Surau di sebuah resort di Sedili Besar, Kota Tinggi yang digunakan
sekumpulan 13 penganut Buddha mengadakan upacara keagamaan pada 10 Ogos
lalu telah dirobohkan bermula Isnin lalu.
Penasihat Majlis Agama Islam Johor (MAIJ), Datuk Nooh Gadut berkata,
usaha merobohkan surau tersebut adalah atas inisiatif di samping rasa
tanggungjawab pemilik resort itu sendiri.
Beliau berkata, kerja-kerja merobohkan surau yang mencetuskan kontroversi dimulakan dengan membuka bahagian bumbung dan meleraikan sistem pendawaian elektrik.
Menurutnya, kerja-kerja merobohkan surau itu sudah mencapai 80 peratus dan dihentikan pukul 3 petang ini disebabkan hujan dan akan disambung semula esok.
Bersyukur kepada Allah SWT, pihak pengurusan resort dengan rela hati serta mengambil sikap bertanggungjawab menjernihkan keadaan telah mengambil inisiatif merobohkan sendiri surau tersebut.
Maknanya kita selaku kerajaan negeri khususnya jabatan dan agensi yang berkaitan tidak mencampuri urusan merobohkan surau tersebut. Mereka yang rela untuk merobohkan bangunan itu," katanya ketika diminta mengulas tindakan merobohkan surau itu di sini hari ini.
Terdahulu pada 12 Ogos lalu, media melaporkan tentang kes terbabit yang mengundang kemarahan umat Islam di seluruh negara.Pada hari sama pukul 2 petang, polis telah menahan pemilik resort warga Singapura yang dipercayai membenarkan insiden itu berlaku.
Kemudian, pada 13 Ogos lalu, pemilik resort itu ditahan reman di Mahkamah Sesyen Kota Tinggi selama tiga hari sebelum dibebaskan dengan jaminan polis.
Ekoran tidak peka terhadap sensitiviti umat Islam, Kementerian Dalam Negeri melalui Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) telah menarik balik serta-merta status penduduk tetap (PR) pemilik resort berkenaan berkuat kuasa 17 Ogos lalu.
Sehubungan itu, Nooh berharap insiden hitam yang pertama berlaku ini menjadi yang terakhir di negeri ini.
Jadi, saya ingatkan semua pihak yang ingin mendirikan pusat peranginan, hotel, inap desa dan sebagainya haruslah bekerjasama dengan jabatan dan agensi kerajaan yang berkaitan. Lazimnya mereka akan memberi bantuan yang sewajarnya demi kebaikan bersama," katanya.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Agama negeri, Abd. Mutalip Abd. Rahim turut menasihatkan semua pihak agar tidak lagi memperbesar dan mempolitikkan isu berkenaan.Bagi saya perkara ini sudah selesai. Ini menunjukkan bahawa pengurusan resort menyedari kesilapan yang berlaku dan akur dengan undang-undang kita," katanya.

No comments:
Post a Comment