22 Nov 2013

Kutuk SPR.. Tapi Laksana Pemilihan Parti Sendiri Pun Silap.. Alahai PAS..

Adoi.. malu beb.. macam mana kertas undi boleh silap ni.. ada nama calon yang tercicir.. korang mengutuk SPR kan main lagi.. nie setakat pemilihan sendiri pun boleh silap.. hahahaha... kesian...

Kertas undi silap Ahli perwakilan mengundi bagi pemilihan jawatan dalam parti di Stadium Melawati, Shah Alam. - Foto Muhd Asyraf Sawal
 
Shah Alam: Proses pemilihan Ahli Jawatankuasa Kerja PAS sesi 2013-2015 dihentikan selepas 30 minit pengundian bermula semalam, selepas dikesan kesilapan dalam kertas undi berikutan beberapa nama calon tercicir.

Nama tak tersenarai

Difahamkan, antara nama yang tiada dalam senarai ialah bekas Ketua Dewan Pemuda PAS yang juga Ahli Parlimen Temerloh, Nasrudin Hassan; bekas Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS, Nik Abduh Nik Aziz dan Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS, Dr Dzulkefly Ahmad.

Kekeliruan tercetus selepas kira-kira 15 minit perwakilan mengundi mulai jam 4 petang di Stadium Malawati di sini.

Berikutan itu, proses pengundian ahli jawatankuasa dihentikan serta-merta dan pengumuman mengenainya dibuat pada jam 4.30 petang.

Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Muktamar PAS, Asmuni Awi, berkata kesilapan dikesan perwakilan selepas kirakira 50 orang daripada mereka selesai mengundi. 

“Kita menghentikan proses pengundian serta-merta. Pengundian hari ini (semalam) diteruskan selepas itu tetapi hanya bagi jawatan timbalan presiden dan naib presiden,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Beliau berkata, semua 1,129 perwakilan akan mengundi semula bagi memilih 18 jawatankuasa daripada 61 calon menawarkan diri mulai jam 9 pagi ini.

Asmuni berkata, pengiraan undi bagi jawatan timbalan presiden dan naib presiden dilakukan malam tadi tetapi keputusan dijangka diumumkan serentak petang ini.

Difahamkan, pengundian pada muktamar tahun ini menggunakan kaedah baru apabila nama calon bertanding bagi jawatan AJK Pusat disusun seperti sistem kupon.

Ini berbeza dengan sistem terdahulu apabila set nama dicetak di halaman sama yang disifatkan lebih mudah bagi perwakilan membuat pilihan.

BH difahamkan, pengundian hari ini akan menggunakan kaedah lama bagi mengelak kesilapan berulang.

Sumber berkata, setiap kupon berkenaan mengandungi 61 helai dengan setiap helai mencatatkan satu nama calon dan diklip di tepinya.

Perwakilan diperlukan menanda nama calon pilihan sebelum memasukkan kupon berkenaan ke peti undi.

Kaedah itu menyebabkan ada beberapa nama tercicir dan hanya disedari apabila perwakilan tidak menemui nama calon berkenaan.

Sementara itu, Dzulkefly ketika dihubungi BH berkata, beliau dimaklumkan mengenai kesilapan kertas pengundian itu.

“Saya ada dengar nama saya tercicir daripada senarai tetapi tidak apalah. Saya tak fikir perkara ini boleh menjejaskan proses pengundian,” katanya.

~ http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Kertasundisilap/Article/



No comments:

Post a Comment