Image result for penamaan calon PRK RompinDua calon, iaitu Datuk Hasan Arifin daripada Barisan Nasional (BN), dan Nazri Ahmad daripada Pas telah menyerahkan borang pencalonan masing-masing.

Sementara itu, penulis blog Mohd. Shukri Mohd Ramli yang pada Isnin lepas mengumumkan untuk bertanding sebagai calon Bebas, tiba pada 9.50 pagi tetapi tidak dibenarkan masuk ke pusat penamaan calon kerana tidak membawa penyata kewangan serta seorang pencadang dan seorang penyokong bersamanya.
Sebelum itu, Hasan, pemangku Ketua UMNO Bahagian Rompin, diiringi Timbalan Pengerusi BN, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah berarak dari Puteri Inn, kira-kira 30 meter dari pusat penamaan calon pada pukul 8.50 pagi.

Image result for penamaan calon PRK RompinTurut bersama mengiringi Hasan ialah Naib Presiden UMNO Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang juga penyelaras BN bagi PRK Rompin; Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai; Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri Dr S.Subramaniam; Naib Presiden Gerakan, Datuk A. Kohilan Pillay berserta 5,000 anggota dan penyokong BN.