8 Mar 2012

PERASAN! Pemansuhan SBPA DESAKAN PR

Wakakkakakakak... geli hati TS bila terbaca berita yang dipaparkan di dalam HARAMKAH DAILY (klik di sini) yang memberi respon terhadap pengumuman YAB Perdana Menteri mengenai PEMANSUHAN PELAKSANAAN SBPA. Puak2 Pakatan Pembangkang nie pun nak dapat saham bahawa keputusan tersebut dibuat atas desakan mereka.. Tak habis-habis nak perasan.. Keputusan YAB Perdana Menteri itu menunjukkan bahawa Perdana Menteri mendengar dan mempertimbangkan Suara Rakyat.. Bertepatan dengan slogan yang dilaung-laungkan..bahawa RAKYAT DIDAHULUKAN..Antara kenyataan yang dibuat oleh pemimpin Pakatan Pembangkang yang boleh dijadikan bahan lawak antarabangsa adalah seperti berikut :-

Ketua Penerangan Muslimat PAS Pusat, Aiman Athirah al-Jundi, mendakwa 10 janji jingga, yang terkandung dalam Program 100 Hari Pakatan Rakyat, antaranya mengiktiraf peranan dan jasa kakitangan awam berjaya memberi tekanan kepada Najib.

Tambah Athirah, keadaan itu juga menunjukkan pihak kerajaan tidak faham dalam menguruskan skim gaji penjawat awam.

Ekoran itu, Athirah berkata rakyat perlu sedar bahawa peranan Pakatan Rakyat begitu penting dalam usaha mengimbangi keperluan rakyat.



Ketua Angkatan Muda PKR, Shamsul Iskandar Mohd Akin, Pakatan Rakyat mempunyai saham dalam perubahan ini kerana hasil desakan merekalah SBPA tidak jadi dilaksanakan.

"SBPA dibatalkan & Sistem Saraan Malaysia (SSM) ditambahbaik. Tentunya hasil desakan PR," katanya dalam Twitter.

Bukankah satu tika dahulu, Rakan Pakatan Pembangkang iaitu DAP mahu mengecilkan jumlah kakitangan kerajaan.. kali ini kononnya mereka mengiktiraf peranan dan jasa kakitangan kerajaan.. Apa yang TS lihat, tidak kelihatan pun kebenaran yang dinyatakan oleh pemimpin berkenaan mengenai peranan penting Pakatan Rakyat dalam mengimbangi keperluan rakyat. Yang TS lihat..memanjang ada saja isu yang diutarakan yang di spin atas kepentingan untuk meraih sokongan politik semata-mata.. menjerit-jerit, memaki hamun, mengeji, memandang lekeh di atas segala usaha yang dilakukan oleh Kerajaan.

P/S Puak Pakatan Haram nie PERASAN BAGUS, TAPI HAPRAK!!!..

7 Mar 2012

SBPA DIBATALKAN, SSM DITAMBAHBAIK

Debaran kakitangan awam Malaysia telah berakhir.. YAB Perdana Menteri telah pun mengumumkan bahawa Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang diperkenalkan pada 1 Januari 2012 dibatalkan dan Sistem Saraan Malaysia (SSM) diteruskan dan ditambahbaik. Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) menjadi tempat bersejarah dimana pengumuman tersebut dibuat dalam Majlis Perhimpunan Khas Penjawat Awam Bersama YAB Perdana Menteri.

Pelarasan gaji kakitangan awam adalah berdasarkan kepada jadual gaji matriks Sistem Saraan Malaysia (SSM) mengikut GRED yang telah ditetapkan. Bagi Kumpulan Pengurusan dan Profesional dan Kumpulan Pelaksana dari GRED 1 hingga 54 akan menikmati pelarasan sebanyak 13 peratus. Pelarasan sebanyak 9 peratus pula diberikan kepada kakitangan awam kumpulan GRED C, B dan A. Gred Turus III dan II pula akan menikmati pelarasan sebanyak 8 peratus dan Gred Turus I dan Ketua Setiausaha Negara (KSN) pula sebanyak 7 peratus.

Selain daripada pelarasan gaji, YAB Perdana Menteri turut mengumumkan kenaikan COLA. COLA bagi kawasan B sebanyak RM 250 berbanding RM 200, manakala bagi kawasan C adalah RM 150 berbanding RM 100.

Pengumuman ini sudah pasti mengundang pelbagai reaksi di kalangan kakitangan awam itu sendiri, malahan seluruh rakyat. Walau apa pun, Keputusan telah dibuat dan semestinya pelbagai pertimbangan telah dilakukan sebelum keputusan tersebut dibuat. Harapan rakyat adalah semoga kualiti perkhidmatan awam yang diberikan dipertingkatkan seiring dengan transformasi yang diperkenalkan oleh YAB Perdana Menteri.

P/S Pssttttt... RAKYAT DAH RISAU.. NAIKNYA GAJI KAKITANGAN AWAM..MAKA BEREBUT-REBUTLAH HARGA BARANG NAIK..

6 Mar 2012

Kehebatan seorang SUAMI

Hari ini kita dihidangkan dengan sebuah berita mengenai kehebatan seorang lelaki berstatus SUAMI yang berusia 50-an.. sehingga sanggup melanggar hukum agama akibat NAFSU..memperisterikan 6 ORANG WANITA dengan cara PENIPUAN..


Berikut adalah petikan daripada akhbar Harian Metro :-

KOTA BHARU: Bermodalkan air liur dan putar belit, seorang lelaki berusia 50-an di sini, dikatakan licik menipu empat isterinya untuk bertindak gila dengan menambah dua lagi ‘cawangan’ menjadikan jumlah keseluruhan isterinya enam.

Lelaki itu didakwa mengahwini isteri kelima di negara jiran pada Mac tahun lalu dan selang sebulan selepas itu mengahwini pula seorang wanita berstatus janda di tempat sama.

Dakwaan mengejutkan itu didedahkan seorang ahli keluarga terdekat lelaki terbabit yang tidak sanggup melihat saudaranya itu bergelumang dengan dosa.

Waris yang hanya mahu dikenali sebagai Hani, 40, berkata, dia terkejut kerana saudaranya itu berani melanggar hukum Islam apabila memiliki enam isteri serentak.


“Saya hairan bagaimana perkara ini boleh berlaku kerana ini kesalahan serius. Mempunyai lebih daripada empat isteri melanggar hukum agama dan perkahwinannya dengan isteri kelima dan keenam sepatutnya tidak sah,” katanya ketika ditemui, semalam.


Cerita tentang kehebatan seorang suami nie.. teringat pula kes seorang Ostad yang ditangkap khalwat baru-baru ini.. TS bersangka baik dalam hal ini..Hanya ingin mengetahui sebenarnya beliau masih ada berapa orang isteri? Isteri pertama bernama Zumrah..isteri kedua seorang janda bernama Harlina Zainuddin yang dikahwini pada Oktober 2010. Isteri ketiga bernama Aishah Binti Abu Bakar yang dikahwini pada Nov 2003. Aishah pernah membuat laporan Polis kerana Badrol Amin pernah mengasari beliau dan tidak memberikan nafkah (klik sini) Isteri terkini adalah Ini Fiona yang dikahwini pada November 2011.

Ikuti pendedahan yang dilakukan oleh Blogger Semut Hitam (klik di sini)

T/S Pssttttt.. Puan yang kena cekup ngan dia tuh.. agak2 dia nak jadikan bini ke berapa?



3 Mar 2012

Duit BR1M Ahli PAS Kena Pow? WoW!!

Fuuuhhhhh... terkujat TS bila satu pendedahan yang dilakukan oleh rakan blogger TS, http://taipingcentral.blogspot.com/ mengenai duit BR1M ahli PAS kena POW oleh PAS Kawasan Taiping.. Ini bukan cerita tipu..ini bukan rekaan.. ini bukan KONSPIRASI BN / UMNO.. ini benar-benar kejadian.. tak payah la nak salahkan orang-orang BN / orang-orang UMNO dengan tersebarnya kisah ini.. bukan salah kami yea wahai puak-puak PAS.. orang kuat kamu sendiri yang dedahkan perkara ini.. tak caya.. ce tengok lampiran surat berkenaan.. siap ada minit dan sign dari Setiausaha tuh..


fuuuhhhhhh... TS kesian kat ahli-ahli PAS.. tak cukup dengan buat kutipan tabung dalam ceramah-ceramah yang mereka anjurkan.. nie dengan cara lain pulak nak tambah dana.. meng POW duit BR1M kat ahli-ahli melalui edaran surat.. cantik punya ayat '15% daripada sumbangan akan dikembalikan kepada pihak cawangan '. Bukan ke duit tuh korang cakap.. Kerajaan nak RASUAH, nak BELI rakyat? Bukan ke korang cakap.. BR1M tuh duit HARAM? BR1M adalah GULA-GULA Kepada rakyat? tak malu dan tak geli ker korang weiiii... pow duit rasuah, duit haram, makan gula-gula yang Kerajaan bagi? hahahhahhahaha... lawak la puak-puak nie.. agak-agak ler kan... ahli-ahli yang korang WAJIBKAN menderma tuh..ikhlas ke tak? eeii.. kalau IKHLAS, takde la dorang menceceh dan tunjuk surat nie kan.. CE PIKIOR YOP!!