Karpal Singh, Pengerusi DAP Kebangsaan gusar dan bimbang dengan konflik yang berlaku antara DAP dan PKR di Johor yang dikatakan telah mencetuskan perbalahan terbuka. Beliau bimbang perbalahan tersebut akan menggugat persefahaman berkaitan peruntukan kerusi Pakatan Rakyat dalam Pilihanraya Umum Ke-13. Justeru beliau telah meminta Anwar Ibrahim bertindak sebagai perantara agar peluang pembangkang di Johor tidak terjejas dan tidak berlaku sabotaj.
Pengerusi DAP Johor, Dr Boo Cheng Hau membuat kenyataan bahawa Pengerusi PKR Johor, Chua Jui Meng sedang melancarkan kempen secara rahsia terhadap DAP Johor. Oleh itu, Karpal mahu siasatan secara mendalam dilakukan untuk mengenal pasti siapa pihak yang melakukan serangan tersebut.
Berikut adalah kenyataan Dr Boo,
“Saya sangat percaya Datuk (Dr) Chua Jui Meng adalah individu ‘dibelakang tabir’ ke atas beberapa serangan hebat terhadap DAP Johor. Terdapat gerakan bawah tanah menentang DAP Johor sejak beberapa bulan dahulu.” kata Boo.Pengerusi DAP negeri itu mendedahkan terdapat beberapa badan bukan kerajaan di negeri tersebut yang berkempen “Jangan jadikan DAP ” serta menyatakan mereka juga diserang daripada setiap sudut sehingga dilabel sebagai “bongkak”Menurutnya kemelut DAP-PKR mula berlaku semenjak Chua dilantik Ketua PKR Johor pada tahun 2009.“Perkembangan sejak dua tahun ini telah menggugat perpaduan Pakatan Rakyat, dan DAP telah menjadi sasaran oleh beberapa kuasa luar dan DAP dilabel sebagai “bongkak”.“Kisah sebenarnya, PR Johor mempunyai hubungan yang kukuh dan berkesan dalam menyelesaikan pembahagian kerusi sebelum ini tetapi sebaliknya berlaku dengan kehadiran Datuk Chua Jui Meng,” tambah Boo lagi.Disamping itu, Boo turut mengkritik langkah Chua mengumumkan dirinya sebagai calon di Gelang Patah walhal pembahagian kerusi masih dalam rundingan.“Datuk Chua Jui Meng sebelum ini mengumumkan pencalonan sendiri di Gelang Patah atas alasan beliau adalah ketua PKR Johor sebelum pembahagian kerusi di antara parti komponen PR di Johor diputuskan oleh pimpinan pusat.“Sebagai orang baru dalam PR, Datuk Chua Jui Meng digesa supaya menghormati sejarah persefahaman dan hubungan erat antara parti komponen dalam PR di Johor sejak sejak dahulu lagi,” tambah Boo.Boo juga berharap bekas pemimpin MCA tersebut mencerminkan dirinya yang sering dilihat memperkecilkan DAP dan pemimpin utamanya.“Bagi PR menakluk Johor sebagai salah satu negeri sasaran, sudah sampai masanya untuk saya meminta secara rasmi sama ada Datuk Seri Anwar Ibrahim atau (Datuk Seri) Dr Wan Azizah untuk mengambil alih kedudukan ketua PKR negeri Johor dan memantau rancangan untuk menawan negeri seperti Johor ini,” ujar Boo lagi.
'Kredibiliti Chua boleh diragui. Kehadirannya yang begitu lama bersama MCA dan Barisan Nasional serta kegagalannya dalam percubaan untuk menjadi Presiden MCA pada 2004 dan keghairahannya untuk mendapatkan kembali kerusi parlimen sudah pasti menimbulkan masalah kredibiliti, yang mungkin mengatasi daya inteleknya'.
Menurut Karpal lagi,
'Chua patut menyedari bahawa seorang ahli politik yang meninggalkan 'ibu politiknya' TIDAK LAYAK DIPANDANG MULIA dan PENUH KEBANGGAAN. Sekiranya apa yang dilakukan CHua boleh memberi kesan tidak baik kepada pakatan pembangkang, MAKA PERBUATANNYA PERLU DISEKAT, LEBIH CEPAT, LEBIH BAIK'.
No comments:
Post a Comment