26 Apr 2012

NAIB PENGERUSI DAP BANTAH BERSIH 3.0

Penganjur dan penyokong BERSIH 3.0 mesti bengang dengan kenyataan gempar Senator Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim, Ahli Dewan Negara / Naib Pengerusi DAP yang TIDAK BERSETUJU dan MENOLAK penganjuran perhimpunan tersebut. Menurut beliau, "Pada prinsipnya demonstrasi jalanan saya dah biasa tengok, bukan sahaja di negara kita tetapi saya biasa bekerja dan tinggal di banyak negara, semua demonstrasi kononnya mula dengan aman tetapi kebanyakan di mana-mana pun kita tengok terjadi perang."

“Saya secara rekodnya, saya bantah, tak sokong bersih," katanya.

“Sekiranya sesuatu berlaku, siapa yang akan bertanggungjawab? Penganjur dan individu terlibat tidak akan berada di sana. Siapa yang akan menjaga mereka yang terkorban dan mengalami kecederaan?

Lebih memeranjatkan lagi, beliau menyatakan bahawa matlamat utama perhimpunan tersebut hanyalah untuk menyalahkan pihak berkuasa dan ianya adalah TIDAK ADIL!. Beliau turut tidak bersetuju dengan penglibatan Ahli Parlimen yang melibatkan diri dalam perhimpunan tersebut kerana ianya menggalakkan rakyat untuk melanggar undang-undang sedangkan mereka bertanggungjawab sebagai penggubal undang-undang. 

TS sangat bersetuju dengan kenyataan beliau bahawa “Jika ada undang-undang yang tidak baik, kita ada saluran lain seperti Parlimen. Jangan langgar undang-undang. Kita hanya menggalakkan orang melanggar undang-undang sedangkan kita sepatutnya menjadi pembuat undang-undang". “Ini jelas bertentangan sama sekali," tambahnya

P/S TS tidak rela perhimpunan / demonstrasi menjadi amalam rakyat di Negara ini. Tak puas hati..sikit2 nak berhimpun..nak berdemo sedangkan kita ada saluran yang lebih baik untuk menyatakan ketidakpuasan hati kita terhadap sesuatu perkara. 

18 Apr 2012

Kuasa Menteri Gugur : Pindaan Akta Mesin Cetak & Penerbitan 1984

Kerajaan Barisan Nasional, sekali lagi telah mengotakan janji dengan menghapuskan keperluan pembaharuan tahunan lesen penerbitan menerusi penggubalan rang undang-undang baru BAGI MENGGANTIKAN Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 seperti yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri sebelum ini.

Datuk Wira Abu Seman Yusop dalam sidang Parlimen pada 18 April 2012 menyatakan bahawa kuasa menteri bagi meluluskan sesuatu permohonan lesen penerbitan akan digugurkan dalam PINDAAN  terhadap AKTA MESIN CETAK dan PENERBITAN 1984. Beliau berkata dalam Fasal 2 Rang Undang-Undang ia bertujuan memansuhkan kuasa Menteri bagi menetapkan sah sesuatu lesen.

Menerusi Pindaan Seksyen 3, Menteri mempunyai kuasa untuk menolak mana-mana permohonan untuk mendapatkat lesen.Ini bermakna menteri berkuasa untuk membatalkan atau menggantung pada bila-bila masa sesuatu lesen yang diluluskan bagi tempoh masa yang difikirkan wajar.

Melalui Fasal 5 bagi meminda Subseksyen 13A(1) akan membenarkan permohonon untuk mencabar keputusan menteri menerusi semakan kehakiman.Malah pemohon juga boleh mendengar keputusan menteri sebelum tindakan membatalkan dan menggantungkan lesen melalui pindaan Seksyen 13B.

video

17 Apr 2012

FAKTA MENGENAI PTPTN

Tak payah nak banyak cakap, teliti dan fahami fakta di bawah dan sebarkan. 
Klik untuk besarkan imej.


16 Apr 2012

Teks Ucapan YAB PM : PEMANSUHAN ISA


"Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan Rang Undang-Undang bernama Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 dibacakan kali yang kedua sekarang.”

Tuan Yang  di-Pertua,

Ahli-ahli Yang Berhormat,
 
1.   Di ambang hari Malaysia 16 September 2011 yang lalu, saya telah mengumumkan inisiatif Program Transformasi Politik Negara atau PTP yang melibatkan pembatalan 3 Proklamasi Darurat, pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri, Akta Kediaman Terhad dan Akta Buang Negeri, Penggubalan Akta Perhimpunan Aman termasuklah pemindaan Akta  Mesin Cetak dan Penerbitan.

2.   Serentak dengan itu, setelah tujuh bulan berlalu, bukan sekadar semua komitmen ini sedang dilunaskan, kita juga meminda Akta Universiti dan Kolej Universiti sebagai mengiktiraf kematangan juga hak perlembagaan mahasiswa mahupun mahasiswi terlibat dalam politik berparti.

Tuan Yang di-Pertua,

3.   Menghalusi komponen-komponen Dasar Transformasi Nasional, Program Transformasi Kerajaan atau GTP melalui Program Transformasi Luar Bandar atau RTP lebih responsif kepada keutamaan massa bagi memastikan masyarakat luar bandar memiliki kemudahan prasarana asas yang moden dan mencukupi. Program Transformasi Ekonomi atau ETPbersesekali dengan Model Baru Ekonomi atau NEM pula bertujuan mencapai matlamat nasional menjadi sebuah negara maju dan berpendapatan tinggi.

4.   Sehubungan itu, sering kita sebutkan, seandai terkedepan dari segi infrastruktur fizikal atau material semata-mata tanpa kematangan institusi serta wacana politik nasional, mana mungkin mencerminkan kemajuan sebenarnya.

5.   Dalam kata lain, kita ingin merealisasikan potensi Malaysia, bukan setakat menjadi negara demokratik, tetapi lebih daripada itu, untuk melonjakkan tempatnya pada kedudukan disegani di kalangan komuniti negara-negara yang menghormati hak asasi manusia. Lantaran itulah, inisiatif PTP ini bermatlamat bagi memastikan proses pembaharuan dan perubahan nasional dilaksanakan dengan tuntas.

6.   Sememangnya ini adalah satu proses berterusan dan menuntut komitmen semua rakyat Malaysia. Ia bukan misi singkat yang mengambil masa sehari, seminggu, sebulan mahupun setahun, sebaliknya ia memerlukan iltizam bersifat generasi ke generasi.

Tuan Yang di-Pertua,

7.   Jelas sekali, perubahan dan pembaharuan lanskap politik yang sedang kita lakukan kini melalui PTP adalah bagi menangani kejayaan membangunkan negara selama lebih separuh kurun semenjak merdeka. Ia hasil usaha tidak kunjung jemu oleh kerajaan bagi meningkatkan taraf hidup dan sosioekonomi, menyediakan prasarana fizikal moden, membuka akses kepada prasarana teknologi maklumat serta komunikasi yang menyeluruh sekaligus pelaburan besar dalam bidang pendidikan.

8.   Melalui pindaan, pemansuhan dan penggubalan undang-undang yang sedang berjalan, kerajaan mahu memastikan ruang demokratik mencukupi disediakan untuk perbezaan pendapat serta persaingan idea. Pucuk pangkalnya, kita mahu mencipta sebuah Malaysia di mana prinsip hak asasi manusia dijunjung, kebebasan individu untuk berhimpun secara aman dan untuk menyatakan pendapat secara terbuka diraikan, seraya kepentingan individu dan  komuniti diimbangi.

9.   Berdiri di muka gerbang semua ini, segalanya kita mampu gemblengkan kerana kita yakin dengan kematangan semua, kerana kita yakin dengan kesediaan rakyat Malaysia, dan mustahaknya kita yakin bahawa ini adalah perkara yang betul dan wajar untuk dilakukan. Apa yang penting, setiap hak mahupun kebebasan mestilah bersulam dengan tanggungjawab, dengan izin, “freedom with responsibility”.

Tuan Yang di-Pertua,

10. Jika ditinjau, senario antarabangsa sekalipun, peristiwa dan waktu menunjukkan untuk mencapai tahap demokrasi yang ada seperti hari ini, Amerika Syarikat dan United Kingdom mengambil tempoh berabad lamanya melalui proses perlembagaan, perang saudara, perundangan malah usaha tanpa henti oleh masyarakat sivilnya.

11. Lain halnya, kita bersyukur kepada Tuhan bahawa usaha evolusi demokrasi negara ini tidak melibatkan pertumpahan darah bahkan ia berkait rapat dengan evolusi sosioekonomi. Seperti diimbas lebih lima dekad  yang lalu, Timbalan Perdana Menteri Malaya pada ketika itu, Allahyarham Tun Abdul Razak, dalam dewan yang mulia ini juga telah membentangkan rang undang-undang Keselamatan Dalam Negeri 1960 bagi menyediakan negara  dengan perkakasan perundangan yang perlu  bagi mempertahankan sistem Raja Berperlembagaan,  Demokrasi Berparlimen, keluhuran Perlembagaan serta kedaulatan undang-undang pasca tamatnya era darurat.

12. Jadinya, hari ini amat bersejarah dalam menyisir  susur galur  demokrasi Malaysia. Pentadbiran kini yang sentiasa prihatin merasai denyut nadi rakyat, yang sentiasa mendengar keluh kesah mereka, dan sentiasa mendakap aspirasi massa telah mengambil keputusan untuk memansuhkan ISA. Kita hakikatnya telah memasuki era demokrasi yang lebih matang di mana peranan kerajaan berubah daripada menjadi penentu dan pengukur tahap kematangan rakyat kepada pelindung agar mereka dapat menikmati hak-hak asasi  yang sepatutnya.

Tuan Yang di-Pertua,

13. Tidak ada sesiapa pun mampu menafikan bahawa selama lebih setengah abad kewujudannya, ISA berperanan bagi melindungi  cara hidup demokratik di negara tercinta ini. Ironisnya, undang-undang yang dianggap “draconian” ini telah memastikan demokrasi, hak asasi manusia dan “humandignity” dilindungi di Malaysia berbanding alternatif lain jika negara ditadbir oleh sistem kediktatoran komunis. 

14. Namun, masa telah beralih dan peranan ISA telah tiba ke penghujungnya.  Kerajaan menyedari hakikat ini dan komited bagi memacu Malaysia ke arah masa depan yang lebih progresif.     

15. Hari ini sudah lebih dua dekad pemberontakan bersenjata Parti Komunis Malaya  dan Parti Komunis Kalimantan Utara berakhir. Ideologi komunisme sudah tidak lagi mendapat tempat sebagai asas pemerintahan negara-negara di dunia. Namun, berakhirnya ancaman ideologi ini tidaklah membawa era keamanan global yang diharapkan sebaliknya ia menyaksikan ancaman komunisme diganti oleh ancaman keganasan  antarabangsa yang berteraskan ideologi ekstrimisme.

16. Kedua-dua ideologi ini walaupun berbeza, namun mempunyai titik persamaan matlamat, iaitu kedua-duanya mahu  merubah corak pemerintahan negara yang berteraskan Demokrasi Berparlimen  dengan menggunakan keganasan  dan cara-cara tidak berperlembagaan. Soalnya, matlamat ini sama sekali tidak dapat diterima oleh rakyat Malaysia yang cintakan keamanan dan kemajmukan.

17. Oleh yang demikian, menangani cabaran anti demokratik pasca komunisme yang lebih kompleks dan canggih, negara bukan sahaja memerlukan perisai iaitu kematangan politik rakyat tetapi juga pedang di dalam bentuk Rang Undang-Undang Kesalahan Keselamatan 2012. Rang undang-undang ini mewujudkan  langkah-langkah khas diperlukan untuk menangani kes-kes keselamatan seperti yang terkandung dalam Bab Enam Kanun Keseksaan.

18. Rang Undang-Undang Kesalahan Keselamatan 2012 digubal di bawah lembayung  Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan. Keluwesan diberi kepada kerajaan untuk menggubal  perundangan yang tidak selaras dengan Perkara-Perkara  5 dalam hal kebebasan diri, Perkara 9 berkaitan larangan buang negeri dan kebebasan bergerak, Perkara 10 berhubung kebebasan bercakap, berhimpun dan berpersatuan serta  Perkara 13 tentang Hak terhadap harta.

19. Hendaklah diketahui bahawa, meskipun Rang Undang-Undang ini akan memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960, Rang Undang-Undang ini tidak akan menjejaskan penahanan orang yang sedang ditahan kecuali perintah itu dibatalkan oleh Menteri Dalam Negeri.

20. Di bawah pindaan undang-undang ini, aktiviti “menjejaskan demokrasi berparlimen” ditafsir sebagai suatu aktiviti yang dilakukan oleh seorang atau kumpulan orang dengan tujuan untuk menggulingkan atau melemahkan demokrasi berparlimen dengan cara yang ganas dan tidak berlandaskan Perlembagaan.

21. Secara mudahnya jika ada mana-mana rakyat Malaysia sama ada individu, kumpulan atau parti politik berhajat merubah teras asas pemerintahan negara iaitu Demokrasi Berparlimen kepada misalnya pemerintahan yang bersifat teokratik, mereka haruslah menggunakan cara-cara yang diabsahkan oleh Perlembagaan Persekutuan yakni melalui peti undi untuk mendapat sokongan majoriti rakyat. Ini bersesuaian dengan prinsip bahawa rupa bentuk Kerajaan hanya boleh ditentukan oleh rakyat itu sendiri.

Tuan Yang di-Pertua,

22. Menyedari bahawa rang undang-undang ini digubal di bawah Perkara 149 dan ia membenarkan penahanan individu oleh pihak polis untuk tujuan siasatan yang  luar dari norma kebiasaan tatacara jenayah dan undang-undang keterangan yang lazim, maka, kerajaan telah mengambil keputusan mengadakan beberapa lindung jamin atau “safeguards” seperti berikut;

23. Pertama  melalui peruntukan Seksyen 4 Sub-Seksyen 3, “tiada seorang pun boleh ditangkap dan ditahan di bawah seksyen ini semata-mata atas kepercayaan politiknya atau aktiviti politiknya”. Ini membawa maksud perlindungan kepada penglibatan dalam aktiviti yang sah di sisi undang-undang melalui :-

(a)      pernyataan pendapat atau   pengambilan tindakan yang dibuat menurut rukun suatu parti politik yang pada masa yang berkaitan itu berdaftar di bawah Akta Pertubuhan 1966 [Akta 335] yang terbukti melalui-

(i)          keanggotaan atau  sumbangan kepada parti itu; atau

(ii)        penyertaan terbuka dan aktif dalam hal ehwal parti itu;

            (b)       pernyataan pendapat yang ditujukan terhadap mana-mana Kerajaan di dalam Persekutuan; atau

             (c)      pengambilan tindakan yang ditujukan terhadap mana-mana Kerajaan di dalam Persekutuan.

24. Kedua, pemansuhan kuasa Menteri Dalam Negeri  untuk menahan tanpa perbicaraan mana-mana individu. Fasal 4 rang undang-undang baru ini menyentuh tentang kuasa penangkapan dan penahanan. Di bawah fasal ini, polis mempunyai kuasa khas untuk menangkap dan menahan mana-mana orang yang polis mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa orang itu terlibat dengan kesalahan keselamatan.

25. Perlu ditekankan disini bahawa, kuasa penangkapan dan penahanan ini adalah untuk tujuan penyiasatan semata-mata. Orang yang ditangkap dan ditahan di bawah fasal ini boleh ditahan untuk tempoh 24 jam bagi maksud penyiasatan. Walau bagaimanapun, polis boleh melanjutkan tempoh tahanan tidak lebih daripada 28 hari bagi maksud penyiasatan.

26. Selanjutnya, jika polis berpandangan bahawa, penahanan lanjut tidak diperlukan selepas 24 jam atau pada bila-bila masa selepas itu, maka, orang itu boleh dilepaskan tetapi boleh dipasang dengan peranti pengawasan bagi maksud penyiasatan bagi suatu tempoh masa yang  tidak melebihi baki tempoh tahanan yang dibenarkan.

27. Mereka yang ditangkap bebas untuk membuat permohonan habeas corpus di mahkamah dan boleh mencabar alasan tahanan dan tatacara tahanan. Ringkasnya, kuasa semakan kehakiman dikembalikan sepenuhnya kepada Mahkamah bukan seperti peruntukan dalam ISA yang menghalang kuasa semakan kehakiman kecuali dalam tatacara tahanan. Berkaitan itu, ingin ditegaskan bahawa kerajaan dan pihak berkuasa akan menghormati apapun keputusan yang dibuat oleh mahkamah. Dalam erti kata lain, seseorang yang telah dilepaskan, tidak akan ditahan semula, atas siasatan kesalahan yang sama.

28. Ketiga, ialah “sunsetclause” bagi tempoh tahanan 28 hari hendaklah disemak tiap-tiap lima tahun dan hendaklah terhenti berkuat kuasa melainkan, jika, apabila semakan dibuat, suatu ketetapan diluluskan oleh kedua-dua Majlis Parlimen untuk melanjutkan tempoh kuat kuasa peruntukan itu.

Tuan Yang di-Pertua,

29. Lindung jamin keempat ialah Fasal 5 memperuntukkan bahawa apabila seseorang ditangkap dan ditahan di bawah fasal 4, polis yang menjalankan penyiasatan hendaklah memberitahu waris kadim atau “next-of-kin” orang yang ditangkap dan ditahan itu  sesegera mungkin mengenai penangkapan dan penahanannya. Pihak polis juga hendaklah memenuhi hak mengguami atau, dengan izin, “right to attorney”, si ditahan tidak lewat daripada 48 jam.

30. Lindung jamin kelima, dalam jangka masa yang tidak lebih daripada tamatnya tempoh tahanan, pegawai polis yang menjalankan siasatan itu perlu menghantar Kertas Siasatan kepada pendakwaraya di mana beliau hendaklah membuat keputusan sama ada mendakwa tertuduh di mahkamah atau membebaskannya. Ini bererti, tidak akan ada tahanan selepas tempoh 28 hari.

31. Lindung jamin keenam ialah apabila Akta ini berkuat kuasa, Kerajaan juga akan menubuhkan suatu Jawatankuasa secara pentadbiran untuk menyemak keseluruhan Akta ini dari masa ke semasa dan Jawatankuasa ini akan juga bertanggungjawab untuk meneliti pelaksanaan Akta tersebut dan mengemukakan syor untuk penambahbaikan. Jawatankuasa ini akan dianggotai bukan sahaja oleh agensi yang berkenaan tetapi juga Presiden Majlis Peguam dan SUHAKAM.

32. Lindung jamin terakhir dan terbesar adalah kuasa dan kehendak rakyat. Kita harus maklum bahawa, di tangan rakyatlah kuasa setiap lima tahun untuk mengamanahkan parti atau gabungan parti mana yang hendak diberi kuasa sebagai kerajaan. Itulah teras asas sistem demokrasi berparlimen.


Tuan Yang di-Pertua,

33. Bahagian V rang undang-undang ini pula memperkatakan  perbicaraan kes kesalahan keselamatan. Di bawah Bahagian ini terdapat 2 fasal iaitu fasal 12 yang memperuntukkan bahawa kes yang melibatkan kesalahan keselamatan akan dibicarakan oleh Mahkamah Tinggi. Dengan mengambil kira keseriusan kesalahan keselamatan, adalah dicadangkan supaya mahkamah khas diwujudkan secara pentadbiran untuk mendengar kes-kes keselamatan di bawah Rang Undang-Undang ini. Para Hakim yang berpengalaman akan diberi pendedahan kepada semua bentuk kesalahan keselamatan dan peruntukan undang-undang yang akan digunakan.

Tuan Yang di-Pertua,

34. Pembentangan rang–rang undang kesalahan keselamatan 2012 ini, tidak bermakna berakhirnya usaha yang telah dimulakan tujuh bulan lalu. Pastinya, kerajaan akan meneruskan usaha perubahan dan pembaharuan politik yang mulia ini. Untuk itu, suka saya mengumumkan bahawa kerajaan akan mengkaji semula secara komprehensif Akta Hasutan tanpa mengenepikan apa-apa opsyen.

35. Paling utama, tiga prinsip perlu kekal dalam sebarang evolusi kerangka perundangan baru ini adalah untuk menangani perbuatan dan perlakuan berikut yang :-

i) mendatangkan kebencian atau penghinaan atau bagi membangkitkan perasaan tidak setia terhadap Yang di-PertuanAgong atau mana-mana Raja;

ii) mengembangkan perasaan niat jahat dan permusuhan antara kaum atau golongan penduduk yang berlainan di Malaysia; atau

iii) mempersoalkan apa-apa perkara, hak, taraf, kedudukan, keistimewaan, kedaulatan atau prerogatif yang ditetapkan atau dilindungi oleh peruntukan Bahagian III Perlembagaan Persekutuan atau Perkara 151, 153 dan 181 Perlembagaan Persekutuan.

Tuan Yang di-Pertua,

36. Kerajaan juga akan menggubal rang undang-undang baru bagi menggantikan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984. Rang undang-undang baru ini akan mengekalkan janji kerajaan untuk menghapuskan keperluan pembaharuan tahunan lesen penerbitan serta menubuhkan Majlis Media yang akan melaksanakan kawal-selia kendiri industri, atau denganizin, “self regulatory”.

37. Sememangnya lagi, kita tidak takut dan gentar bagi bersaing dalam gelanggang demokrasi, kita tidak takut berbanding  idea serta dasar dengan sesiapa pun. Kerajaan bersikap terbuka kerana kita percaya era kerajaan mengetahui segala-galanya telah berakhir, dan kita akur bahawa era kerajaan memiliki monopoli terhadap kebijaksanaan telah melabuhkan tirainya.

38. Dari yang demikian, kita percaya kita telah melakukan yang terbaik demi rakyat Malaysia. Kita akan terus melaksanakan yang terulung untuk rakyat Malaysia. Memang ternyata, kerja kita masih belum selesai. Kita perlu berikhtiar dengan lebih keras bagi memastikan anak-anak Malaysia hidup dalam sebuah negara yang aman sejahtera, makmur lagi bebas daripada ketakutan, kegundahan dan kebimbangan.

39. Pokoknya, kita sedang mencipta sebuah negara di mana keluhuran perlembagaan dan kedaulatan undang-undang menjadi payung kepada setiap individu, agar bebas menyuarakan pendapat, mengkritik, menyokong, berbeza pandangan, bersiasah, mahu pun menganggotai apa-apa pertubuhan. Pendek kata, tidak ada sesiapa akan dihukum hanya-sanya kerana menjalankan hak-hak yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan serta undang-undang negara.

40. Akhir kalam, kita idam-idamkan sebuah Malaysia yang terbaik untuk warganya sebagai tanah tumpah darah mereka. Demi itu, Kerajaan Barisan Nasional akan tetap berdiriteguh, sesekali tidak akan berundur, bahkan berkobar-kobar meneruskan proses tajdid dan islah nasional, menyongsong nahdhoh keemasan demokrasi Malaysia. InsyaAllah.

Tuan Yang  di-Pertua, saya mohon mencadang. Sekian, terima kasih.

15 Apr 2012

HUTANG.. WAJIB BAYAR!

Kami tidak rasa ia satu dosa kerana ia adalah simbolik, bukan niat mengkafirkan mereka. Ia satu simbolik kerana apa yang berlaku dan mereka lakukan lebih teruk dari itu, kata Pengerusi Malaysia Bangkit, Mohd Syahid Mohd Zaini. Beliau mengulas mengenai tindakan­ mengalungkan bunga dan meletakkan replika batu nisan pada gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Menteri Pengajian Tinggi, Mohamed Khaled Nordin ketika demonstrasi menuntut pendidikan percuma dan pemansuhan skim Pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), kelmarin.



Itulah kenyataan yang sangat 'CANTIK' dari salah seorang pemimpin demo PTPTN. Rasa nak tempeleng jer muka dia nie.. Siapa yang ajar mereka untuk lakukan perkara macam ni pun tak tau lah. Macam mana perasaan ko kalau orang gi wat upacara macam nie kat bapak ko? Bapak ko masih hidup, tapi orang jerit2 kata Almarhum sipolan bin sipolan.. atau ko memang tak kisah..sebab ko takde perasaan.. ko tak kisah.. 

Cerita bab PTPTN nie.. korang semua bukan tak tau..tapi buat2 tak tau kan.. masa nak pinjam, bukan main lagi tersengih-sengih..selamba sign aggreement.. dah pinjam tuh kena lah bayo.. korang pun tau, dalam HUKUM, HUTANG WAJIB BAYAR. PTPTN pun tak paksa habis belajar jer, terus kena bayar. Dah kerja, baru bayar..itupun ikut kemampuan.. Pembayaran dalam tempoh 10 tahun. Takde la sampai mati korang nak menanggung hutang (bukan TS yang kata, tapi comment2 dari peminjam PTPTN).Jumlah keseluruhan bayaran pinjaman pun, ikut pencapaian CGPA. Kalau cemerlang, dapat lah korang pengecualian daripada bayaran.. ditukar menjadi biasiswa! Itu yang seramai lebih 8,000 orang pelajar Cina dapat!

Tak payah la korang sibuk2 asyik nak berdemo.. siap pasang khemah, berkampung kat Dataran Merdeka tuh.. wat semak mata memandang.. memalukan jer! Lebih baik balik, fokus pada pelajaran..lagi bagus. Dah habis belajar, dapat keputusan cemerlang.. lepas tu kalau nak berpolitik tunggang langgang pun lantak korang lah. Korang percaya sangat la ngan Salahuddin Ayub tuh.. konon nak bawak dalam Parlimen sebab khemah, kain rentang, sepanduk kena rampas ngan DBKL. Korang tak tau ker, PAS juga bersetuju dengan Rang Undang-Undang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional 1997.. Zaman nie merupakan zaman brader yang korang sanjung sangat, Anwar Ibrahim sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan..Apa Celop????




P/S TS tak faham apa sebenarnya perjuangangan yang mereka bawa nie..






14 Apr 2012

Pendemo PTPTN : Pelajar Tidak Beradab, Kurang Ajar!

TS tak tau la nak cakap apa..melihatkan gelagat 300 orang pelajar yang terlibat dalam Perhimpunan Pemansuhan PTPTN di Dataran Merdeka.. Tindakan mereka jelas membuktikan bahawa mereka tidak menggunakan akal fikiran dengan waras.. nama je Pelajar Pusat Pengajian Tinggi.. tapi tak mencerminkan adab, akhlak, kematangan sebagai seorang yang berpelajaran tinggi. Dan melihatkan keterlibatan dan kehadiran pemimpin pakatan pembangkang seperti Nurul Izzah dan Tian Chua, membuktikan bahawa mereka sememangnya dipergunakan, diperalat oleh pihak pembangkang.

Apa yang lebih menyedihkan adalah majoriti terdiri daripada orang Melayu dan beragama Islam. Mereka telah meletakkan kalungan bunga kepada 'Allahyarham' Perdana Menteri dan Menteri Pengajian Tinggi..Adakah tindakan mereka ini wajar? sedangkan YAB Perdana Menteri dan Menteri Pengajian Tinggi masih hidup dan sihat walafiat? Ini merupakan satu penghinaan besar kepada kedua-dua pemimpin tersebut. Apakah hasil pendidikan di IPT melahirkan golongan kurang ajar seperti ini? Lihatlah gelagat mereka ini..



Terlintas di fikiran, apakah perasaan keluarga mereka di rumah melihatkan gelagat kurang terpelajar anak-anak mereka yang belum pun tamat pengajian ini? Tidak sedarkah mereka bahawa mereka adalah antara yang beruntung dapat melanjutkan pelajaran berbanding dengan rakan-rakan mereka yang lain? Tidak terfikirkah mereka, generasi terlebih dahulu dari mereka terpaksa mengikat perut, berhempas pulas, bersusah payah untuk melanjutkan pelajaran ke tahap seperti mereka? Tidak ada bantuan dan pinjaman seperti PTPTN.

Menurut Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN),  pengecualian pembayaran balik pinjaman kepada 11,764 peminjam yang mendapat ijazah kelas pertama sehingga Disember 2011 membabitkan jumlah bayaran lebih RM339 juta. Seramai 8,818 pelajar berketurunan Cina, 2,347 (Melayu), 456 (India); 50 (Bumiputera Sabah); 34 (Bumiputera Sarawak) dan 59 (lain-lain), mendapat faedah daripada pengecualian bayaran berkenaan.

Jika dilihat kepada statistik berkenaan, nampaknya ramai pelajar berketurunan Cina mendapat pengecualian kerana mereka cemerlang, jika dibandingkan dengan pelajar berketurunan Melayu. Ini pun majoriti pelajar yang berdemo yang majoritinya Melayu tidak sedar? Pelajar kaum lain sibuk mengejar kecemerlangan, sebaliknya kamu semua sibuk hendak berpolitik..dan malangnya menjadi BALACI kepada pembangkang. Kasihan!!

'Perjuangan' mereka pada hari ini bukanlah semata-mata untuk menghapuskan IPTA, sebaliknya ingin membantu Pakatan Pembangkang meraih sokongan generasi muda, mewujudkan perasaan benci terhadap Kerajaan Barisan Nasional.

Adakah BENAR tindakan 300 orang pelajar ini mewakili semua pelajar di semua IPT?????

THE SECRET

    • Serangan pembangkang semakin menjadi-jadi sejak bahang PRU 13 dirasai. Dari isu kronisme yang tak pernah luput, isu rasuah yang tak pernah habis, isu kapal selam, isu NFC, isu Lynas dan terbaru isu PTPTN semua isu dibangkitkan bagi menimbulkan keraguan dihati rakyat terhadap kewibawaan kerajaan BN. 

      Strategi serangan seolah-olah diatur cantik dan tersusun oleh mereka. Setiap kali diserang setiap kali itu jentera BN melatah, menyahut serangan berperang mengikut acuan pembangkang. Sama ada sedar atau tidak itulah yang mereka mahukan. Mereka mahu kita menyahut serangan mereka dan sentiasa berada dalam lingkaran isu yang mereka mainkan agar masyarakat akan lebih fokus pada isu yang mereka ketengahkan sehingga terlupa dengan kehebatan dan kebaikan kerajaan BN. Selagi kita melayan isu yang mereka lemparkan selagi itulah kita tak akan menang kerana sekadar bertahan dan tidak menyerang.

      Terdetik di hati perkara ini semua semasa saya membaca buku ‘The Secret’ – Law of Attraction. Intipati buku membuat hati saya berkata inilah yang digunakan pembangkang untuk meraih undi pada PRU 13 nanti. Buku tersebut menerangkan tentang Hukum Tarikan . Apa sahaja yang kita fikirkan dan rasakan pastikan akan berlaku satu hari nanti. Jadi setiap kali pembangkang lemparkan isu berkaitan kerajaan BN maka semua rakyat akan memberi fokus pada isu tersebut dan akhirnya perkara yang pada awalnya adalah FITNAH akan KELIHATAN SEOLAH-OLAH BENAR. Inilah 'KEBIJAKAN' yang mereka gunakan iaitu MANIPULASI yang mewujudkan PERSEPSI negatif  dan menyebabkan PENOLAKAN terhadap Kerajaan Barisan Nasional.

      TS mengajak para pembaca untuk melihat HAKIKAT SEBENAR dan inilah yang harus kita sama-sama FAHAMI dan SEBARKAN :-
      1. Janji ditepati oleh kerajaan BN – BR1M, KR1M, Klinik 1 Malaysia, Bantuan     RM100 pada pelajar,Baucer Buku kepada pelajar IPT / Tingkatan 6, SARA 1M, pemberian subsidi secara berterusan dan lain-lain lagi.
      2. Masalah moral pemimpin pembangkang : liwat, zina, khalwat, penyalahgunaan kuasa
      3. Masalah dalaman parti menyebabkan puluhan pemimpin kanan mereka keluar parti
      4. Fahaman pluralisme pemimpin mereka yang boleh menghancurkan umat Islam dan Negara
      5. Kronisme
      6. Sikap Diktator (Pemimpin mereka sesuka memecat ahli yang tidak mengikut arahan dan perintah)
      7. Bersekongkol dengan Yahudi dan Komunis dan banyak lagi.
        
      P/S ELAKKAN DARI MENJADI MANGSA PENIPUAN PEMBANGKANG. BUATLAH PILIHAN YANG TEPAT UNTUK MASA HADAPAN GENERASI AKAN DATANG

12 Apr 2012

JANJI DITEPATI, Itulah Kerajaan BN

7 April 2012 yang lalu mencatatkan sejarah di Stadium Batu Pahat dengan kehadiran YAB Perdana Menteri Malaysia.. sejak awal pagi, berbondong-bondong rakyat jelata dari seluruh pelusuk Johor khususnya rakyat di daerah Batu Pahat hadir ke Stadium Batu Pahat untuk bertemu dengan pemimpin kesayangan mereka. Jalan menjadi sangat sesak dan sukar untuk mendapatkan tempat meletakkan kenderaan. Kali ini, tiada jalan yang ditutup dan lalulintas dikawal oleh anggota keselamatan. Seramai lebih daripada 50,000 orang yang hadir dalam program Pelancaran Jelajah Janji Ditepati. Walaupun panas terik, rakyat tetap tidak berganjak. Inilah semangat dan bukti sayangnya rakyat Johor terhadap YAB Perdana Menteri.. Batu Pahat adalah tempat di mana lahirnya kebangkitan orang Melayu / UMNO.. Melihat kepada wajah YAB Perdana Menteri, TS berasa sangat terharu. Walaupun keletihan,beliau masih lagi sanggup melayan rakyat yang berebut-rebut untuk bersua muka dan bersalaman dalam keadaan terik mentari membakar kulit.

Melihatkan kepada sambutan dahsyat orang Batu Pahat, adakah mungkin angan-angan pihak pembangkang untuk menawan Batu Pahat tercapai?





TS berharap agar orang Batu Pahat tidak lupa kepada jasa Barisan Nasional yang sememangnya membela rakyat dan segala apa yang dijanjikan oleh Kerajaan Barisan Nasional ditepati.

Lihatlah sahaja semua usaha dan langkah Kerajaan Barisan Nasional  samada pelan jangka pendek, sederhana mahupun jangka panjang untuk membantu rakyat menghadapi tekanan kos sara hidup. Antaranya : -

  1. Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebanyak RM 500 merupakan langkah jangka pendek (one off) telah diberikan kepada hampir 4 juta isi rumah yang berpendapatan di bawah RM 3,000.00
  2. Bantuan persekolahan RM 100 untuk pelajar sekolah rendah dan menengah yang telah diberikan kepada 5.3 juta orang pelajar seluruh negara. Manakala baucer buku bernilai RM200 diberikan kepada 1.3 juta pelajar IPT dan Tingkatan 6. Jumlah keseluruhan peruntukan adalah sebanyak RM 3 billion.
  3. 1.4 juta kakitangan sektor awam memperoleh kenaikan gaji 7 hingga 13 peratus yang memanfaatkan hampir 4 juta orang rakyat
  4. Kedai Rakyat 1Malaysia yang menjual 250 jenis barangan yang dipek semula dengan jenama 1Malaysia dan dijual dengan harga yang lebih rendah berbanding di kedai runcit lain.
  5. Sebanyak 50 buah Klinik 1Malaysia telah dibina di seluruh negara untuk memberi rawatan perubatan ringan kepada penduduk setempat dengan bayaran hanya RM1.
  6. Menu Rakyat 1Malaysia yang menawarkan harga Sarapan Pagi RM2 dan Makan Tengahari RM4.
  7. Pembekuan kenaikan untuk tempoh 5 tahun harga tol di Lebuh Raya Utara-Selatan dan Lebuh Raya Pantai Timur.
  8. Penghapusan Tol di beberapa laluan seperti di Lebuh Raya Cheras-Kajang dan Lebuh Raya Connaught.
Banyak lagi jasa, khidmat dan bakti Kerajaan Barisan Nasional kepada rakyat. Nah! Bukankah telah terbukti bahawa Kerajaan Barisan Nasional sememangnya sebuah Kerajaan yang prihatin dan bertanggungjawab terhadap rakyatnya serta telah lama melaksanakan dasar berkebajikan. 

Tidak dapat dinafikan bahawa BN : JANJI DITEPATI

Puak Pembangkang ada????