6 May 2014

Perhimpunan Aman Ditangguh, Hong Leong Bank Cuba 'Beli' Penganjur?


Setiausaha UMNO Bahagian Johor Bahru, Tuan Haji Abu Talib Haji Alias merangkap Pengerusi Perhimpunan Aman yang akan menganjurkan perhimpunan tersebut di hadapan Hong Leong Bank Berhad cawangan Johor Bahru telah mengumumkan untuk menangguhkan perhimpunan tersebut yang sepatutnya dijadualkan berlangsung di hadapan Hong Leong Bank, Wisma Tiong Hua, Jalan Keris, Taman Sri Tebrau pada 9 Mei 2014.

Khabarnya penangguhan itu di buat atas sebab kematian Pengerusi Persatuan Tiong Hua Johor Bahru yang mana tarikh upacara pengkebumiannya jatuh pada tarikh yang sama. Selanjutnya KLIK

Emm.. Lihatlah betapa hormatnya dan begitu tingginya kefahaman kita dalam menilai erti kemakmuran antara kaum... Sekiranya berlaku perkara yang sama, adakah mereka akan melakukan tindakan yang serupa?

Berbalik kepada cerita Perhimpunan Aman yang akan diadakan pada 23 Mei nanti... Belum apa-apa, bermacam-macam cerita dan berita didengar, baru-baru ini.

Bermula dari tindakan Setiausaha UMNO Bahagian Johor Bahru memotong kad kreditnya sebagai simbolik bantahan setelah tindakan seorang Ketua Pengurus Hong Leong Bank bersikap biadap terhadap seorang pekerja Melayu. 


                                     


Lanjutan dari itu, pihak UMNO Bahagian Johor Bahru pula mengambil keputusan dan berkeras untuk terus menganjurkan Perhimpunan Aman dan akan menyerahkan memorandum kepada Hong Leong Bank cawangan Johor Bahru pada 23 Mei 2014 ini, walaupun mendapat bantahan pelbagai pihak terutamanya dari Persatuan Tiong Hua Johor Bahru.

                                  

                    
Hong Leong Bank dah mula menggelabah khabarnya...

Dengarnya Hong Leong Bank telah cuba membeli pihak penganjur dengan ganjaran ratusan ribu... Mungkin nak minta batalkan perhimpunan yang bakal dianjurkan tu..

Maklum sajalah, besar mana sangat wang ratusan ribu tu daripada menanggung malu. Sebelum ni pun dah berapa banyak sikap biadapnya mereka lakukan terhadap Melayu? (KLIK SINI)

Jeng..jeng..jeng. Nak tau kebenarannya? Kita tunggu kisah selanjutnya dalam sehari dua ini... Tungguuuu!!!

No comments:

Post a Comment