19 Nov 2013

Menteri Setuju Teliti Kesusahan Rakyat Sebelum Laksana Had Hayat Kenderaan.

Alhamdulillah.. Pak Menteri memberi respon positif terhadap isu had hayat kereta.. rakyat sudah cukup tertekan dengan segala macam kos kehidupan yang terpaksa dihadapi, nak membayar hutang kereta selama 5-9 tahun pun seksa bagi rakyat yang tidak dan kurang berkemampuan.

  

Kereta 12 Tahun Tak Selamat? Ketua Pengarah MIROS Patut DISEKOLAHKAN Mengenai ROADWORTHINESS. 

~Roadworthiness~
Roadworthiness or streetworthiness is a property or ability of a car, bus, truck or any kind of automobile to be in a suitable operating condition or meeting acceptable standards for safe driving and transport of people, baggage or cargo in roads or streets. - Wikipedia

Kata kunci untuk menentukan sama ada sebuah kenderaan itu selamat atau tidak. Artikel ini merujuk kepada kenyataan Ketua Pengarah MIROS bahawa kenderaan berusia lebih 12 tahun tidak selamat di jalan raya.

Kereta Berusia Lebih 12 Tahun Tidak Selamat Di Jalan Raya - Miros

MELAKA, 15 Nov (Bernama) -- Kenderaan terutama yang berusia melebihi 12 tahun tidak selamat berada di jalan raya kerana ia mengundang risiko kematian lebih tinggi semasa kemalangan berbanding kereta baharu.

Ketua Pengarah Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros) Prof Dr Wong Shaw Voon berkata kenderaan berusia terdedah dengan pelbagai kerosakan yang mungkin tidak disedari pemandu dan mengurangkan daya serapan tenaga pelanggaran ketika berlaku kemalangan.

"Kebanyakan kereta direka bentuk untuk jangka hayat antara lima hingga 12 tahun," katanya kepada pemberita selepas ujian perlanggaran kenderaan di Makmal Perlanggaran Penilaian Kereta Baharu Asean (Asean NCAP) di Tiang Dua di sini, Jumaat.

Turut hadir Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR), Datuk Dr Tam Weng Wah menyaksikan ujian perlanggaran sebuah kereta berusia 23 tahun pada kelajuan 64 kilometer per jam bagi melihat kesan momentum perlanggaran terhadap pemandu dan kenderaan itu.
Baca seterusnya di sini : http://www.bernama.com/bernama/v7/bm/ge/newsgeneral.php?id=993752

Andaikan sebuah kereta sebagai manusia. Berusia tidak bermakna tidak sihat. Ada yang lebih muda menemui ajal lebih dahulu dari yang lebih berusia. Mengapa?

Kerana ada di antara yang muda tidak mengekalkan tahap kesihatannya mengikut umur yang sepatutnya. Makan tak jaga, tak pernah bersenam antara faktor-faktor penyebab.

Begitu juga dengan kereta. Tidak guna memakai kereta baru tetapi tak perasan brek dah haus atau tidak. Ada kereta baru tapi mentol lampu dah terbakar tanpa disedari oleh pemilik. Kadang-kadang sebab memandu dengan sebelah mentol boleh menyebabkan kenderaan di hadapan (atau di belakang) menyangka bahawa yang di hadapannya adalah motosikal. Penyelenggaraan kenderaan antara faktor roadworthiness kenderaan.

MyMassa setuju jika kenderaan berusia dihadkan penggunaan di jalan raya tetapi dengan syarat ia nya diuji menggunakan ROADWORTHINESS sesebuah kenderaan. Bukannya pukul rata semua kenderaan melebihi 12 tahun tidak dibenarkan digunakan dijalan raya. Kalau sesebuah kenderaan memang dah tak selamat, takkan masih nak benarkan ianya di atas jalan raya?
Contoh kenderaan yang diragui roadworthiness.
Kalau boleh, syarat ini dimulakan dengan KENDERAAN KOMERSIAL terlebih dahulu.

Lihatlah bagaimana nahas jalan raya yang disebabkan oleh kenderaan komersial seperti lori dan bas. Ianya bukan sahaja membahayakan nyawa pemandu lori atau bas tersebut tetapi turut melibatkan penumpang atau pemandu kenderaan yang lain dalam jumlah mangsa yang lebih besar.
Lori seperti ini yang sepatutnya dikaji oleh MIROS.
MyMassa yakin ramai rakyat yang akan marah kalau Kerajaan terima kajian MIROS mengenai usia kenderaan tetapi mengenepikan aspek roadworthiness sebuah kenderaan kerana di Malaysia, ramai yang meminati kereta lama disebabkan nilai sentimental kenderaan tersebut.

*Cuba tengok pengasas IKEA, Ingvard Kamprad, rileks je masih menggunakan Volvo 240 tahun 1993.

 

 


 

No comments:

Post a Comment