YAB Dato' Seri Najib Razak, Perdana Menteri Malaysia dalam Majlis Sambutan Tahun Baru Cina Negeri Johor telah membuat pengumuman di hadapan 20,000 orang hadirin di Econsave Senai bahawa pemberian BR1M 3.0 dan BR1M 4.0 akan diteruskan. Ianya akan diberi kepada kumpulan penerima sama untuk membantu golongan yang berpendapatan rendah dah sederhana. Ianya juga diperluaskan kepada golongan bujang dan berusia 21 tahun ke bawah dan mempunyai pendapatan RM 2,000.00 ke bawah sebulan.
Menurut YAB Perdana Menteri,
'Barisan Nasional (BN) sebagai Kerajaan yang prihatin dengan nasib rakyat. Kerajaan boleh meneruskan dasar membantu rakyat, orang ramai mesti memberi mandat kepada Barisan Nasional (BN) untuk membentuk Kerajaan pada pilihanraya umum nanti. Jika kita mampu memperoleh Kerajaan yang kuat, masa depan kita dan negara akan lebih cerah'.
P/S : Alhamdulillah... majlis berjalan lancar.. tidak berlaku sebarang provokasi, tidak seperti di Penang.Ada jugak lah yang meroyan, datang pakai baju hijau Lynas tuh.. tapi xder kesan pun.. menyemak jer...
No comments:
Post a Comment