Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan menguatkuasakan peraturan baharu berkaitan penggunaan cermin gelap bermula 1 November ini.
Peraturan baharu ini menyaksikan ketelusan cahaya yang dibenarkan
pada cermin hadapan sebanyak 70 peratus; sisi pemandu (50 peratus) dan
masing-masing 30 peratus untuk sisi penumpang belakang dan bahagian
belakang.
Berbanding peraturan sedia ada, ketelusan cahaya yang dibenarkan
di cermin hadapan adalah sebanyak 70 peratus dan 50 peratus untuk cermin
di sebelah pemandu, sebelah penumpang belakang dan bahagian belakang.
Ketua Pengarah JPJ, Datuk Seri Ismail Ahmad berkata, pemindaan peraturan itu adalah mengikut standard antarabangsa.
Katanya, peraturan baharu itu tertakluk kepada semua rakyat
Malaysia dengan pengecualian diberikan kepada beberapa pihak atau
disebabkan atas alasan kukuh.
"Pengecualian diberikan kepada Yang diPertuan Agong, Perdana
Menteri dan Timbalannya, Ketua Menteri, Menteri Besar, Ketua Hakim dan
Menteri.
"Begitu juga dengan jabatan berisiko tinggi seperti Polis DiRaja
Malaysia dan Kastam DiRaja Malaysia yang melakukan operasi berbahaya,"
katanya selepas mengadakan pertemuan dengan anggota penguat kuasa JPJ
bahagian zon selatan di Seri Negeri, Melaka.
No comments:
Post a Comment