19 Feb 2013

PKR, DAP Johor Diarah TUTUP MULUT.. Demokrasi kah?

Rentetan daripada perbalahan yang berlaku antara Dr Boo Cheng Hau, Pengerusi DAP Johor dan Chua Jui Meng, Pengerusi PKR Johor, kepimpinan teringgi PKR dan DAP telah mengarahkan kedua-dua pemimpin pembangkang Johor tersebut agar MENUTUP MULUT. Apabila arahan menutup mulut ini dikeluarkan, ini bermaksud tiada DEMOKRASI di dalam parti pembangkang. Hak untuk bersuara telah DISEKAT.. maka dimana letaknya perjuangan DEMOKRASI dan Kebebasan Hak yang dilaung-laungkan oleh parti pembangkang ini? Ini bukan DEMOKRASI, tetapi KUKU BESI!


Menurut Lim Guan Eng, Setiausaha Agunng DAP, beliau telah berbincang dengan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim dan bersetuju agar perundingan perlu dilakukan dengan pemimpin tertinggi kedua-dua parti terhadap sebarang masalah berkaitan perebutan kerusi sebelum mengeluarkan kenyataan. Ianya boleh menimbulkan persepsi negatif kepada orang ramai dan memberikan impak negatif kepada pakatan pembangkang sekiranya isu ini dieksploitasi oleh media arus perdana. 

Beliau berkata, "Semua ahli DAP, PKR dan PR dinasihat membincangkan masalah yang berkaitan parti melalui saluran dalaman supaya musuh tidak menjadikan kesilapan tersebut sebagai bahan untuk membuat serangan. .............. perkara ini juga menguntungkan BN dan mengecewakan penyokong PR".

Isu ini juga mendapat reaksi daripada Datuk Dr Mahfodz Mohamed, Pesuruhjaya PAS Johor. Menurut beliau, PAS Johor menyelar tindakan menghebahkan permasalahan parti kepada media dan meminta agar permasalahan ini diselesaikan menerusi perundingan secara meja bulat

Menurut beliau, "Apa yang penting perbezaan yang berlaku tidak perlu didedahkan kerana perkara ini TIDAK BAGUS yang akhirnya kita akan BERLAWAN BERSAMA menentang BARISAN NASIONAL, BUKAN SESAMA SENDIRI. Ia juga beri imej kurang baik buat rakyat".

Apa yang menarik perhatian TS adalah menurut Pesuruhjaya PAS Johor.. PAS sanggup bertolak ansur dengan 2 rakannya yang lain dalam hal pertukaran kerusi yang bakal ditandingi pada PRU 13 di beberapa kawasan untuk mencapai situasi menang-menang. 

Menurut beliau,

" bagi PAS yang sebelum ini kita bertanding di 34 kerusi kini HANYA TINGGAL 28/29 kerusi sahaja, tentunya kita tidak akan bersetuju sepenuhnya, namun ia dilakukan menerusi proses rundingan"

Ppppsssstttttt... kalau dah kerusi yang ditandingi pun dah semakin berkurangan, bagaimana PAS nak menjadi "KEPALA" dalam Kerajaan Pakatan Pembangkang yea.. Bagaimana nak menegakkan syiar Islam.. sedangkan dalam isu kalimah ALLAH di dalam Bible versi Melayu pun pemimpin tertinggi DAP tidak menghormati keputusan Majlis Syura?   

No comments:

Post a Comment