2 Jan 2012

Kepala Babi Di Masjid, Suatu Provokasi??

Rakyat Johor yang beragama Islam sudah pasti berasa marah, terluka dan kecewa dengan insiden tergempar tentang penemuan 9 kepala babi yang ditemui di Masjid Al-Falah, Taman Desa Jaya.Kepala babi berkenaan ditemui pada 2 waktu yang berbeza.4 kepala babi ditemui pada jam 5 petang dan 5 lagi ditemui kira-kira jam 5 pagi.Persoalannya,SIAPAKAH YANG MELAKUKAN PERBUATAN TERSEBUT DAN APAKAH MOTIFNYA??


Kejadian seperti ini bukan pertama kali berlaku di negara kita.Rata-rata mengutuk perbuatan tersebut yang dilihat sebagai satu cara untuk membangkitkan kemarahan Umat Islam yang majoritinya bangsa Melayu. Sekiranya, kemarahan ini tidak dikawal maka akan timbul perasaan tidak puas hati dan berlakunya ketegangan dan perbalahan antara kaum dan agama. Seterusnya, tercetuslah huru-hara di negara yang kita cintai ini.TS melihat pihak yang melakukan perbuatan kurang ajar dan biadap ini memang sengaja bertujuan untuk menyinggung perasaan Umat Islam dan menyentuh sensitiviti agama.

Ingin TS lontarkan persoalan ini kepada pihak yang berkelakuan biadap ini. Cuba Anda fikirkan, apakah perasaan dan tindakan anda seandainya terdapat pihak yang mencemar, menghina, memperlekeh tempat ibadah yang anda hormati sebagai satu tempat suci? Sekiranya anda rasa terhina, tercabar,marah,tidak berpuas hati dan yang sewaktu dengannya..begitulah juga yang kami rasa bila mendengar, melihat perbuatan anda.

Hentikanlah perbuatan provokasi yang menyentuh sensitiviti agama dan menyinggung perasaan orang Islam kerana kami hormati anda sebagai bangsa dan menganut agama yang berbeza dari kami. Seandainya yang melakukan perkara ini segama dan sebangsa kami hanya kerana kepentingan politik atau kepentingan-kepentingan yang lain, kami menyelar dan mengutuk tindakan anda.

TS menyeru kepada seluruh rakyat Johor khususnya dan kepada seluruh rakyat Malaysia yang beragama Islam agar bertenang dan jangan mengikut emosi dan nafsu amarah. Berilah peluang kepada pihak Polis untuk menjalankan siasatan dan seharusnya Kementerian Dalam Negeri mengambil tindakan tegas agar kejadian penghinaan ke atas agama Islam tidak terus berlaku berulang kali.

No comments:

Post a Comment