Kita mintalah agar Pak-Pak Menteri nie, jika memberikan kenyataan biarlah elok sikit.. kena fikir perasaan rakyat yang terhimpit dengan segala kenaikan kos hidup. Jika harga ayam naik, janganlah kata 'Jangan Makan Ayam', Jika harga tol naik, 'Jangan Guna Jalan Bertol'.. sebaliknya, tolonglah kaji impak kenaikan tersebut yang akan menyebabkan kenaikan harga barang-barang lain dan fikirkan dan laksanakan jalan penyelesaiannya. Sebelum bercakap..fikirlah tentang rakyat.
Syabas kepada Khairul Azwan Harun, Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia, semasa dalam sidang media khas mewakili Pemuda UMNO Malaysia menegaskan
biar rakyat sendiri yang memilih jalan mana yang mereka mahu lalui,
bukan hak seorang menteri untuk menentukan jalan mana yang harus rakyat
pilih
"Pemimpin
perlu menjiwai rakyat... Kalau ada yang tidak dapat menjiwai rakyat,
dia tak layak jadi pemimpin!" itu luahan serius Naib Ketua Pemuda UMNO,
Khairul Azwan Harun atau juga dikenali sebagai Azwanbro berkaitan
cadangan seorang Menteri Kabinet yang menyarankan supaya rakyat yang
tidak bersetuju dengan kenaikan kadar tol yang mungkin akan dinaikkan menggunakan jalan alternatif untuk kegunaan harian mereka.
No comments:
Post a Comment