1 Dec 2013

Tun Mahathir Berundur Dari Petronas


 

KUALA LUMPUR 1 Dis. - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad melepaskan jawatannya sebagai Penasihat kepada syarikat minyak negara, Petronas Berhad, berkuat kuasa hari ini.

Menurut salinan surat yang diperoleh Utusan Malaysia, surat perletakan jawatan Tun Dr. Mahathir, 88, tersebut telah diserahkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Jumaat lalu.
Sumber-sumber ketika dihubungi berkata, Dr. Mahathir berasakan beliau kini perlu mengurangkan masa pejabatnya.

''Ini sekali gus bermakna Dr. Mahathir sudah menyumbang tenaga kepada agensi-agensi kerajaan ini selama 10 tahun, sejurus selepas beliau melepaskan jawatan sebagai Perdana Menteri pada tahun 2003," kata sumber kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Walaupun begitu, tidak dapat dipastikan sama ada pengunduran Dr. Mathathir itu turut meliputi tugasnya sebagai Canselor Universiti Teknologi Petronas (UTP), penasihat kepada Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) dan Lembaga Pembangunan Pulau Tioman (TDA).

Satu lagi peranan penasihat yang dipegang oleh Dr. Mahathir ialah dalam syarikat automotif nasional, Proton Holdings Berhad (kini anak syarikat milik penuh kumpulan DRB-Hicom).

Dr. Mahathir dianggap sebagai pengasas syarikat Proton dalam usaha menyediakan kereta mampu dimiliki rakyat dan memajukan industri automotif di Malaysia.

Keputusan negarawan tersebut berkemungkinan didorong oleh faktor kesihatan berikutan gangguan kesihatan yang dialaminya baru-baru ini.

Dr. Mahathir dirawat hampir 10 hari bermula 16 November lalu di Institut Jantung Negara setelah didapati terkena jangkitan paru-paru. - Utusan Malaysia

Johor Sahut Suara Hati Rakyat Tangani Isu Perumahan









Menyedari masalah kos sara hidup yang semakin tinggi, Kerajaan Negeri mengambil langkah proaktif bagi memastikan isu penyediaan rumah yang selesa dan mampu dimiliki oleh rakyat adalah keutamaan. Tanggungjawab Kerajaan Negeri ialah memastikan keluarga yang mempunyai pendapatan isi rumah di bawah kategori rendah dan kumpulan pertengahan mampu memiliki rumah yang berkualiti. Kerajaan Negeri menerusi Jawatankuasa Khas Sektor Perumahan akan meneruskan usaha meningkatkan jumlah pembinaan rumah di bawah kategori Rumah Kos Rendah dan Rumah Mampu Milik Johor berdasarkan data permintaan yang dikemaskini oleh Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Johor (Bahagian Perumahan).

Kerajaan Negeri mensasarkan untuk membina sekurang-kurangnya 28 ribu unit Rumah Kos Rendah dan Rumah Mampu Milik Johor dalam tempoh 5 tahun bermula dari tahun 2013 hingga 2018. Usaha ini akan diterajui oleh pemaju-pemaju yang mempunyai kepentingan Kerajaan Negeri seperti Johor Corporation Bhd, Kumpulan Prasarana Rakyat Johor, Yayasan Pelajaran Johor dan Perbadanan Islam Johor yang mensasarkan untuk membina sebanyak 11 ribu buah Rumah Kos Rendah dan Rumah Mampu Milik selain libatsama jabatan serta agensi Kerajaan Persekutuan dan pemaju-pemaju swasta. Pada tahun 2014 terdapat 1,550 unit rumah di bawah skim Projek Perumahan Rakyat (PPR) yang dibina oleh Kerajaan Persekutuan akan ditawarkan untuk disewa kepada pemohon yang berkelayakan di kawasan Sungai Melana daerah Johor Bahru.

Kerajaan Negeri juga akan meluaskan pelaksanaan Dasar Perumahan Rakyat Johor di luar kawasan Iskandar Malaysia. Bermula 1 Januari 2014 segmen Perumahan Komuniti Johor A berharga RM42,000, Perumahan Komuniti Johor B berharga RM80,000 dan Rumah Mampu Milik Johor pada harga RM140,000 hingga RM150,000 akan diperkenalkan. Mekanisme kawalan bagi memastikan pemaju tidak mengabaikan pembinaan rumah di bawah kategori Rumah Kos Rendah dan Rumah Mampu Milik juga akan dikuatkuasakan.
 

22 Nov 2013

Kutuk SPR.. Tapi Laksana Pemilihan Parti Sendiri Pun Silap.. Alahai PAS..

Adoi.. malu beb.. macam mana kertas undi boleh silap ni.. ada nama calon yang tercicir.. korang mengutuk SPR kan main lagi.. nie setakat pemilihan sendiri pun boleh silap.. hahahaha... kesian...

Kertas undi silap Ahli perwakilan mengundi bagi pemilihan jawatan dalam parti di Stadium Melawati, Shah Alam. - Foto Muhd Asyraf Sawal
 
Shah Alam: Proses pemilihan Ahli Jawatankuasa Kerja PAS sesi 2013-2015 dihentikan selepas 30 minit pengundian bermula semalam, selepas dikesan kesilapan dalam kertas undi berikutan beberapa nama calon tercicir.

Nama tak tersenarai

Difahamkan, antara nama yang tiada dalam senarai ialah bekas Ketua Dewan Pemuda PAS yang juga Ahli Parlimen Temerloh, Nasrudin Hassan; bekas Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS, Nik Abduh Nik Aziz dan Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS, Dr Dzulkefly Ahmad.

Kekeliruan tercetus selepas kira-kira 15 minit perwakilan mengundi mulai jam 4 petang di Stadium Malawati di sini.

Berikutan itu, proses pengundian ahli jawatankuasa dihentikan serta-merta dan pengumuman mengenainya dibuat pada jam 4.30 petang.

Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Muktamar PAS, Asmuni Awi, berkata kesilapan dikesan perwakilan selepas kirakira 50 orang daripada mereka selesai mengundi. 

“Kita menghentikan proses pengundian serta-merta. Pengundian hari ini (semalam) diteruskan selepas itu tetapi hanya bagi jawatan timbalan presiden dan naib presiden,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Beliau berkata, semua 1,129 perwakilan akan mengundi semula bagi memilih 18 jawatankuasa daripada 61 calon menawarkan diri mulai jam 9 pagi ini.

Asmuni berkata, pengiraan undi bagi jawatan timbalan presiden dan naib presiden dilakukan malam tadi tetapi keputusan dijangka diumumkan serentak petang ini.

Difahamkan, pengundian pada muktamar tahun ini menggunakan kaedah baru apabila nama calon bertanding bagi jawatan AJK Pusat disusun seperti sistem kupon.

Ini berbeza dengan sistem terdahulu apabila set nama dicetak di halaman sama yang disifatkan lebih mudah bagi perwakilan membuat pilihan.

BH difahamkan, pengundian hari ini akan menggunakan kaedah lama bagi mengelak kesilapan berulang.

Sumber berkata, setiap kupon berkenaan mengandungi 61 helai dengan setiap helai mencatatkan satu nama calon dan diklip di tepinya.

Perwakilan diperlukan menanda nama calon pilihan sebelum memasukkan kupon berkenaan ke peti undi.

Kaedah itu menyebabkan ada beberapa nama tercicir dan hanya disedari apabila perwakilan tidak menemui nama calon berkenaan.

Sementara itu, Dzulkefly ketika dihubungi BH berkata, beliau dimaklumkan mengenai kesilapan kertas pengundian itu.

“Saya ada dengar nama saya tercicir daripada senarai tetapi tidak apalah. Saya tak fikir perkara ini boleh menjejaskan proses pengundian,” katanya.

~ http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Kertasundisilap/Article/



Johor Cuti Jumaat dan Sabtu Berkuatkuasa 1 Januari 2014




Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar menitahkan cuti hujung minggu negeri Johor ditukar kepada Jumaat dan Sabtu.
Baginda bertitah, pertukaran itu berkuatkuasa 1 Januari tahun depan bagi memudahkan rakyat negeri ini beribadat dengan tenang.

P/S Maka, tiada alasan lagi kepada kaum Adam untuk menunaikan Solat Jumaat. Boleh bawa anak-anak lelaki untuk sama-sama ke Masjid.. Isteri boleh iron dan pasangkan butang baju Melayu si suami.. Mempererat hubungan kekeluargaan. 

21 Nov 2013

Daulat Tuanku!

 

D.Y.M.M SULTAN IBRAHIM IBNI ALMARHUM 
SULTAN ISKANDAR
SULTAN DAN YANG DIPERTUAN BAGI NEGERI DAN 
JAJAHAN TAKLUK JOHOR DARUL TA'ZIM

D.Y.M.M Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, diputerakan pada 22hb. November 1958 di Hospital Besar Johor Bahru (Sekarang Hospital Besar Sultanah Aminah)

Putera pertama dari sepuluh (10) orang adik beradik, Baginda mula menerima pelajaran di Taman Didikan Kanak-Kanak Tunku Ampuan Mariam Johor Bahru kemudian memulakan pelajaran formal di Sekolah Temenggong Abdul Rahman (1), Johor Bahru.

Paduka ayahandanya D.Y.M.M Almarhum Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail telah menghantar D.Y.M.M Tuanku belajar di Trinity Grammer School Australia pada tahun 1968 hingga 1970.

Setelah tamat persekolahan, D.Y.M.M Tuanku telah dihantar ke Pusat Latihan Tentera Darat (PULADA), Kota Tinggi, selama 3 tahun untuk menerima latihan asas ketenteraan.

Dalam bidang kesukanan pula, permainan polo merupakan permainan yang sangat-sangat digemari dan juga merupakan seorang pemain polo yang sangat handal dan terkemuka bukan sahaja di negeri ini bahkan dirantau Asia.D.Y.M.M Tuanku pernah menyertai permainan polo di Singapura, Manila dan Brunei.

Selain bermain polo, D.Y.M.M Tuanku juga gemar bermain tenis, boating (Water ski), payung terjun, menembak dan memandu kereta laju (sport car).

D.Y.M.M Tuanku sangat mengambil berat tentang kegiatan-kegiatan sosial di dalam negeri dan amat mesra dengan rakyat. D.Y.M.M Tuanku ialah Penaung Persatuan Bulan Sabit Merah Negeri Johor.

D.Y.M.M Tuanku telah dilantik sebagai Tunku Mahkota Johor di dalam satu upacara yang sederhana tetapi penuh istihadat di Istana Besar Johor Bahru pada 3hb. Julai 1981. Pelantikan ini telah dilakukan oleh ayahandanya iaitu Almarhum D.Y.M.M Sultan Iskandar dengan disaksikan oleh Yang Maha Mulia Sultanah Zanariah, Kerabat-Kerabat Damping, Ahli Jumaah Majlis DiRaja, Pembesar-Pembesar Negeri dan Orang-Orang Kenamaan.

D.Y.M.M. telah dilantik Pemangku Raja pada Hari Jumaat 22 Januari 2010 bersamaan 6 Safar 1431 Hijrah kerana ayahandanya gering. Dimasyurkan sebagai Sultan Johor pada hari Sabtu 23 Januari 2010 bersamaan 7 Safar 1431 Hijrah setelah ayahandanya mangkat.

DAULAT TUANKU!!

40K Bangladesh.. Anwar Tak Kata.. Orang Lain Yang Kata.. Puuuiii....


 

Ketua Pembangkang semalam telah menafikan bahawa PR pernah menuduh Kerajaan membawa masuk 40,000 pengundi haram warga Bangladesh pada Pilihanraya Umum Ke- 13 yang lalu. Beliau mendakwa bahawa Blogger UMNO yang memutarbelitkan kenyataan tersebut bukannya pihak pimpinan pembangkang. Ehem.. nie nak bagi peringat semula nie.. cuba tengok video nie. Cuba dengar minit ke 0:35, katanya, "Najib masih dapat pertahankan sokongannya dari kalangan Bangla & Indonesia.. hidup..." HeHe.. Dasar Kaki Putar Alam.. 




Kemudian, nak kata 500,000 orang Bangladesh  pulak nak dibawa lagi ke Malaysia yang mungkin akan didaftarkan oleh SPR.. pastu, kejap lagi.. takde pulak buat kenyataan.. tak habis-habis lagi nak memutar.. eeeiii.. xpening ke kepala dia nie?



Karpal, Kit Siang dan DAP Kantoi Menipu




Tindakan Penasihat DAP, Lim Kit Siang untuk menyelamatkan keadaan bagi mengelakkan Pengerusi parti itu terus diserang oleh rakan sekutu mereka ternyata GAGAL. Kit Siang sebelum ini tampil membela Karpal Singh yang disifatkannya menjadi mangsa keadaan ekoran permainan media.

Ia ekoran dari kenyataan Karpal sebelum ini yang dilihat telah menyinggung perasaan rakan sekutu mereka Pas. Ahli parlimen Bukit Gelugor itu ketika sidang media yang diadakan di Pulau Pinang pada 5 November yang lalu, dilaporkan telahmenggesa agar semua parti politik dan pertubuhan yang berasaskan kepada satu kaum DIBATALKAN pendaftarannya.

Menurutnya ia supaya sesuai untuk disertai rakyat tanpa fahaman dan latar belakang keturunan. Karpal turut mengatakan parti politik dan pertubuhan profesional yang berasaskan kaum dan agama sepatutnya tidak dibenarkan kerana ia merupakan sesuatu yang serius.

Menyedari ketelanjuran tersebut, Kit Siang yang mewakili Karpal dengan pantas menarik ‘hand break’ dengan menyalahkan media kononnya itu bukan maksud sebenar. Ia hanya permainan media yang dikatakan telah memutarbelitkan kenyataan tersebut.

Menurut Kit Siang, setelah dia menghubungi Karpal sendiri bagi mendapatkan penjelasan, peguam tersebut jelas menafikan kenyataan tersebut. Sambil mengatakan ia hanya merujuk kepada Persatuan Peguam Persatuan Peguam Peguam Muslim Malaysia (PPMM) kerana mengkritik Majlis Peguam atas sokongan yang diberikan badan tersebut terhadap akhbar mingguan Katolik, The Herald.

Namun mungkin merasakan ada sesuatu yang tidak kena, Dewan Pemuda Pas segera menjalankan ‘siasatan’ bagi mendapatkan gambaran sebenar berhubung kenyataan tersebut. Setelah meneliti rakaman sidang media yang berdurasi 24 minit 47 saat itu, mereka akhirnya membuat kesimpulan Karpal secara jelas berbohong kerana cuba menafikan keterlanjuran itu.

Ini kerana, menurut mereka, rakaman video tersebut jelas membuktikan Karpal memang telah membuat desakan tersebut.

“Pada minit keenam rakaman itu, Karpal didengar berkata ‘bergerak atas nama agama, perkauman adalah satu perkara yang amat berbahaya dalam sebuah masyarakat pelbagai kaum dan agama seperti ini dan sudah tiba masanya untuk parti perkauman dibatalkan pendaftarannya, malangnya ini termasuk PAS,” kata wakil dewan Pemuda Pas itu.



Malah ketika ditanya oleh seorang wartawan, Karpal sekali lagi mengulangi desakannya itu dengan mengatakan perkara itu mungkin akan membuatkan rakan sekutu mereka di dalam pakatan pembangkang kurang senang. Ia secara tidak langsung membuktikan, bahawa kenyataan tersebut turut merujuk kepada parti Pas yang jelas menggunakan agama bagi memenuhi cita-cita politik mereka. Paling menarik, hanya kerana ingin membela Karpal, Naib Presiden Pas, Mahfuz Omar sebelum ini telah memuji tindakan pemimpin DAP itu kerana berani tampil untuk menjelaskan perkara yang sebenar.


"Beliau tidak menyeru agar Pas dibubarkan pendaftaran. Perkara ini telah diputarbelitkan oleh media. Kita berterima kasih kepada Karpal," kata Mahfuz sebelum ini.

Selain Dewan Pemuda, ramai di kalangan pemimpin parti itu yang terdiri daripada kumpulan ulama bingkas bangun mempertahankan Pas dari kecaman Karpal itu. Antaranya Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib, Ketua Penerangan Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.

Terbaru, Dewan Muslimah Pas turut senada dengan kumpulan Ulama yang melahirkan rasa kesal sambil menegaskan, agarMajlis Pimpinan Tertinggi Pakatan Rakyat segera mengambil tindakan tegas terhadap pembohongan yang dilakukan oleh pemimpin veteran DAP itu. Mereka antara lainnya mendesak agar Majlis Pimpinan Tertinggi Pakatan Rakyat segera bersidang bagi menangani masalah ini sebelum Dewan Pemuda dan Muslimah mengambil tindakan.