24 Sep 2014

Cadangan SPAN Menaikkan Tarif Air Johor Hingga 22% Bebankan Rakyat

                          
 Kerajaan Negeri Johor tidak mahu rakyat dibebankan dengan tarif air yang tinggi seperti yang dicadangkan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara.

Cdangan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) telah mencadangan kenaikan tarif air dinegeri Johor sebanyak 22 peratus namun ia dianggap agak tinggi.

Kenaikan melebihi 20 peratus dianggap tinggi namun pada masa sama kita faham masalah dihadapi Syarikat Air Johor Holding Berhad (SAJH). Kita melihat kadar kenaikan antara 10 hingga12 peratus mungkin lebih sesuai supaya rakyat tidak terbeban.

Cadangan kenaikan tarif itu adalah kerana meningkatnya kos rawatan air sebanyak dua kali ganda berikutan kenaikan tarif elektrik dan juga masalah pencemaran air bagi memastikan bekalan air bersih dan berkualiti untuk rakyat Johor. Kali terakhir tarif air dinaikkan pada 2010 . 

Menurut Hasni, Exco Infrastruktur dan Kerjaraya Johor, kenaikan tarif elektrik sebanyak dua kali sebelum ini manakala kebanyakan daripada sumber air di negeri ini juga berhadapan dengan masalah pencemaran seperti di Empangan Machap dan Sembrong akibat aktiviti pertanian moden di Kluang.
Hal tersebut, katanya, memaksa SAJH menanggung kos yang besar untuk merawat air bagi memastikan pengguna benar-benar mendapat bekalan air yang berkualiti namun kerajaan negeri sedang berusaha mencari jalan mengatasi pencemaran tersebut.

"Kita akan mengadakan koordinasi bersama Badan Kawal Selia Air Johor (BAKAJ), Jabatan Pengairan dan Saliran, Jabatan Hutan dan Pejabat Tanah yang berperanan menjadi penasihat dan bertanggungjawab terhadap sungai-sungai dan punca sumber air.

"Langkah seterusnya ialah apabila Pindaan Enakmen Air 2014 diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri (DUN) nanti, kerajaan perlulah meningkatkan keberkesanan agensi penguatkuasaan agensi pengurusan sumber air," katanya lagi.

Pindaan tersebut, ujarnya, memberi kuasa kepada BAKAJ untuk mengambil tindakan terhadap pihak yang mencemar bekalan air termasuklah mengenakan kompaun selain menurunkan kuasa kepada penjawat awam yang difikirkan dapat membantu mengatasi masalah tersebut.

No comments:

Post a Comment