Pakar Sejarah telah menyanggah dakwaan dan tindakan gang kibar bendera Sang Saka Malaya dalam Himpunan Janji Bersih di Dataran Merdeka semasa malam kemerdekaan yang lalu. Ia merupakan satu tindakan untuk menggantikan Jalur Gemilang dan mendakwa kononnya ia adalah bendera asal Tanah Melayu. Pakar Sejarah turut menggelar mereka sebagai golongan PELUPA dan JAHIL Sejarah Tanah Air.
Menurut Prof Datuk Dr Ramlah Adam, Dekan Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi Universiti Teknologi Mara (UiTM), Tanah Melayu tidak pernah menggunakan bendera tersebut sebagai bendera rasmi walaupun ketika dijajah. Bendera yang berwarna merah putih dan dinamakan Sang Saka itu adalah bendera yang digunakan kumpulan yang menyokong pembentukan Indonesia Raya dan sentimennya dibawa pertama kali ke Tanah Melayu oleh Kesatuan Melayu Muda (KMM) pada 1938 pimpinan Ibrahim Yaakob.
Selepas KMM diharamkan, ideologi itu dibawa pula Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang dipimpin oleh Mokhtaruddin Lasso, Dr Burhanuddin Helmi dan Ahmad Boestamam.
Menurut Prof Datuk Dr Zainal Kling , Ketua Kluster Sejarah, Warisan dan Sosio-Budaya Majlis Profesor Negara (MPN) pula, bendera Sang Saka itu memang sering digunakan oleh negeri-negeri Nusantara sejak dahulu lagi. Walaupun begitu ia bukanlah bendera asal Tanah Melayu.
Katanya, dakwaan yang mengatakan bahawa bendera itu sebagai bendera asal Tanah Melayu adalah sesuatu yang amat bodoh dan cubaan mempersoalkan kedaulatan negara.
Menurut Prof Datuk Dr Ramlah Adam, Dekan Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi Universiti Teknologi Mara (UiTM), Tanah Melayu tidak pernah menggunakan bendera tersebut sebagai bendera rasmi walaupun ketika dijajah. Bendera yang berwarna merah putih dan dinamakan Sang Saka itu adalah bendera yang digunakan kumpulan yang menyokong pembentukan Indonesia Raya dan sentimennya dibawa pertama kali ke Tanah Melayu oleh Kesatuan Melayu Muda (KMM) pada 1938 pimpinan Ibrahim Yaakob.
“Perkara yang diperjuangkan oleh kumpulan KMM ini adalah untuk memerdekakan Tanah Melayu, tetapi dengan cara bergabung dengan Republik Indonesia Raya atau Melayu Raya.
“Walau bagaimanapun majoriti orang Melayu di Tanah Melayu ketika itu tidak bersetuju dengan perjuangan mereka kerana orang Melayu mendukung institusi Raja-Raja Melayu dan Islam, kerana itulah majoriti memilih perjuangan Umno,” katanya lagi.
“Mereka menggunakan bendera Sang Saka ini dalam ceramah mereka, namun majoriti rakyat Tanah Melayu menolak perjuangan mereka, tetapi saki baki pendukung ideologi itu hari ini cuba menghidupkannya semula,” katanya.
Menurut Prof Datuk Dr Zainal Kling , Ketua Kluster Sejarah, Warisan dan Sosio-Budaya Majlis Profesor Negara (MPN) pula, bendera Sang Saka itu memang sering digunakan oleh negeri-negeri Nusantara sejak dahulu lagi. Walaupun begitu ia bukanlah bendera asal Tanah Melayu.
Katanya, dakwaan yang mengatakan bahawa bendera itu sebagai bendera asal Tanah Melayu adalah sesuatu yang amat bodoh dan cubaan mempersoalkan kedaulatan negara.
“Parti yang mendukung pembentukan Indonesia Raya telah diharamkan, tetapi penyokongnya masih ada. Jadi mereka inilah yang cuba membuat pembohongan besar dengan cuba menukar sejarah kononnya itu adalah bendera asal Tanah Melayu,” katanya.
bendera yang dikibarkan pada malam kemerdekaan yang dikatakan sebagai bendera Sang Saka Malaya untuk menggantikan Jalur Gemilang. |
Inilah Bendera Tanah Persekutuan Melayu yang digunakan sejak 1896 hingga 1950 |
Selain daripada menyatakan kemarahan, meluahkan perasaan tidak puas hati, seharusnya kita melakukan sesuatu untuk membendung kejadian seperti ini daripada terus berlarutan. Kejadian seperti ini telah membuka mata TS. TS berpendapat bahawa kita harus mengambil langkah lebih serius untuk mempertahankan Jalur Gemilang. Suatu undang-undang berkaitan perlu digubal untuk memelihara dan mempertahankannya agar tidak ada mana-mana pihak mencemar, menghina, merosak, menyalahguna dan sebagainya.
No comments:
Post a Comment