6 Mar 2012

Kehebatan seorang SUAMI

Hari ini kita dihidangkan dengan sebuah berita mengenai kehebatan seorang lelaki berstatus SUAMI yang berusia 50-an.. sehingga sanggup melanggar hukum agama akibat NAFSU..memperisterikan 6 ORANG WANITA dengan cara PENIPUAN..


Berikut adalah petikan daripada akhbar Harian Metro :-

KOTA BHARU: Bermodalkan air liur dan putar belit, seorang lelaki berusia 50-an di sini, dikatakan licik menipu empat isterinya untuk bertindak gila dengan menambah dua lagi ‘cawangan’ menjadikan jumlah keseluruhan isterinya enam.

Lelaki itu didakwa mengahwini isteri kelima di negara jiran pada Mac tahun lalu dan selang sebulan selepas itu mengahwini pula seorang wanita berstatus janda di tempat sama.

Dakwaan mengejutkan itu didedahkan seorang ahli keluarga terdekat lelaki terbabit yang tidak sanggup melihat saudaranya itu bergelumang dengan dosa.

Waris yang hanya mahu dikenali sebagai Hani, 40, berkata, dia terkejut kerana saudaranya itu berani melanggar hukum Islam apabila memiliki enam isteri serentak.


“Saya hairan bagaimana perkara ini boleh berlaku kerana ini kesalahan serius. Mempunyai lebih daripada empat isteri melanggar hukum agama dan perkahwinannya dengan isteri kelima dan keenam sepatutnya tidak sah,” katanya ketika ditemui, semalam.


Cerita tentang kehebatan seorang suami nie.. teringat pula kes seorang Ostad yang ditangkap khalwat baru-baru ini.. TS bersangka baik dalam hal ini..Hanya ingin mengetahui sebenarnya beliau masih ada berapa orang isteri? Isteri pertama bernama Zumrah..isteri kedua seorang janda bernama Harlina Zainuddin yang dikahwini pada Oktober 2010. Isteri ketiga bernama Aishah Binti Abu Bakar yang dikahwini pada Nov 2003. Aishah pernah membuat laporan Polis kerana Badrol Amin pernah mengasari beliau dan tidak memberikan nafkah (klik sini) Isteri terkini adalah Ini Fiona yang dikahwini pada November 2011.

Ikuti pendedahan yang dilakukan oleh Blogger Semut Hitam (klik di sini)

T/S Pssttttt.. Puan yang kena cekup ngan dia tuh.. agak2 dia nak jadikan bini ke berapa?



No comments:

Post a Comment