10 Nov 2011

Tony Pua Kelentong Pasal KR1M

TS sakit hati betul dengan DAP nie. Tak habis-habis nak create isu, putar belit benda. Kali nie, Tony Pua, Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara pulak merapu tentang produk yang dijual di Kedai Rakyat 1Malaysia. Dia bimbang agaknya dengan kewujudakan KR1M yang ternyata banyak membantu rakyat untuk berdepan dengan masalah kenaikan kos hidup. Oleh itu dia putar belit untuk mempengaruhi pemikiran rakyat agar mewujudkan perasaan tidak puas hati dan menggugat keyakinan rakyat terhadap segala usaha Kerajaan Barisan Nasional membantu rakyat.

Berikut adalah penjelasan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan mengenai pembohongan Tony Pua.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan menafikan dakwaan Anggota Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua yang mendakwa harga produk 1Malaysia di kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) lebih mahal berbanding harga di pasar raya tempatan. 

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata dakwaan pembangkang itu merupakan sesuatu yang tidak berasas kerana mereka (pembangkang) tidak membandingkan harga produk KR1M dengan harga barangan produk berjenama sedia ada.

“Sebaliknya pihak pembangkang membandingkan harga produk KR1M dengan jenama persendirian dari pasar raya Carrefour Big Savers yang sememangnya berbeza sama sekali.

“Sebarang perbandingan harga mestilah dibuat mengikut kaedah ‘apple to apple’ atau pun barangan yang benar-benar sama sahaja baik dari segi berat, pembungkusan, dan yang paling utama adalah kualilti,” katanya.

Beliau mengulas kenyataan Tony Pua pada Rabu yang mendakwa tinjauan harga yang dibuat di KR1M dan pasar raya Carrefour menunjukkan perbezaan harga yang kecil malah ada sesetengah produk di Carrefour lebih murah berbanding di KR1M.

Ismail Sabri turut menegaskan sejak dari awal lagi kementeriannya telah menetapkan harga produk KR1M 30 hingga 50 peratus lebih murah berbanding harga produk berjenama bukannya produk persendirian mana-mana pasar raya yang ada. 

Beliau berkata pembangkang juga cuba mengelirukan pengguna dengan membandingkan produk KR1M dengan produk yang berlainan jenisnya, berbeza dari segi isi kandungan (berat dan isipadu), maklumat khasiat, serta promosi yang dilakukan.

“Saya ambil contoh yang paling mudah, durian Musang King perlulah dibandingkan dengan durian Musang King bukannya dengan durian kampung atau jenis durian lain yang ada.

“Di sini jelas menunjukkan bagaimana pembangkang cuba memutar-belitkan sesuatu perkara dengan membuat perbandingan palsu antara produk KR1M dengan produk yang tidak sepatutnya kerana sudah tentu harganya berbeza,” katanya.

Sementara itu, mengulas mengenai kenaikan harga beberapa barangan keperluan harian akibat banjir besar yang melanda Thailand, Ismail Sabri menegaskan pihak kementerian sentiasa membuat pemantauan bagi menjamin hak dan kepentingan pengguna.

“Setakat ini, kementerian perlu menunggu maklum balas mengenai harga import barangan seperti sayur, beberapa jenis ikan dan beberapa lagi barangan keperluan harian lain dari pihak Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani kerana urusan itu di bawah bidang kuasa mereka,” katanya.

3 Nov 2011

Ambiga, SUARAM dan Homoseksual

Biar apa pun alasan yang diberikan, ianya tidak menghalalkan perkara yang sememangnya dilarang oleh Agama untuk diamalkan. Oleh itu, sewajarnya usaha 'murni' yang kononnya memperjuangkan hak asasi manusia oleh Majlis Peguam dan Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) WAJIB dihalang. Jika suatu waktu yang lalu, Ambiga menganjurkan Perhimpunan BERSIH dan BERSIH 2.0 yang kononnya menuntut pilihanraya yang lebih adil dan bersih, kini beliau dan kuncu-kuncunya membela pula amalan Homoseksual di Negara ini.  Apakah kita sebagai rakyat Malaysia pelbagai bangsa dan agama rela membiarkan amalan songsang ini diamalkan dan diterima secara terbuka di Malaysia? Berapa ramaikah penyokong-penyokong dan pengamal Homoseksual sehingga Ambiga dan SUARAM merasa sangat perlu untuk menganjurkan Program Seksualiti Merdeka 2011? TS sangat pasti bahawa majoriti rakyat di negara ini menolak amalan songsang yang sangat menjijikkan ini.

Apakah pendirian parti pembangkang terhadap tindakan Ambiga yang suatu ketika pembangkang berada bersama-samanya. Adakah mereka sanggup berdiam diri dan hanya berpeluk tubuh melihat tindakan Ambiga yang ternyata bigau? TS tidak terperanjat apabila DSAI menyokong amalan LGBT (Lesbian, Gay, Bi-sexual dan Transexsual). Lihat komen beliau di bawah :- 


TS mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak Polis yang telah mengharamkan sebarang aktiviti dalam Program Seksualiti Merdeka 2011. TS turut mengharapkan agar tindakan tegas dikenakan kepada pihak penganjur dan peserta sekiranya mereka berdegil dengan larangan tersebut. Kegiatan ini wajib dibanteras. TS tidak rela Malaysia sebagai sebuah negara Islam membiarkan dan menghalalkan amalan LGBT. Sudah cukup lah pelbagai gejala dan penyakit sosial yang melanda negara ini yang belum lagi mampu untuk ditangani dan diatasi.