7 Mar 2012

SBPA DIBATALKAN, SSM DITAMBAHBAIK

Debaran kakitangan awam Malaysia telah berakhir.. YAB Perdana Menteri telah pun mengumumkan bahawa Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang diperkenalkan pada 1 Januari 2012 dibatalkan dan Sistem Saraan Malaysia (SSM) diteruskan dan ditambahbaik. Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) menjadi tempat bersejarah dimana pengumuman tersebut dibuat dalam Majlis Perhimpunan Khas Penjawat Awam Bersama YAB Perdana Menteri.

Pelarasan gaji kakitangan awam adalah berdasarkan kepada jadual gaji matriks Sistem Saraan Malaysia (SSM) mengikut GRED yang telah ditetapkan. Bagi Kumpulan Pengurusan dan Profesional dan Kumpulan Pelaksana dari GRED 1 hingga 54 akan menikmati pelarasan sebanyak 13 peratus. Pelarasan sebanyak 9 peratus pula diberikan kepada kakitangan awam kumpulan GRED C, B dan A. Gred Turus III dan II pula akan menikmati pelarasan sebanyak 8 peratus dan Gred Turus I dan Ketua Setiausaha Negara (KSN) pula sebanyak 7 peratus.

Selain daripada pelarasan gaji, YAB Perdana Menteri turut mengumumkan kenaikan COLA. COLA bagi kawasan B sebanyak RM 250 berbanding RM 200, manakala bagi kawasan C adalah RM 150 berbanding RM 100.

Pengumuman ini sudah pasti mengundang pelbagai reaksi di kalangan kakitangan awam itu sendiri, malahan seluruh rakyat. Walau apa pun, Keputusan telah dibuat dan semestinya pelbagai pertimbangan telah dilakukan sebelum keputusan tersebut dibuat. Harapan rakyat adalah semoga kualiti perkhidmatan awam yang diberikan dipertingkatkan seiring dengan transformasi yang diperkenalkan oleh YAB Perdana Menteri.

P/S Pssttttt... RAKYAT DAH RISAU.. NAIKNYA GAJI KAKITANGAN AWAM..MAKA BEREBUT-REBUTLAH HARGA BARANG NAIK..

No comments:

Post a Comment