Almarhum yang juga Sultan Perak Darul Ridzuan yang ke-34 dan menjadi Yang di-Pertuan Agong yang kesembilan, menghembuskan nafas terakhir pada jam 1.30 tengah hari tadi.
Raja Permaisuri Perak, Tuanku Bainun serta anakanda baginda
termasuk Pemangku Raja Perak, Raja Dr Nazrin Shah berada di sisi ketika
kemangkatan baginda.
Seluruh rakyat jelata turut bersedih dengan berita kemangkatan baginda yang diumumkan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir yang disiarkan RTM.
Serentak pengumuman itu, seluruh negeri berkabung dengan bendera Negeri Perak dikibar separuh tiang selama 100 hari dan bendera Malaysia dikibarkan separuh tiang selama tujuh hari, bermula hari ini.
Almarhum akan dimakamkan di Makam Diraja Kuala Kangsar selepas Asar esok.
No comments:
Post a Comment