24 Sept 2014

Mursyidul AM PAS Doa UMNO Dipotong Lidah dan Butakan Mata

Tumpat – Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat malam tadi mengetuai bacaan doa bersama ribuan pengundi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor memohon kepada Allah agar memotong lidah dan membutakan mata Umno jika parti itu enggan berubah daripada cara tidak Islamiknya.

Mursyidul Am PAS itu memberitahu orang ramai yang hadir pada ceramah mega di Kampung Geting, Pengkalan Kubor, Umno dan PAS tidak dapat bertentang mata kerana parti yang berasaskan Melayu itu hanya mementingkan mengumpul kekayaan.

“Kepada orang ni, kita doa Tuhan buka hati dia, kesal buat benda-benda begini, sokong kedaulatan Islam,” kata bekas menteri besar Kelantan itu di akhir ucapannya.

“Atau Tuhan lipat balik (hatinya), biar Tuhan kerat lidah supaya tak leh kecek perkara tak sebenar, butakan mata dia supaya tak nampak apa-apa kecuali nampak bulan je Insya-Allah.”
Nik Aziz mengulangi perkataan itu dalam bahasa Arab secara perlahan-lahan dan diaminkan oleh para hadirin.

Beliau sebelum itu dalam ucapannya berkata, PAS melawan Umno kerana parti Islam itu mengambil berat akan hal-hal kerohanian seperti ganjaran daripada Allah dan memasuki syurga.

“Inilah sebabnya mengapa kita menentang Umno. Umno hanya mengambil berat tentang perkara lain.Semuanya mengenai wang. Ada perkara lain bagi mereka?” kata Nik Aziz.

“Apabila Umno tolak Islam, maka konsep kehidupan selepas kematian tidak masuk kepala mereka. Dan apabila itu berlaku, mereka tidak mengambil berat tentang melakukan dosa kerana mereka fikir semua akan tamat apabila mati kelak.”

Konsep Islam seperti hidup sesudah mati dan halal dan haram adalah tema biasa di kalangan penceramah dalam ceramah mega malam tadi, yang dihadiri pemimpin PAS sahaja.

Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar‎ Ibrahim dan Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang gagal muncul, walaupun poster ceramah menunjukkan mereka akan menjadi antara penceramah utama ‎bersama Nik Aziz dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Slot dua pemimpin Pakatan Rakyat (PR) itu digantikan dengan Ketua Penerangan PAS Kelantan Datuk Mohd Nasruddin Daud, Ketua Penerangan PAS Datuk Mahfuz Omar, Ketua Muslimat PAS Siti Zailah Mohd Yusof, dan Naib Presiden PAS Datuk ‎Tuan Ibrahim Tuan Man.

Ketika ditemui pemberita selepas ceramah bagi mendapatkan kepastikan akan ketidakhadiran sekutu mereka, Mahfuz enggan mengulas manakala Hadi mengelak daripada bertemu wartawan.

Sebelum itu, Nasruddin, Tuan Ibrahim dan Hadi mengingatkan orang ramai Allah dan para malaikat akan mengawasi mereka pada hari mengundi, 25 September ini.

“Dengan Melayu, apabila kita katakan amanah (kepercayaan) mereka fikir tentang mengumpul wang, kekayaan, harta. Itu sahaja,” kata Hadi dalam ucapannya.

“Mereka tidak sedar amanah yang paling besar adalah untuk menjadi pemimpin dan memilih pemimpin.”

Nasruddin memberitahu orang ramai mereka perlu “ingat mati, jangan lupa mengundi parti Islam”.
“Kita tidak boleh mengundi kerana parti yang menjadikannya halal (membenarkan)untuk berjudi … jika kita undi dacing, kita akan berdosa walaupun kita tidak berjudi,” katanya, merujuk kepada logo pada bendera Barisan Nasional (BN).

Sementara itu, calon PAS Wan Rosdi Wan Ibrahim hanya bercakap sebentar semasa ‎slotnya walaupun PRK Pengkalan Kubor hanya dua hari lagi.

Dalam ucapan beliau, yang tidak sampai lima minit, Wan Rosdi langsung tidakmenyentuh rancangannya untuk Pengkalan Kubor, kawasan yang bakal diwakilinya.

Sebaliknya, beliau hanya meminta orang ramai membantu mengundi PAS pada ‎Khamis ini, dan memujuk saudara-maramereka pulang dan membuang undi untuk “bulan”.

“Insya-Allah, jika kita semua menandakan bulan, kami akan mencapai kemenangan,” katanya.

Beliau juga mengingatkan pengundi tidak berkongsi kad pengenalan mereka dengan sesiapa sahaja kerana ini boleh membawa kepada penipuan pilihan raya.

No comments:

Post a Comment