22 Apr 2015

HAD USIA 55 TAHUN KEKAL UNTUK KELUARKAN CARUMAN KWSP


Alhamdulillah, suara rakyat didengari
...................................................................................................

Pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) KEKAL HAK untuk mengeluarkan caruman pada usia 55 tahun, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Beliau berkata, sebarang perubahan HANYA TERPAKAI jika ahli memutuskan untuk bekerja melepasi usia 55 tahun. Perdana Menteri membuat pengumuman tersebut semasa merasmikan Invest Malaysia 2015 pada hari ini di Kuala Lumpur. 

Keputusan tersebut dibuat setelah mengambil kira pandangan lebih 50,000 orang pencarum yang menyertai proses rundingan dalam talian sepanjang tempoh 2 hari. 

Beliau berkata, KWSP akan memastikan sebarang penambahbaikan hanya akan terpakai kepada caruman baharu membabitkan ahli yang berhasrat untuk menyambung perkhidmatan selepas umur 55 tahun.

"Kerajaan sentiasa mendengar pandangan daripada rakyat. Adalah jelas majoriti ahli KWSP walaupun memahami kepentingan simpanan persaraan pada umur 60 tahun mahu mereka diberikan hak untuk menggunakan dana persaraan pada umur 55 tahun," katanya.





No comments:

Post a Comment