19 Feb 2013

PKR, DAP Johor Diarah TUTUP MULUT.. Demokrasi kah?

Rentetan daripada perbalahan yang berlaku antara Dr Boo Cheng Hau, Pengerusi DAP Johor dan Chua Jui Meng, Pengerusi PKR Johor, kepimpinan teringgi PKR dan DAP telah mengarahkan kedua-dua pemimpin pembangkang Johor tersebut agar MENUTUP MULUT. Apabila arahan menutup mulut ini dikeluarkan, ini bermaksud tiada DEMOKRASI di dalam parti pembangkang. Hak untuk bersuara telah DISEKAT.. maka dimana letaknya perjuangan DEMOKRASI dan Kebebasan Hak yang dilaung-laungkan oleh parti pembangkang ini? Ini bukan DEMOKRASI, tetapi KUKU BESI!


Menurut Lim Guan Eng, Setiausaha Agunng DAP, beliau telah berbincang dengan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim dan bersetuju agar perundingan perlu dilakukan dengan pemimpin tertinggi kedua-dua parti terhadap sebarang masalah berkaitan perebutan kerusi sebelum mengeluarkan kenyataan. Ianya boleh menimbulkan persepsi negatif kepada orang ramai dan memberikan impak negatif kepada pakatan pembangkang sekiranya isu ini dieksploitasi oleh media arus perdana. 

Beliau berkata, "Semua ahli DAP, PKR dan PR dinasihat membincangkan masalah yang berkaitan parti melalui saluran dalaman supaya musuh tidak menjadikan kesilapan tersebut sebagai bahan untuk membuat serangan. .............. perkara ini juga menguntungkan BN dan mengecewakan penyokong PR".

Isu ini juga mendapat reaksi daripada Datuk Dr Mahfodz Mohamed, Pesuruhjaya PAS Johor. Menurut beliau, PAS Johor menyelar tindakan menghebahkan permasalahan parti kepada media dan meminta agar permasalahan ini diselesaikan menerusi perundingan secara meja bulat

Menurut beliau, "Apa yang penting perbezaan yang berlaku tidak perlu didedahkan kerana perkara ini TIDAK BAGUS yang akhirnya kita akan BERLAWAN BERSAMA menentang BARISAN NASIONAL, BUKAN SESAMA SENDIRI. Ia juga beri imej kurang baik buat rakyat".

Apa yang menarik perhatian TS adalah menurut Pesuruhjaya PAS Johor.. PAS sanggup bertolak ansur dengan 2 rakannya yang lain dalam hal pertukaran kerusi yang bakal ditandingi pada PRU 13 di beberapa kawasan untuk mencapai situasi menang-menang. 

Menurut beliau,

" bagi PAS yang sebelum ini kita bertanding di 34 kerusi kini HANYA TINGGAL 28/29 kerusi sahaja, tentunya kita tidak akan bersetuju sepenuhnya, namun ia dilakukan menerusi proses rundingan"

Ppppsssstttttt... kalau dah kerusi yang ditandingi pun dah semakin berkurangan, bagaimana PAS nak menjadi "KEPALA" dalam Kerajaan Pakatan Pembangkang yea.. Bagaimana nak menegakkan syiar Islam.. sedangkan dalam isu kalimah ALLAH di dalam Bible versi Melayu pun pemimpin tertinggi DAP tidak menghormati keputusan Majlis Syura?   

18 Feb 2013

'BAKAL MB JOHOR' Cari Pasal...Checkmate Untuk Jui Meng??

Karpal Singh, Pengerusi DAP Kebangsaan gusar dan bimbang dengan konflik yang berlaku antara DAP dan PKR di Johor yang dikatakan telah mencetuskan perbalahan terbuka. Beliau bimbang perbalahan tersebut akan menggugat persefahaman berkaitan peruntukan kerusi  Pakatan Rakyat dalam Pilihanraya Umum Ke-13. Justeru beliau telah meminta Anwar Ibrahim bertindak sebagai perantara agar peluang pembangkang di Johor tidak terjejas dan tidak berlaku sabotaj.

Pengerusi DAP Johor, Dr Boo Cheng Hau membuat kenyataan bahawa Pengerusi PKR Johor, Chua Jui Meng sedang melancarkan kempen secara rahsia terhadap DAP Johor. Oleh itu, Karpal mahu siasatan secara mendalam dilakukan untuk mengenal pasti siapa pihak yang melakukan serangan tersebut.

Berikut adalah kenyataan Dr Boo,
“Saya sangat percaya Datuk (Dr) Chua Jui Meng adalah individu ‘dibelakang tabir’ ke atas beberapa serangan hebat terhadap DAP Johor. Terdapat gerakan bawah tanah menentang DAP Johor sejak beberapa bulan dahulu.” kata Boo.Pengerusi DAP negeri itu mendedahkan terdapat beberapa badan bukan kerajaan di negeri tersebut yang berkempen “Jangan jadikan DAP ” serta menyatakan mereka juga diserang daripada setiap sudut sehingga dilabel sebagai “bongkak”Menurutnya kemelut DAP-PKR mula berlaku semenjak Chua dilantik Ketua PKR Johor pada tahun 2009.“Perkembangan sejak dua tahun ini telah menggugat perpaduan Pakatan Rakyat, dan DAP telah menjadi sasaran oleh beberapa kuasa luar dan DAP dilabel sebagai “bongkak”.“Kisah sebenarnya, PR Johor mempunyai hubungan yang kukuh dan berkesan dalam menyelesaikan pembahagian kerusi sebelum ini tetapi sebaliknya berlaku dengan kehadiran Datuk Chua Jui Meng,” tambah Boo lagi.Disamping itu, Boo turut mengkritik langkah Chua mengumumkan dirinya sebagai calon di Gelang Patah walhal pembahagian kerusi masih dalam rundingan.“Datuk Chua Jui Meng sebelum ini mengumumkan pencalonan sendiri di Gelang Patah atas alasan beliau adalah ketua PKR Johor sebelum pembahagian kerusi di antara parti komponen PR di Johor diputuskan oleh pimpinan pusat.“Sebagai orang baru dalam PR, Datuk Chua Jui Meng digesa supaya menghormati sejarah persefahaman dan hubungan erat antara parti komponen dalam PR di Johor sejak sejak dahulu lagi,” tambah Boo.Boo juga berharap bekas pemimpin MCA tersebut mencerminkan dirinya yang sering dilihat memperkecilkan DAP dan pemimpin utamanya.“Bagi PR menakluk Johor sebagai salah satu negeri sasaran, sudah sampai masanya untuk saya meminta secara rasmi sama ada Datuk Seri Anwar Ibrahim atau (Datuk Seri) Dr Wan Azizah untuk mengambil alih kedudukan ketua PKR negeri Johor dan memantau rancangan untuk menawan negeri seperti Johor ini,” ujar Boo lagi.
Menurut Karpal,

'Kredibiliti Chua boleh diragui. Kehadirannya yang begitu lama bersama MCA dan Barisan Nasional serta kegagalannya dalam percubaan untuk menjadi Presiden MCA pada 2004 dan keghairahannya untuk mendapatkan kembali kerusi parlimen sudah pasti menimbulkan masalah kredibiliti, yang mungkin mengatasi daya inteleknya'.

Menurut Karpal lagi, 

'Chua patut menyedari bahawa seorang ahli politik yang meninggalkan 'ibu politiknya' TIDAK LAYAK DIPANDANG MULIA dan PENUH KEBANGGAAN. Sekiranya apa yang dilakukan CHua boleh memberi kesan tidak baik kepada pakatan pembangkang, MAKA PERBUATANNYA PERLU DISEKAT, LEBIH CEPAT, LEBIH BAIK'.

 

YAB Perdana Menteri Letak Jawatan??

Hari ini.. Pihak yang tidak bertanggungjawab telah menggodam laman web e-penerangan yang memaparkan berita palsu menyatakan bahawa YAB Perdana Menteri meletakkan jawatan. Keji sungguh perbuatan tersebut. Jabatan Penerangan telah menafikan kebenaran berita ini dan disyaki sistem e-akhbar telah digodam.
Yang peliknya pulak.. Nizar dah update dalam akaun Twitter nya tentang berita ini pada 17 Februari 2013 jam 3.22 am... Ahli Nujum kah dia?  Dari mana dia dapat sumber ini.. memang hebat!
Kenyataan Nizar di dalam Twitter : https://twitter.com/mbnizar/status/303101992098729984
Hentikan lah kerja-kerja macam nie.. tak lama lagi Rakyat akan membuat pilihan.. Siapa yang diyakini untuk terus mentadbir negara.. dan TS YAKIN.. BN adalah PILIHAN YANG TEPAT!
 




 

14 Feb 2013

MELAYU MESTI TOLAK DAP... KENAPA?


Berikut adalah FAKTA mengapa Orang MELAYU MESTI TOLAK DAP :~

1. Lim Guan Eng, ketika menjawat jawatan sebagai Timbalan Setiausaha Agung DAP telah berjanji akan menghapuskan Hak Orang Melayu dan pada 27 Mei 2008, Lim Kit Siang mahu mansuhkan perkataan "Ketuanan Melayu" dan menggantikannya dengan "Ketuanan Malaysia yang kononnya lebih adil.

2. 16 Februari 2009, DAP usir peniaga Melayu dan penduduk Melayu. Seramai 80 orang peniaga di Batu Ferringhi, Pulau Pinang, Kampung Pokok Asam dan beberapa tempat lain diusir DAP.

3. DAP mahu mengusir orang Melayu di Pulau Pinang. Kerajaan DAP Pulau Pinang telah mewartakan tanah seluas 81 hektar di Pondok Upeh dan Kampung Genting Balik Pulau di bawah Seksyen 8 Akta Pengambilan Tanah untuk membina kampus University Nanyang di Pulau Pinang

4. Pada 29 November 2009, Lim Kit Siang (Penasihat DAP) dan Nga Kor Ming (Setiausaha Agung DAP Perak) telah memijak gambar dua orang wakil rakyat Melayu sebelum memasuki dewan untuk Konvesyen DAP Perak di Ipoh.
 
5. 14 Februari 2008, Teresa Kok membantah cadangan DBKL untuk menulis nama jalan dengan tulisan jawi di Jalan Taman Seputeh.

6. DAP telah menggunakan Nizar Jamaluddin (bekas MB Perak) untuk memberi status hak milik kekal selama 999 tahun kepada penduduk yang mendiami lot-lot tanah di Kampung Baru.

7. 22 Januari 2010, M. Kulasegaran (Ahli Parlimen DAP Ipoh Barat, Naib Presiden DAP) mempertikaikan kenapa peniaga Cina tidak diberikan peruntukan dalam skim pinjaman TEKUN.
 
8. 20 Jun 2008 ,Gwee Tong Hiang enggan memakai songkok dalam Dewan Undangan Negeri Johor dan menganggap pemakaian songkok seperti meng"Islam"kannya di hadapan Sultan Johor.

9. 26 Julai 2010, Tony Pua mencadangkan Kerajaan Selangor agar memansuhkan dasar pemberian diskaun tujuh peratus kepada pembeli Bumiputera dalam pemilikan hartanah komersil dan kediaman mewah yang bernilai lebih RM 500,000.

10. 25 November 1999, Lim Guan Eng (ketika menjawat jawatan Timbalan Setiauasaha Agung DAP) berjanji akan menghapuskan hak orang Melayu.

 
  Melayu TERIMA DAP.. Hancur MELAYU.. Hancur ISLAM..


12 Feb 2013

RUMAH INI RUMAH KITA.. Jangan Biar Cacing Naik Ke Mata!!


 

Mari kita cari titik persamaan,
Jangan dibesarkan titik perbezaan,
Di situ bermula perpaduan kita,
Di situ bermula perpecahan kita...

Benarkah ini rumah kita,
Memang benar dek oi,
Duduklah di kerusi,
Jangan duduk di lantai saja...

Rumah ini rumah kita,
Memang benar dek oi,
Sudah terang lagi lah nyata,
Jangan sengketa,
Sesama kita jangan sengketa...

Rumah ini rumah kita,
Jangan biarkan orang yang jaga,
Ditangan kita,
Buruk baik ditangan kita...


Benarlah ini rumah kita,
Makan la isi,
Jangan hanya hirup kuahnya...

Baru tentu hala tujunya,
Anak cucu terpelihara,
Berbaik berpada-pada,
Jangan cacing naik ke mata
.

BR1M 3.0 dan BR1M 4.0 Diteruskan..

YAB Dato' Seri Najib Razak, Perdana Menteri Malaysia dalam Majlis Sambutan Tahun Baru Cina Negeri Johor telah membuat pengumuman di hadapan 20,000 orang hadirin di Econsave Senai bahawa pemberian BR1M 3.0 dan BR1M 4.0 akan diteruskan. Ianya akan diberi kepada kumpulan penerima sama untuk membantu golongan yang berpendapatan rendah dah sederhana. Ianya juga diperluaskan kepada golongan bujang dan berusia 21 tahun ke bawah dan mempunyai pendapatan RM 2,000.00 ke bawah sebulan. 

Menurut YAB Perdana Menteri,

'Barisan Nasional (BN) sebagai Kerajaan yang prihatin dengan nasib rakyat. Kerajaan boleh meneruskan dasar membantu rakyat, orang ramai mesti memberi mandat kepada Barisan Nasional (BN) untuk membentuk Kerajaan pada pilihanraya umum nanti. Jika kita mampu memperoleh Kerajaan yang kuat, masa depan kita dan negara akan lebih cerah'.

P/S : Alhamdulillah... majlis berjalan lancar.. tidak berlaku sebarang provokasi, tidak seperti di Penang.Ada jugak lah yang meroyan, datang pakai baju hijau Lynas tuh.. tapi xder kesan pun.. menyemak jer...

11 Feb 2013

Sambutan Tahun Baru Cina 2013... Sangat 'MENARIK' Di Penang.

Sambutan Tahun Baru Cina pada kali nie memang menarik.. memang amat berbeza.. bukan kerana hujan turun mencurah-curah sejak hari Jumaat yang lalu.. Bukan kerana dentuman bunga api yang mewarnai langit dan bunyi dentumannya memekakkan telinga.. yang sudah pasti harganya bukan 2 singget. Bukan juga kerana kehadiran Psy dengan Gangnam Style nya di Pulau Pinang..  tetapi dengan pelbagai kejadian yang jika Orang Melayu nilaikannya secara mendalam.. bisa menggelegak dan memuntahkan api kemarahan terhadap bangsa tersebut. 


'Ah Jib Gor' telah dimalukan di Pulau Pinang.. Ya.. Perdana Menteri Malaysia yang bekerja berhempas pulas untuk rakyatnya telah dimalukan di Pulau Pinang..' Pulau Mutiara ' bagi bangsa itu.. insiden membaling nasi bungkus, mencampakkan dan membakar mercun bom beserta jeritan 'NO' dan 'BOOO' semasa Perdana Menteri bertanyakan samada rakyat Pulau Pinang bersedia untuk menerima BN menunjukkan penolakan kaum itu dan mereka mahukan DAP.

Sambutan Tahun Baru Cina pada kali ini juga bukan hanya 'menarik' dengan 'serangan' terhadap YAB Perdana Menteri tetapi juga berlaku kepada Institusi Di Raja. Leong Pei Koe telah menunjukkan isyarat lucah kepada konvoi DYMM Raja Permaisuri Agong dan telah ditahan oleh pihak berkuasa. Walaupun amaran telah diberikan kepada Leong Pei Koe bahawa beliau boleh ditahan dan ditangkap di bawah Seksyen 294 (a) KK, namun dengan beraninya beliau mencabar pihak berkuasa agar menangkapnya dan berkata, di Pulau Pinang, Polis Melayu tiada kuasa kerana Pulau Pinang ADALAH HAK MILIK CINA!. Alasan yang diberikan mengapa beliau bertindak sedemikian, bagi TS tidak boleh diterima.. Dia bertengkar dengan bapanya di dalam kereta dan apabila keluar dari kereta bapanya, dia meluahkan perasaan marah dengan menunjukkan isyarat lucah kepada kenderaan-kenderaan yang bergerak berhampiran dengannya. 

SEMUA INI BERLAKU DI PULAU PINANG! Putrajaya belum menjadi milik mereka.. tetapi 'cacing sudah naik ke mata'. Penghinaan demi penghinaan , provokasi demi provokasi, fitnah demi fitnah mereka lakukan DEMI UNTUK MERAIH KUASA.. dan Kerajaan Barisan Nasional yang ditunjangi oleh UMNO masi lagi bersabar.. Ah Jib Gor juga masih KENTAL dan BERSABAR.. BN terus memberikan khidmat kepada seluruh rakyatnya walaupun di negeri Kerajaan Pembangkang.. 'BN MEMANG TAK RETI BAHASA! Walaupun ditolak terus mara'. YAB PM telah mengumumkan BN terus memberikan komitmen di Penang dengan menyediakan kemudahan monorel untuk mengatasi kesesakan lalu lintas dan menyediakan 20,000 unit rumah mampu milik sekiranya BN berjaya mentadbir kembali.

Kejadian-kejadian ini sebenarnya ada hikmahnya.. Ianya menunjukkan belang DAP dan Pakatan Pembangkang yang sebenar. Tindakan mereka yang sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapatkan kuasa menimbulkan KEBENCIAN Orang Melayu dan mereka yang cintakan keamanan dan kesejahteraan terhadap DAP yang sangat RASIS , PKR yang bersekongkol dan PAS yang dikatakan mendukung perjuangan Islam hanya berdiam diri.

8 Feb 2013

Pegawai Khas Ronnie Liu Letak Jawatan

Fuhhhh.. Panas.. memang panas berapi... Meletup pasal Jafrei Nordin, Pegawai Khas Ronnie Liu, Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan Selangor letak jawatan.. Berkuatkuasa SERTA MERTA.. Beliau di dalam sidang akhbar menyatakan bahawa keputusan itu dibuat kerana telah hilang keyakinan terhadap Ronnie Liu dan Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor khususnya dalam pelbagai isu membabitkan kebajikan rakyat di Selangor. Beliau tidak tahan dengan sikap hipokrit dan penyalahgunaan kuasa yang dilakukan oleh pemimpin tersebut.

Tindakan Ronnie yanng berdiam diri dan tidak menjawab tuduhan rasuah serta penyalahgunaan kuasa telah menimbulkan pelbagai persoalan tentang ketelusannya memikul segala tanggungjawab yang diamanahkan. Sepanjang tempoh beliau berkhidmat bermula pada 1 Julai 2008, Jafrei melihat wajah dan karektor sebenar serta sikap tamak Ronnie semakin menjadi-jadi mengejar keuntungan sehingga tanggungjawab yang diamanahkan oleh rakyat diabaikan.

Jafrei yang juga aktivis DAP sejak 2004 turut mendakwa Ronnie Liu adalah seorang pemimpin yang SANGAT RASIS. Menurut beliau, Ronnie dan DAP Selangor menganggap PKR sebagai sebuah parti 'Pak Lawak' dan sering kali berseloroh, bertanya kepadanya 'BAGAIMANA ORG MELAYU BOLEH MENYOKONG PKR YANG DITERAJUI OLEH JOKERS'. Ronnie dan pemimpin utama DAP juga menganggap Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim terlalu kemaruk untuk menjadi Perdana Menteri sehingga sanggup menggadaikan apa sahaja. 

Menurut beliau lagi, 'Saya melihat sendiri bagaimana peranan yang dimainkan oleh Ronnie Liu dalam memecah-belahkan parti PAS di Selangor bagi memastikan DAP terus mendominasi Pakatan Rakyat Selangor. Saya tahu bagaimana usaha yang dijalankan oleh Ronnie Liu juga dan DAP untuk memujuk tokoh Melayu Liberal seperti Datuk Zaid Ibrahim untuk bertanding di Selangor di bawah payung DAP bagi memastikannya mampu membentuk Kerajaan Baru di Selangor lantas menafikan hak calon PKR sebagai Menteri Besar selepas Pilihan Raya Umum Ke-13'.

Nah... wahai Rakyat Malaysia.. masihkan setiap dari anda terus mempercayai Pakatan Rakyat mampu untuk menerajui Negara ini? Kebenaran demi kebenaran telah muncul di depan mata.. kita sendiri melihat seorang demi seorang orang kuat dalam PR ini hilang keyakinan dan tidak mahu bersekongkol lagi bersama PR.. Selamatkanlah Malaysia dari mereka yang rakus dengan kuasa.. Kurniakanlah Malaysia dengan pemimpin yang benar, yang baik.. Aaaminnnnnn.... 
 



7 Feb 2013

ISU TANAH KPRJ

Isu Tanah KPRJ yang dikaitkan dengan Dato' Lim Kang Hoo dan YAB Menteri Besar Johor meletup-letup.. Maka.. TS mengambil kesempatan membantu menyebarkan KEBENARAN mengenai isu ini.. Terima kasih kepada Johorsector yang memberikan fakta sebenar.. Dato' Lim Kang Hoo yang dikatakan sebagai KRONI YAB Menteri Besar Johor dan beliau juga pemegang saham sebanyak 70%, manakala KPRJ hanya 30% adalah TIDAK BENAR.