8 Mar 2012

PERASAN! Pemansuhan SBPA DESAKAN PR

Wakakkakakakak... geli hati TS bila terbaca berita yang dipaparkan di dalam HARAMKAH DAILY (klik di sini) yang memberi respon terhadap pengumuman YAB Perdana Menteri mengenai PEMANSUHAN PELAKSANAAN SBPA. Puak2 Pakatan Pembangkang nie pun nak dapat saham bahawa keputusan tersebut dibuat atas desakan mereka.. Tak habis-habis nak perasan.. Keputusan YAB Perdana Menteri itu menunjukkan bahawa Perdana Menteri mendengar dan mempertimbangkan Suara Rakyat.. Bertepatan dengan slogan yang dilaung-laungkan..bahawa RAKYAT DIDAHULUKAN..Antara kenyataan yang dibuat oleh pemimpin Pakatan Pembangkang yang boleh dijadikan bahan lawak antarabangsa adalah seperti berikut :-

Ketua Penerangan Muslimat PAS Pusat, Aiman Athirah al-Jundi, mendakwa 10 janji jingga, yang terkandung dalam Program 100 Hari Pakatan Rakyat, antaranya mengiktiraf peranan dan jasa kakitangan awam berjaya memberi tekanan kepada Najib.

Tambah Athirah, keadaan itu juga menunjukkan pihak kerajaan tidak faham dalam menguruskan skim gaji penjawat awam.

Ekoran itu, Athirah berkata rakyat perlu sedar bahawa peranan Pakatan Rakyat begitu penting dalam usaha mengimbangi keperluan rakyat.



Ketua Angkatan Muda PKR, Shamsul Iskandar Mohd Akin, Pakatan Rakyat mempunyai saham dalam perubahan ini kerana hasil desakan merekalah SBPA tidak jadi dilaksanakan.

"SBPA dibatalkan & Sistem Saraan Malaysia (SSM) ditambahbaik. Tentunya hasil desakan PR," katanya dalam Twitter.

Bukankah satu tika dahulu, Rakan Pakatan Pembangkang iaitu DAP mahu mengecilkan jumlah kakitangan kerajaan.. kali ini kononnya mereka mengiktiraf peranan dan jasa kakitangan kerajaan.. Apa yang TS lihat, tidak kelihatan pun kebenaran yang dinyatakan oleh pemimpin berkenaan mengenai peranan penting Pakatan Rakyat dalam mengimbangi keperluan rakyat. Yang TS lihat..memanjang ada saja isu yang diutarakan yang di spin atas kepentingan untuk meraih sokongan politik semata-mata.. menjerit-jerit, memaki hamun, mengeji, memandang lekeh di atas segala usaha yang dilakukan oleh Kerajaan.

P/S Puak Pakatan Haram nie PERASAN BAGUS, TAPI HAPRAK!!!..

No comments:

Post a Comment