17 Dec 2013

MB Johor Serius Mengenai Isu Perumahan

YAB Menteri Besar Johor menyatakan bahawa Kerajaan negeri sedang merangka enam pendekatan dalam usaha untuk memastikan perancangan pembangunan sektor hartanah di Johor lebih sistematik, terkawal dan sesuai dengan keadaan semasa bagi memastikan tiada sebarang bentuk manipulasi terhadap kuota dan pematuhan serta ketelusan penawarannya di pasaran seperti sering kali yang diutarakan rakyat disamping membangunkan projek perumahan selesa bagi golongan Bumiputera di seluruh negeri ini dan menyenarai hitam mana-mana pemaju yang masih gagal mendirikan komponen perumahan kos rendah atau kos sederhana serta mampu milik dalam tempoh dua tahun daripada tarikh pendaftaran hak milik.


YAB Menteri Besar Johor juga memohon kerjasama pihak-pihak berkaitan antaranya pihak Bank Negara Malaysia untuk membantu mempermudahkan urusan mendapatkan kemudahan pembiayaan akhir dari institusi- institusi kewangan yang beroperasi di Negeri Johor terutamanya kepada pembeli-pembeli hartanah di bawah kategori Rumah Mampu Milik. Pihak Kerajaan Negeri sedia untuk mengadakan rundingan lanjut bagi menjayakan hasrat ini.

Pemaju pula hendaklah mengambil sikap bertanggungjawab untuk menyelaraskan pembinaan rumah kos rendah atau sederhana rendah dan rumah mampu milik seiring dengan pembinaan rumah yang berstatus harga tinggi supaya segala matlamat yang telah disasarkan tercapai mengikut masa yang telah ditetapkan. Atas tujuan tersebut, Kerajaan Negeri telah memberi garis panduan bagi memastikan pembinaan perumahan mampu milik selari dengan pembinaan kategori lain. Ini dikuatkuasakan melalui perjanjian tri-parte antara Kerajaan Negeri, pemaju dan Pihak Berkuasa Tempatan.

Manakala Pihak SUK Perumahan dan jabatan serta semua agensi berkaitan perumahan hendaklah memastikan supaya tahap perkhidmatan yang diberikan kepada rakyat dipertingkatkan supaya rakyat akan berasa yakin terhadap mutu perkhidmatan yang disediakan bagi menepis sebarang persepsi negatif daripada masyarakat.







No comments:

Post a Comment