16 Dec 2013

KWSP Jawab Fitnah Berkenaan 'Death Benefit'


 

Adalah benar KWSP akan memberikan Bantuan Kematian sebanyak RM2,500 sebagai tanda simpati KWSP kepada waris ahli bagi meringankan beban kewangan apabila ahli meninggal dunia.
 
Bagaimanapun, KWSP ingin menekankan bayaran tersebut bukan daripada simpanan ahli tetapi hasil daripada pendapatan pelaburan KWSP.

Bantuan Kematian dibayar kepada orang tanggungan atau waris terdekat ahli apabila Pengeluaran Kematian dibuat. Bantuan ini akan diberikan sekali sahaja dan perlu mematuhi syarat-syarat berikut:

· Warganegara Malaysia;
· Ahli belum mencapai umur 55 tahun semasa kematian;
· Permohonan Pengeluaran Kematian dibuat dalam tempoh 6 bulan daripada tarikh kematian ahli.


Oleh itu, sekiranya ahli menerima khabar angin ini mereka dinasihati supaya menghubungi KWSP terlebih dahulu untuk mendapatkan pengesahan dan tidak menyebarkan semula maklumat yang tidak benar ini kerana ia boleh mengelirukan ahli KWSP.

Maklumat lanjut berkenaan maklum balas kami kepada emel berantai dan penyebaran melalui media elektronik berkaitan dengan KWSP , pihak kami ada memberikan penjelasan kepada ahli di pautan ini:-

http://www.kwsp.gov.my/portal/documents/10180/1160352/Chain_Email_on_EPF_Death_Benefit.pdf

Sekiranya perlukan maklumat lanjut, boleh menghubungi Pusat Panggilan kami di talian 03-8922 6000 dari 8.00 pagi hingga 6.00 petang, Isnin – Jumaat. Terima kasih.

No comments:

Post a Comment