Sekali lagi Pergerakan Puteri UMNO Johor telah diberi peluang untuk menyampaikan suara hati rakyat Johor khususnya di kalangan generasi muda di pentas keramat Perhimpunan Agung Pergerakan Puteri UMNO Malaysia 2013 yang bertempat di Dewan Tun Dr. Ismail, Pusat Dagangan Dunia Putra, PWTC. Pada kali ini, Pergerakan Puteri UMNO Johor diwakili oleh seorang wanita muda bertubuh kecil, Sdri. Nor Rashidah Binti Ramli, Naib Ketua Pergerakan Puteri UMNO Johor / Ketua Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Sri Gading.
Pergerakan Puteri UMNO Johor melahirkan kebimbangan tentang penyalahgunaan media baru yang boleh menimbulkan kesan negatif kepada masyarakat. Menurut beliau, sebagai contoh, media sosial telah dijadikan satu platform untuk penyebaran ideologi kumpulan militan yang merekrut ahli baru dan ajaran syiah pula disebarkan secara bersembunyi.
Ketua Pergerakan Puteri UMNO
Bahagian Sri Gading, Rashidah Ramli, berkata media baharu merupakan
media paling berpengaruh dan semakin mendapat perhatian dan secara
tidak langsung mampu membentuk persepsi dan pemikiran rakyat.
"Teknologi informasi tanpa sempadan ini menjadi ancaman sosial jika tidak dipantau oleh pihak berwajib kerana segelintir individu yang tidak bertanggungjawab telah menyalahgunakan aplikasi-aplikasi ini," katanya.

Menurutnya lagi, media baru sekiranya digunakan dengan betul dapat memberikan manfaat kepada pengguna. Sebagai contoh, YAB Menteri Besar Johor telah menggunakan media sosial untuk mendengar dan menyelesaikan suara hati rakyat dalam hal berkaitan isu perumahan.
Pergerakan Puteri UMNO Johor menggesa agar Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) bergerak lebih berani dan proaktif dalam memastikan keberkesanan dan penguatkuasaan akta. Katanya lagi, pihak SKMM dan Kerajaan Pusat perlu mempergiat pengajanjuran penerangan dan pendedahan berkaitan jenayah siber dan keselamatan data.
Dalam ucapan perbahasannya itu,
beliau menyeru supaya masyarakat kembali kepada agama kerana ia menjadi
benteng utama setiap muslim.
Katanya, di Johor pendidikan agama telah bermula sejak dahulu lagi kerana keperhatinan Kerajaan Negeri yang ditadbir oleh UMNO.
"Banyak negeri lain yang tertarik untuk melaksanakan sistem pendidikan agama yang diwujudkan di Johor yang menjadikan Johor begitu unik.
"Ini jelas menunjukkan kepemimpinan negeri di bawah UMNO sehingga hari ini berjaya mengekalkan satu sistem pendidikan agama yang lengkap," katanya.
Sehubungan dengan itu, katanya Kerajaan Pusat diharap dapat membantu memberikan peruntukan kepada sekolah-sekolah agama di negeri-negeri yang menyediakan asas pendidikan agama.
"Selain itu, pihak JAKIM juga seharusnya memperkukuh dan memperkemas organisasi guru KAFA disetiap negeri termasuk dari segi perjawatan,kebajikan guru dan sebagainya.
"Kenaikan elaun guru KAFA juga harus dikaji kerana elaun di setiap negeri adalah berbeza-beza." katanya.

No comments:
Post a Comment