12 Apr 2012

JANJI DITEPATI, Itulah Kerajaan BN

7 April 2012 yang lalu mencatatkan sejarah di Stadium Batu Pahat dengan kehadiran YAB Perdana Menteri Malaysia.. sejak awal pagi, berbondong-bondong rakyat jelata dari seluruh pelusuk Johor khususnya rakyat di daerah Batu Pahat hadir ke Stadium Batu Pahat untuk bertemu dengan pemimpin kesayangan mereka. Jalan menjadi sangat sesak dan sukar untuk mendapatkan tempat meletakkan kenderaan. Kali ini, tiada jalan yang ditutup dan lalulintas dikawal oleh anggota keselamatan. Seramai lebih daripada 50,000 orang yang hadir dalam program Pelancaran Jelajah Janji Ditepati. Walaupun panas terik, rakyat tetap tidak berganjak. Inilah semangat dan bukti sayangnya rakyat Johor terhadap YAB Perdana Menteri.. Batu Pahat adalah tempat di mana lahirnya kebangkitan orang Melayu / UMNO.. Melihat kepada wajah YAB Perdana Menteri, TS berasa sangat terharu. Walaupun keletihan,beliau masih lagi sanggup melayan rakyat yang berebut-rebut untuk bersua muka dan bersalaman dalam keadaan terik mentari membakar kulit.

Melihatkan kepada sambutan dahsyat orang Batu Pahat, adakah mungkin angan-angan pihak pembangkang untuk menawan Batu Pahat tercapai?





TS berharap agar orang Batu Pahat tidak lupa kepada jasa Barisan Nasional yang sememangnya membela rakyat dan segala apa yang dijanjikan oleh Kerajaan Barisan Nasional ditepati.

Lihatlah sahaja semua usaha dan langkah Kerajaan Barisan Nasional  samada pelan jangka pendek, sederhana mahupun jangka panjang untuk membantu rakyat menghadapi tekanan kos sara hidup. Antaranya : -

  1. Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebanyak RM 500 merupakan langkah jangka pendek (one off) telah diberikan kepada hampir 4 juta isi rumah yang berpendapatan di bawah RM 3,000.00
  2. Bantuan persekolahan RM 100 untuk pelajar sekolah rendah dan menengah yang telah diberikan kepada 5.3 juta orang pelajar seluruh negara. Manakala baucer buku bernilai RM200 diberikan kepada 1.3 juta pelajar IPT dan Tingkatan 6. Jumlah keseluruhan peruntukan adalah sebanyak RM 3 billion.
  3. 1.4 juta kakitangan sektor awam memperoleh kenaikan gaji 7 hingga 13 peratus yang memanfaatkan hampir 4 juta orang rakyat
  4. Kedai Rakyat 1Malaysia yang menjual 250 jenis barangan yang dipek semula dengan jenama 1Malaysia dan dijual dengan harga yang lebih rendah berbanding di kedai runcit lain.
  5. Sebanyak 50 buah Klinik 1Malaysia telah dibina di seluruh negara untuk memberi rawatan perubatan ringan kepada penduduk setempat dengan bayaran hanya RM1.
  6. Menu Rakyat 1Malaysia yang menawarkan harga Sarapan Pagi RM2 dan Makan Tengahari RM4.
  7. Pembekuan kenaikan untuk tempoh 5 tahun harga tol di Lebuh Raya Utara-Selatan dan Lebuh Raya Pantai Timur.
  8. Penghapusan Tol di beberapa laluan seperti di Lebuh Raya Cheras-Kajang dan Lebuh Raya Connaught.
Banyak lagi jasa, khidmat dan bakti Kerajaan Barisan Nasional kepada rakyat. Nah! Bukankah telah terbukti bahawa Kerajaan Barisan Nasional sememangnya sebuah Kerajaan yang prihatin dan bertanggungjawab terhadap rakyatnya serta telah lama melaksanakan dasar berkebajikan. 

Tidak dapat dinafikan bahawa BN : JANJI DITEPATI

Puak Pembangkang ada????

















No comments:

Post a Comment