22 April 2015, Rompin, Pahang :
Proses penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Rompin yang diadakan di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah di sini, ditutup pada pukul 10 pagi.
Sementara itu, penulis blog Mohd. Shukri Mohd Ramli yang pada Isnin lepas mengumumkan untuk bertanding sebagai calon Bebas, tiba pada 9.50 pagi tetapi tidak dibenarkan masuk ke pusat penamaan calon kerana tidak membawa penyata kewangan serta seorang pencadang dan seorang penyokong bersamanya.
Sebelum itu, Hasan, pemangku Ketua UMNO Bahagian Rompin, diiringi Timbalan Pengerusi BN, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah berarak dari Puteri Inn, kira-kira 30 meter dari pusat penamaan calon pada pukul 8.50 pagi.
No comments:
Post a Comment