11 May 2014

PAS BATAL Hasrat Bentang Hudud di Parlimen Pada Jun 2014

Pas membatalkan hasrat untuk membawa Rang Undang-Undang Persendirian (hudud) di Dewan Rakyat pada persidangan Parlimen bulan Jun 2014.

Pengumuman itu dibuat oleh Timbalan Presiden Pas Mohammad Sabu, pada sidang media di Ibu Pejabat Pas sebentar tadi.

Menurut Mohammad Sabu, pembatalan tersebut dibuat selepas Pas Pusat bersetuju dengan cadangan penubuhan satu Jawatankuasa Teknikal antara kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri Kelantan untuk meneliti dan mengemukakan cadangan tindakan ke arah pelaksanaan Kanun Jenayah Syariah (II) 1993 Kelantan.

"Oleh kerana itu cadangan membawa Rang Undang-Undang Persendirian (hudud) di Parlimen pada bulan enam ini tidak akan diteruskan.

"Ini bagi memberi ruang kepada Jawatankuasa Teknikal di atas untuk merumuskan cadangan dan tindakan selanjutnya," katanya.

No comments:

Post a Comment