TAHNIAH JOHOR.. MOGA TERUS MAJU DAN MAKMUR
Buat
pertama kalinya nilai pelaburan Johor sehingga Ogos 2013 mencatatkan
penerimaan pelaburan industri tertinggi negara iaitu RM8.8 bilion.
Jumlah ini sebenarnya jauh meninggalkan jumlah pelaburan negeri seperti
Sarawak, Selangor dan Pulau Pinang yang masing-masing mencatatkan
sejumlah RM5.6 bilion, RM3.49 bilion dan RM1 bilion. Penunjuk ekonomi
yang telah dikeluarkan oleh MIDA ini, jelas memaparkan bahawasanya
pelaburan domestik dan luar mempunyai keyakinan tinggi terhadap keutuhan
ekonomi negeri, malah mereka menaruh harapan yang besar untuk melihat
penjanaan kekuatan ekonomi yang berterusan dan dipertingkatkan lagi.
Saya percaya semua ini terhasil kerana Johor bukan sahaja menawarkan
pakej-pakej rangsangan pelaburan yang menarik malah lebih dari itu Johor
telah mengenal pasti sumber kekuatannya baik dari segi kedudukan yang
strategik di laluan perdagangan, kepelbagaian sumber ekonomi, tenaga
manusia terlatih, prasarana lengkap dan keseimbangan pembangunan
wilayah-wilayah Iskandar.
Kerajaan Negeri akan lebih selektif
di dalam pemilihan pelaburan di Negeri Johor demi memastikan ianya bukan
sahaja dapat menjamin malah turut meningkatkan kualiti peluang
pekerjaan dan tahap pendapatan yang lebih baik kepada rakyat Negeri
Johor.
4 perkara yang menjadi kriteria Kerajaan Negeri di dalam pemilihan aspek pelaburan ;
1. Pelaburan tersebut harus berupaya memberikan nilai tambah
terhadap kepelbagaian ekonomi Johor. Kepelbagaian sumber ekonomi Negeri
Johor adalah perlu bagi mengelakkan kebergantungan terhadap bidang
tertentu bagi memastikan ekonomi negeri berdaya tahan apabila dilanda
krisis di dalam sesuatu sektor.
2. Ia mesti menyumbang
kepada peningkatan peluang pekerjaan yang bermutu dan dapat
mempertingkatkan kemahiran pekerja tempatan.
3. Ia haruslah mesra alam sekitar dan mendukung konsep pembangunan lestari.
4. Penekanan akan diberikan kepada pelaburan berteraskan teknologi
terkini, yang akhirnya diharap akan membantu syarikat-syarikat tempatan
mendapat manfaat melalui pemindahan teknologi. Pelaburan-pelaburan
tersebut mestilah mampu mempertingkat amalan terbaik dalam pasaran buruh
seperti kadar upah dan hak pekerja yang sesuai dengan piawaian
antarabangsa.
No comments:
Post a Comment