Johor tidak pernah mendapat geran kerajaan, berbeza dgn negeri-negeri lain. Johor membangunkan sumber air masa dulu dengan membuat pinjaman, dan bukannya dari bantuan kerajaan. Oleh itu, kerajaan negeri usahakan agar pinjaman sedia ada dapat ditukar menjadi geran.
Kos rawatan air kini meningkat sebanyak dua kali ganda berikutan kenaikan tarif elektrik dan juga masalah pencemaran air. Johor memastikan agar bekalan air bersih dan berkualiti diterima oleh untuk rakyat. Kali terakhir tarif air dinaikkan adalah pada tahun 2010 .
Bekalan air yang cukup dan berkualiti sudah hampir meliputi 100 peratus kawasan di serata negeri Johor. Hampir semua rakyat sudah menikmati bekalan melalui Syarikat Air Johor tanpa membebankan kerajaan dalam soal kewangan.
Struktur tarif air adalah berbeza di setiap negeri kerana ia bergantung kepada faktor amaun subsidi kerajaan, perkhidmatan kepada pelanggan, liputan perkhidmatan, kepadatan penduduk, bentuk muka bumi, kualiti air mentah dan lain-lain. Infrastruktur dan keluasan liputan penyediaan air bersih di Johor adalah jauh lebih besar berbanding Pulau Pinang.
Golongan miskin di Johor menerima rebat percuma air sebanyak 20 000 liter dan kini ditingkatkan menjadi 25,000 liter dan telah diperluaskan. Program ini juga adalah salah satu dari inisiatif Kerajaan Negeri Johor untuk memberi bantuan kepada golongan yang layak menerima. Pelaksanaan di Johor jauh lebih bijak dan menepati golongan sasar.
Air merupakan sumber yang semakin terhad, tercemar dan sukar dirawat. Rakyat perlu menilai air pada tempat sewajarnya. Penjimatan air akan menjadi tidak penting kepada golongan berkemampuan kerana ia diberi secara percuma. Kadar penggunaan air setiap tahun semakin meningkat dan ia memerlukan penjimatan serta kawalan.
Memang benar air adalah anugerah Allah yang bersifat percuma. Ia merupakan air yang tidak dirawat dan tidak memerlukan sebarang proses rawatan dan operasi perbekalan ke dalam kediaman masing-masing. Sebaliknya, perkhidmatan merawat dan membekalkan air memerlukan kos.
Krisis air yang kronik tidak berlaku di Johor tetapi berlaku di Selangor. Jadi, tidak perlulah diberi rebat air jika airnya pun dicatu hingga kulit kering jadi kematu. Apa guna ada air percuma tetapi percuma sahaja diserang penyakit akibat air lombong yang entah selamat entahkan tidak.
Menjadi keutamaan kepada Kerajaan Johor untuk menyediakan bekalan air yang berterusan dan berkualiti kepada rakyat Johor bukan sahaja untuk generasi kini tetapi juga generasi akan datang. Subsidi Rumah Mampu milik Johor juga lebih besar yang hampir sehingga RM 60 000 jika anda membeli rumah berharga RM 90 000 berbanding pada harga asalnya 150 000.
Untuk Rakyat, Demi Rakyat
No comments:
Post a Comment