(Dari zulhairifetani blogspot)
Singapura wujud sehingga kini
sebagai pengajaran kepada orang Melayu agar ia tidak berulang lagi.
Namun sayang hanya sebilangan saja yang mahu mengambil pelajaran..Ini
bukan soal rasuah dan kronisme. .. Ini soal mempertahankan legasi nenek
moyang kita.
Pada awal 70 an, Lee Kuan Yew telah mencadangkan
agar semua jenazah orang Islam Singapura dibakar kerana kawasan kuburan
sangat terhad. Othman Wok yang juga Menteri mewakili orang Melayu
membuktikan ketaatannya dengan menyokong pendirian Lee Kuan Yew itu
sehingga mencetuskan bantahan MUIS dan seluruh masyarakat Islam.
Sikap yang ditunjukkan Othman Wok saling tak tumpah dengan sebilangan
pemimpin Melayu di Pakatan rakyat terutama pemimpin PAS yang sentiasa
akur dengan DAP sebagai kata pemutus muktamad. ADAKAH KITA MASIH LAGI
BOLEH DIPERBODOHKAN DAN MENERIMA MELAYU SEPERTI OTHMAN WOK SEBAGAI
PEMIMPIN KITA?
Othman Wok dilahirkan pada 8 Oktober 1924 di
Singapura adalah bekas Menteri Sosial dan ahli parlimen PAP yang
mewakili Kawasan Pasir Panjang antara tahun 1963 dan 1977. Di awal
kerjayanya dia adalah seorang tokoh wartawan Bahasa Melayu yang
kemudiannya menjadi timbalan editor akhbar berbahasa melayu, Utusan
Melayu Singapura.
Beliau menyertai PAP selepas beberapa hari
sahaja penubuhannya pada tahun 1954. Ketika itu beliau percaya pada hak
samarata dan dasar multi-perkauman dan anti kepada raja-raja melayu
(seperti apa yang PKR perjuangkan sekarang ini. Ketika itu beliau banyak
membantu melalui penulisan mengenai penubuhan negara multi-perkauman
dan hak samarata serta dasar anit raja-raja melayu di dalam akhbar
"Petir" sebuah suratkhabar berbahasa melayu keluaran Parti PAP (sama
seperti Harakah). Selepas itu beliau dipilih sebagai salah seorang ahli
dewan editorial buletin Petir dan dalam masa yang sama juga seorang lagi
pemimpin tertinggi PAP iaitu Ahmad Ibrahim menjemput dia untuk menjadi
ketua cawangan PAP Geylang Serai / Tampines pada tahun 1959.
Othman Wok adalah seorang penyokong kuat Lee Kuan Yew dan dia lah
orangnya yang kerap kali menentang perlaksanaan Hak-hak Keistimewaan
orang Melayu. Setiap kali dia berceramah, setiap kali itu juga dia
mengatakan yang hak-hak keistimewaan orang melayu dan raja-raja melayu
ini hanya retorik dan mainan Tunku.
Kononnya Tunku ada agenda lain,
iaitu untuk merampas tanah orang Melayu di Singapura. Beliau juga
mendakwa rusuhan kaum yang terjadi pada Julai 1964 telah dirancang oleh
UMNO dan Tunkulah dalangnya. Beliau amat gembira tentang berita
pemisahan Singapura daripada Malaysia dan ada juga yang mengatakan yang
beliaulah yang menulis skrip temuramah BBC dengan Kuan Yew sewaktu malam
berpisahnya Singapura dari Malaysia, yang mana ketika itu kuan yew
menangis tersedu-sedu kononnya terlalu sedih dengan terkeluarnya
Singapura dari Malaysia, padahal itu semua skrip yang dikarang oleh
Othman Wok hanya semata-mata untuk orang Melayu berasa simpati dengan
Kuan Yew dan membenci Tunku.
Sehingga sekarang ini Othman Wok
masih dianggap sebagai pengkhianat Melayu oleh kebanyakan orang Melayu
Singapura, kerana hasutan dialah, Lee Kuan Yew mengharamkan Pertubuhan
Kebangsaan Melayu Singapura (PKMS aka UMNO Singapura) salah satu sayap
UMNO di Singapura. Dia bersama-sama dengan berberapa pemimpin sayap
Melayu dalam PAP antaranya Ishak Rahim, Rahmat kenap, Ariff Suradi,
Buang Omar Junid, Mahmud Awang dan Yaacob Mohamed turun ke
kampun-kampung Melayu menghasut orang Melayu supaya membenci UMNO dan
Tunku.
Pada tahun 1959, dia bertanding menjadi calon untuk PAP di
kawasan Majlis Bandaran bagi kawasan Kampung Kembangan berlawan dengan
calon UMNO, dia tewas dalam pertandingan itu, akibat terlalu malu dengan
kekalahan itu beliau menuduh UMNO yang mengugut pengundi di situ
supaya tidak mengundi dia. Apabila penduduk kampung mengetahui tentang
cerita itu maka seluruh penduduk berkumpul dihadapan pejabatnya di
Tampines dan menghalau dia keluar dari pejabatnya dan memaki hamunnya
sebagai pengkhianat bangsa Melayu. Othman Wok sekali lagi bertanding di
parlimen Pasir Panjang dan kali ini beliau menang atas bantuan dan
sokongan dana dari Kuan Yew.
Selepas Singapura berpisah dari
Malaysia pada tahun 1963, dia telah dilantik oleh Kuan Yew sebagai
Menteri Hal Ehwal Sosial. Satu jawatan menteri yang tidak mempunyi
apa-apa fungsi kerana Kuan Yew telah melantik seorang Cina untuk menjaga
hal ehwal sosial dan Cina ini di letakkan di bawah jabatan Perdana
Menteri. Selepas 14 tahun beliau menjadi menteri goyang kaki maka pada
1978 dia pun tidak lagi menjadi menteri kabinet Kuan Yew.
Sekarang ini dia menjadi salah seorang penulis cerita seram yang paling
top di Singapura. Sesungguhnya manusia yang bernama Othman Wok ni adalah
seorang pengkhianat bangsa Melayu yang terhebat dalam sejarah Melayu
moden. Cara jalan cerita Othman Wok ini seakan sama dengan jalan cerita
yang berlaku sekarang ini di negara kita. Takkan kita orang Melayu di
sini ingin jadi seperti orang Melayu di Singapura? ibarat melukut di
tepi gantang, merempat di bumi sendiri. Jangan sampai petualang Melayu
seperti Othman Wok ni ada dan hidup membiak di dalam negara kita.
No comments:
Post a Comment