Fuhhhh.. Panas.. memang panas berapi... Meletup pasal Jafrei Nordin, Pegawai Khas Ronnie Liu, Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan Selangor letak jawatan.. Berkuatkuasa SERTA MERTA.. Beliau di dalam sidang akhbar menyatakan bahawa keputusan itu dibuat kerana telah hilang keyakinan terhadap Ronnie Liu dan Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor khususnya dalam pelbagai isu membabitkan kebajikan rakyat di Selangor. Beliau tidak tahan dengan sikap hipokrit dan penyalahgunaan kuasa yang dilakukan oleh pemimpin tersebut.
Tindakan Ronnie yanng berdiam diri dan tidak menjawab tuduhan rasuah serta penyalahgunaan kuasa telah menimbulkan pelbagai persoalan tentang ketelusannya memikul segala tanggungjawab yang diamanahkan. Sepanjang tempoh beliau berkhidmat bermula pada 1 Julai 2008, Jafrei melihat wajah dan karektor sebenar serta sikap tamak Ronnie semakin menjadi-jadi mengejar keuntungan sehingga tanggungjawab yang diamanahkan oleh rakyat diabaikan.
Jafrei yang juga aktivis DAP sejak 2004 turut mendakwa Ronnie Liu adalah seorang pemimpin yang SANGAT RASIS. Menurut beliau, Ronnie dan DAP Selangor menganggap PKR sebagai sebuah parti 'Pak Lawak' dan sering kali berseloroh, bertanya kepadanya 'BAGAIMANA ORG MELAYU BOLEH MENYOKONG PKR YANG DITERAJUI OLEH JOKERS'. Ronnie dan pemimpin utama DAP juga menganggap Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim terlalu kemaruk untuk menjadi Perdana Menteri sehingga sanggup menggadaikan apa sahaja.
Menurut beliau lagi, 'Saya melihat sendiri bagaimana peranan yang dimainkan oleh Ronnie Liu dalam memecah-belahkan parti PAS di Selangor bagi memastikan DAP terus mendominasi Pakatan Rakyat Selangor. Saya tahu bagaimana usaha yang dijalankan oleh Ronnie Liu juga dan DAP untuk memujuk tokoh Melayu Liberal seperti Datuk Zaid Ibrahim untuk bertanding di Selangor di bawah payung DAP bagi memastikannya mampu membentuk Kerajaan Baru di Selangor lantas menafikan hak calon PKR sebagai Menteri Besar selepas Pilihan Raya Umum Ke-13'.
Nah... wahai Rakyat Malaysia.. masihkan setiap dari anda terus mempercayai Pakatan Rakyat mampu untuk menerajui Negara ini? Kebenaran demi kebenaran telah muncul di depan mata.. kita sendiri melihat seorang demi seorang orang kuat dalam PR ini hilang keyakinan dan tidak mahu bersekongkol lagi bersama PR.. Selamatkanlah Malaysia dari mereka yang rakus dengan kuasa.. Kurniakanlah Malaysia dengan pemimpin yang benar, yang baik.. Aaaminnnnnn....
No comments:
Post a Comment