11 Feb 2013

Sambutan Tahun Baru Cina 2013... Sangat 'MENARIK' Di Penang.

Sambutan Tahun Baru Cina pada kali nie memang menarik.. memang amat berbeza.. bukan kerana hujan turun mencurah-curah sejak hari Jumaat yang lalu.. Bukan kerana dentuman bunga api yang mewarnai langit dan bunyi dentumannya memekakkan telinga.. yang sudah pasti harganya bukan 2 singget. Bukan juga kerana kehadiran Psy dengan Gangnam Style nya di Pulau Pinang..  tetapi dengan pelbagai kejadian yang jika Orang Melayu nilaikannya secara mendalam.. bisa menggelegak dan memuntahkan api kemarahan terhadap bangsa tersebut. 


'Ah Jib Gor' telah dimalukan di Pulau Pinang.. Ya.. Perdana Menteri Malaysia yang bekerja berhempas pulas untuk rakyatnya telah dimalukan di Pulau Pinang..' Pulau Mutiara ' bagi bangsa itu.. insiden membaling nasi bungkus, mencampakkan dan membakar mercun bom beserta jeritan 'NO' dan 'BOOO' semasa Perdana Menteri bertanyakan samada rakyat Pulau Pinang bersedia untuk menerima BN menunjukkan penolakan kaum itu dan mereka mahukan DAP.

Sambutan Tahun Baru Cina pada kali ini juga bukan hanya 'menarik' dengan 'serangan' terhadap YAB Perdana Menteri tetapi juga berlaku kepada Institusi Di Raja. Leong Pei Koe telah menunjukkan isyarat lucah kepada konvoi DYMM Raja Permaisuri Agong dan telah ditahan oleh pihak berkuasa. Walaupun amaran telah diberikan kepada Leong Pei Koe bahawa beliau boleh ditahan dan ditangkap di bawah Seksyen 294 (a) KK, namun dengan beraninya beliau mencabar pihak berkuasa agar menangkapnya dan berkata, di Pulau Pinang, Polis Melayu tiada kuasa kerana Pulau Pinang ADALAH HAK MILIK CINA!. Alasan yang diberikan mengapa beliau bertindak sedemikian, bagi TS tidak boleh diterima.. Dia bertengkar dengan bapanya di dalam kereta dan apabila keluar dari kereta bapanya, dia meluahkan perasaan marah dengan menunjukkan isyarat lucah kepada kenderaan-kenderaan yang bergerak berhampiran dengannya. 

SEMUA INI BERLAKU DI PULAU PINANG! Putrajaya belum menjadi milik mereka.. tetapi 'cacing sudah naik ke mata'. Penghinaan demi penghinaan , provokasi demi provokasi, fitnah demi fitnah mereka lakukan DEMI UNTUK MERAIH KUASA.. dan Kerajaan Barisan Nasional yang ditunjangi oleh UMNO masi lagi bersabar.. Ah Jib Gor juga masih KENTAL dan BERSABAR.. BN terus memberikan khidmat kepada seluruh rakyatnya walaupun di negeri Kerajaan Pembangkang.. 'BN MEMANG TAK RETI BAHASA! Walaupun ditolak terus mara'. YAB PM telah mengumumkan BN terus memberikan komitmen di Penang dengan menyediakan kemudahan monorel untuk mengatasi kesesakan lalu lintas dan menyediakan 20,000 unit rumah mampu milik sekiranya BN berjaya mentadbir kembali.

Kejadian-kejadian ini sebenarnya ada hikmahnya.. Ianya menunjukkan belang DAP dan Pakatan Pembangkang yang sebenar. Tindakan mereka yang sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapatkan kuasa menimbulkan KEBENCIAN Orang Melayu dan mereka yang cintakan keamanan dan kesejahteraan terhadap DAP yang sangat RASIS , PKR yang bersekongkol dan PAS yang dikatakan mendukung perjuangan Islam hanya berdiam diri.

No comments:

Post a Comment