Kepada Seluruh Kepimpinan dan Aktivis UMNO.. Mohon Untuk Ambil Iktibar Dari Peristiwa Ini.. Bersatu-Bersetia-Berkhidmat demi ABATA..
................................................................................................
Pada 15 Julai 1950, berlaku rapat raksasa di Bukit Timbalan, Johor
membantah perletakan jawatan Dato Onn sebagai Yang Di Pertua UMNO.
Ungku Abdullah Omar yang menganjurkan perhimpunan meminta Ibu Zain,
pemimpin Kaum Ibu untuk berucap supaya Dato Onn menimbangkan
keputusannya.
Ibu Zain yang pada ketika itu belum sembuh akibat
tertembak di paha dek serangan hendap komunis di Labis terkejut melihat
orang ramai memakai lencana UMNO terbalik dan bendera dikibarkan
terbalik. Sepanduk menyebut “Dato Onn berhenti - UMNO mati”.
Ibu Zain mempersoalkan adakah UMNO berjuang untuk menyanjung tokohnya. Apakah tokoh boleh menyebabkan putus asa dan lemah semangat.
UMNO berjuang untuk menebus kembali kemerdekaan bukan kerana penganjur atau pemimpin tetapi kerana tanah air.
Ibu Zain lalu bertanya, “Jika Dato Onn dipanggil Allah ke hadratnya mahukah tuan puan mengikutnya? Mahukah tuan puan ditanam bersama-samanya di dalam tanah?” Kerana rapat umum itulah, Dato Onn telah menangguhkan perletakan jawatannya buat seketika (tapi akhirnya keluar parti pada tahun 1951).
No comments:
Post a Comment