6 Mar 2013

SIDANG MEDIA KETUA POLIS NEGARA, 6 MAC JAM 6.15 PETANG : OP DAULAT LAHAD DATU

LAHAD DATU - OP DAULAT.

Sidang Media Ketua Polis Negara pada 6 Mac 2013 @ 6.15 petang.

     Perkembangan terkini - Lebih kurang jam 12.30 tengahari tadi, pihak polis telah menghantar 10 orang pegawai polis dari jabatan siasatan jenayah untuk siasatan ditempat kejadian dan tugas mengeluarkan mayat-mayat pengganas di kawasan operasi.
     Walaubagaimanapun, pada jam 1.45 tengahari, ketika usaha-usaha untuk mengeluarkan mayat pengganas, pasukan keselamatan telah diserang oleh pihak pengganas yang masih bebas menyebabkan telah berlaku tembak menembak di kawasan operasi. Dalam kejadian ini, al hamdulillah, tidak  ada kecederaan atau kematian terhadap pasukan keselamatan.
     Pada jam 3.00 petang, operasi ini disambung semula oleh pasukan keselamatan dengan memasuki lagi kawasan operasi.
     Pada jam 4.15 petang, semasa pasukan keselamatan menjalankan "mopping up" telah berlaku tembak menembak di antara pasukan keselamatan dengan pihak pengganas. Dalam kejadian ini, tidak ada pasukan keselamatan yang tercedera atau terkorban. Dipercayai terdapat pengganas yang mati namun pihak polis tidak dapat mengesahkan jumlah kematian pengganas setakat ini.
     Dalam perkara ini, Ketua Polis Negara mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua lapisan masyarakat yang menghantar sms bagi memberi semangat dan sokongan serta iringan doa kepada pasukan keselamatan.Perkembangan terkini - Lebih kurang jam 12.30 tengahari tadi, pihak polis telah menghantar 10 orang Pegawai Polis dari Jabatan Siasatan Jenayah untuk siasatan ditempat kejadian dan tugas mengeluarkan mayat-mayat pengganas di kawasan operasi.

Walau bagaimanapun, pada jam 1.45 tengahari, ketika usaha-usaha untuk mengeluarkan mayat pengganas, pasukan keselamatan telah diserang oleh pihak pengganas yang masih bebas menyebabkan telah berlaku tembak menembak di kawasan operasi. Dalam kejadian ini, alhamdulillah, tidak ada kecederaan atau kematian terhadap pasukan keselamatan.

Pada jam 3.00 petang, operasi ini disambung semula oleh pasukan keselamatan dengan memasuki lagi kawasan operasi.

Pada jam 4.15 petang, semasa pasukan keselamatan menjalankan "mopping up" telah berlaku tembak menembak di antara pasukan keselamatan dengan pihak pengganas. Dalam kejadian ini, tidak ada pasukan keselamatan yang tercedera atau terkorban. Dipercayai terdapat pengganas yang mati namun pihak polis tidak dapat mengesahkan jumlah kematian pengganas setakat ini.

Dalam perkara ini, Ketua Polis Negara mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua lapisan masyarakat yang menghantar sms bagi memberi semangat dan sokongan serta iringan doa kepada pasukan keselamatan.

No comments:

Post a Comment