21 Jul 2014

Puak Pemisah Pro-Rusia Serah Mayat Mangsa dan 2 Kotak Hitam MH17

NEW YORK TIMES kata kejayaan PM runding dengan pemisah Ukraine serah mayat dan kotak hitam MH17 sesuatu gagal dicapai negara2 lebih berkuasa. KISAH DS Najib runding dan capai persetujuan dengan ketua pemisah Ukraine,Alexander Borodai juga disiar meluas di pelbagai media antarabangsa.

DONETSK: Puak pemisah pro-Rusia di timur Ukraine telah menyerahkan dua kotak hitam yang ditemui di lokasi nahas pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH17 kepada delegasi Malaysia dalam satu sidang media awal hari ini.
Memetik laporan AFP, mereka turut mengumumkan gencatan senjata dalam radius 10 kilometer di sekeliling tapak nahas untuk membenarkan penyiasat antarabangsa memasuki kawasan tersebut di mana pesawat malang tersebut terhempas pada Khamis lalu.

“Kami telah membuat keputusan untuk menyerahkan dua kotak hitam itu kepada pakar dari Malaysia,” kata Ketua pemberontak pro-Rusia, Alexander Borodai kepada wartawan.

               
 
Pasukan pakar dari Malaysia dan wakil dari kumpulan pemisah itu kemudiannya menandatangani satu protokol sebelum kedua-dua kotak hitam itu diserahkan.
“Kerajaan Malaysia mengucapkan terima kasih kepada Republik Donetsk kerana memulangkan dua kotak hitam milik Malaysia ini,” kata seorang wakil dari Malaysia.

“Kami tidak menemui kotak hitam milik MH370 (yang hilang di Laut Hindi pada Mac lalu), jadi kami bersyukur kerana berjaya menemui kotak ini.

“Kedua-dua kotak kelihatan dalam keadaan baik, cuma memiliki sedikit kerosakan,” katanya lagi.
Satu daripada kotak tersebut merekodkan semua perbualan di kokpit manakala satu lagi menyimpan data penerbangan.

Beberapa delegasi Malaysia kini akan mengiringi sebuah kereta api berpendingin hawa membawa mayat-mayat ke bandar Kharkiv, yang dikawal kerajaan di Kiev.

2 Jul 2014

5 Diburu Disyaki Terlibat Aktiviti Militan

Pensyarah Fakulti Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya merupakan salah seorang dari lima suspek yang diburu polis kerana disyaki terlibat dengan aktiviti militan.
Suspek

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam satu kenyataan media hari ini berkata, pensyarah berusia 36 tahun yang dikenali dengan nama Dr Mahmud Ahmad berasal dari Batu Caves, Selangor.

Dr Mahmud bersama empat suspek yang lain dikatakan telah meninggalkan Malaysia dan kini bersembunyi di selatan Filipina.


"Tiga daripada mereka disyaki terlibat dalam merekrut dan mengatur pemergian anggota-anggota militan dari Malaysia untuk menyertai kumpulan Islamic State of Iraq and The Levant (ISIL) di Syria.

"Sementara dua lagi adalah anggota Darul Islam Sabah yang kini menyertai kumpulan Abu Sayyaf Group (ASG) di Selatan Filipina," katanya.

Beberapa rakyat Malaysia disyaki terlibat dengan aktiviti militan untuk berjihad di Syria dan di Selatan Filipina.

Bekas pemimpin Dewan Ulama PAS, Ustaz Lotfi Ariffin telah dikenal pasti sebagai salah seorang rakyat Malaysia yang terlibat menyertai pergerakan jihad di Syria.

Selain itu, bekas pemain drum sebuah kumpulan pop 90-an, iaitu Ali Ukays dikatakan turut menyertai pergerakan jihad di Syria bersama Lotfi.

ISIS juga dikatakan menjemput golongan profesional untuk menyertai mereka dalam pembentukan 'negara pemerintahan berkhalifah'.

Terima Kasih PM! Bayaran Bantuan Khas Kewangan Untuk Penjawat Awam dan Pesara

            Najib Tun Razak - Foto Bernama 

Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan Bayaran Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM500 sebagai persiapan Aidilfitri kepada penjawat awam bagi Gred 1 hingga Gred 54.

Perdana Menteri turut mengumumkan Bayaran Bantuan Khas Kewangan RM250 kepada 684,000 pesara kerajaan bagi menghargai jasa, bakti dan perkhidmatan mereka. 

"Pembayaran bagi bantuan khas itu akan dibuat pada 15 Julai ini," katanya dalam kenyataan di sini.
Bayaran Bantuan Khas Kewangan kepada penjawat awam dan pesara kerajaan ini membabitkan peruntukan kewangan sebanyak RM890 juta, katanya.

Kerajaan berharap bantuan khas kewangan itu dapat meringankan beban kewangan penjawat awam dan pesara bagi persiapan menyambut hari lebaran pada hujung bulan ini, katanya. - Bernama

4 Jun 2014

Othman Wok : Satu Tauladan Buat Pengkhianat Bangsa

(Dari zulhairifetani blogspot)

Singapura wujud sehingga kini sebagai pengajaran kepada orang Melayu agar ia tidak berulang lagi. Namun sayang hanya sebilangan saja yang mahu mengambil pelajaran..Ini bukan soal rasuah dan kronisme. .. Ini soal mempertahankan legasi nenek moyang kita. 

 
Pada awal 70 an, Lee Kuan Yew telah mencadangkan agar semua jenazah orang Islam Singapura dibakar kerana kawasan kuburan sangat terhad. Othman Wok yang juga Menteri mewakili orang Melayu membuktikan ketaatannya dengan menyokong pendirian Lee Kuan Yew itu sehingga mencetuskan bantahan MUIS dan seluruh masyarakat Islam.
Sikap yang ditunjukkan Othman Wok saling tak tumpah dengan sebilangan pemimpin Melayu di Pakatan rakyat terutama pemimpin PAS yang sentiasa akur dengan DAP sebagai kata pemutus muktamad. ADAKAH KITA MASIH LAGI BOLEH DIPERBODOHKAN DAN MENERIMA MELAYU SEPERTI OTHMAN WOK SEBAGAI PEMIMPIN KITA?
                        
Othman Wok dilahirkan pada 8 Oktober 1924 di Singapura adalah bekas Menteri Sosial dan ahli parlimen PAP yang mewakili Kawasan Pasir Panjang antara tahun 1963 dan 1977. Di awal kerjayanya dia adalah seorang tokoh wartawan Bahasa Melayu yang kemudiannya menjadi timbalan editor akhbar berbahasa melayu, Utusan Melayu Singapura.


Beliau menyertai PAP selepas beberapa hari sahaja penubuhannya pada tahun 1954. Ketika itu beliau percaya pada hak samarata dan dasar multi-perkauman dan anti kepada raja-raja melayu (seperti apa yang PKR perjuangkan sekarang ini. Ketika itu beliau banyak membantu melalui penulisan mengenai penubuhan negara multi-perkauman dan hak samarata serta dasar anit raja-raja melayu di dalam akhbar "Petir" sebuah suratkhabar berbahasa melayu keluaran Parti PAP (sama seperti Harakah). Selepas itu beliau dipilih sebagai salah seorang ahli dewan editorial buletin Petir dan dalam masa yang sama juga seorang lagi pemimpin tertinggi PAP iaitu Ahmad Ibrahim menjemput dia untuk menjadi ketua cawangan PAP Geylang Serai / Tampines pada tahun 1959.

Othman Wok adalah seorang penyokong kuat Lee Kuan Yew dan dia lah orangnya yang kerap kali menentang perlaksanaan Hak-hak Keistimewaan orang Melayu. Setiap kali dia berceramah, setiap kali itu juga dia mengatakan yang hak-hak keistimewaan orang melayu dan raja-raja melayu ini hanya retorik dan mainan Tunku. 

Kononnya Tunku ada agenda lain, iaitu untuk merampas tanah orang Melayu di Singapura. Beliau juga mendakwa rusuhan kaum yang terjadi pada Julai 1964 telah dirancang oleh UMNO dan Tunkulah dalangnya. Beliau amat gembira tentang berita pemisahan Singapura daripada Malaysia dan ada juga yang mengatakan yang beliaulah yang menulis skrip temuramah BBC dengan Kuan Yew sewaktu malam berpisahnya Singapura dari Malaysia, yang mana ketika itu kuan yew menangis tersedu-sedu kononnya terlalu sedih dengan terkeluarnya Singapura dari Malaysia, padahal itu semua skrip yang dikarang oleh Othman Wok hanya semata-mata untuk orang Melayu berasa simpati dengan Kuan Yew dan membenci Tunku.

Sehingga sekarang ini Othman Wok masih dianggap sebagai pengkhianat Melayu oleh kebanyakan orang Melayu Singapura, kerana hasutan dialah, Lee Kuan Yew mengharamkan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Singapura (PKMS aka UMNO Singapura) salah satu sayap UMNO di Singapura. Dia bersama-sama dengan berberapa pemimpin sayap Melayu dalam PAP antaranya Ishak Rahim, Rahmat kenap, Ariff Suradi, Buang Omar Junid, Mahmud Awang dan Yaacob Mohamed turun ke kampun-kampung Melayu menghasut orang Melayu supaya membenci UMNO dan Tunku.

Pada tahun 1959, dia bertanding menjadi calon untuk PAP di kawasan Majlis Bandaran bagi kawasan Kampung Kembangan berlawan dengan calon UMNO, dia tewas dalam pertandingan itu, akibat terlalu malu dengan kekalahan itu beliau menuduh UMNO yang mengugut pengundi di situ supaya tidak mengundi dia. Apabila penduduk kampung mengetahui tentang cerita itu maka seluruh penduduk berkumpul dihadapan pejabatnya di Tampines dan menghalau dia keluar dari pejabatnya dan memaki hamunnya sebagai pengkhianat bangsa Melayu. Othman Wok sekali lagi bertanding di parlimen Pasir Panjang dan kali ini beliau menang atas bantuan dan sokongan dana dari Kuan Yew. 

Selepas Singapura berpisah dari Malaysia pada tahun 1963, dia telah dilantik oleh Kuan Yew sebagai Menteri Hal Ehwal Sosial. Satu jawatan menteri yang tidak mempunyi apa-apa fungsi kerana Kuan Yew telah melantik seorang Cina untuk menjaga hal ehwal sosial dan Cina ini di letakkan di bawah jabatan Perdana Menteri. Selepas 14 tahun beliau menjadi menteri goyang kaki maka pada 1978 dia pun tidak lagi menjadi menteri kabinet Kuan Yew.

 
Sekarang ini dia menjadi salah seorang penulis cerita seram yang paling top di Singapura. Sesungguhnya manusia yang bernama Othman Wok ni adalah seorang pengkhianat bangsa Melayu yang terhebat dalam sejarah Melayu moden. Cara jalan cerita Othman Wok ini seakan sama dengan jalan cerita yang berlaku sekarang ini di negara kita. Takkan kita orang Melayu di sini ingin jadi seperti orang Melayu di Singapura? ibarat melukut di tepi gantang, merempat di bumi sendiri. Jangan sampai petualang Melayu seperti Othman Wok ni ada dan hidup membiak di dalam negara kita.







28 May 2014

Sultan Azlan Shah mangkat


Almarhum yang juga Sultan Perak Darul Ridzuan yang ke-34 dan menjadi Yang di-Pertuan Agong yang kesembilan, menghembuskan nafas terakhir pada jam 1.30 tengah hari tadi.

Seluruh rakyat jelata turut bersedih dengan berita kemangkatan baginda yang diumumkan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir yang disiarkan RTM.

Serentak pengumuman itu, seluruh negeri berkabung dengan bendera Negeri Perak dikibar separuh tiang selama 100 hari dan bendera Malaysia dikibarkan separuh tiang selama tujuh hari, bermula hari ini.

Almarhum akan dimakamkan di Makam Diraja Kuala Kangsar selepas Asar esok.

20 May 2014

NC UiTM Jawab Dakwaan Dyana Sofya, Calon DAP Teluk Intan

Penuntut yang mengikuti pengajian di Universiti Teknologi Mara (UiTM) dipilih berdasarkan merit dan cukup syarat, bukan berdasarkan fahaman politik dan status keluarga masing-masing, kata Naib Canselornya Tan Sri Profesor Sahol Hamid Abu Bakar (gambar).

Beliau sekaligus menolak dakwaan calon DAP bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan, Dyana Sofya Mohd Daud bahawa hanya anak orang Umno daripada keluarga berada sahaja dipilih memasuki UiTM berbanding anak keluarga bukan daripada parti itu.

UiTM, katanya, mengambil penuntut berdasarkan permohonan Unit Pusat Universiti (UPU) untuk ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan ia tidak boleh membuat pilihan mengikut parti.
"Ada juga yang datang merayu tidak kira siapa (orang Umno atau bukan Umno), ramai anggota parti bukan Umno datang dengan nama-nama untuk diberi tempat dan ada juga pemimpin parti bukan Umno datang minta tolong calon mereka. Kita terima (rayuan) dan beri tempat berdasarkan merit dan syarat," katanya. 

Dyana Sofya, yang juga bekas penuntut jurusan undang-undang UiTM sebelum ini mendakwa universiti itu hanya mengambil penuntut daripada kalangan keluarga pemimpin Umno yang berada untuk melanjutkan pelajaran, berbanding penuntut miskin yang lebih layak bukan daripada keluarga anggota Umno.

Sahol Hamid menarik perhatian bahawa UiTM mempunyai program khas anak miskin tegar membabitkan 5,000 penuntut daripada keluarga berpendapatan kurang RM3,000 dipilih mengikuti pengajian di universiti itu.

Beliau berkata statistik juga menunjukkan 65% pengambilan penuntut UiTM terdiri daripada anak keluarga kurang berada. Katanya, hampir 70% daripada alumni UiTM yang bilangannya hampir mencecah 600,000 datang dari luar bandar dan daripada keluarga tidak mewah. 

Sahol Hamid berkata tidak salah untuk mengaitkan UiTM dengan Umno kerana parti itulah yang memperkenalkan UiTM dan ia sehingga kini memberi sokongan berterusan dan menjaga kebajikan institusi itu.

"Mana-mana institusi sepatutnya bertuah untuk mendapat sokongan seumpama itu. UiTM berada pada kedudukannya kini kerana Umno dan tiada siapa boleh menafikan hakikat itu," katanya.
Naib Canselor itu menegaskan terdapat banyak institusi di Malaysia dan seluruh dunia yang dikaitkan dengan organisasi dan parti politik. – Bernama, 20 Mei, 2014.

14 May 2014

AHMAD SAID KESAL DAN KEMBALI SERTAI UMNO

Ahmad Razif sworn in as new Terengganu MB | Malaysia TodayMenteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman yakin bekas Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said dan Ahli Dewan Undangan Negeri Ajil, Ghazali Taib kembali menyokong kepimpinan negeri.

Ahmad Razif berkata, beliau‎ dimaklumkan terdapat komunikasi antara dua pemimpin itu bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung perkara tersebut. Dalam sidang akhbar, beliau berkata, difahamkan hasil daripada komunikasi adalah positif.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Berang, Datuk Tengku Putera Tengku Awang berkata, beliau dimaklumkan Perdana Menteri yang Ahmad dan Ghazali Taib akan kembali menyertai UMNO.

Setiausaha UMNO Terengganu itu memberitahu, melalui komunikasi yang berlaku antara Najib bersama Ahmad pagi tadi, ADUN Kijal itu menyatakan rasa kesalnya terhadap tindakan tersebut.