasanya pelaburan domestik dan luar mempunyai keyakinan tinggi terhadap keutuhan ekonomi negeri, malah mereka menaruh harapan yang besar untuk melihat penjanaan kekuatan ekonomi yang berterusan dan dipertingkatkan lagi.
Saya percaya semua ini terhasil kerana Johor bukan sahaja menawarkan pakej-pakej rangsangan pelaburan yang menarik malah lebih dari itu Johor telah mengenal pasti sumber kekuatannya baik dari segi kedudukan yang strategik di laluan perdagangan, kepelbagaian sumber ekonomi, tenaga manusia terlatih, prasarana lengkap dan keseimbangan pembangunan wilayah-wilayah Iskandar.

Kerajaan Negeri akan lebih selektif di dalam pemilihan pelaburan di Negeri Johor demi memastikan ianya bukan sahaja dapat menjamin malah turut meningkatkan kualiti peluang pekerjaan dan tahap pendapatan yang lebih baik kepada rakyat Negeri Johor.

4 perkara yang menjadi kriteria Kerajaan Negeri di dalam pemilihan aspek pelaburan ;

1. Pelaburan tersebut harus berupaya memberikan nilai tambah terhadap kepelbagaian ekonomi Johor. Kepelbagaian sumber ekonomi Negeri Johor adalah perlu bagi mengelakkan kebergantungan terhadap bidang tertentu bagi memastikan ekonomi negeri berdaya tahan apabila dilanda krisis di dalam sesuatu sektor.

2. Ia mesti menyumbang kepada peningkatan peluang pekerjaan yang bermutu dan dapat mempertingkatkan kemahiran pekerja tempatan.

3. Ia haruslah mesra alam sekitar dan mendukung konsep pembangunan lestari.

4. Penekanan akan diberikan kepada pelaburan berteraskan teknologi terkini, yang akhirnya diharap akan membantu syarikat-syarikat tempatan mendapat manfaat melalui pemindahan teknologi. Pelaburan-pelaburan tersebut mestilah mampu mempertingkat amalan terbaik dalam pasaran buruh seperti kadar upah dan hak pekerja yang sesuai dengan piawaian antarabangsa.

Kereta Lebih 12 Tahun Tidak Dilupus


PAS TERCICIR 60 TAHUN DI BELAKANG BN LAKSANA ISLAM



Isu pelaksanaan hukum syariah atau hudud nampaknya panas kembali pasca pilihan raya umum. Selama lebih 20 tahun PAS telah menjadikan isu hukum hudud sebagai modal politik pada setiap pilihan raya, sama ada umum atau kecil.

Sekitar awal 1990an Dewan Undangan Negeri Kelantan telah meluluskan enakmen rang undang-undang hukum hudud tetapi ia tidak dilaksanakan. Alasan yang diberi sehingga kini ialah kuasa peruntukan Perlembagaan Persekutuan dalam penggubalan undang-undang mengatasi kuasa negeri. Mana-mana undang-undang yang diluluskan di peringkat negeri terbatal dengan sendirinya jika ia bercanggah dengan kuasa kerajaan pusat.

Inilah yang dijadikan senjata ampuh PAS selama ini untuk menjustifikasikan kegagalannya melaksana serta menguatkuasakan enakmen rang undang-undang hudud. Sekali gus hujah PAS  menampakkan kerajaan pusat di bawah Barisan Nasional sebagai anti-Islam dan tidak punyai iltizam untuk menegakkan sebuah negara yang berlandaskan syariat. Hujah PAS ini sebenar hanya retorik dan penuh dengan pembohongan.

Matlamat UMNO sebagai tulang belakang Kerajaan Perikatan/BN yang berterusan memerintah Malaysia sebelum dan selepas Merdeka adalah mempertahankan kedudukan dan kesucian Islam dan hak-hak bangsa Melayu yang berkait rapat dengan agama Islam. Maka selama hampir 60 tahun kerajaan bukan sahaja telah mempertahankan Islam sebagai Agama Persekutuan sebagaimana termaktub di dalam Perlembagaan Negara, tetapi juga memastikan syiar dan ketinggian status Islam menjadi keutamaan agenda Kerajaan.

Pas menuduh Kerajaan BN mengamalkan sistem sekular bilamana mereka sendiri tidak faham apa pengertian sekularisme sebenarnya.

Di bawah pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad umpamanya,  pengupayaan Islam telah ditingkatkan lagi melalui pendekatan "Penerapan Nilai-nilai Islam" di dalam sistem pemerintahan negara. Sistem pendidikan baru digubal bagi memastikan mata pelajaran Islam dimantapkan disamping pengajaran sejarah Islam.  Bank Islam diwujudkan pada 1983 dan sehingga kini banyak lagi Bank-Bank Islam telah ditubuhkan manakala kebanyakan Bank-Bank Komersial juga telah membangunkan Perbankan Islam mereka sendiri.

Malah Malaysia berbangga dengan pengiktirafan dunia sebagai antara negara Islam pertama yang memperkenalkan sistem perbankan Islam yang berjalan seiringan dengan sistem perbankan konvensional. Kini bukan sahaja perbankan Islam di Malaysia menjadi jauh lebih maju tetapi ia telah menjadi destinasi rujukan bukan sahaja negara-negara Islam tetapi juga dunia Barat.
Begitulah hebatnya pentadbiran BN yang memperkenalkan keindahan dan keunikan sistem Islam itu sendiri daripada perlaksanaan hukum Jinayat.

UMNO berkali-kali menegaskan ia tidak menentang pelaksanaan hukum hudud di negara ini tetapi apa yang ditolak ialah hukum hudud acuan PAS. PAS hanya mementingkan rupa dan bentuk iaitu perundangan hukum hudud itu sendiri tetapi gagal memahami aspek manusiawi yang dianggap penting dalam usaha dakwah Islam. PAS gagal mengambil kira unsur kemajmukan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum dan agama. Sistem pentadbiran negara juga telah diterapkan dengan nilai-nilai kerja yang selari dengan ajaran Islam.

Ini hanyalah sekelumit daripada jasa dan sumbangan agung kerajaan BN terhadap Islam dan bangsa Melayu di negara ini. Ini tidak termasuk pembinaan ratusan sekolah-sekolah berasrama penuh, kolej serta universiti Islam. Hakikatnya Malaysia telah lama menjadi sebuah negara Islam yang bersikap terbuka dan praktikal bahawa negara ini bukan sahaja kepunyaan orang Melayu tetapi juga kaum-kaum lain.
 
Sistem pentadbiran Islam di Malaysia sudah diiktiraf dan disanjung oleh dunia Islam dan Barat kerana ia bersikap rasional dan mempunyai elemen Al Wassatiyyah atau kesedehanaan yang jauh berbeza dengan kefanatikan Pas.

Sandiwara Terbaru Pas, Desak Negeri Yang Dikuasai Pakatan Untuk Laksana Hudud



Nampaknya menjelang Muktamar Tahunan Pas ke-59 yang akan diadakan pada 21 dan 22 November ini, rakyat bakal disajikan dengan pelbagai drama dan sandiwara terbaru yang menggelikan hati.

Antara kenyataan Ketua Penerangan parti itu, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang mengatakan Pas akan mendesak negeri-negeri yang dikuasai oleh pakatan rakyat (Kelantan, Selangor dan Pulau Pinang) untuk melaksanakan hudud.

Bukanlah niat untuk memperlekehkan usaha parti itu, namun umum mengetahui rakan sekutu mereka DAP dan PKR tidak pernah bersetuju dengan pendirian parti itu yang sering mendakwa ingin memperjuangkan Islam.

Ini kerana DAP memang sejak dari dahulu lagi memang terkenal sikap cauvinisme / ultra kiasunya dan begitu tebal dengan semangat kecinaan mereka. Malah melalui analisa dan kajian yang dilakukan, DAP masih tetap dengan perjuanganaliran sosialis demokratnya, yang ditunjangi dengan fahaman sekular "sama rata sama rasa" dan ingin menghasilkan negara yang berorientasikan Konsep Malaysian Malaysia.

Itu belum lagi diambil kira kenyataan Pengerusi parti itu yang pernah mengatakan untuk meminta mana-mana pemimpin untuk melangkah mayatnya dahulu, sekiranya ingin menjadikan Malaysia sebagai negara Islam. Malah dia melalui kenyataan terbarunya turut mendesak agar Pas dibatalkan pendaftaran kerana disifatkan sebagai sebuah pertubuhan yang berbahaya.

Manakala bagi pihak PKR pula, melalui perjuangan ‘pemimpin anugerah tuhan’ yang ingin membangunkan sebuah negara liberal yang berasaskan pluralisme agama. Malah disebabkan faham pluralisme agamanya itu PKR turut sama memperjuangkan kalimah Allah agar boleh digunakan oleh gereja untuk menerbitkan naskah Bible versi Bahasa Melayu.

Paling menarik, apabila Anwar dengan segala tipu daya dan helahnya telah berjaya mempengaruhi Pas sehingga sanggup menggadaikan dan menggugurkan slogan negara Islam yang menjadi asas perjuangan sejak dahulu dengan menerima konsep negara kebajikan.

Perbezaan ideologi antara ketiga-tiga parti terbesar di dalam pakatan pembangkang ini sudah cukup membuktikan desakan yang cuba dilakukan oleh Pas itu hanyalah sekadar retorik dan sandiwara semata-mata. Ini kerana ramai yang melihat kenyataan Tuan Ibrahim itu hanyalah merupakan kenyataan politik yang bertujuan untuk meraih simpati para perwakilan yang bakal mengundi nanti.

Ini kerana, dengan mengambil kira pendekatan kempen Pas selama ini, sekiranya benar parti itu ikhlas ingin memperjuangkan Islam dan Hudud mereka tidak akan bersifat seperti ‘talam dua muka’.

Di depan pengundi Melayu mereka mencanangkan Islam, namun di depan pengundi Cina dan India mereka menggunakan konsep negara berkebajikan. Seolah-olah konsep Islam tidak layak untuk semua kaum. Jadi dimanakah konsep dakwah yang merupakan sebahagian dari Islam?

Sebenarnya isu Hudud ini sengaja dibangkitkan, kerana Tuan Ibrahim sedar parti itu mempunyai terlalu banyak isu yang dijangka akan berbangkit dalam muktamar Pas pada kali ini. Di samping isu pencapaian dalam PRU-13, isu tahalluf siasi, isu syiah, kalimah Allah, pengaruh liberal dalam Pas dan isu memorandum Comango yang tidak diberi perhatian oleh Pas mungkin antara perkara yang akan dibangkitkan.

Ia terkait langsung dengan asas perjuangan Pas untuk memartabatkan Islam. Isu kalimah Allah menyebabkan dalam kalangan kepimpinan utama Pas bercanggah pendirian. Sedangkan isu itu terhubung dengan persoalan akidah. Isu Syiah menyebabkan Pas tidak ambil pendirian yang jelas sedangkan fahaman Syiah bercanggah dengan fahaman Ahlu Sunnah wal jamaah.

Isu perjuangan Comango sangat jelas bercanggah dengan Islam. Isu Hak Asasi Manusia yang bercanggah dengan syariat tidak dibantah oleh Pas. 54 organisasi Comango sangat jelas anti-Islam dan anti Perlembagaan Malaysia. Mengapa Pas membisu? Lujnah Penyelidikan Pas yang diketuai oleh Dr. Zulkifli tidak membantu.

Isu parasit dalam Pas dan pengaruh Anwariyyun memang diketahui umum. Apakah dukungan Anwar terhadap pluralisme agama menyebabkan Datuk Mujahid tertarik dengan fahaman ini dan menyebabkan beliau menulis dalam sebuah buku yang amat liberal sifatnya.

Isu Pas dalam politik Malaysia bukan sekadar isu kerusi dan kuasa tetapi isu ideologi dan sinergi ulama dan professional. Ideologi Pas ingin memartabatkan Islam dalam sistem kenegaraan. Bila Pas bersetuju melunakkan perjuangannya ke arah negara “berkebajikan" ia sudah lari daripada ideologi. Ia adalah suatu kesilapan besar.

Berbalik kepada isu asal, PKR mungkin tidak akan membantah secara terang-terangan bagi mengelakkan masyarakat Melayu dan Islam mengetahui belang sebenar mereka. Namun DAP sudah pasti bakal menentang habis-habisan sebarang cadangan dan gesaan parti itu untuk melaksanakan hudud bukan sahaja di Pulau Pinang namun turut merangkumi di Selangor dan Kelantan.

Kepada para pemimpin Pas, berhentilah dari terus bersandiwara.

Menteri Setuju Teliti Kesusahan Rakyat Sebelum Laksana Had Hayat Kenderaan.

Alhamdulillah.. Pak Menteri memberi respon positif terhadap isu had hayat kereta.. rakyat sudah cukup tertekan dengan segala macam kos kehidupan yang terpaksa dihadapi, nak membayar hutang kereta selama 5-9 tahun pun seksa bagi rakyat yang tidak dan kurang berkemampuan.

  

Kereta 12 Tahun Tak Selamat? Ketua Pengarah MIROS Patut DISEKOLAHKAN Mengenai ROADWORTHINESS. 

~Roadworthiness~
Roadworthiness or streetworthiness is a property or ability of a car, bus, truck or any kind of automobile to be in a suitable operating condition or meeting acceptable standards for safe driving and transport of people, baggage or cargo in roads or streets. - Wikipedia

Kata kunci untuk menentukan sama ada sebuah kenderaan itu selamat atau tidak. Artikel ini merujuk kepada kenyataan Ketua Pengarah MIROS bahawa kenderaan berusia lebih 12 tahun tidak selamat di jalan raya.

Kereta Berusia Lebih 12 Tahun Tidak Selamat Di Jalan Raya - Miros

MELAKA, 15 Nov (Bernama) -- Kenderaan terutama yang berusia melebihi 12 tahun tidak selamat berada di jalan raya kerana ia mengundang risiko kematian lebih tinggi semasa kemalangan berbanding kereta baharu.

Ketua Pengarah Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros) Prof Dr Wong Shaw Voon berkata kenderaan berusia terdedah dengan pelbagai kerosakan yang mungkin tidak disedari pemandu dan mengurangkan daya serapan tenaga pelanggaran ketika berlaku kemalangan.

"Kebanyakan kereta direka bentuk untuk jangka hayat antara lima hingga 12 tahun," katanya kepada pemberita selepas ujian perlanggaran kenderaan di Makmal Perlanggaran Penilaian Kereta Baharu Asean (Asean NCAP) di Tiang Dua di sini, Jumaat.

Turut hadir Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR), Datuk Dr Tam Weng Wah menyaksikan ujian perlanggaran sebuah kereta berusia 23 tahun pada kelajuan 64 kilometer per jam bagi melihat kesan momentum perlanggaran terhadap pemandu dan kenderaan itu.
Baca seterusnya di sini : http://www.bernama.com/bernama/v7/bm/ge/newsgeneral.php?id=993752

Andaikan sebuah kereta sebagai manusia. Berusia tidak bermakna tidak sihat. Ada yang lebih muda menemui ajal lebih dahulu dari yang lebih berusia. Mengapa?

Kerana ada di antara yang muda tidak mengekalkan tahap kesihatannya mengikut umur yang sepatutnya. Makan tak jaga, tak pernah bersenam antara faktor-faktor penyebab.

Begitu juga dengan kereta. Tidak guna memakai kereta baru tetapi tak perasan brek dah haus atau tidak. Ada kereta baru tapi mentol lampu dah terbakar tanpa disedari oleh pemilik. Kadang-kadang sebab memandu dengan sebelah mentol boleh menyebabkan kenderaan di hadapan (atau di belakang) menyangka bahawa yang di hadapannya adalah motosikal. Penyelenggaraan kenderaan antara faktor roadworthiness kenderaan.

MyMassa setuju jika kenderaan berusia dihadkan penggunaan di jalan raya tetapi dengan syarat ia nya diuji menggunakan ROADWORTHINESS sesebuah kenderaan. Bukannya pukul rata semua kenderaan melebihi 12 tahun tidak dibenarkan digunakan dijalan raya. Kalau sesebuah kenderaan memang dah tak selamat, takkan masih nak benarkan ianya di atas jalan raya?
Contoh kenderaan yang diragui roadworthiness.
Kalau boleh, syarat ini dimulakan dengan KENDERAAN KOMERSIAL terlebih dahulu.

Lihatlah bagaimana nahas jalan raya yang disebabkan oleh kenderaan komersial seperti lori dan bas. Ianya bukan sahaja membahayakan nyawa pemandu lori atau bas tersebut tetapi turut melibatkan penumpang atau pemandu kenderaan yang lain dalam jumlah mangsa yang lebih besar.
Lori seperti ini yang sepatutnya dikaji oleh MIROS.
MyMassa yakin ramai rakyat yang akan marah kalau Kerajaan terima kajian MIROS mengenai usia kenderaan tetapi mengenepikan aspek roadworthiness sebuah kenderaan kerana di Malaysia, ramai yang meminati kereta lama disebabkan nilai sentimental kenderaan tersebut.

*Cuba tengok pengasas IKEA, Ingvard Kamprad, rileks je masih menggunakan Volvo 240 tahun 1993.

 

 


 

18 Nov 2013

UCAPAN PENGGULUNGAN YAB MB JOHOR


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, 
Salam sejahtera dan Salam Muafakat Johor.
 
Mukaddimah
 
Yang Berhormat Datuk Speaker,
 
1.      Seafdhalnya, saya mendahului sesi penggulungan dewan pada pagi ini dengan kalimah suci Bismillahirrahmanirrahim. Alhamdulillah pada pagi di dalam dewan yang mulia, kita sekali lagi diberikan kekuatan, kesihatan dan keinginan tinggi untuk bersama-sama membawa perubahan serta pembaharuan berterusan bagi negeri Johor agar hasilnya nanti dapat dimanfaatkan oleh anak-anak bangsa di masa hadapan. Justeru saya ingin mengambil peluang pada kesempatan ini untuk mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat kerana telah turut serta mengambil bahagian dalam sesi perbahasan Bajet Negeri 2014. Sesunguhnya sesi rundingan perbahasan ini mempunyai nilainya yang tersendiri kerana kita tidak dipilih untuk berbahas semata-mata tetapi kita memilih untuk bermuafakat lagi menjunjung amalan demokrasi negara yang dipegang sejak lebih lima dekad.
 
 
2.      Sememangnya banyak perkara yang telah dikemukakan semasa sesi perbahasan ini sama ada yang berbentuk soalan-soalan, cadangan, sokongan, malah tidak kurang juga ada respon yang berbentuk teguran. Walau apa pun rupa dan ragam respon yang diberikan,  Kerajaan Negeri akan sentiasa berlapang dada untuk menilai setiap soalan dan memberi perhatian akan segala cadangan yang sesuai, demi memastikan Pembangunan dan Pengagihan ekonomi yang saksama lagi berimbang mencapai matlamatnya serta boleh dimaterialisasikan. InsyaAllah. Inilah dia berkat muafakat di mana setiap di antara kita pada hari ini sanggup berkompromi dan berlebih kurang tanpa mengira sebarang perbezaan, hanya semata-mata menuntut sebuah negeri yang jauh lebih maju, lebih progresif dan lebih berdaya saing.
 
3.      Suka saya nyatakan disini bahawa sesi persidangan perbahasan bajet kali ini agak istimewa berbanding yang lepas-lepas. Keistimewaan yang ada sudah semestinya bukan merujuk pada jumlah bertambahnya keahlian anggota pihak pembangkang tetapi merujuk pada bertambahnya nilai pelaburan negeri Johor. Sebagaimana yang telah saya sebutkan dalam ucapan bajet negeri, buat pertama kalinya nilai pelaburan Johor sehingga Ogos 2013 mencatatkan penerimaan pelaburan industri tertinggi negara iaitu  RM8.8 bilion.  Jumlah ini sebenarnya jauh meninggalkan jumlah pelaburan negeri seperti Sarawak, Selangor dan Pulau Pinang yang masing-masing mencatatkan sejumlah RM5.6 bilion, RM3.49 bilion dan RM1 bilion. Penunjuk ekonomi yang telah dikeluarkan oleh MIDA ini, jelas memaparkan bahawasanya pelaburan domestik dan luar mempunyai keyakinan tinggi terhadap keutuhan ekonomi negeri, malah mereka menaruh harapan yang besar untuk melihat penjanaan kekuatan ekonomi yang berterusan dan dipertingkatkan lagi.
 
4.      Saya percaya semua ini terhasil kerana Johor bukan sahaja menawarkan pakej-pakej rangsangan pelaburan yang menarik malah lebih dari itu Johor talah mengenal pasti sumber kekuatannya baik dari segi kedudukan yang strategik di laluan perdagangan, kepelbagaian sumber ekonomi, tenaga manusia terlatih, prasarana lengkap dan keseimbangan pembangunan wilayah-wilayah Iskandar.
  
5.      Maka atas sebab itulah, dengan adanya empat strategi Muafakat Pembangunan dan Pengagihan dalam Bajet Negeri iaitu  Mencorak Ekonomi Mampan, Meningkatkan Kesejahteraan Rakyat, Memperkasa dan Merakyatkan Kerajaan dan Melahirkan Modal Insan Berketerampilan akan berupaya meneruskan kesinambungan rekod kecemerlangan dan memacu ekonomi negeri ke satu tahap yang lebih tinggi bagi mengharungi cabaran dan ketidaktentuan ekonomi global pada masa kini.
 
Pertumbuhan KDNK Negeri
 
Yang Berhormat Datuk Speaker,
 
6.      YB Skudai ada membangkitkan persoalan kadar pertumbuhan ekonomi negeri untuk unjuran tahun 2014. Dengan nada yang agak skeptik beliau secara sembrono mempersoalkan keyakinan Kerajaan terhadap pertumbuhan ekonomi negeri.
 
7.      Ketahuilah, sesungguhnya Kerajaan Negeri tidak sesekali meragui kepada pertumbuhan ekonomi negeri bahkan sepertimana lazimnya ekonomi negeri akan berkembang lebih tinggi berbanding kadar nasional apabila kadar KDNK nasional diunjurkan positif. Untuk pengetahuan semua, Jabatan Perangkaan Malaysia baru sahaja mengemaskinikan kadar-kadar KDNK BAGI NEGERI menggunakan tahun asas 2005 berbanding tahun asas 2000 sebelum ini.
 
8.      Oleh yang yang demikian, unjuran yang dibentangkan baru-baru ini menggunakan metodologi perkiraan tertentu hanya mampu diunjurkan bagi satu tahun kehadapan iaitu 6.1% bagi tahun 2013. Walaubagaimanapun, bagi tahun 2014, Kerajaan Negeri membuat anggaran awal secara kasar mampu mencapai pertumbuhan di antara 5.5% – 6.1% bagi tahun 2014 berdasarkan senario pelaburan yang telah dicapai pada tahun 2013 serta mengambilkira unjuran di peringkat nasional.
 
 
PRESTASI KEWANGAN, HASIL DAN HUTANG
 
Yang Berhormat Datuk Speaker,
 
9.      Saya mengira, ramai dikalangan ahli dewan yang begitu memberi perhatian terhadap hasil dan prestasi kewangan negeri sepertimana yang telah disentuh oleh YB Rengit. Sukacita saya maklumkan di sini bahawa kedudukan kewangan Kerajaan Negeri Johor terus menunjukkan prestasi yang baik dengan tumpuan kepada pengukuhan kewangan untuk menjamin kemampanan perkhidmatan dan pembangunan yang dapat diberikan kepada rakyat. Kekukuhan kedudukan kewangan ini didorong oleh peningkatan usaha untuk meningkatkan hasil dan kawalan perbelanjaan secara berhemah tanpa menjejaskan mutu perkhidmatan dan pembangunan. Hasil yang melebihi RM1.00 bilion telah mula dicatat pada tahun 2010 dan bermula pada tahun tersebut, Akaun Hasil Disatukan telah menunjukkan lebihan atau surplus dan tren ini dijangka akan diulangi sekali lagi pada tahun ini dan tahun hadapan.
 
10.    Peningkatan ketara adalah hasil daripada punca Hasil Bukan Cukai yang menunjukkan peningkatan yang amat memberangsangkan. Oleh yang demikian peningkatan hasil dijana tanpa peningkatan kadar cukai tetapi lebih kepada peningkatan transaksi perkhidmatan kerajaan yang didorong oleh kerancakan ekonomi negeri Johor disamping usaha gigih semua pihak untuk meningkatkan prestasi kutipan.
 
11.    Pada hari pembentangan Bajet Negeri Johor 2014 pada 7 November 2013, saya telah mengumumkan jangkaan kutipan hasil negeri pada tahun ini ialah RM1.12 billion. Maka pada hari ini saya amat gembira memaklumkan bahawa matlamat ini telahpun dapat dicapai minggu lalu iaitu lebih awal daripada jangkaan. Dengan prestasi kutipan hasil yang memberangsangkan maka baki defisit terkumpul dalam Akaun Hasil Yang Disatukan sejak tahun 2000 dijangka akan dapat dihapuskan. 

Ikuti seterusnya di sini MUAFAKAT JOHOR

Muslihat DAP Tidak Beri Kuasa Kepada Melayu Dalam Parti



Semakin hebat DAP mendabik dada sebagai parti yang adil dan tidak mengira kaum, semakin ramai ahli dan pemimpin parti itu dari kaum bukan Cina mula meninggalkan parti.  Alasan mereka juga sama sahaja iaitu DAP bersikap rasis keterlaluan dan mentadbir secara diktator.  

Seorang lagi pemimpin DAP berbangsa Melayu iaitu Syed Araniri Syed Ahmad iaitu Naib Pengerusi Jawatankuasa Interim DAP Kedah telah meletakkan jawatan kerana merasa tertipu dengan kepimpinan yang sengaja melambat-lambatkan kelulusan permohonan pertubuhan cawangan DAP baru di Taman Wira Alor Setar. 

Menurut Syed Araniri, kepimpinan DAP telah terlebih dahulu memberikan kelulusan tidak rasmi bagi membuka cawangan tersebut walaupun tidak menepati syarat yang memerlukan 50 ahli.   Pada ketika itu, Syed Araniri hanya mampu mengumpul 35 ahli.  Kelulusan itu diberi atas alasan pengecualian kerana cawangan baru tersebut dianggap istimewa memandangkan semua ahlinya adalah Melayu. 

Walaubagaimanapun, apabila beliau meneruskan dengan pendaftaran, kepimpinan tertinggi DAP memberi berbagai alasan untuk meluluskannya walaupun sebelum itu telah bersetuju menyifatkannya sebagai kes berkecuali. 

Syed Araniri menganggap apa yang berlaku sebagai tindakan kepimpinan atasan untuk memperbodohkan dirinya.   

Kita melihat apa yang berlaku kepada Syed Araniri adalah satu kes klasik di mana DAP enggan memberi walaupun sedikit ruang kepada bangsa lain untuk bertapak dengan agak kukuh di dalam parti.  Kepimpinan parti melihat cawangan baru dengan semua ahli Melayu berpotensi menjadi ‘pemangkin’ kebangkitan Melayu lain di dalam DAP.   Sudah tentu ini bukanlah sesuatu yang diinginkan oleh pemimpin DAP. 

Walaupun DAP begitu ‘hadap’ dengan sokongan bangsa lain tetapi DAP tidak sekali-kali sanggup membuka walaupun sedikit ruang kepada bangsa lain untuk memperkuatkan diri.  Bangsa lain  hanya diperlukan sebagai alat atau kuda tunggangan tetapi tidak akan diberi apa-apa jawatan penting.  Kalau ada pun bangsa lain yang diberi jawatan tinggi ialah apabila beliau merupakan watak yang paling bodoh dan sanggup berbuat apa saja yang diarahkan mereka. 

Justeru, DAP lebih selesa jika orang Melayu dan India hanya menjadi ahli biasa dalam keadaan berserakan iaitu tidak di dalam satu kelompok besar yang mampu membentuk tekanan kepada kepimpinan.  Melayu, India atau bangsa lain selain Cina tidak akan diberi peluang untuk memimpin terutama jika terdapat bangsa Cina di kalangan mereka. 

Syed Araniri bukan orang pertama yang tersedar dari manipulasi DAP dan beliau juga pastinya bukan orang yang terakhir. Hari ini, kita lihat masih ada lagi anak-anak muda yang terpengaruh dan terpedaya dengan retorik dan impian-impian DAP. Tetapi, kita percaya satu hari nanti mereka juga akan turut sedar dan meninggalkan DAP. 

Hakikatnya, DAP adalah parti Cina, oleh Cina dan untuk Cina.  Ia bukan untuk rakyat Malaysia.  Ia adalah sebuah parti yang tidak bertunjangkan kepada kesetiaan kepada negara mahupun kesejahteraan negara.  Segala-gala yang dibuat oleh DAP hanyalah demi kaum Cina. 

Rakyat Malaysia wajar mencernakan fakta ini sebaik-baiknya agar tiada lagi generasi kita yang akan datang yang akan terpedaya dengan parti rasis dan chauvinis DAP.